Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 23 Januari 2013

Apa ada pada duit RM100 tu?

assalamualaikum semua,


gambar hiasan -perbezaan duit palsu 


sihat hari ni?

dua tiga hari ni kecoh pasal budak-budak sekolah dapat duit RM100... yang lebih susahnya orang tua la.. kena beratur bagai nak dapatkan duit tu... tapi alhamdulillah itu la orang kata rezeki anak-anak... terima dan bersyukur dengan apa yang diterima selagi boleh....

aku bukan nak kecoh sebab aku tak dapat.... anak-anak pun kecik lagi.. takde yang sekolah pun...

cuma aku dengar memacam rungutan pasal duit bantuan persekolahan bernilai RM100 tu...

dari mak bapak yang dapat... semua senyum dan bersyukur sebab dapat.....

tak kurang jugak ada suara-suara yang kata...

"gaji dah banyak... ribu-ribu pun masih nak hadap ke duit RM100 tu...? bagi la kat orang lain yang lebih memerlukan...."

errr... aku cuma nak tanya korang yang dapat atau cikgu-cikgu yang terlibat dengan pembahagian duit ni....

bukan duit ni semua pelajar dapat ke? jadi ada lagi ke istilah lebih memerlukan?

ini cuma pandangan aku yang serba tak tau ni ye.... kadangkala apa yang kita baca dan apa yang kita dengar tak mengambarkan situasi sebenarnya....

setahu aku la.... ada akak kat opis ni kata kalau ibu bapa tak ambik (macam kes dia tahun lepas sebab anak duduk asrama)...maka cikgu akan telefon suruh ambik jugak... dan bila mak bapak tak ambik jugak cikgu tu simpan dan beri masa pendaftaran anak dia masuk tingkatan 5 hari tu....

jadi tak salah kan kalau orang yang gaji dia ribu-ribu.... hatta juta-juta sekalipun nak ambik....

kalau duit yang bantuan RM500 tu kalau korang yang gaji ribu-ribu dan juta-juta tu nak ambik jugak.... haaa... yang tu aku bantah... itu dah kira tak amanah....makan rezeki orang lain tu....

dan kesimpulannya?


pada aku.... ambik je la... bukan selalu pun dapat duit untuk anak-anak.... setahun sekali ni je.... jadikan la duit tu perlaburan untuk anak-anak...sama je macam duit raya diorang... boleh kan camtu? ke ada yang tak setuju lagi?



p/s ada yang review pasal blog aku la.... terima kasih dik... meh gi kat SINI...



Cerita menarik lain

15 Luahan Ikhlas:

Siti Munira berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

syukur alhamdulillah...duit rm100 sekurang-kurangnya mengurangkan skit beban..boleh guna byr yuran anak ;-)

Anum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

syukur

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kan?

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alhamdulillah...

♥cikmOt♥ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

syukur, rezeki anak2...tak kemana pun duit tu..tung tang tung tang...abis pusing2 jugak

Dr Aisyah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam perkenalan..Walau pun seratus tetap boleh beri manfaat kepada sesiapa walaupun gaji dah beribu riban.. Lagi pun itu memang hak para pelajar berkenaan.. :)

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Untuk seorang anak memulakan persekolahan, satu set dari hujung rambut ke hujung kaki, kosnya lebih kurang 400-500 ringgit. Itu baju sepasang, belum 2-3 pasang lagi, belum baju sekolah agama, yuran PIBG, dan sebagainya. So, kalaupun gaji puluh2 ribu, yang tak beribu tu kenapalah nak iri hati? Bukan ambil hak dia pun kan? Basically, sebab ada rasa macam tu lah, dia maintain kat takuk tu. Astaghfirullah..akak dah emosional. Sikap orang Islam Melayu, macam nie lah...

Anyway, akak tak pergi ambik pun. Sibuk. Lagipun anak seketul jer. Tapi, cikgu anak akak, siap singgah rumah hantarkan duit tu. Ha, bagus kan cikgu dia? Amanah.

Aku Penghibur berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

seratus pon banyak jugak ... syukur kepada siapa yang dapat

IndaMarya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dah org bagi tu, ambik ja la...hbis cerita.

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

duit cikmot..memang selalu akan habis.. hihi..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam perkenalan dr, betul3x...

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haha.. kak azie dah marah... hihi... biasa la kak.. nak puaskan hati semua orang memang susah...

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

banyak tu tau seratus... ada yang gaji tak sampai seratus pun sehari...

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kan kak? hihi....

✿A I N A A✿ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cubalah kita ni bersyukur sedikit.. tak bagi salah, bila bg pun salah.. merungut je kerja... esok kata tak adil dengan rakyat bila tak bagi... bila dah bagi semua sama rata, kata cenggini lak.. pandangan sis tu sgt betul....