Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 31 Disember 2013

Majlis Orientasi Abg Long

assalamualaikum semua,

entry terakhir menjelang 2014...

tentunya entri kenangan mengusik jiwa....

tapi bukan kenangan lama pun... kenangan baru je lepas semalam...

kenangan yang tak mungkin dapat dilupa...

kenangan tu ialah Kenangan Hantar Abg Long untuk Majlis Orientasi dia di Sekolah Kebangsaan Kempadang (SEKEM)...

selepas ni rutin abg long dah bertukar... dari pagi ke Taska untuk transit sampai jam 11 pagi lebih dan selepas tu terus ke Sekolah Kebangsaan Kempadang dari jam 12 tengahari sampai jam 6 petang... dan untuk hari Isnin hingga Rabu, abg long akan ada kelas mengaji waktu malam dari jam 8 malam hingga 10 malam... semoga dipermudahkan urusan anak ummi sehari-hari...amin...

meh kita layan gambar sepanjang hari semalam....

abg long yang semangat nak ke sekolah..



kelas abg long nanti...tapi nama guru kelas tu macam dah ditukar...

mat hensem yang menumpang glamer tie abg... abg ngah...




dugaan masa daftar... line kelas lain dah mengurang..kami masih tak bergerak

beratur menunggu balik..


gelagat adik2 masa daftar mengaji abg long malam tadi

alhamdulillah dah selesai satu beban... lepas ni akan ada perancangan yang sangat teliti untuk abg long... semoga abg long dapat terima apa yang ummi buat dan menerima dengan baik untuk kebaikan masa depan abg long nanti...in Shaa Allah...

p/s semoga Allah kuatkan hati kami menghadapi dugaan pada tahun 2014 nanti...

Jumaat, 27 Disember 2013

Musim beli buku

Assalamualaikum semua,

minggu ni sibuk kat sana sini cerita pasal beli buku sekolah anak-anak...

aku pun tak kurang jugak... al maklum abg long nak naik darjah 1 tahun depan... macam tak caya pun ada... kejap je anak dah besar...

disebabkan tak sempat nak cerita panjang-panjang maka aku ringkaskan aje la ye....

pagi tadi berebut aku pegi sekolah sebab nak datang awal dan abiskan tugasan cepat... akhirnya alhamdulillah... cepat je semuanya selesai...

meh kita tengok gambar ye...

beratur dulu

tengok buku yang menimbun dah siap susun.. senang kan? tinggal ambik je..

sekolah abg long

kelas abg long nanti

dalam kelas

dalam kelas lagi


p/s hari isnin ni ada ujian untuk pelajar tahun 1... tapi mak yang debor lebih ni... huhu...

Sabtu, 21 Disember 2013

50 Nama Anak Popular di Malaysia 2013

assalamualaikum semua,

hari ahad lepas kami baru je cium bau baby.... wangi....

kalau dulu aku ada buat entri pasal nama anak popular pada tahun 2012 kat SINI...
hari ni kita cerita pulak pasal nama bayi yang popular di Malaysia tahun 2013 ni...


25 nama bayi lelaki popular

  1. Mohamed
  2. Adam
  3. Ahmad
  4. Zikri
  5. Rayyan
  6. Danish
  7. Haziq
  8. Aqil
  9. Umar
  10. Daniel
  11. Mikhail
  12. Ashraff
  13. Aryan
  14. Khalish
  15. Amar
  16. Irfan
  17. Yusuf
  18. Thaqif
  19. Aidan
  20. Iman
  21. Imran
  22. Farish
  23. Harris
  24. Amsyar
  25. Aish




25 nama bayi perempuan popular


  1. Nor
  2. Sophia
  3. Alicia
  4. Damia
  5. Zara
  6. Aishah
  7. Hannah
  8. Adelia
  9. Alya
  10. Irdina
  11. Puteri
  12. Sara
  13. Dhia
  14. Humaira
  15. Khadijah
  16. Rania
  17. Arissa
  18. Raihana
  19. Safiya
  20. Arianna
  21. Iman
  22. Keisha
  23. Nurin
  24. Izzara
  25. Siti


sumber dari Sini : http://www.babycenter.com.my/a25008071/malaysian-baby-names-2013?scid=my_en_bulletin_all_preschooler#ixzz2mIFBWEfv




macam trend nama ni tak berubah sangat je tiap tahun kan?

nama haziq dah popular semula la....haha...


p/s masih ada lagi pengaruh drama yang kuat dalam pemberian nama pada anak... moga2 maksudnya elok hendaknya...



Jumaat, 20 Disember 2013

Sabar dan Maaf itu Indah...

assalamualaikum semua,

seminggu dua ni aku didatangi berbagai cerita sedih dari kawan-kawan...

kehilangan... kekecewaan... dan hati disakiti....

bagi yang tak pernah merasa mungkin dengan mudah akan mengungkapkan kata-kata... SABAR....


ya sebenarnya SABAR adalah perkara terbaik dan terindah jika kita boleh melakukannya... kerana Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar...

dan belajar memaafkan lebih baik.. kerana dengan memaafkan hati akan lebih tenang.. bersangka baik.. mungkin orang itu tak sengaja meluahkan sesuatu sehingga melukakan orang lain...

pesan seorang ustaz dulu (tak ingat namanya... maaf ustaz..minta halalkan ilmunya)...berilah hadiah pada orang yang menyakitkan kita dan jangan  pernah putus berdoa untuknya..

aku juga pernah menyakitkan hati orang dan menyebabkan orang itu menangis walaupun bukan niat aku untuk menyakitkan hatinya...

dan aku juga pernah rasa disakiti oleh insan yang aku percaya....

kalau dulu di masa solo... aku lebih suka berdendam dan berdoa yang buruk-buruk untuk orang yang menyakiti aku... tapi kemudiannya aku sedar.... segala doa yang buruk itu akhirnya kembali pada kehidupan aku sendiri tanpa aku sedar....

dengan itu aku tekad... merubah hati demi untuk kebahagiaan diri dan juga insan di sekelilingku...

aku belajar memaafkan....  walaupun selalu ada saja yang tak sempurna... kadang-kadang tersilap langkah juga... namum aku belajar sesuatu... dendam amat tak bagus disimpan walaupun sekelumit dalam hati... jauhkan hati dari sifat dendam... kita bukan sahaja merosakkan diri kita malah akan merosakkan hubungan dengan orang lain di sekeliling kita...

apa yang lebih baik jika orang menyakitkan hati kita, kita sedekahkan al-Fatihah untuknya... supaya hati mereka akan hidup... sedangkan orang yang meninggal pun disedekahkan al-Fatihah apatah lagi orang yang hidup tapi mati hatinya... dan didoakan supaya mereka tidak membuat kesilapan yang sama dengan orang lain...juga untuk orang-orang yang tidak mungkin memaafkan kesalahan kita... mereka juga insan biasa... sedekahkan al-Fatihah supaya hati mereka terbuka memaafkan kesilapan kita... itu yang lebih baik dari kita memutuskan silaturrahim dan bermasam muka...

apa yang aku amalkan ketika marah.... :

1. tarik nafas dalam-dalam..
2. istighfar
3. elakkan melihat muka orang dimarah
4. cuba lebihkan senyuman walaupun hati tidak ikhlas sepenuhnya kerana senyuman juga penyejuk jiwa..
5. tenangkan hati sebelum mengeluarkan kata-kata

*ini adalah panduan aku.. dan aku juga manusia biasa yang ada kalanya juga aku tersasar...

diharap entri ini dapat membuka hati orang yang membenciku supaya memaafkan kesalahanku... dan juga dapat meredakan keperitan jiwa rakan-rakan di kala ini...


p/s doa yang baik... dan yang baik juga akan kembali pada kita...in Shaa Allah...



Mental Age Test

assalamualaikum semua,

hari ni dapat sesuatu dari kawan di facebook...

ujian umur mengikut mental anda.... menarik kan?

dan aku dah try buat....

keputusannya adalah....


 Mental Age Test



hahaha...mujur sama dengan umur sekarang ni...... eh tapi macam muda jugak la kan? sebab dalam beberapa hari lagi nak berganjak ke 35 tahun.... (kalau ikut bulan Islam dah cukup pun..4 Safar)...

ada yang berminat nak cuba?

meh gi kat MENTAL AGE TEST ... lepas tu komen korang dapat umur berapa yek?



p/s terima kasih yang sudi singgah dan bagi komen.. tuan rumah tak sempat nak balas lagi... petang ni nak balik kg... doakan keselamatan kami ye...

Khamis, 19 Disember 2013

Kalau aku kaya....

assalamualaikum semua,

korang semua sihat?

mesti semua orang dah dengar lagu kalau aku kaya ni kan?...

hahaha...aku baru je dengar dan fahamkan apa lirik dia...

meh kita sama-sama baca....

KALAU AKU KAYA
aku salin dari SINI

Lirik Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael
Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku




p/s hari masih gelap dan hati masih risau.... Ya Allah..lindungilah kami...

Rabu, 18 Disember 2013

Ku sangkakan panas hingga ke petang...

assalamualaikum semua,

AMARAN : ENTRI INI BANYAK GAMBAR PASAL TUAN BLOG TAK SEMPAT TULIS.. hehe..

lamanya tak menulis...

pagi ni sangat teruja tengok matahari dan awan yang sangat cantik di bumi Kuantan pada pagi 15 Safar ni....

























tapi akhirnya...hujan turun jua pada petang yang sangat suram ni.. alhamdulillah....




p/s ada banyak yang nak ditulis.. tapi masih belum ada kesempatan...

Sabtu, 14 Disember 2013

Akhirnya adik Husna potong kek!

assalamualaikum semua,

curi masa dengan anak-anak untuk update blog..

sebenarnya nak cerita pasal kisah semalam.. semalam pagi aku berebut tunaikan janji pada diri sendiri nak buatkan kek yang besar sikit lepas kek yang buat sebelum ni... (sila selak post sebelum ni) tak berapa molek dan terlalu comel..

maka dengan gigihnya bangun awal pagi untuk buat kek adik...(dan abg-abg dia)

dan akhirnya terjadilah kek berikut ni....


kek coklat kukus harilahir husna 


kek coklat kukus harilahir husna 


dan aku ada jugak buat kek yang comel-comel saiznya macam kat bawah ni...


kek coklat kukus comel 

konon yang comel panjang tu untuk makanan orang kat rumah tapi rasa tak sampai hati la pulak takut kat taska tak cukup je nanti.. sudahnya aku suruh je anak-anak bawak semuanya...

maaf ye bang.. untuk kat rumah ita buat yang lain pulak ye bang..

dan aku siap pesan pulak kat cikgu dia... karang masa husna nak potong kek..mintak cikgu dia tolong ambikkan gambar dan hantar kat wassap... haha.. advance kan sekarang ni...

dan alhamdulillah...cantik-cantik gambar yang cikgu hantarkan... terima kasih cikgu Ina...

meh kita layan gambar yang cikgu hantar ye...

majlis hari lahir




ada drama sikit yang berlaku sebenarnya... abg ngah menangis nak potong kek jugak...haha... sudahnya adik dia yang pujuk...






nampak tangan adik kat belakang abg dia tu...? hahaha...


lepas tu sesi suap-suap makan pulak.. no wonder la budak-budak kat taska share penyakit je kan..? hmmm...





dan alhamdulillah.. misi mini birthday celebration untuk adik husna genap 2 tahun dah berjaya...

errr... ada sesiapa teringin nak buat kek macam tu... meh ikut resepi kat Kek Coklat Kukus  tapi yang ni aku buat 2 adunan ye..


p/s abg dia pun sibuk lagi... bila pulak nak buat kek besar untuk saya pulak?..huhu..