Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Ahad, 6 Januari 2013

macam ni baru betul!

assalamualaikum semua,

sebelum aku nak cerita panjang....aku nak tanya satu soalan kat korang...kenapa tv malaysia suka sangat tayang cerita mengarut waktu siang dan waktu perdana? kenapa diorang tak tayang cerita yang berkualiti pada waktu tu?

sibuk la tayang cerita hantu mengarut sampai bebudak dah takut nak duduk rumah sendiri sudahnya...sibuk tayang cerita mat rempit..kaki lumba kereta dengan bahasa yang entah apa-apa dan sosial tah ingat akhirat tu supaya jadi ikutan budak-budak...gitu? bila dah jadi hal macam-macam salahkan mak bapak diorang je ...senang kan? macam kes budak 13 tahun dituduh merogol tu..aku tak salahkan mak bapak je... budak tu dah aqil baligh dah pun...boleh fikir buruk baik...

kalau korang kata kita boleh fikir mana baik dan buruk untuk anak kita dan dengan camtu pilih la rancangan yang patut dan tak patut tengok...ye aku setuju sangat tu tapi satu je yang menghalang...IKLAN... selalu mencelah...tetiba iklan cerita mat rempit...tetiba iklan cite hantu...walaupun kami tak pernah tengok....haaa kalau camtu nak buat camne?

tapi aku malas la nak cerita pasal hal camni....karang aku cakap ada lak yang kata ala cerita nak bagi pengajaran pun nak bising...tapi sebenarnya cerita yang nak bagi pengajaran tak perlu la ada sampai bersiri-siri kan?....nanti budak cuma ikut siri yang belum ada pengajaran yang baik tu...pasal siri yang ada pengajaran yang baik tu lambat sangat nak tunggu...berbulan...heee...tapi nak buat camne kan....selagi ada permintaan...selagi tu la ada penawaran...

sebenarnya kenapa aku marah dan tetiba je ada entry beremosi pasal intisari rancangan tv ni? hihi....pasal aku kena tidur dekat pukul 3 pagi pasal nak tengok cerita berkualiti pagi tadi...dan pasal aku penonton dan orang kata "customer always right" kan?

nak tau cerita apa aku tengok? cerita kat tv3 lakonan Will Smith... The Pursuit of Happyness... cerita mengenai kisah benar Chris Gardener seorang yang berjiwa besar dan sangat bersemangat untuk hidup setelah menempuh pelbagai dugaan pada tahun 1981...bila aku tengok cerita ni cepat-cepat aku buka wikipedia pasal nak tau siapa dia ni...bila aku baca sama aku terpegun bila tengok cerita dia awal pagi tadi...dah aku pelik nape cite ni ditayang waktu pagi dari pukul 12.30 sampai 2.30 pagi...kalau aku ada Unifi tentu aku tak tunggu tau....

cerita macam ni patut ditayang waktu semua orang boleh menontonnya...

kisah hidup Chris ni sangat sedih tau...dia tak pernah kenal erti kegembiraan..dari kecil berasal dari keluarga yang bermasalah dan keluarganya juga bermasalah...dan setelah menempuh dugaan termasuk kehilangan isteri dan kemalangan...dia berjaya membesarkan anak dalam kepayahan...tapi aku betul kagum dengan keazaman dia untuk berjaya...serius!

sumber

p/s cerita ni buat aku termenung panjang lepas menonton...

Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

SZ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Betul. Cerita buat emosi kita berubah2 kan.

lobam berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tanpa sedar menitis air mata saya. Dia tak pernah mengeluh biarpun ujian datang bertimpa.

Rozita abd rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya berdebar sepanjang cerita.. tak sabar nak tau penghujungnya.. Will Smith dan anaknya memang berbakat..

Rozita abd rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sampai boleh termenung panjang bila dah abis cerita tu dik..

Maria Menado~ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul... hehe. ley try~~~

TiranaAduka berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

adoi terusik sikit

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

maaf...