Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 19 Januari 2013

Masak lemak jantung pisang

assalamualaikum semua,

apa khabar semua..

sihat hari ni...aku alhamdulillah terlebih sihat kalau hari cuti... hihi...sabor je la kan...

cuaca di kuantan ni agak suram sebab hujan seperti yang diramalkan hingga hari ahad...

eh aku nak tanya la sesiapa yang cerdik pandai...kalau kita percaya dengan ramalan sesuatu atau seseorang boleh jadi syirik kan...tapi kalau percaya ramalan cuaca sama ke ek? sesiapa yang tau leh komen ye...

ni aku nak cerita makanan kami yang lepas-lepas sebenarnya...

lauk-lauk kampung yang senang-senang je pun...

yang jantung pisang tu aku beli 2 biji sebenarnya..aku celur dua-dua biji tu sekali...pastu aku makan satu buat ulam dengan sambal air asam.. satu lagi aku masak lemak cam dalam gambar kat bawah tu la...

ada yang tak tau nak celur jantung pisang macamana? haaa...jangan korang buat macam korang celur mee je tau...harus lepas tu tak boleh nak makan...

cara yang aku buat senang je...ambik periuk dan isikan air agak-agak cukup paras nak letak jantung pisang tu...letak sikit garam...biarkan mendidih kejap..lebih cepat kalau korang tutup periuk tu sekejap...

bila dah mendidih korang masukkan jantung pisang yang dah dibersihkan dan dibelah dua ok...

cara nak bersihkan jantung tu pun senang je...korang buang kelopak jantung bersama dengan jejari yang agak keras sampai korang jumpa bahagian yang berwarna agak kekuningan sikit...haa yang tu lembut bila kita celur kang...biasanya kalau jantung pisang yang dijual tu kita kena buang sekurang-kurangnya 4-5 kelopak yang keras tu baru jumpa yang bahagian kuning tu..

balik lak kat jantung yang kita celur tu...biasa kalau aku buat aku suka palingkan jantung tu bagi empuk semua...kira macam pusing-pusingkan dia la...pastu bila dah lama sikit aku suka letak asam keping dalam sekeping dua...jadi kalau masa aku masak nanti tak perlu nak letak asam keping lagi dalam masakan...tak pasti la kenapa aku letak...tapi seingat aku dulu aku pernah belajar kalau tak nak rasa kelat getah jantung pisang tu kita kena letak asam keping ni..maaf la kalau aku silap ye...

kepada sesiapa yang tak suka asam keping dan tak mau letak pun takpe...cuma aku nak bagitau letak asam ni ke tak tak menjejaskan rasa dia pun...

lama ke tak aku rebus/celur ni? hmmmmm lama gak kot...dalan setengah jam atau lebih...tapi aku test gak guna garfu atau pisau...bila tekan tu dia elok je tembus dan tak liat...maknanya dah boleh angkat dan toskan...

pastu korang boleh dah buat macam aku masak ni...

resepi dia senang je...

bahan-bahan dia
- satu biji jantung pisang yang dah dicelur(hiris nipis-nipis)
- satu bungkus pucuk dan soohoon yang berharga rm1.50 (rendam dan potongkan kecil-kecil)
- dua keping tauhu (setiap satu potong 16)
- satu biji bawang besar(hiris/tumbuk)
- dua biji bawang putih(hiris/tumbuk)
- setengah inci halia (hiris/tumbuk)
- segengam udang kering
- dua cawan santan kotak (lagi sedap kalau pakai santan segar-boleh guna sebiji kelapa atau sepaket santan 250ml)
- 3 cawan air (ni kalau guna santan kotak, kalau santan segar tak payah kecuali pekat sangat)
- garam dan perisa secukup rasa

cara-cara dia
1. tumis semua bawang dan halia sampai naik bau. lebih-lebih sampai hangus tak mau ye..
2. pastu masukkan tauhu...bagi dia macam tergoreng sikit..kalau tak karang dia hancur bila kita kacau-kacau kang..
3. pastu masukkan jantung pisang..kacau..
4. masukkan santan dan air...biar dia mendidih kejap...
5. masukkan tauhu kering dan soohoon..
6. biar sekejap sampai mendidih sikit dan masukkan garam dan perisa dan kacau supaya santan tak pecah...jangan asyik kacau je kang tauhu tu hancur...
7. biar atas api sederhana dalam lagi 5-10 minit dan matikan api..sedia untuk dihidangkan...

bila korang makan ni lawan pulak dengan ikan masin dan sambal belacan...peh...mak mertua tepuk bahu pun tak sedar...hihi...

p/s dah rasa macam chef pulak dah...hahaha...hari ni nak masak asam pedas ikan kerisi pulak...petang buat makan dengan lempeng sedap gak kan?

Cerita menarik lain

9 Luahan Ikhlas:

ieda immi berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedap2 .. aak rajin gak buat .. bila ada jantung pisang lah ;)

ariana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedapnya ita..akak suka ni, tp x brp pandai nk buat, kalau blk kmpung, kdg mak akak masak, mmg x blh tanding air tgn dia.

Sunah Sakura berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

akak!! nape rumit sangat ni!!! hahahah... =.="

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Memang sedap makan macam nie.

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau tak rajin beli kan kak..hihi..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya try and error je kak.. dulu sebelum kawin..satu apa tak tau..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rumit eh? dah paling senang dah ni...hehe...

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedap kan... hari2 kalau dapat makan sedap lagi best..

Obat Pemutih Ketiak Herbal berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

makasih resepnya sangat menarik sekaligus desainnya penuh nilai seni.