Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 29 Ogos 2012

tempat korang ada?

salam sejahtera semua,

saje aku tampal gambar ni?


eh ternampak pulak sampah yang tak masuk dalam tong sampah tu kan?

dan nak tanya.... tempat korang ada benda alah ni? bagi yang tak nampak sila klik gambar bagi besar ok....

tentu korang cakap takde kan?

pasal kat kuantan je ada LYNAS... hehe...

ke ada yang nak jawab... apa benda tu?

ok... buat pengetahuan korang yang tak tau... benda alah ni adalah alat mengukur kadar radiasi semasa di Kuantan... ketepatan dia aku tak pasti tapi alat dia dah dipasang sejak tahun lepas kalau tak silap aku bersebelahan dengan pintu masuk ke Ibu Pejabat Polis Pahang...

dan dah jadi kebiasaannya aku akan jeling ke skrin ni bila aku dalam perjalanan balik ke rumah....

tapi dah 2 kali bacaan yang tertera kat situ agak menakutkan....time aku lalu la..... tak sempat pulak nak snap buat bukti....

bacaan biasa aku selalu tengok adalah 127 ke 132 errr aku lupa la bacaan dia apa... esok aku update ek...

tapi bacaan yang aku kata menakutkan ni berlaku sebelum puasa... masa Sukma hari tu... bacaan dia 145...
aku agak keadaan ini desebabkan peningkatan kenderaan yang datang ke Kuantan.... dan hujan....

tapi bacaan yang tertera 2 hari lepas lagi menakutkan..... nak tau berapa? 172 tau! waaa... seram aku fikir.... bila fikir balik kenapa ye... mungkin juga kadar kenderaan tinggi di samping penggunaan kenderaan yang besar-besar bagi latihan perarakan sempena Hari Kebangsaan.... tapi semalam pun ada latihan tapi kenapa pulak tak tinggi mana pun...cuma 135 je..... sekali lagi aku fikir hujan mempengaruhi.... hari isnin lepas hujan memang lebat disertai dengan ribut....

ke memang ada pengaruh lain?... ada sesiapa yang pandai pasal hal ni boleh terangkan kat aku? lagi satu aku nak tau berapa eh kadar selamat untuk penduduk? aku try cari cuma dapat INI dan INI je....

kat sini pun ada data lebih lagi pasal pemantauan ni.. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom..

kalau nak tau pasal radiasi boleh baca sini juga... dan SINI  jugak...

p/s apa kesan kalau makin tinggi ye? tolong la bagi tau pada yang serius nak tau ni.... tetiba je terlalu dan baca pasal Panduan pengendalian bahan radioaktif dalam pengajian sains sekolah-sekolah menengah... huhu... masa sekolah dulu tak tau pun...

Aku dah kurus!

salam sejahtera semua,

haaaa... apa reaksi anda membaca tajuk di atas?

tak percaya?

cemburu? jeles?

marah?

dengki?

hehehe..... ini bukan cubaan ok... ini betul-betul....

ceritanya aku balik beraya kat johor kan.... dalam raya ke 3 kot aku timbang... hahaha... berat aku  62kg!

mesti ada korang yang cakap eleh... 62kg pun nak bising ke?

jawapan aku kat korang-korang yang bercakap tu.... mestilah pasal berat aku sebelum ni 68kg tau!

nampak tak? penurunan sebanyak 6kg di situ? hahaha...

ini yang buat aku makin bersemangat nak dapatkan berat 55kg aku masa baru kawin dulu....waaa... berjayakah aku dengan kehadiran lemak-lemak degil di perutku ini....waaa...

p/s korang yang jeles tu jangan pulak lepas ni makan bukan-bukan sebab nak kurangkan berat macam aku ye...kalau terpikir jugak camtu... meh baca Entry ni ...

Bahana nak kurus

salam sejahtera semua,

kejap tadi aku bukak facebook... terbaca satu artikel dari doktor ni...

Assalam dr..nak tnya sikit..pil acai berry tu bahaya tk doc?..kalau doc ada info..plz update ye..anywy slamt ari raya doctor

Wa alaikum mus salam, saya mendapat tahu ia telah diharamkan oleh KKM. Terdapat berita banyak produk itu dirampas
.

"KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama wanita yang gemar mengambil sejenis produk melangsingkan badan berasaskan buah acai beri, diminta menghentikan amalan itu kerana ia disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang membahayakan kesihatan.

Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk yang sudah setahun berada di pasaran itu mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan kesihatan.

Menurut Timbalan Pengarah Farmasi (Penguat Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat campuran bahan kimia beracun `Sibutramine Hydrochloride’ dalam produk kesihatan menggunakan buah yang kaya dengan bahan antioksida itu.

“Bahan kimia itu sebenarnya boleh diambil atas arahan dan pengawasan doktor, namun pengambilan tanpa dos yang sesuai dan dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan dan menyebabkan kematian.

“Bagi produk keluaran syarikat ini, kita tidak tahu berapa dos `Sibutramine Hydrochloride’ telah dicampurkan. Pelanggan mungkin dapat melangsingkan badan selepas menggunakannya tetapi tanpa disedari kesihatan mereka terjejas akibat kesan sampingan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai serbuan di pejabat pengeluar produk berkenaan di Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri Puchong dekat sini hari ini.

Serbuan pada pukul 10 pagi itu disertai 11 pegawai penguat kuasa farmasi dari Jabatan Kesihatan Selangor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan (KMM) termasuk Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim.

Sebanyak 120,000 kotak produk kesihatan bernilai RM375,000 dirampas dalam serbuan tersebut, manakala Jakim turut mengesahkan syarikat berkenaan menggunakan logo halal keluaran swasta yang kini sudah tidak dibenarkan.

Menurut Jaafar, selain pejabat pengeluar di Bandar Puteri Puchong, beberapa pejabat pengedar dan rawatan produk berkenaan di seluruh negara termasuk di Seri Kembangan dan USJ Subang Jaya, turut diserbu secara serentak hari ini.

“Serbuan dilakukan setelah seorang pelanggan membuat aduan bahawa dia berasa tidak selesa apabila mengambil produk tersebut dan hasil analisis yang dijalankan terhadap produk itu kemudian mendapati ia mengandungi `Sibutramine Hydrochloride’.

“Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan kemurungan, psikosis atau halusinasi; risiko tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala serta mempercepatkan denyutan jantung,” ujarnya.
Beliau berkata, kesan sampingan lain ialah pengguna mengalami keseronokan melampau, perubahan selera makan, kegagalan buah pinggang, pedih ulu hati, sembelit dan susah tidur.

Katanya, setakat ini, sudah ada seorang wanita berusia 33 tahun dari Kampung Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah, dilaporkan maut akibat mengambil produk kesihatan mengandungi bahan kimia beracun ini untuk melangsingkan badan."

Saya berpendapat ini berlaku disebabkan orang mencampurkan jus acaiberry dgn dadah berbahaya tetapi kalau jus buah acaiberry, memang tidak berbahaya dan memberikan manfaat.

Wallahu a'lam.

baca dan fikir-fikirkan la ye.... sumber dari SINI ..

p/s ramai betul orang mengambil kesempat ke atas orang lain kan...

Isnin, 27 Ogos 2012

Ramadhan dah berlalu..

salam sejahtera semua,

lama dah blog ni tak update kan? sampai nak tulis entry pertama lepas naik cuti ni pun tak tau nak tulis apa dah ni...

aku baru je naik kerja hari ni lepas seminggu bercuti... tapi tak beraya sakan pun.. cuma beraya bersama orang tua yang pentingnya...

tapi cerita pasal raya ni nanti-nanti la aku cerita dengan gambar kami sekali ye..

kali ni nak cerita pasal penghujung ramadhan yang lepas baru ni...

nak dijadikan cerita kami dah plan nak balik kampung pada hari jumaat 17/8 tapi banyak halangan yang akhirnya menyebabkan kami akhirnya pulang pada pagi akhir ramadhan 18/8...

ramadhan tahun ni banyak memberi keinsafan pada aku.... pada hari-hari akhir ramadhan aku dikejutkan dengan 2 cerita sedih dari sahabat terdekat....

sahabat pertama hanya boleh aku berkongsi mendengar cerita sedihnya tanpa aku dapat menolong apa-apa...maaf ya sahabat... aku hanya boleh memantau dari kejauhan...

ini pula cerita sahabat kedua....

pada hari kedua akhir ramadhan, adik ipar aku ditimpa musibah kereta rosak di tengah jalan... mujur masih ada di kuantan... kami menumpangkan mereka sehingga urusan kereta selesai... juga merupakan sebab kami bertolak pada pagi sabtu... tapi kami tak menyalahkan mereka... mereka hanya punca sedangkan segalanya telah ditentukan Allah jua...

dan pada malam akhir ramadhan, kami keluar mencari persiapan syawal di saat-saat akhir untuk anak-anak... walaupun akhirnya misi bertukar kepada hanya membawa anak-anak keluar berjalan....

bila sampai ke rumah kami dah letih dan tertidur... pada jam 1.20 pagi kami dikejutkan dengan panggilan telefon...aku tak sempat nak angkat... bila aku tengok pada misscalled yang ada.... aku terkejut... staf lelaki dari office yang menelefon....
dengan rasa tak sedap hati aku telefon semula nombor yang tertera...

daripada staf itu dikhabarkan satu berita yang sangat tak gembira... lalu aku terus menelefon tuan yang empunya diri....

aku : hello...assalamualaikum kak min..
kak min : walaikumusalam doktor (jawapan yang sangat2 tenang)
aku : kak min, maaf saya nak tanya ni....saya ada dengar berita tak sedap pasal kak min....
kak min : doktor dah tau ke? betul la tu..... (masa ni suara dia dah sebak)
aku : pukul berapa kak min?
kak min : dalam pukul 11 lebih tadi...
aku : macam mana boleh jadi ni kak min?
kak min : lepas saya balik terawah tadi, saya jalan-jalan kat bandar kejap dengan dia.... lepas tu kami balik rumah..dia nak minum air dan makan buah... saya bagi air teh dan buah... dia makan kejap lepas tu tiba-tiba dia kata sakit dada... saya urut2 sikit... lepas tu dia kata nak muntah....saya kata nak ambik bekas tapi dia kata dia boleh jalan ke bilik air... sampai bilik air dia muntah-muntah...bila dah berhenti dia bangun keluar dari bilik air tapi tiba2 dia kata nak muntah lagi... dia ke bilik air lagi dan muntah-muntah lagi dan tiba-tiba dia lembik je... saya panggil anak-anak papah abah dia ke bilik... kami baringkan dan panggil ambulan...ambulan sampai sahkan dia dah takde...
aku : (Ya Allah) ....

sudahnya aku tak boleh tidur sampai pukul 3 lebih... sehingga ke saat ni masih mengenangkan orang yang telah pergi itu...masih terbayang aku dan shah sempat bergurau dengan arwah waktu arwah hendak mengambil isterinya pulang pada petang jumaat itu...

sahabatku ini menjadi ibu tunggal pada 4 orang anak-anak yang masih bersekolah.... dengan anak yang sulung akan mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini...Dugaan yang amat berat buatnya... di saat semua umat islam membuat persiapan bagi kedatangan Syawal, beliau diduga dengan kehilangan orang yang tersayang....semoga beliau terus tabah...

p/s ada hikmahnya juga aku tak dapat balik pada hari jumaat tu...segalanya telah ditentukan olehNya...Allahuakhbar...

Khamis, 16 Ogos 2012

Kecoh di Kuantan

salam sejahtera semua,

dah ada yang bercuti ke? kepada yang dah bercuti, selamat bercuti diucapkan... bersemangat nak raya kan... awal ambik cuti.... aku? masih kena bertugas sampai esok...

tadi pagi je abg long dah sibuk-sibuk kata sekolah cantik(Tadika Kemas) dah cuti... saya nak sekolah kat sekolah ustazah(taska tumpang) la... ye la nak... memang ummi hantar situ pun...

semalam balik sekolah dia dah dapat  3 sampul duit raya... suka dia masa bercerita semalam sambil riuh mulut dia tanya bila kita nak raya... budak-budak kan? tapi kalau takde budak-budak raya kita tak meriah mana pun... ke tak betul? ada bapak dengan mak budak yang lebih-lebih ke? hehe....

back to the tajuk.... memang kecoh kat kuantan semalam.... dah la semalam petang ada ribut sekejap... seram bila tengok keadaan kat luar..  malam tadi aku dengan shah bawak anak-anak nak beli baju raya.. lagi sekali ribut dalam family pulak. baju melayu dan baju kurung dah selesai.. sepasang sorang je pun... dan semalam konon misi nak cari baju buat berjalan... kami ke pasaraya berjaya ekonomi je pun bukan nak beli baju branded cuma baju biasa-biasa buat berjalan.. dapat la sorang sepasang untuk si abg...

untuk adik husna kami beli tudung baby kat kedai sebelah tu... baju berjalan dah ada sepasang hadiah moksu dia hari tu... lain kali je la cari lain... baju yang ada pun masih elok je nak buat berjalan... budak-budak kecik ni aku dah serik nak belikan baju banyak-banyak... ingat masa abg long dulu.. lastnya ada je baju yang terperap sekali je pakai.. last-last sekarang ni abg ngah yang sarung... mujur ada lagi generasi yang boleh guna...

konon nak sambung perjalanan ke hari-hari.... lastnya shah pusing pasal ramai orang dan dia nak lepas hajat kat shell..... pusing je dah sesak... tak larat dah kami...disebabkan kami keluar rumah je dah pukul 9 malam.. maka masa pusing je kedai dah banyak yang tutup... terus kensel rasa nak berjalan dah... anak-anak pulak? elok je memasing dah selamat tidur... bila tengok anak-anak dah tidur aku terus la rasa teringin nak makan sundae McD... ajak shah beli kat TC..

layan gambar ambik masa tunggu shah jap....



pssttt.. shah ada ambik dgn dslr lagi cantik...bila la aku nak upload....

sampai je kat TC... ambik ko! sesak lagi... tengah beratur kereta nak ke stall ice cream dia tu tetiba la pulak aku dengar bunyi ambulan kat belakang baris... memang kecoh masa tu... yang kami ni dah duduk kat tengah2 jalan tak leh nak ke tepi lagi dah... kesian jugak tengok ambulan tu berbunyi2 tapi semua orang tak leh nak ke tepi... dalam lepas 5 minit gitu shah dapat lepas dari situ... tapi aku tengok takde pun kereta ikut belakang kami... maknanya orang lain sibuk beratur untuk McD dan KFC la tu kan.... kesian wooo ambulan tu... lepas tu  tak lama aku dengar bunyi dah senyap...masa shah tengah beratur nak beli.. ambulan tu lalu kat sebelah dan dah takde bunyi-bunyi lagi dah.... kesian kan? lama tu dia tunggu....

korang layan je la video aku rakam sementara tunggu sundae ni ye....


video


p/s sorang pun taknak beralah dari baris drive thru untuk lepaskan ambulan tu... kalau la orang yg sakit tu sedara-mara diorang macamana agaknya diorang rasa kan?

Rabu, 15 Ogos 2012

Majlis Berbuka Puasa

salam sejahtera semua,

aku nak cerita pasal berbuka free semalam... best! pasal tak payah masak... hehe...

sebenarnya perancangan berbuka puasa anjuran Jabatan ni dah lama diorang nak buat tapi semalam baru terlaksana...

menu makanan... alhamdulillah best dan sedap-sedap... ada nasi, lauk gulai kawah, ikan masak sambal, ayam goreng, acar dan ikan masin bulu ayam... ada juga kuih tembosa dan kuah bakar yang sedap (adik husna pun boleh makan sekali)....

alhamdulillah semua aturcara teratur dan sangat baik..... selepas makan aku mendaki pulak surau kat atas bukit sebab nak solat kat dewan tak boleh, nak ambik air sembahyang kena tinggal adik husna lak nanti pasal kena ambik air sembahyang kat dalam tandas... kalau surau boleh je dia duduk kat tepi tu kejap...

dah lama tak datang berbuka sama dengan staff kat sini pasal ada kejadian menyebabkan kami merajuk hati dulu... dulu-dulu lagi meriah dari sekarang ni... kalau dulu nak solat pun dah tak cukup ruang dewan  makmur tu... sekarang ni jumlah yang join dah makin kurang sampai meja kami duduk tu pun cuma kami je anak beranak...tapi alhamdulillah pengurusan sekarang lebih teratur jika dibandingkan dengan dulu...

korang layan je la gambar yang  ada ni ye.....


 ummi dengan adik dah bersiap nak pergi..adik pakai tudung raya..

 abg ngah control senyum... songkok raya tu...

pertama kali abg senyum ikhlas masa ita ambik gambar.. belakang tu pengarah tengah berucap...

 senyum manis abg long... mata dah jeling tembosa faberet dia...songkok raya juga..

antara juadah yang ada... alhamdulillah...


p/s boleh datang lagi pada ramadhan tahun hadapan....insyallah...

Popia Pedas dan Kerepek Ubi Pedas Untuk Dijual

salam sejahtera semua,

diharap semua kawan-kawan sihat pagi ni? dah ada yang dalam perjalanan balik kampung ke? awal betul kan? tapi tak hairan la... Ada orang bila bulan puasa ada je alasan nak buat dia tak puasa tapi bila beraya terlebih pulak dari sebulan Syawal yang ada.... untuk apa dia beraya pun kadang-kadang menjadikan tanda tanya kan?....

apa pun pagi ni aku bukan nak bagi ceramah agama tapi nak meniaga...

sorry la kalau ada yang taknak baca.. skip je la...

untuk persediaan korang menyambut tetamu di hari raya ni aku nak promosi 2 jenis kuih tradisional yang best terpilih di antara kilang-kilang yang menjual kerepek di daerah batu pahat dan kluang....

ni dia....


kerepek ubi pedas
dah siap dalam bekas cantik yang selamat ditimbang isinya sahaja sebanyak 1/2 kg++
RM10 sahaja


kuih popiah pedas (ini bukan popiah biasa tapi inti udangnya disira pedas)
dah siap dalam bekas cantik jugak yang selamat ditimbang isinya juga 1/2 kg ++
RM15 sahaja

untuk makluman korang stok yang tinggal tak banyak... ubi pedas tu cuma tinggal 4 balang je lagi... popiah ada 12 balang lagi.... untuk yang berdekatan sila dapatkan sebelum terlambat....

p/s sebenarnya ada satu lagi kerepek bawang pedas yang dah habis dulu....tak sempat nak iklan dah...

Selasa, 14 Ogos 2012

Apa beza Pra sekolah dengan Tadika kemas?

salam sejahtera semua,

nak tanya pendapat korang la.. tadi aku ada terbaca pasal pendaftaran untuk pra sekolah...

nak tau je bagi sesiapa yang dah ada anak-anak sekolah..... ada beza ke antara pra sekolah dengan Tadika Kemas?

kalau sekarang ni tadika kemas kat tempat aku hantar abg long ni.. yuran tahunan rm80 dan bulanan rm15...

kalau pra sekolah kena bayar bulan-bulan ke tak ye?

mana lagi ok? pra sekolah ke tadika?

kalau pra sekolah buat konsep macam sekolah ada periksa-periksa segala tu aku tau confirm anak aku gi sekolah sehari je kang....

korang ada cadangan tak?

aku terbaca dia tengok pendapatan keluarga pulak..... payah ke nak mohon ni? semua sekolah ke ada?

p/s kalau ikut aku teruskan je la kat tadika kemas tu kan? sayang baju sekolah tadika tu belum lusuh lagi... hehe...

update entri terbaru pasal perbezaan ni.. boleh baca kat Apa Beza Tadika, Tabika dan Pra Sekolah..

akhirnya ku mengambil keputusan..

salam sejahtera semua,

hari ni aku dah buat keputusan... sebenarnya semalam lagi dah buat tapi macam tak pasti sangat...

eh... ini bukan keputusan nak balik raya kampung siapa tau! balik raya tahun ni dah confirm ke johor pasal tahun lepas dah raya kat sini... melalut ke balik raya pulak dah....

aku nak cerita susulan pasal tajuk ni semalam Mana yang ok?

dan akhirnya aku dah buat keputusan berdasarkan undian pembaca blog ini... hehe.. macam ramai... ditambah dengan satu undian oleh tuan punya blog menjadikan no 2 melebihi no 1 dengan keputusan 3:1... haha... memang aku dah berkenan lama nak nukor kaler pink-pink ni... semenjak asyik beli baju anak kaler-kaler pink ni la... ceh alasan...

selamat melayari rumah baru ni... kalau ada yg tersepah sana sini tu korang abaikan je la dulu eh... tuan rumah tengah pening nak susun ni...

p/s ke korang yang pilih no 2 tu pasal menyampah tengok header aku yang gambar aku perasan cun tersangat besar tu sebenarnya? eh?

update: aku terpaksa tukar balik ke no 1 la... pasal apa tau... pasal blog-blog yang aku suka singgah tak muncul pun... letih nak godeh2... ada sesiapa tau nak buat camne?

Isnin, 13 Ogos 2012

mana ok?

salam sejahtera semua,

rasa nak tukar baru la... dah bosan kaler gelap-gelap ni....

korang rasa mana ok?

yang ni ke?



atau yang ni ok?



p/s nak bagi cerah sikit mata yang baca blog ni...ok kan?


kuih raya ... dah buat ke? aku dah...

salam sejahtera semua,

korang sihat pagi ni? aku ting-tong sikit kepala pasal baru sampai dari rumah mak aku pukul 1 pagi tadi...

macamana puasa korang? kejap je dah 24 Ramadhan kan? dah nak abis pun bulan ramadhan... semangat nak raya makin terasa... lagi la kat opis aku ni haa... nak tau apsal? pasal jiran sebelah ni dah mula pasang lagu-lagu raya je dah ni...

mood aku lak? nak kata ke laut... laut dekat je dengan rumah... maka aku kata mood aku ke gunung aci tak? pasal gunung jauh kat rumah mak aku kat kluang sana tu kan.... hehe....

tahun ni aku rasa aku bersara la buat kuih raya.... bersara kejap je la... takde semangat nak buat dengan cabaran anak-anak ni... karang aku jadi macam kes ni  pulak kang... pasal dah letih kan? apa pun boleh jadi.....

tapi  korang mesti pelik tengok tajuk kan? kata aku dah buat..... sebenarnya aku menumpang nama kuih yang mak dengan adik aku buat je baru ni masa balik kampung.... aci jugak kan? hehe....

dah banyak jugak stok kuih mak aku kat kampung disebabkan kerajinan adik-adik aku... diorang dah buat tumpe kacang hijau... tempeyek kacang tanah... biskut kacang, biskut sarang semut, biskut kelapa....dan semalam mak aku buat kuih kembang goyang pulak.... atau dipanggil kuih ros atau kuih loyang.... meh kita layan gambar buat kuih ramai-ramai dan meriah  ni...


sebelah tu tangan mak aku dan sebelah tu tangan abah aku... tangan aku mana? ambik gambar la wei...


ni staff tambahan untuk tolong rasa dan masukkan dalam telap..



dan ini hasilnya.... sedap wooo.... homemade ni...

p/s aku kalau tengok versi homemade kat umah kami ni terpikir pulak kalau homemade yang dok canang-canang kat luar tu ada versi gaduh-gaduh dengan anak tak ye....



Sabtu, 11 Ogos 2012

Ibu Mengamuk Rempeyek Rosak! Ini kerja gila!

salam sejahtera semua,

haha... bersiaran langsung dari rumah mak aku ha
ri ni... terima kasih la pada korang yang sudi komen kat entry Blueberry Cheesecake tu... nanti-nanti la aku balas ye.. line ni cukup-cukup je nak bagi aku bernafas je ni...

hari ni hati aku pepagi dah panas dah ni...

ni semua sebab BERITA ni la....


KUALA LUMPUR: Berang kuih rempeyek yang baru dibuat untuk hidangan Aidilfitri dirosakkan, seorang ibu membelasah anak sulungnya berusia enam tahun hingga lebam di badan serta berdarah hidung dan mulut.
Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa bersama adik perempuannya berusia empat tahun berada di rumah bersama ibu mereka manakala bapa mereka keluar bekerja sebagai pemandu bas.
Sumber polis berkata, sejurus pulang ke rumah bapa mangsa mendukung anak lelakinya itu sebelum terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu menangis kesakitan.


hangin aku tau.... aku nak je gi jumpa mak budak tu pastu tanya dia.. dia raya pasal apa ye? kalau sebab nak merayakan dia berpuasa selama sebulan...baik tok sah la... pasal bulan ramadhan ni habis pun tak lagi... orang suruh banyakkan amalan ko gi buat pulak benda tak berfaedah belasah anak...

p/s ada orang yang sama pendapat dengan aku? eh kalau rempeyek hancur pun rasa tetap sama kan?

Khamis, 9 Ogos 2012

Perkembangan adik Husna

salam sejahtera semua,

pagi tadi aku hantar adik husna ke klinik dulu baru masuk kerja... sebenarnya temujanji adik 7hb tapi kami lupa! hahaha... baru anak 3 tu....

sudahnya tadi pagi baru jengah gi klinik...

alhamdulillah adik husna dah makin besar... dia dah pandai macam-macam...

dia dah pandai menjelor (kata org johor untuk bergerak dalam posisi meniarap tapi menolak ke depan dengan gerakan kaki dan tangan...fuh...) dengan lajunya... dah berjaya sampai ke dapur pun dia....
dia dah pandai angkat-angkat bontot tinggi-tinggi macam ni...



dan sambil buat posisi macam nak duduk pun ada macam ni...



dan semalam dah nampak gerakan pertama dia merangkak.... tak sempat pun nak ambik gambar... abis la comot baju raya dia nanti...

gigi pun dah tumbuh 2 batang belah bawah... makan makin kuat... hahaha.. yang ni ummi suka... apa ummi masak semua abis sambil dibantu oleh abg ngah jugak...

dia dah pandai main cak-cak belakang kain...hihi...

pagi tadi kami check...
berat dia... memula naik timbang tak buka baju 6.3kg... tetiba je lepas buka baju semua baringkan dia... aik? jadi 4.8kg.... serius... cemas aku dengan shah... takkanlah kan?

lepas tu kami angkat husna semula... tengok-tengok jarum tu dah bergerak ke belakang sangat... aiseh....
nurse betulkan dan timbang balik... aik? 5.2kg pulak? apa tak kena ntah timbang tu... patut kena lupus dah kot..? hehehe... last sekali timbang baru dapat 6.2 kg... ntah betul ke tak ntah... rasa aku nak try timbang kat tempat lain pulak la... macam tak yakin je...

lilit kepala dah 44cm dan tinggi dah 63 cm dah...
tapi nurse tu ada gak bising dia kata adik ni dah duduk line kuning dah ni... agak membimbangkan jugak...
dalam hati nak jawab jugak... bukan ke graf tu untuk budak-budak yang menyusu susu formula?... pastu nak sambung lagi.. adik husna keluar dulu pun cuma 2.5kg je pun... naik dekat 4 kg dalam 8 bulan ok la kan? abg ngah dulu langsung berat turun bila umur 2 bulan tapi sekarang ni haaa ko ambik...mengalahkan abg long dah dia...

lepas ni kena gi klinik lagi bila genap setahun pulak...

p/s apapun ummi sentiasa harap adik terus sihat dan sihat sentiasa... amin...

Blueberry Cheesecake? Menyampah...

salam sejahtera semua,

aku nak cerita ni, hari ahad lepas aku ada buat majlis berbuka puasa atau potluck dengan adik beradik shah kat rumah kami...

memang meriah la sambutan tu... berbuka ramai-ramai kan?

tapi kami lupa pulak nak ambik gambar... tambah pulak masa tu tengah ada final badminton olimpik... terusss lupa...

tapi bukan pasal tu aku nak cerita..... pasal kek ni haa.....



mengancam kan? aku pinjam gambar dari kawan aku Faiz .. dia memang rajin buat kek dan jual...

aku pun dengan rajinnya la nak mengodeh cheesecake pulak untuk acara makan-makan ni...

tapi sila bayangkan kejadian yang berlaku ok..... pejam mata dan bayangkan....

baru je aku panaskan susu dan cairkan cream cheese pastu butter.... mula dah drama... adik beradik berdua tu dah mula bergaduh... shah keja time aku buat ni...kena berkejaran pulak aku jadi pengadil tak rasmi... kalau pengadil olimpik tu takpe gak dapat gak elaun... ini pengadil perlawanan gusti yang takde lesen... gedebuk muka pengadil pulak kena.. aiseh....

pastu aman sekejap.... aku pun mula pecahkan telur dan asingkan putih dan kuning...pastu adik husna nak susu pulak.. aku susukan dia... mula risau pasal telur aku dah tinggal ni... pastu adik husna selamat dah tidur...

mula pulak aku tepuk gula dengan telur putih.... haaaa... sampai pulak hero no 2 aku, abg ngah....dia ni kalau aku buat kek suka sangat colet-colet tepung yang belum masak... sedap dia kata... jadi bila aku pegang je mixer dia dah start ngendeng-ngendeng la...letih... mula aku jadi tak keharuan...

pastu aku tepuk punya tepuk.... apasal lambat nooo nak naik ek? ke sebab aku dah tinggal sekejap masa susukan husna tadi? aku tepuk dah dekat sejam baru dapat texture meringue yang macam orang cakap-cakap.. (ala bila kita pusingkan mangkuk tu dia tak jatuh)... itu pun puas aku godeh mixer tu kejap laju..kejap slow... pastu aku goyang mixer macam pakai hand mixer dah, baru dia nak naik... (masa ni abg ngah dah fed up dah tunggu)....ke teknik aku tak betul? ada sesiapa boleh tolong aku?

pastu bila dah siap je aku buat la macam step kat sini... HaSue cuma masa aku tepuk telur kuning tu dah kering sikit pasal aku tunggu husna abis susu tadi dan nak tepuk telur putih yang agak lama... ada kesan ke benda ni?

selesai semua....aku masak guna keadah Bain-Marie macam kat Citarasawan  ...
aku guna yang last tu letak air kat rak bawah dan loyang letak kat atas dia pasal oven aku kecik... silap tak ambik gambar... tapi aku pakai loyang yang boleh tanggal bawah tu...

sudahnya apa dah jadi tau.... masa memasak tu ada adunan keluar ikut bawah dan menitik ke dalam air loyang bawah tu....aku tengok cheesecake tu ok lagi masa ni... oppsss lupa aku masak 160 degree selama 45 minit.... aku berharap la jadi....

tapi bila dah masak aku tak sempat bawak keluar terus dan lupa sampai dia sejuk dalam oven pulak tu... sekali aku bawak keluar je dah keras kejung cik cheesecake aku tu..... adehhh... bantat kek aku.... tapi pasal nak buat lawa aku calit jugak blueberry atas dia... alahai... sedih betul....

aku macam dah malas nak buat dah rasanya lainkali lepas semua yang ku lalui... huhuhu.... sedih wooo percubaan pertama tak jadi... berangan dah nak buat untuk hari lahir mak aku 1 hari raya nanti... kalau camni kensel je la jawabnya...

p/s adakah untuk ibu yang beranak kecik cam aku dan takde siapa boleh tolong jaga anak-anak hero tu memang berangannnnn je la nak buat kek camni?

Rabu, 8 Ogos 2012

Unique Giveaway By Lulu Caldina

salam sejahtera semua,

nak join GA lulu ni.... lulu, akak pertaruhkan gambar ni haaa...



gambar tepi pun aci kan? hahaha.... ni gambar habis cun dah ni... masa ni senyum memang ikhlas habis la ni....

korang nak join? gi kat sini... Lulu Caldina ..

p/s errr... nanti2 kalau menang ko transform gambar anak akak sekali ke dik?? hehe... bajet boleh menang...

Aiskrim percuma di Baskin-Robbins!

salam sejahtera semua,

baru je abis meeting dan nak kongsikan berita gembira kat korang ni....

hari tu kita dah cukup gembira walaupun cuma dapat perak untuk badminton kan? tapi ada yang lebih gembira lagi ni....

masa sebelum perlawanan badminton akhir tu ada nampak pengumuman askrim percuma kat tv kalau malaysia dapat emas untuk olimpik...

dan ada baca kat metro pun...


Aiskrim Baskin-Robbins percuma sekiranya Malaysia menang pingat emas



tapi lepas kalah pusingan akhir badminton di olimpik tu kami terus melupakan hasrat nak makan aiskrim free ni... tetapi tetiba je hari ni dapat berita gembira ni pulak....

Tetap beri aiskrim percuma

haaa.... korang dah baca kan? jom serbu ramai-ramai....

p/s itu pun kalau shah nak ikut permintaan isteri dia ni la kan......

Kedai Kurma di Kuantan

salam sejahtera semua,

pagi ni korang sihat? nak cerita apa pagi ni ye?

pagi ni ada meeting pukul 9 pagi kang... sementara tu aku tulis entry ni dulu ye...



aku suka kurma, kalau bukan bulan puasa pun aku memang suka makan kurma.... bersyukur sangat zaman sekarang ni tak macam dulu-dulu yang hanya kita jumpa kurma masa bulan puasa aje... sekarang bila-bila pun dah ada jual kurma....

kalau kat kuantan ni ada 2 kedai besar yang jual kurma ni...

satu kat Pasar Kurma kat Jalan Beserah...


bagi yang tak tau lokasi kedai ni cuba cari Pasaraya Tunas Manja Jalan Beserah.... dia sederet dengan Tunas Manja dan Kedai Kereta Mercedes...

satu lagi kedai ialah Hamid Bros kat Jalan Mahkota...




Kedai ni sederet dengan kedai-kedai kain sebelum Jalan Bank...senang je nak cari....

kalau ikut kami sekeluarga suka pergi kedai Hamid Bros lagi dari kedai Pasar Kurma pasal harga dia jauh berbeza...

kalau kat Pasar Kurma ada macam-macam jenis dari yang murah sampai mahal... ada jugak jual rempah-rempah... tapi aku pernah beli sekali kurma bertangkai al-aqsa dia... keras dan dah rasa kurma yang masuk peti ais... tak sedap dah rasa dia...

kalau kat Hamid Bros pulak semua kurma bertangkai berharga RM10.50 tak kira apa brand pun... murah kan? aku rajin borong banyak-banyak... kurma lain harga lagi murah...

meh layan gambar kurma yang sedap sekali ni.....



p/s ini pendapat personal je tau... setiap orang ada pendapat masing-masing....

Jumaat, 3 Ogos 2012

Berbuka apa hari ni?

salam sejahtera semua,

korang berbuka apa hari ni?

maaf la ye... tak bersahur ni menyebabkan aku nak cerita pasal makanan la pulak....

al kisah semalam kami ajak akak ipar aku atau akak shah datang rumah sekeluarga untuk berbuka puasa kat rumah kami...

bukan masak grand macam kat hotel yang siap ada 40-100 jenis lauk pauk pun... cuma sekadar niat nak menjamu orang berpuasa je makan....

makanya terhasil la juadah -juadah ini....



tauhu sumbat yang memang sumbat je apa yang dapat... hehe... shah yang buat ni... aku tolong goreng tauhu je...



pastu lawan pulak dengan sambal kacang yang agak terpedas sikit.... lupa sambal kicap dalam peti daaa...


pastu buat orang yang masih cari nasi... ni haaa.... nasi goreng sardin in the making.....

pastu kitorang buat air koktel je... senang... main curah-curah je dari tin... kami kata air orang malas ni... opsss...air takde gambar pasal dah nak berbuka baru sediakan... itu pun abg ngah dah hadap bekas koktel tu sambil cakap...."hmmm...sedap betul...." siap ketap-ketap bibir lagi tau....

alhamdulillah semua orang kenyang....cadangannya nak buat lagi sekali ahad ni... kita nak masak apa ye ahad ni bang?

p/s berbuka kang kami ulang nasi goreng semalam yang patutnya jadi makanan sahur pagi tadi la jawabnya... waaa.... jangan membazir kan?

Besarnya rahmatMu Ya Allah...

salam sejahtera semua,

kejap je dah masuk 15 ramadhan kan?

hari ni aku terasa besar betul rahmat yang Allah berikan pada aku selama ni...

kalau ada kesukaran mudah saja Dia tunjukkan jalan keluar....

cuma aku yang kadangkala lupa untuk bersyukur....

hari ni satu lagi rahmat besar kami terima Ya Allah... Kau permudahkanlah puasa kami suami isteri sehingga waktu berbuka nanti... amin...

tapi belum pun aku tulis doa kat atas tu... Allah dah turunkan rahmat yang besar buat kami... HUJAN....

alhamdulillah... lega sikit keletihan yang aku rasa saat ni...

nak dijadikan cerita pagi tadi aku dah bangun pukul 4.15 pagi untuk siapkan barang untuk bersahur.. tetiba adik husna pulak nak menyusu... aku tunaikan kewajipan tapi tak sedar terlelap semula... sedar-sedar je jam dah pukul 5.30 pagi... cuma sempat kejut shah dan suruh dia berniat je la... apa pun dah tak sempat dah.... cuma aku agak terkilan tak sempat minum air banyak-banyak waktu sahur macam biasa aku buat....

tapi Allah lagi Maha Pengasih dan Penyayang kan...? Dia sejukkan kami dengan cuaca yang agak mendung dari pagi tadi dan sekarang hujan dah pun turun... alhamdulillah...

susu adik pun lebih dari biasa yang aku dapat pam... selalu sesi pagi cuma dapat paling lebih pun 4 auns tapi hari ni dapat jugak 5 1/2 auns... total sampai tengahari dah ada 9 auns... selalu ini adalah collection untuk 1 hari aku pam... alhamdulillah ada rezeki lagi untuk adik husna... semoga hari-hari berikutnya akan begini juga hendaknya...amin...

p/s hujan lebat yang turun pada petang jumaat ni sangat indah aku rasakan...

Songkok Raya ... korang beli kat mana?

salam sejahtera semua,

semalam aku takde sebab ada seminar kesempurnaan solat.... banyak betul benda yang silap tapi kita tak perasan pun kita buat dalam solat...

satu pesanan yang penting dari Ustazah Hajah Siti Khadijah semalam... "kita kena belajar untuk buat yang terbaik dalam solat...kalau kita tak mampu berdiri, duduk atau dengan cara apa pun yang kita boleh janji kita bersolat...jangan tak buat langsung atas alasan sakit... selebihnya kita berserah pada Allah s.w.t dan doa mohon semoga diterima setiap amalan yang kita lakukan padaNya..."

eh sebenarnya nak cerita pasal songkok raya ni... atas tu selingan je...


setiap kali nak raya ramai orang sibuk nak beli kelengkapan beraya macam baju raya, tudung dan songkok kan?

korang pulak macamana?

keluarga kami bila nak raya biasa membeli songkok kat SINAR SONGKOK MELAYU ... kedai dia buat masa ni cuma ada di kluang je... jadi setiap kali balik kluang boleh la nak membeli... buat masa sekarang ni ada diorang buka kedai di bazaar ramadhan kluang di sebelah sungai sembrong... setiap tahun kena singgah kedai ni sekarang pasal kepala anak-anak setiap tahun berubah... bebaloi beli kat sini... songkok dia tahan lasak... untuk bebudak ok... untuk bapak budak lagi la ok... ada banyak pilihan.... ko nak yang tarbus pun dia ada... hahaha... siap ada yang besar gila tergantung kat kedai dia... shah sibuk-sibuk gak menerai songkok yang 5 1/2 inci... hehe... tak yah la aku cerita atau tepek gambar dia sini rupa dia camne... rahsia suami isteri ni wooo... kalau korang berminat songkok setinggi 6 inci pun diorang ada... nak order gi la intai-intai klik kat gambar atas tu haa.... (aku pun baru perasan belek-belek songkok anak pastu... eh diorang ada blog la)..

pastu korang mesti nak tanya songkok lama aku buat apa kan? dulu aku bagi je kat orang... itu masa abg long kecik-kecik... tak sangka la kan leh dapat adik lelaki pulak dia tu... lepas ada abg ngah ni aku simpan je... ada orang yang boleh lenjan pulak.... tapi agak-agak la kalau nak lenjan pasal kepala abg long dengan abg ngah lebih kurang sama je dah sekarang ni...

terbaru kami beli minggu lepas pun:
abg long : 18 1/2
abg ngah : 18

tengok... hehe kurang 1/2 je pun.....

p/s senyum je anak-anak bujang aku gi sekolah masing-masing pakai songkok baru hari ni....



Rabu, 1 Ogos 2012

Coklat yang best!

salam sejahtera semua,

entry terakhir sebelum balik memasak... horrey!

kan best kalau dapat beli coklat labuan yang best ni banyak-banyak lagi.... kan asma?




p/s pssttt asma.... aku memang nak order... tunggu tau....

Jumpa kawan lama!!!

salam sejahtera semua,

aku excited semalam.... nak gi jumpa kawan lama yang memang lama sungguh tak jumpa.... kami dulu sama-sama belajar di matrikulasi di cheras...

kawan aku tu, zam dah ada 4 orang anak dah pun... dia jadi cikgu kat kangar, perlis nuu haaa... jauh kan? tak sangka betul boleh jumpa...

apa jadi bila jumpa?... aku macam terkejut sikit... lupa dah dia keja apa, anak berapa walaupun perkembangan dia selalu ikut kat facebook... hehe.. sorry zam... gugup kot lama tak jumpa ko...

aku sebenarnya nak ajak ko berbuka kat rumah semalam tapi nak buat macamana dah pukul 6.15 aku baru sampai rumah... jem teruk kat kuantan semalam dan hari-hari sebelumnya... hari ni tak tau lagi camne... bulan puasa ni trafik kuantan ni makin teruk... kalau selalu aku boleh sampai rumah dalam pukul 5.30 petang.. ini jam 6 pun belum tentu lagi sampai....

akhirnya setelah plan macam-macam aku cuma sempat masak mee sup bodoh je pun....

eh.... meh layan gambar kami jom....







 zam, ko dah kurus sangat....mata aku segan dengan kameramen sebenarnya...hehe...

ni pulak gambar masa aku jumpa asma, juga kawan masa matrik dulu... pun setelah matrik terus tak jumpa-jumpa... asma ada anak sorang....



masa jumpa azie tahun lepas lupa pulak nak ambik gambar.... baru ni sebelum puasa azie ada balik tapi aku pulak tak sempat nak jumpa dia....

p/s banyak kenangan lama mengimbau semula bila kita jumpa balik kan? soronoknya masa belajar dulu... happy je takde masalah berat pun nak fikir sangat....

Penimbang Digital Murah

salam sejahtera semua,



pagi ni tengok iklan kat email.... teruja betul... penimbang murah...

macam senang pulak tu nak guna...

tapi bila fikir-fikir balik timbang yang ada kat rumah tu pun entah bape kali guna terus hati rasa tawar je nak beli....

korang yang rasa nak beli meh la gi SINI ...

p/s ni la masalahnya bila selalu masak-masak main agak-agak je...