Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 22 Januari 2013

Nak mintak tolong boleh?

assalamualaikum semua,

semua sihat hari ni?

aku, alhamdulillah masih sihat cuma hati tak berapa sedap je tengok hari gelap semacam je kat luar tu.... risau kalau hujan terus macam hari tu...akan jadi bah semula di kuantan ni...

pelik kan sebut "bah"?

biasa kita sebut banjir.... tapi korang tau tak sebenarnya banjir tu bahasa jawa dan bah itulah sebenarnya bahasa melayu yang sebenar....ini mak aku yang cakap la... pasal mak aku jawa kan? anak dia tak pandai cakap jawa dah pasal dah jadi PAN ASIA.... haaa...mesti dah ada yang cakap aku ni perasan pulak ni kan?

tolong sikit ye.... Melayu + Jawa = bukan PAN ASIA (perkahwinan antara orang asia) ke tu? heeeee.....

mesti ramai yang tak tau....lebih-lebih lagi generasi yang muda-muda belia lagi ni kan....

ok... tengok ni apa yang aku dapat dari kamus dewan tentang bah dan banjir ni...



banjir1. keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yg luas, bah, air bah:
kawasan itu sering dilanda ~; ~ kilat banjir yg berlaku dgn serta-merta atau dgn
tidak disangka-sangka; 2. banyak sangat: dlm musim menuai, ~ padi di kampung ini;
membanjir spt banjir, datang dgn banyaknya: orang ~ datang melihat drama itu;
membanjiri 1. menggenangi, mengempohi (sawah dll): dlm musim hujan, beberapa
bahagian kota dibanjiri air; 2. mendatangi spt banjir, datang banyak-banyak: pd
pertengahan tahun 1943, negeri Brunei dibanjiri oleh kuli-kuli dr Jawa;banjiran
sesuatu yg muncul (tersebar) banyak-banyak: kerajaan Jerman juga mengeluarkan
~ propaganda kpd tiga sasaran;kebanjiran 1. ditimpa (dilanda) banjir, tergenang air
kerana banjir; 2. ki dipenuhi oleh (manusia, barang, dll).
Kamus Dewan Edisi Empat
bahkumpulan air yg terlalu banyak sehingga melimpah; banjir: Dlm musim tengkujuh,
kampung ini selalu saja didatangi ~. air ~ banjir.
Kamus Pelajar Edisi Kedua


mungkin betul apa yang mak aku cakap.... sebab tu "bah" tu ada dalam edisi kedua...pastu "banjir" ada dalam edisi keempat.... hihi... ini pendapat aku la...

korang boleh baca lebih lagi kat KAMUS DEWAN...

cuma hari ni aku nak mintak tolong dengan korang pasal sesuatu... bukan pasal bah atau banjir tu pun tapi pasal adik husna....

aku nak mintak tolong korang tolong undi untuk adik husna dalam peraduan 'My Comfy Moments"

korang boleh klik kat  SINI ye....

hadiah agak lumayan.... bagi yang mengundi pun ada hadiah tau...... meh la tolong kami menang....


p/s aku agak sibuk 2-3 menjak ni.... maaf ye.... hadiah akan diposkan kepada pemenang contest Cerita ita mula minggu depan.... pada semua peserta, bagi kat aku alamat korang berserta nombor telefon ke rozitaabdrahman@yahoo.com... nanti aku umum leh terus pos..senang...

update: baru tau leh download gambar tu dan tepek kat sini... ala kesian ita.... meh tengok gambar pertaruhan tu ye....



Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Anum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

x pe bz kan

ChEnTA LiEYza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bah = banjir....?? hmmm... liza bakal cikgu bm...p xpnah taw pun sal nie...tq coz wat entry nie sis... leh lah liza wat kajian ttg nie... huhu

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bz..bz..bz... ;)

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haaa... tak tau kan? akak dedulu pun selalu guna tapi sejak akhir2 ni perkataan bah tu macam dilupakan je...