Logo KBBA

Isnin, 31 Disember 2012

Kuantan banjir lagi!

assalamualaikum semua,

kawasan yang dilanda banjir


hujan turun tak berhenti sejak awal pagi tadi di kuantan ni dah menyebabkan banjir di setengah kawasan di kuantan ni...

di tempat kerja aku sekarang ni area jalan seri kemunting masih hujan walaupun dah renyai... kat rumah kami tak tau la apa kabor ntah ni.... berdoa je hati ni...jangan lah naik air macam hari tu lagi....
takde orang kat rumah pulak tu....susah hati dah ni... patut ambik cuti je tadi....waaa....

perkembangan setakat ni cuma dapat tau dari Portal Banjir dan Facebook Kuantan je la...

ini gambar-gambar yang diambil dari facebook kuantan tadi....

jalan pintasan ke perlabuhan - bypass kuantan

jalan gebeng

taman tasik bandar

gebeng

jalan kemaman -kuantan
jalan pun dah ada yang ditutup untuk semua kenderaan ringan...
boleh rujuk di bawah...



p/s dalam suasana banjir ni pun ada yang ada hati lagi nak tanya pasal sambutan tahun baru....jaga nyawa dulu la....kat terengganu dah meragut nyawa pun... insaflah selagi belum dihisab...

sumber dari Portal Banjir

dah nak mula sekolah!

assalamualaikum semua,


Tabika Kemas Sg. Derhaka


pagi ni memula ingat nak cuti... sebabnya kena daftar abg long ke sekolah hari ni...
tapi bila dah settle semua awal lagi... dalam pukul 11 pagi... makanya aku ke tempat kerja menyudahkan semua kerja-kerja yang tertunggak...

malas betul rasanya nak gi kerja... tambahan pulak kat kuantan ni hujan tak berhenti sejak malam tadi...
sekarang ni baru dapat teduh sikit tapi langit masih gelap, bermakna masih ada potensi hujan terus turun sampai ke petang agaknya... hanya ramalan belaka ok... baru berangan nak gi kerja naik motor... terus kena kensel...

Abg long tahun ni masih di sekolah Tadika Kemas Kampung Derhaka atau nama sebenarnya Tabika Kemas Sg. Derhaka lagi tahun ni... ramai yang tanya disebabkan umur dia dah 6 tahun pada tahun 2013... kenapa tak hantar ke pra sekolah...? hmmmm... camne ye nak jawab? dulu kami dilema jugak nak hantar abg long ke tabika kemas ke atau ke pra sekolah.....

last-last kami hantar ke tadika kemas sebab salah satu alasannya aku tak berapa setuju abg long kena pergi sekolah masa umur dia 6 tahun sebenarnya... nanti tahun depan dia akan naik tahun satu dia sekolah yang sama...in Shaa Allah... jadi suasana sekolah akan sama sampai umur dia 12 tahun? kalau aku yang dewasa ni akan rasa jemu jadi untuk bebudak macam abg long yang suka main tu je tak ke lagi jemu nanti?

takpe la biar aje la dia kat sekolah tadika lagi setahun... sampai dia boleh betul-betul kenal huruf dan buku...

tadi dah selamat daftar untuk abg long... takde seorang pun kawan lama dia kat sini... kesian dia... semuanya ke sekolah pra dan ada juga yang dah masuk tahun satu... nak buat camne nak.. entah-entah nak daftar pra pun abg long tak layak...

yuran yang kena dibayar tadi semuanya sekali RM95 termasuk baju seragam sekolah, baju sukan dan kain baju melayu untuk hari jumaat... sekolah akan bermula pada hari Rabu, 2 Januari 2013...

abg long sibuk ambik buku bacaan nak tunjuk kat ummi dia tadi... abg ngah pun sama sibuk... tapi sibuk nak main patung zirafah dan gajah je...

adik husna dengan ayah kena tinggal dalam kereta sebab hujan tak berhenti menyebabkan air naik sampai tenggelamkan kasut kerja ummi dalam air... huhu... banyak ye cabaran nak daftar anak sekolah... ini belum anak nak kawin lagi ni...

semoga anak ummi gembira bersekolah lagi tahun ni.... berusaha ye nak.. semua menjadi anak berjaya di masa depan...berjaya dunia dan akhirat....

p/s selalu ingat ayat ini... "anak adalah cermin pada ibu bapanya"....

Ahad, 30 Disember 2012

apa dah jadi dengan Malaysia....?

assalamualaikum semua,

bersantai di hujung minggu...

hari minggu korang buat apa?
aku tengah melepak sambil tengok jalan-jalan cari makan kat tv3 ni....bestnya tengok si pengacara ikram ni makan... dia tunjuk semua tempat yang diorang pergi sepanjang 2012 ni...menarik...menitis air liur tengok dia makan sate willy kat kajang tu...

sambil tengok tv sambil baca suratkhabar....anak-anak dah kena subcontract dengan orang lain....hihi....diorang bawak berjalan màna ntah....

baru bukak je suratkhabar muka depan dah nampak berita yang mengemparkan....korang tengok la gambar kat bawah tu....bukan gambar perempuan seksi tu ye tapi berita kat belah kiri atas tu dan kat belah kanan atas dan berita utama kat bawah....

yang pertama cerita pasal maut akibat peragut yang menjadi masalah takde kesudahan bagi rakyat malaysia...

yang kedua tu berita anak 3 tahun ditetak oleh ibu saudaranya yang ada masalah mental...

yang ketiga ni lagi parah...anak ditinggalkan di tepi jalan...Allahuakhbar.... terbayang muka anak-anak masa baca berita ni...umur diorang baru 5 tahun, 2 tahun dan 9 bulan masa ditinggalkan...mana la hati dan perasaan bapa dia masa ni...tak mampu nak kata apa-apa bila baca anak yang sulung tu berkata macam ni....

"sejak ayah tinggalkan kami, dia langsung tak datang jenguk kami. saya anggap dia dah mati"...

macamana la anak tu nak membesar dengan perasaan benci camtu kan?

p/s berdoa semoga Allah buka pintu hati semua orang supaya nampak jalan yang benar...amin...

Sabtu, 29 Disember 2012

makan apa korang hari ni?

assalamualaikum semua,

kami dah selamat sampai kampung ni...lega...

tengah lepak tengok cerekarama ni...

korang makan apa hari ni....setelah bekerja keras buat durian crepe semalam maka hari ni jadi la hari malas nak masak apa-apa...

bila bukak peti ada kobis panjang je....tengok kat tempat bawang ada kentang...dan akhirnya ini lah menu yang jadi....menu orang malas atau menu orang bujang...

tapi apa yang best ialah....abis licin...tak yah nak masak ikut resepi ala kelantan atau ala sarawak atau ala johor pun...cuma masak ala kadar je pun dah licin....kalau masak ala pahang agaknya macamana ye...

p/s tengok orang hantar gambar terung masak goreng berlada....macam sedap je kan?

Apa yang tak kena dengan teksi ni?

assalamualaikum semua,

korang buat apa hari minggu ni?

kami nak balik kampung shah kejap-kejap lagi kot...

nak tanya kat korang....apa yang tak kena dengan teksi ni...?

macamana la orang tak selalu cakap pemandu teksi memandu dengan tidak berhemah kan?

bila kuatkuasakan AES orang marah pulak....hmmmmmmm....

p/s teringat masa kat jb...biasa kalau macam ni dah kena saman dah...

Operasi Pos Malaysia dah berubah ke?

assalamualaikum semua,

semalam masa check peti surat ada surat sekali dengan pemberitahuan macam postcard kecil macam gambar kat bawah ni... mulai 1 Januari 2013....

tapi aku sebenarnya tengah agak musykil ni....
aku dah baca tapi aku rasa macam takde perubahan je aku tengok...

ke sebab aku tak berapa berurusan dengan diorang ni...

tapi harap-harap ianya berguna untuk orang lain...

p/s tengah tunggu orang datang untuk repair bumbung bocor...baru tak sampai 2 tahun duduk dah bocor...alahai....

Jumaat, 28 Disember 2012

Kenangan mengusik jiwa...

assalamualaikum semua,


berdoa - sumber


apabila kenangan lalu mengusik jiwa..................


rasa bersalah mengetuk hati..............


ingin dibuang jauh tak mampu lagi.................


hanya yang mampu menadah tangan memohon keampunanNya seikhlasnya....................


semoga yang lalu tak menganggu lagi................


pintaku keampunan masih ada untuk diri ini....

Amin... Ya Rabbal alamin....



p/s langkah diatur seperti tak mampu lagi......
This entry was posted in

SKMM: Rebat RM200 bagi Pembelian Telefon Pintar untuk Golongan Belia dan Geran RM1,000 kepada Usahawan Online

assalamualaikum semua,

Alcatel 993D - sumber google


berita baik buat semua belia di Malaysia dan juga Usahawan Online...

pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar bergantung dengan syarat-syarat yang ditetapkan..

yang penting hanya model ini yang tersenarai ye:


1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 23
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

Note:
1) The above is as at 26 Dec 2012 and the models list will be updated from
time to time in the Service Provider's website;
2) The brand, model and quantity offered may differ amongst different
Service Providers.


syarat-syarat tambahan :


  • Pemberian rebat RM200 secara one off ataupun sekali bagi setiap satu pembelian telefon mudah alih pintar 3G
  • Pemberian rebat RM200 telefon pintar ini akan mendapat kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat telekomunikasi bagi melaksanakan Pakej Komunikasi Belia ini
  • Terbuka hanya kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun
  • Pendapatan bulanan belia mesti RM3,000 dan ke bawah. dari SUMBER


dan juga Geran RM1000 untuk usahawan online...

untuk makluman semua rebat dan geran ini akan bermula pada 1 Januari 2013...

untuk maklumat lanjut boleh rujuk SKMM dan SINI ...


p/s aku dah bukan belia lagi dah.....kalau mengikut syarat tambahan tu....



Azam tahun baru

assalamualaikum semua,

setiap kali tahun baru masihi menjelma semua orang sibuk bercerita pasal azam tahun baru mereka....

topik di Tv  tadi pagi sangat bagus... setelah ditanya semua orang pelbagai bangsa tentang azam baru masing-masing kemudian dikupas satu persatu pula pasal azam tahun baru dan cara menyambutnya dalam islam...........tersusun hujah ustaz pagi tadi.... sekali lagi maaf tak dapat aku nak nyatakan nama ustaz ni...terlepas pandang dalam sibuk menyiapkan persiapan anak-anak ke taska... minta halalkan ilmu ustaz ye....

ada tiga penyataan ustaz yang amat menyentuh jiwa...

pertama:

"dalam merayakan apa jua perayaan jangan kita sampai lupa mengerjakan solat...ini akan menjadikan sesuatu itu melanggar syarak"

kedua:

"selagi belum dihisab...selagi itu belum terlambat untuk insaf"

ketiga:

"jangan hanya menunggu tahun baru untuk berubah kerana kita tak pernah tau bila ajal kita akan tiba"

p/s sampaikanlah walau sebaris ayat.....

yuran taska naik lagi...

assalamualaikum semua,

dah berjumpa semula dengan hari jumaat, penghulu segala hari...

semalam aku dikhabarkan satu berita tak berapa best oleh shah...

yuran taska anak naik lagi....!

lemah je dengar berita camni...aku memula memang hangin gak bila dapat berita tu dari mulut je kan....itu pun cikgu kat sekolah tu yang sampaikan...

takde pulak surat hitam putih dari taska tu sendiri....aku dah tekad kalau diorang tak bagi surat pernyataan maka aku cuma bayar bayaran yuran macam biasa je...
sebabnya yuran diorang tu naik sampai rm100 untuk 3 orang tu...

tapi shah pujuk aku suruh contact pengusaha taska tu dan tanya dia betul-betul....lagi sekali aku hangin...bukan dia ke yang kena contact kita....?

tapi akhirnya aku mengalah...ye la suami yang pujuk kan? keras mana la hati si isteri ni...

aku hantar sms je tanya....dan akhirnya dia balas dengan meminta maaf....alasannya pihak kwsp dah bagi surat dan berkaitan dengan gaji minimum rm900 untuk pekerja swasta dan sewa premis dah naik...di atas alasan itu maka yuran harus dinaikkan....

nampak tak? ada sesiapa lagi nak kata aku tak menyumbang untuk negara selain cukai pendapatan dan lain-lain service charge yang kami kena bayar? sorry entry beremosi ni....maaf ....cuma nak meluah rasa....

pastu akhirnya setelah berbincang dapatlah kami diskaun rm50....lega sikit...walaupun ada kenaikan tapi masih boleh dipertimbangkan....

sebenarnya aku tak marah jika pemberitahuan di beritahu awal sebulan atau dua bulan dari tarikh kenaikan tapi bila diberitahu pada 27/12 untuk kenaikan bulan januari aku rasakan amat tak adil bagi kami ibu bapa ni... bagi aku mungkin tak terasa sangat tapi aku jugak bersuara bagi ibu bapa lain yang mungkin merasakan terbeban dan bercadang nak hantar ke tempat yang lebih murah tapi tak tercapai hanya sebab masa yang suntuk....kesian kan kalau kena macam tu?

aku rasa pengusaha taska tu sendiri akan marah kalau dia terdiri dalam ibu bapa yang macam ni....

p/s bagi semua yang berniaga...tak kira apa pun perniagaan anda..selalu la renungkan etika anda dalam berurusniaga di samping keuntungan yang diperolehi....

Khamis, 27 Disember 2012

dah nak abis dah....

assalamualaikum semua,

aku nak tanya korang ni.....


korang tak perasan ke?

tahun 2012 ni dah nak abis dah..... hari ni dah 27 Disember 2012 dah..... lagi 4 hari lagi dah nak masuk tahun baru 2013 dah....


dan itu bermakna CONTEST CERITA ITA pun dan nak sampai ke tarikh penutupnya....


tapi masih tak ada lagi yang nak masuk contest ni.... sedih la...hukhuk....

korang taknak hadiah ke?

ke hadiah tu macam tak best je?

nak tambah jadi best lagi ke?

atau masa pendek sangat?

meh la join..... aku nak bagi betul-betul ni.... ikhlas ni.....


kalau masih kurang yang nak join atau dapat cuma 5 peserta atau kurang sampai tarikh tutup tu nanti... aku akan bagi hadiah utama tu pada semua peserta yang join ok...

jadi jangan lepaskan peluang dan meh join reramai.....

nampak gambar budak cute kat tepi pakai baju pink tu?  haaaa.... klik kat situ untuk maklumat lanjut.....

p/s lemas dah tengok entry melekat ni....kita kasi lekat terus kat tepi la.....


ikut jalan yang benar..

assalamualaikum semua,

semalam kuantan elok je tak hujan sampai ke malam...ok tak...sebenarnya ada hujan sekejap masa petang kami balik keja...hujan panas...malam pun cerah sampai boleh nampak bulan dan bintang....tapi hari ni alhamdulillah hujan turun lagi dengan lebatnya....kesian mana-mana kawasan yang tersekat sebab jalan banjir macam kat sungai lembing tu...

buka pasal banjir aku nak cerita tapi pasal dialog kat bawah ni....perbualan antara adik dan kakak...

di suatu petang yang sunyi....eh sunyi ke tak ni? hentam saja la....hihi....

kakak : kau balik ke kulai ke petang ni?

adik : a'ah.... ingat nak gerak la kejap-kejap lagi...

kakak : kau ikut jalan mana? (bertanya dengan perasaan ingin tahu sebab kat kluang ada 2 jalan menuju kulai..satu ikut renggam dan satu lagi ikut kota tinggi)

adik : ikut jalan yang benar.... (bercakap sambil buat muka selamba macam takde apa-apa)

kakak : .......(sambil macam ada bunyi cengkerik).....

p/s ceria kan hidup ada adik camni? kakak dalam cerite di atas tu aku dan adik tu uda aku....cehhh....

Contest Cerita Ita Genap 5 Tahun!

assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


STICKY POST (CERITA MELEKAT SAMPAI 3 JANUARI 2013) 

Untuk cerita terkini.... scroll di bawah ok....


klik gambar untuk maklumat lanjut....



p/s terpaksa buat entry kecik ni... semak tengok entry panjang yang sama lelama.....heee.....

Rabu, 26 Disember 2012

Selasa, 25 Disember 2012

Keraguan Munasabah...sebab aku menghilang...

assalamualaikum semua,

berebut kitorang balik rumah ni pasal nak tengok hantu kak limah balik rumah kat tv3 malam ni...ini semua hassan mutalib la punya pasal ni...ke penulis skrip dia....? hihi....

terserempak pulak dengan kemalangan kat tanjung lumpur tadi...tak tau apa yang berlanggar cuma nampak orang tolak motor dan ada ambulans bergerak menghala ke bandar...tapi nampak gak kesan tayar atas pembahagi jalan kat depan restoran santai tadi...

nak cerita sikit sebab aku hilang 2-3 hari ni....haaa...ini la sebabnya....buku berhantu ni haa....yang aku beli dengan harga cuma rm5 kat PTS baru ni....berbaloi-baloi....

pasal gi PTS tu aku cite nanti-nanti ye....sekarang nak cite pasal buku ni...
bagi sesiapa yang dulu minat nak jadi peguam tapi tak jadi atau nak jadi penyiasat tak jadi gak cam aku ni elok la korang baca buku ni...

buku ni dah keluar tahun 2008 lagi..huh rugi tak beli awal-awal...cuma 305 mukasurat je tu tapi cukup menyebabkan aku tak lena tidur....lepas ni mesti aku nak cari lagi novel tulisan Z.A. Imad ni...berbaloi kalau beli...

p/s aku nak layan hantu kak limah pulak ni....tak leh tumpu nak gelak kalau hadap blog....hahaha....

ni la kejanya kalau anak bujang...

assalamualaikum semua,

hari lambat pulak menulis....sesedar dah maghrib dah hari....kejap je masa berlalu....

rumah kami masih lagi hujan dan kuantan jugak masih hujan cuma sekejap lebat sekejap renyai....tapi masih bersyukur hujan tak lebat macam semalam...dan kalau lebat pun tak berpanjangan....kalau tak mesti kami dah berkayuh dalam besen besar dah masa ni kot ...hihi...

aktiviti dengan anak-anak bila cuti ialah aktiviti menconteng...tapi korang tengok je la gambar yang ada ni....

mujur la itu whiteboard marker murah....boleh aku buat magik dengan tisu lembap je...

sabor je la kan.....

p/s anak-anak suka betul bila ummi dia pandai buat magik...sekejap ada...sekejap takde...hahaha...


Isnin, 24 Disember 2012

Cuai betul kan?

assalamualaikum semua,

aku saja nak tunjuk kat korang macamana kejadian culik melibatkan anak-anak kecik selalu terjadi...

korang perhatikan gambar di bawah ni....

ada nampak stroller baby kat situ? kat tengah gambar kat tepi kedai tu?

gambar ni aku ambik masa kami gi ECM bebaru ni...

nampak macam stroller tu takde baby je dalam dia kan?

aku dah lalu tepi dia dan sebab tu aku ambil gambar ni.... mak ayah budak kecik tu bersama sorang lagi anak diorang tengah sibuk dengar penerangan jurujual kat dalam kedai menjual barang komputer.... baby tu kena tinggal sorang-sorang kat luar kedai...

serius aku kata kalau aku ni penculik budak....aku kata kalau je ye....aku takde kaitan dengan mana-mana kehilangan budak tau....

kalau masa itu aku adalah penculik dengan selamba aku akan tolak troli tu dan blah dari situ tanpa ada orang perasan pun...ini betul tau pasal aku dah stop lama kat sebelah stroller tu dengan shah dan anak-anak tapi aku tengok mak bapak budak tu sikit pun tak perasan aku berdiri kat situ...

buat pengetahuan korang aku tulis dengan beremosi ni tau...cuba bayangkan kalau mak bapak budak tu keluar dari kedai dan baru sedar yang stroller dan baby diorang dah takde? wah tak panik ke masa tu... mesti panik kan? tapi dah terlambat dah masa tu...mungkin budak kecik tu dah selamat sampai kat tangan orang lain....

jadi untuk semua ibu bapa termasuk aku sendiri....sila awasi anak anda! bukan senang nak dapat anak ok....

p/s hujan dah teduh sikit....banjir pun dah surut dah....alhamdulillah lega...terima kasih atas doa semua...

Rumah kami dah banjir

assalamualaikum semua,

tengah cemas ni wei.....aku tengah agak-agak mana-mana barang yang boleh diselamatkan ni....

harap-harap hujan tak berterusan lebat....

mujur aku cuti hari ni....boleh jugak pantau keadaan rumah ni...

sekarang ni hujan dah mula teduh sikit...air dah kurang sikit....aku seram gak kalau hujan terus lebat....

tolong doakan kami sekeluarga selamat ye....

p/s mak aku kata suruh kumpul makanan bebanyak untuk bawak naik tingkat atas....takut nooo dia cucu dia tak cukup makan...hahaha....

hujan rahmat

assalamualaikum semua,

hari ni aku masih cuti dan lepak-lepak dengan anak-anak kat rumah....

hujan tak berhenti sejak malam tadi....laman kami dah banjir pun....tak nampak macam nak berhenti lagi ni....

teringat waktu musim tengkujuh macam ni tahun lepas...waktu tu la kuantan banjir dan saat itu jugak sakit nak bersalinkan adik husna....

nasib baik rumah ni dah tak pakai astro...kalau tak camne la bebudak ni nak tengok tv...

p/s hujan-hujan ni kami layan mee hoon bodoh je....layan....

Jumaat, 21 Disember 2012

Mee Udon

assalamualaikum semua,

hari ni tak sempat nak buat entry kan....haaaa...busy bebenor....

tak sempat nak ke mana-mana pun seminggu duduk kat nilai....kesian kat anak-anak...

hari ni aku nak buat entry pendek je ... pasal mee udon...

mee udon ni kalau tanya kat aku macam rasa mee untuk laksa pasal rasa macam tepung beras je cuma dia macam kenyal sikit dari mee tepung beras tu...

aku memula tak tau makan mee udon ni...tapi masa aku gi kursus ke kuala lipis dan duduk lipis hotel ada jual mee udon black pepper...pastu aku nak try rasa dia macamana...hahaha...org johor cakap jakun la tu... aku pun order la...sekali makan haaa ko tak leh berhenti makan aku masa tu... masa tu la...tapi sekarang ni dah berhenti la ok...hihi...

murah je tau...dalam rm6.50 je semangkuk...aku pun terkejut masa bayar...ye la hotel kan...? ingat bayaran melampau ke macam biasa la kan...sekali siap tax lagi kan....heeee....
kalau korang gi lipis jangan lupa try tau pasal aku dah beli mee udon ni dan masak kat rumah tapi tak jadi la macam diorang masak...ingat kalau gi lipis bebila nanti nak tanya la chef hotel tu resepi mee udon black pepper tu.... aci ke camtu?

selepas kejadian mee udon black pepper aku tak menjadi tu aku ubahsuai guna mee ni cuma untuk kami makan steamboat murah kat rumah macam kami selalu buat...

jadi sesiapa yang tanya pasal mee ni rupa dia camne boleh la tengok gambar di bawah ni ye....

p/s kalau try buat spaghetti pun sedap gak kot...psssttt aku beli kat Giant Kuantan cuma RM2.99 je sebungkus...cukuplah sekali steamboat...

Khamis, 20 Disember 2012

Muzium Coklat @ Chocolate Museum di Kota Damansara

assalamualaikum semua,

hari ni ada luang masa sikit nak lunaskan janji pada korang....

haaa...ini dia cerita pasal kunjungan kami ke Muzium Coklat di Kota Damansara pada hari Ahad lepas....

kami sampai sini jam 12.30 tengahari...ingatkan ramai orang pasal hari ahad kan? tapi mungkin sebab tempat ni baru dan tak ramai lagi yang tau.... aku sampai sini pun disebabkan ada alamat lengkap seperti kat SINI dan kami tuju kawasan tu dengan menggunakan GPS....






kalau diikutkan alamat lengkap dia Jalan Teknologi 3/4 tapi bila sampai jalan tu korang kena ke depan sikit untuk terus ke Jalan Teknologi 3/5 baru boleh jumpa bangunan Dr. Group ni.... sangat jelas digantung banner Chocolate Museum di pagarnya... confirm tak sesat....


bangunan Muzium Coklat Kota Damansara... kena masuk ikut pintu kanan tu...

sebelum masuk bangunan ni korang kena daftarkan diri kat pondok pengawal dia untuk ambik pas lawatan.... yang ada tali kuning abg ngah pakai tu.... hanya untuk orang dewasa je pas ni tapi biasalah anak-anak sibuk... bagi je la kat diorang.... kat dalam tak check pun... mungkin diorang dah pasti jaga akan tapis....

jaga sangat berbudi bahasa.... berbangsa asing tapi orang Islam... sangat ramah... akan memberi salam setiap orang Islam yang datang...orang bangsa asing aku tak pasti....

lepas daftarkan nama korang (yang mana cuma tulis nama, ic no, no pendaftaran kereta dan sign... ) dan ambik pas...korang boleh terus masuk ikut pintu paling kanan ok.... terus je masuk pasal masuk kat sini tak kena bayar.... Perhatian... masuk sini FREE tau.... kami suka tu....hahaha....





memula korang masuk je akan nampak tulisan besar ni dan boleh jalan terus sebelah dia

wajib ambik gambar...walaupun tak ready...nampak tali warna kuning tu? hahaha... labuh kan?

masa kat sini boleh jugak nampak lembu besar ni.... kalau anak-anak tak berani nak pegang lembu betul boleh datang sini...dan duduk atas lembu batu ni... hahaha... tapi mintak kebenaran dulu ye...


lembu susu batu...jangan cuba perah susu dia ok
masa kami kat sini ada staff yang baik hati masa kami masuk dia tolong bukak pintu dan dia la yang guide kami sepanjang berada kat muzium ni... sampai semua yang ada situ dia terangkan.... sangat-sangat informative ok... aku suka budak ni... nak ambik gambar tapi dia lari pulak.... hihi...
tak perasan pulak nama dia...kalau tak aku suruh dia dicalonkan sebagai pekerja contoh... hihi... boleh gitu?


kami di depan kedai coklat dia...
walau tak beli coklat banyak pun... tapi bergambar harus di situ... heee....


ni tempat dia buat demo



naga dari coklat... abg long kagum tu..
korang layan gambar yang banyak ni je la ye.... ni la padahnya bila janji tertunggak lelama.... naga kat atas tu diorang buat dari coklat... buat dari mould dan jadikan naga... hish... yang ni kalau bagi free untuk makan pun aku rasa aku pikir banyak kali ni.... status dia jadi halal ke tak ek? hihi....


lagi mould dan tempat demo...


abg long bertukar jadi ultraman... mungkin dia harap org kat sini buat  mould untuk ultraman pulak kot

shah dah mula survey kedai coklat kat depan tu...apa yang boleh beli ek?....

akhirnya....abg ngah dah mula jimbit satu plastik...


abg long dan abg ngah di pokok koko tiruan.. ada biji koko dalam guni..

last sekali anak-anak wajib bergambar di pokok koko yang makin budak sekarang tak kenal ni...
rumah mak kat johor dulu ada tanam pokok ni.... banyak kat belakang...sekarang ni cuma tinggal satu je kot... itu pun takde buah dah... kesian bebudak sekarang ni.... boleh tengok tv je pun...

haaa.... lupa nak cakap ada gak tv kat depan tu yang tunjuk pemerosesan koko dari buah sampai jadi serbuk... bagus tau cuma ceritu tu panjang sangat...kena berdiri pulak tu...kalau bagi macam bilik seminar yang boleh duduk lagi ok kot....banyak songeh ko cik ta oiiii...

kesimpulannya.... lawatan berjaya dan sangat berbaloi...coklat-coklat yang dibeli juga sangat sedap....

kalau korang pergi wajib beli coklat loacker bebanyak tau....sedap gila! rugi beli satu je...  mahal ko... RM10 sekotak....alahai....

lebih kurang gini la coklat loacker tu... dalam tu ada wafer..  gambar dari en. google
lebih kurang la ye...kang aku balik korek dalam keta kot ada lagi kotak dia...aku ambik gambar...
coklat ferrero rocher (betul ke aku eja ni?) pun lebih murah dari kat luar...



p/s aku nak sambung dengar cikgu cakap ni... dah masuk bab two tail ...one tail pulak dah.... waaa... MU ada ekor pulak dah...

Rabu, 19 Disember 2012

Ice Room Bandar Baru Nilai

assalamualaikum semua,

disebabkan aku semakin lost dengan apa yang cikgu ajar... maka terjadilah entry ini...
boleh gitu??? hihihi...kira boleh je la ye...

kali ni nak cerita pasal Restoran Ice Room Bandar Baru Nilai...

kami serang tempat ni pada hari pertama kami sampai ke nilai ni....
dah lama aim tempat ni sejak dari Kuantan dah masukkan dalam list wajib pegi... konon-konon nak try ice cream durian dia.... tapi lain  pulak bil dah sampai....

hari kami sampai sini ahad lepas tu hujan memang lebat sesangat...sampai tak nampak jalan dah.... puas memusing nak cari tempat makan tapi tak jumpa yang sesuai.... ceh...sebenornya alasan je tu nak makan ice cream yang sebenornya.... hahaha...

dan tentunya memang aku la yang paling excited...(memang selalunya camtu la).... nak order memacam ni...ye la Ice Room mana ada kat kuantan kan tapi disebabkan nak selamatkan poket dari terbarai terus pasal duit tak bape nak ada....jadinya ini aje yang dapat kami order...

tengah tunggu order masa ni.... ummi kena ambik gambar jadi ayah kena pegang adik  husna... hihi...
keseluruhan makanan yang kami order di Ice Room hari tu


spagetti bolognese... shah kata sedap lagi aku masak... huhu...

mintak plain bun tapi dapat barbeque bun....aiseh...

anak bujang boring asyik kena marah pasal tak duduk diam...

ice cream yang kami order sebelah kiri tu Tropical mix fruit dan sebelah kanan  Peanut kot nama dia...

ada lagi yang kami order nasi goreng famous untuk bebudak... shah kata ok la rasa dia... ke sebab kami lapor? hihi... tapi aku tak tau sebab tak rasa...

lagi yang kami order ialah mushroom soup yang must order untuk anak kecik tu dan dicicah bersama dengan plain bun... sedap bun dia... tapi comel-comel noo....

haaa.... review pasal ice cream dia ... yang tropical mix fruit tu pada pendapat aku nyesal beli pasal manis bebenor.... kalau aku tau baik try durian punya... tapi nak buat camne dah rambang mata...
yang kacang tu tak nyesal beli... memang sedap sampai tiap kali makan memang jilat sudu...hihi...

harga kat sini...boleh tahan la cuma bagusnya dia tak kenakan cas perkhidmatan pada pengguna... aku suka tu... tak macam kfc dan mcD kan?

pastu satu je yang rasa agak menyampah... tau nape? apasal lak restoran camni suka nooo ambik orang bangla...nepal untuk ekrja dengan diorang? ke memang budak-budak kita tak suka kerja camni? 

masalah tau...macam kami order plain bun dapat barbeque bun...dah makan baru tau dan shah kan jenis malas nak bising terus order lain pulak... dah kena rm4.50 kat situ...saje je nak ambik duit orang kan? nyampah....

dah tu mintak air suam pun bape kali nak kena cakap...ke dia tak faham air suam tu apa? hahaha...

eh sebelum tu nak mintak maaf ek yang janji cerita muzium coklat tu carry forward... pasal tak sempat nak menaip pepanjang...

p/s semalam dah tengok kapal terbang...hari ni nak pergi mana ye? ada cadangan?