• Our Lifestyle
  • Veterinary
  • Parenting
Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 28 Februari 2013

kuih dangai

assalamualaikum semua,

internet tak ok kat opis ni...jadi hari ni bawak saluran internet sendiri dari rumah...slow tapi tak berapa steady... hihi...

malam tadi shah kena ot...tapi disebabkan teringin nak merasa kuih dangai yang macam mak buat aku paksa gak dia pusing gi kedai runcit yang ada jual kelapa parut kat kg. peramu tanjung lumpur.... siap pesan kat shah..tak nak yang ada hitam dia ye bang...

maka balik semalam terus je panaskan oven...sementara mandi bersolat semua...akhirnya kuih dangaiku siap...

ada sesiapa tau kuih dangai ni asal dari mana sebenarnya? ada orang kata asal kuih ni dari Utara... tapi buat pengetahuan korang mak aku orang Jati negeri Johor dan memang tak pernah keluar kawasan.... jauh sekali pulak berinternet untuk google resepi kuih dangai ni... tapi mak aku memang dah tau buat sejak zaman aku kecik-kecik lagi dulu... sebab zaman kami kecik... duit tak berapa senang nak cari jadi mak akan buat kuih yang senang mengunakan bahan yang mudah kami dapat dan yang pentingnya sedap...

dan resepi kuih dangai ni simple je... cuma guna kelapa parut, tepung pulut, gula dan sedikit garam je..

disebabkan semalam shah cuma beli sebiji kelapa je...maka aku cuma guna lebih kurang secawan tepung pulut je...digaul sekali dengan sesudu teh garam halus sampai rata..kalau yang suka struktur kuih yang sedikit liat dan pejal boleh lebihkan tepung pulut.. tapi aku lebih suka rasa kelapa yang lebih, jadi secawan tepung pulut dah memadai...

kalau ikut cara mak, kena bakar selapis dulu lapisan parutan kelapa dan tepung pulut ni sampai setengah masak..lebih kurang dalam 8-10 minit dengan suhu 180 darjah..pastu kena keluarkan dia dan lapiskan kat atas dia setengah cawan gula yang dah dicampurkan dengan pewarna..ikut la warna apa yang disukai...tetapi pastikan guna pewarna yang cair..mak dulu suka guna warna kuning telur... sampai aku pun dah terikut-ikut... kalau kuih dangai mesti nak lapis gula dia kaler kuning... kalau kaler lain bukan dangai namanya....hihi...

selepas gula dah diratakan, selapis lagi parutan kelapa dan tepung pulut ditabur di atas lapisan gula tu sampai menutupi keseluruhan gula tadi...kemudian masukkan dalam oven semula dan masak dengan suhu 200 darjah selama 15-20 minit.. pastikan kelapa tu berwarna kekuning-kuningan sikit.. lepas masak tu boleh makan terus...... hihi... hidang la dulu baru best... tapi aku memang suka yang baru keluar oven... kelapa tu bila dikunyah ada rasa rangup-rangup lagi.... best wooo....


kuih dangai 


dan semalam shah balik kerja dia dah penat dan tak rasa lagi kuih yang aku buat.... pagi tadi bila dah rasa... tau apa dia kata?

ni dialog suami isteri di pagi hari:

aku : patutnya kita guna dua atau tiga biji kelapa bang... baru tebal sikit... ni cukup-cukup je loyang kita tu... nipis pulak tu...

shah : laa... kenapa semalam tak cakap nak 3 biji? 

aku : ita tak sangka pulak sikit sebijik tu...

shah : takpe nanti kita beli 3 biji kelapa, sayang buat lagi ye.... seingat abg ni kali pertama abg makan kuih ni tapi sedap rasanya...(ehem...ehem...)

lama sikit dia sambung......

shah : kita beli mesin parut kelapa terus la sayang... senang nak parut kelapa... (hihi....penangan kuih dangai)

tengok.... senang je nak bagi suami puji kan? masak je... yang simple-simple pun tak pe....

p/s malam ni nak projek kek coklat kukus lapis cream cheese lagi... ada orang order... hikhik...

Cabut bendera parti? Saya Sokong!

assalamualaikum semua,

malam tadi aku ada terbaca tajuk berita di TV9... " Majlis Perbandaran Kuantan akan menurunkan bendera parti yang menganggu keselamatan awam"

wah.... dalam banyak-banyak tajuk berita.... tajuk yang ni aku suka dan fokus....

kenapa tau? sebabnya kat kuantan ni dah macam perang bendera dah aku tengok... macam pilihanraya nak berlangsung esok je dah gayanya....

aku nak snap gambar tadi... tapi tak sempat pulak nak tayang kat korang... kalau petang karang sempat aku letak update kat sini ye.... sebelum diorang turunkan bendera tu la....hihi...

sebenarnya isu bendera ni dah ada dekat seminggu lebih kot.... aku tak pasti pulak sejak bila diorang pasang... sebenarnya bukan isu sangat pun....cuma aku yang jadikan isu je.... kalau tak takde cerita nak cerita kat blog pulak kan? hihi...

sebenarnya aku tak kisah kalau korang-korang yang nak pasang bendera tu letak tinggi-tinggi atas pokok ke atau kat atas tiang lampu tu haaa... tapi diletaknya bendera tu kat setiap tiang penghadang kat atas jambatan tanjung lumpur tu haaa... tempat lain aku tak pasti la pulak... tapi yang kat tanjung lumpur ni tempat aku lalu hari-hari pergi dan balik kerja.... semak oooo tengok hiasan bendera camni... nak tengok permandangan bot kat sungai tu pun dah susah tau.... heeee....

tapi serius masalah ni pada aku... sekarang ni tengah musim angin kuat kat kuantan ni... kena pulak ada bendera atas jambatan.... bila angin tiup berkibar bendera tu ke atas jambatan.... kira kalau orang bawak motor yang lalu puas la kena mengelak pulak ke tengah jambatan.... tak ke bahaya camtu?

itu baru berkibar tau... kalau tiang bendera tu ditakdirkan tercabut dan terkena kat orang yang bawak motor atau terkena cermin kereta yang lalu atas jambatan tu... tak ke lagi bahaya camtu? aku terus terbayang kalau orang naik motor terserkup dengan kain bendera tu... tak ke menyebabkan kemalangan ke camtu? huh... bahaya wooo....



27 Februari 2013
KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan bertindak menurunkan bendera parti politik yang dipasang di tempat yang membahayakan keselamatan orang ramai.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, berdasarkan pemantauan, kini terdapat banyak bendera parti yang dipasang di lampu isyarat, persimpangan jalan, papan tanda arah yang didapati mengganggu pengguna jalan raya.

"Setakat ini, kita juga bertindak menurunkan banyak bendera parti. Jumlah yang diturunkan itu belum dapat dipastikan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berharap parti politik memberi kerjasama ketika memasang poster atau bendera parti menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kita tidak mahu perang poster ini boleh menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya," katanya.

MPK juga katanya belum mengeluarkan permit pemasangan bendera dan poster kepada parti politik buat masa ini. - Bernama



jadi kalau tak aku la.... aku sokong sesangat cabut bendera tu semua.... tapi kesian la kan kat MPK... apa kata.....suruh je  semua parti yang pasang bendera tu gotong royong cabut sesama.... errr boleh jadi gaduh ke nanti? atau semua tak nak mengaku dia parti mana? heeee.....


p/s soalan kami kat kuantan ni buat masa sekarang.... "errrr...area rumah korang gelombang warna apa?"

Rabu, 27 Februari 2013

Khamis, 21 Februari 2013

kalau tak belajar pandai-pandai gi kerja kat ladang ayam tu!

assalamualaikum semua,

pagi ni aku rasa agak emosi dengan entry dari ACIK...

acik cakap pasal orang hina orang yang kerja kilang.... sedih akak baca dik.... nak tau nape? sebab aku orang susah... cerita pasal aku orang susah tu belum sampai pun part ni lagi tapi aku nak cerita sikit-sikit la...

mak aku kerja kilang pasal nak tolong abah besarkan kami adik beradik...
aku sendiri pun kerja kilang sementara tunggu keputusan SPM untuk kumpul duit ke Universiti dulu...
juga kerja kilang bila cuti semester untuk tampung perbelanjaan semester seterusnya... jadi sila jangan hina kerja kilang ni... pasal aku terasa sangat sedih ok... hasil usaha kami sekarang ni bermula dari kilang!

tapi itu la... nak cakap banyak pasal orang yang hina kerja orang lain ni aku malas la.... dia tentu ada ego dia sendiri menyebabkan dia jadi macam tu.... jadi sila sucikan hati anda sebelum menulis status atau komen anda di mana-mana ok... peringatan untuk diri sendiri jugak!

teringat satu kisah masa aku bekerja dengan satu company swasta (ladang ayam).... cerita disampaikan oleh anak pengurus ladang tu sendiri... ada cikgu mengeluarkan kata-kata begini..:

"kalau awak semua tak belajar pandai-pandai nanti dah besar nak jadi apa? ke...nak kerja kat ladang ayam kat sebelah tu?"

ayat ini keluar dari mulut seorang guru yang diharapkan bakal memimpin anak-anak kita ke arah yang lebih sempurna...

akak masih ingat ayat tu walaupun sudah bertahun peristiwa berlalu... masa kejadian tu tahun 2004... mungkin cikgu tu pun dah berpindah....

jadi, tengok kan? sesiapa pun boleh mengeluarkan ayat seperti menghina pekerjaan orang lain... mungkin maksud cikgu tu hanya nak bagi motivasi untuk pelajarnya tapi dalam keadaan tak sedar dia menghina pekerjaan orang lain... silap cakap pulak ada anak pengurus ladang yang berkenaan dalam kelas tingkatan 4 tersebut....


p/s lebih baik berdiam dari berkata-kata...blog pun dah makin sunyi kan?

Rabu, 20 Februari 2013

Selasa, 19 Februari 2013

Akhirnya pembantu rumah tu kena penjara 20 tahun..setimpal ke?

assalamualaikum semua,

sejak dari minggu lepas cerita pasal pembantu rumah yang lambung bayi berumur 4 bulan tu hangat di mana-mana... sampai hati aku pun hangat je tengok video tu.... tak terbayang anak yang masih kecil dan comel tu dibanting-banting macam tu je dengan pembantu rumah....

selalu kita dengar pembantu rumah nak majikan melayan mereka dengan baik tapi nampaknya kali ni Allah dah tunjuk... diorang yang tak layan anak majikan seperti manusia... huh! aku memang tak caya langsung dengan pembantu rumah... kat taska yang ramai-ramai pun masih ada kes dera...inikan pulak dia duduk sesorang dengan anak kita je kan?

korang baca je la petikan BERNAMA kat bawah ni...


Pembantu Rumah Dera Bayi Dipenjara Sejumlah 20 Tahun

KUANTAN, 19 Feb (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu.

Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.

"Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah.

"Mahkamah berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat," katanya.

Yuliana berasal dari Sukarame, Acheh bekerja tidak sampai sehari sebagai pembantu rumah dengan keluarga mangsa.

Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua.

Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed.

Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.

Berikutan itu, ibu mangsa, Nina Suraya Sulaiman, 24, segera menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang.

Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju lokap bewarna ungu tidak menunjukkan sebarang reaksi atau riak wajah ketika menyaksikan rakaman CCTV perbuatannya yang dipertontonkan kepadanya di dalam mahkamah menerusi komputer riba.

Dia bagaimanapun menitiskan air mata ketika diminta mengemukakan rayuan hukuman dan berkata: "Saya takut".

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed.

-- BERNAMA


p/s dia takut pasal nak kena hukum kan? kalau tak kena hukum... apa ada hal kan? hish marah betul aku tau... patutnya dera dia kerja dalam penjara tu dan gajinya buat tampung duit perubatan Muhamad Hareez tu... haaa yang tu baru betul!

Ahad, 17 Februari 2013

rasanya nak projek apa ni?

assalamualaikum semua,

dari kelmarin kuantan ni hujan dan suram je..hari ni ada panas sikit...dapat la keringkan baju..

semalam aku buat lempeng kelapa cicah kari ayam...
makan masa hujan-hujan lawan dengan teh o panas...fuhhhh... tak payah cerita la ye...sila bayangkan sendiri...hahaha...

hari ni ada projek lagi...
rasa-rasa tengok gambar bawah ni apa aku nak buat?

p/s payah betul bebudak ni nak tidur siang dah...alahai anak..ummi ni banyak noo plannya ni...

Jumaat, 15 Februari 2013

oooo...ini rupanya kisahnya....

assalamualaikum semua,

semalam pagi masa perjalan ke tempat kerja kami ada dengar bunyi helikopter nak mendarat kat area padang MPK dekat dengan kuil...

padang MPK berapa ye tu? aku pun tak ingat... banyak sangat padang MPK.. hihi... yang ni padang yang berhadapan dengan bangunan Telekom Kuantan tu...

jadi sambil lalu tu aku ada ambil gambar.... nampak la jugak ambulan tengah menunggu kat bawah tu...
aku jangkakan ada orang yang dalam helikopter tu yang nak dibawah ke hospital.... dalam hati terdetik jugak kenapa helikopter Maritim ye? ke ada kes di laut?


helikopter maritim 


nampak tak ambulan dah ready tu? 


hari ni baca berita baru tau kisah sebenarnya...

ada bayi berumur 1 bulan yang menghidapi sakit jantung dibawa dengan bantuan pasukan Maritim dari Pulau Tioman ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan...

alhamdulillah urusan memindahkan bayi tu berjalan lancar...

nak baca cerita lanjut boleh gi kat bawah ni...

KUANTAN: The Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA) flew an infant suffering from critical heart complications on a mercy flight to Tengku Ampuan Afzan Hospital (HTAA) here yesterday from Pulau Tioman.

Read more: Mercy flight for infant with heart complications - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/mercy-flight-for-infant-with-heart-complications-1.218495#ixzz2KxW88msA


p/s mak budak tu dibawa sekali ...kesian dia berpantang di hospital..pernah merasa masa abg ngah dan husna dulu...

lagi-lagi kek coklat kukus lapis cream cheese..

assalamualaikum semua,

ni nak tayang kek yang aku buat malam tadi ni.... nak gak merasa kek ni...

ni gambar setelah dideko... hahaha... sila jangan gelak ok... deko yang senang je dah anak-anak tak sabar nak potong...


kek coklat kukus lapis cream cheese 


setelah 15 minit berlalu....



 kek coklat kukus lapis cream cheese


komen tentang kek ni..... SILA SELAK RESEPI DIA DAN BUAT CEPAT PASAL MEMANG SANGAT SEDAP!!!! 

rasa dia macam ala-ala cheese chocolate kat secret recipe tu la.... walla... lepas ni dah tak yah beli secret recipe punya lagi dah....

tak rugi wooo mengukus dengan gigih.... total masa penyediaan dari bahan-bahan hingga siap kukus dalam masa 1 jam setengah sahaja ok! sangat cepat!


resepi boleh tengok kat SINI ye...

p/s hari ni bawak ke opis.... semua nak mintak resepi..hihi...see? i told u already...

Khamis, 14 Februari 2013

tiket free... bila nak guna ni?

assalamualaikum semua,

bulan lepas aku sebagai pelanggan Maxis dapat tiket free... ye la mungkin setelah dia tarik duit dari iklan mengarut yang ntah apa-apa tu...

aku dapat iklan mengarut tau... aku belum cerita kan?

iklan dari no 23268... dah la tetiba hantar sms yang cas RM1 satu sms... dah tu sms mengarut lak tu...
boleh sms tu tulis dapatkan video gadis idaman anda dengan melayari.... apa ke halnya aku nak cari gadis idaman pulak kan?

ada sesiapa tau nak buat macamana dengan orang yang mencabul hak asasi orang lain dengan cara ni dan guna mengaut keuntungan sekali ni? selain dari ke Maxis center dan off kan semua service dari nombor tu la...ada sesiapa tau? tolong komen ye..boleh pulak Maxis kata dia takde kena mengena dengan service tu... dah tu siapa yang provide service ni?

tapi aku bukan nak ceritakan pasal kejadian yang memanaskan hati tu la sebenarnya... kes tu dah settle dengan staff kat service center tu hantar sms STOP ALL ke nombor 23268 tu semula...

yang aku nak cerita pasal aku dapat tiket wayang free ni haa....


voucher tiket dari Golden Screen Cinemas 


nak ajak shah tengok wayang la... bila ye? last sekali tengok wayang masa abg long kecik lagi dulu... itu pun tengok cerita Geng Upin Ipin tu haaa... lama bebenor dah....

sekarang ni ada cerita hantu kak limah kan? menarik tu.... leh gelak sesama anak.... hihi...


p/s perut lapar nak kena buat camne ek?

kek coklat kukus lapis cream cheese

assalamualaikum semua,

hari ni cerita pasal makanan pulak ye...hehehe...ambik mood...ambik mood....

sebenarnya aku nak kongsi resepi kek coklat kukus lapis cheese yang aku buat baru ni kat SINI untuk mak sedara shah tu...

resepi dia aku ambik dari dapur cik mat gebu @ Dapur Tanpa Sempadan..terima kasih cik mat untuk resepi yang marvelas ni...mintak izin copy kat sini ye...


segala benda ada atas meja aku tu...sila abaikan.. cuma fokuskan kat kek coklat kukus lapis cream cheese tu je ye... 


Kek Coklat Kukus Lapis Cream Cheese



BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
1 camca teh esen vanilla 
Sedikit garam
1/2 cawan air panas mendidih
1/2 cawan susu cair/susu segar
1/2 cawan minyak jagung  (aku ganti minyak masak pasal takde minyak jagung) 
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur grad A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK BAHAGIAN COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung, putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan bertanda (*) tadi sedikir demi sedikit hingga habis, gaul hingga rata. Kemudian bagi dua sama banyak. Ketepikan sekejap.
  2. UNTUK BAHAGIAN LAPIS CHEESE :- Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim. Masukkan telur, air dan tepung gandum, putar lagi hingga semua sebati dan licin. Ketepikan sekejap.
  3. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE :- Panaskan kukusan, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci (aku pakai loyang 9 inci x 9 inci x 2 inci) dengan mentega dan alas dasar tin dengan berkertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup permukaan tin dengan aluminiu m foil dan kukus dengan api sederhana kuat selama 20 minit (aku buat api kuat cuma 15 minit je). 
  4. Bila kek masak, tuang pula bahagian lapisan cheese, ratakan dan tutup kembali permukaan tin dengan aluminium foil dan sambung kukus 15 minit lagi. Dan akhir sekali tuang baki adunan coklat. Terus mengukus hingga masak (pun ambik masa dalam 15 minit gak).
  5. Kalau ikut resipi Kak Yatie, kena kukus 20 minit lagi, tapi mat kukus kurang lebih 35 minit, ini anda kena check sendiri, lepas 20 minit, buka aluminium foil dan periksa bahagian tengah kek, jika belum masak, sambung kukus sampai kek masak, pastikan anda tutup dengan aluminum foil. Biar kek sejuk dan boleh keluarkan dari tin, boleh dipotong...

dan ini la hasilnya masa keluar dari kukus...



baru keluar dari oven... nipis kan? lainkali nak cari gak loyang yang betul..


dan ini lak hasil bila dah deko...


kek coklat kukus lapis cream cheese 


dari sudut lain pulak...



 kek coklat kukus lapis cream cheese


untuk pengetahuan korang...untuk deko yang putih cantik (eh cantik ke? ;)  ) kat atas kek tu aku memula ingat nak calit coklat macam kat dapur Kak Yus tapi bila pikir balik macam banyak noo coklat pulak dah...jadi aku tukar la nak letak aising sugar...sekali kooo...gula aising aku takde stok pulak dah...nak beli memang la tak sempat lagi dah....last-last aku pakai apa tau?

hahaha... aku guna coffeemate je...belasah je la kan...janji putih...nasib baik aku tak tabur susu tepung anak atas tu...lagi haru kan? hahaha...

komen tentang rasa....emmm...aku tak tau la sedap ke tak pasal segan nak rasa kek sendiri bawak kan...dengan adik sepupu sekali kerumun tak kan aku nak sama sibuk kan? malu oooo....tapi kan bila majlis abis dalam pukul 11 malam tu kek dah tinggal suku...sedap kot...lagi pun kalau tak sedap tak kan cik mat berkali-kali buat kan cik mat?


p/s aku kata nak buat kek semalam kan? sekali shah kena ot daaa...abis plan...

Rabu, 13 Februari 2013

Kuantan-Kota Bharu

assalamualaikum semua,

lama cuti kan? seronok betul cuti lama-lama....

yang tak seronoknya bila nak baik kerja semua buat drama bila nak hantar ke taska... paling kesian adik husna la... dah sedap duduk lama kat rumah... bila hantar taska pagi tadi memula senyum simpul bila cikgu dia tegur... sekali aku letak je kat bawah.... terus waaaaaa.... siap menitik-nitik air mata lagi tu....

dan pagi tadi kami start bekalkan husna dengan susu abg ngah dia.... takut-takut susu ibu yang dibekalkan tak cukup... kesian adik...umur adik dah cukup 1 tahun 2 bulan pada 11 Februari baru ni.... rasanya dengan halangan yang ada aku dah tak mampu nak susukan adik hingga cukup umurnya 2 tahun... aku redha je sekarang ni... dan aku masih usahakan semampu mungkin...usaha, doa dan tawakkal je yang mampu aku buat... tapi kalau dah tersurat rezeki adik husna setakat ini... apa kan daya.... alhamdulillah... dapat menyusukannya selama ini pun dah cukup mengembirakan aku dan cukup untuk aku rasa nikmatnya jadi ibu bekerjaya yang menyusukan anak sepenuhnya...

korang doakan aje yang terbaik buat kami sekeluarga ye....

sebenarnya bukan masalah adik husna yang aku nak cerita hari ni....

ni cerita pasal kami ke Kota Bharu hari tu....

kami baru tau berita kena pergi mesyuarat ke Kota Bharu ni pada hari Rabu 30/1/2013 pastu aku ada mesyuarat Puspanita pulak 31/1/2013 tu..

jadi kami cuma boleh tempah tempat penginapan hari-hari terakhir minggu tu je la... masa tu aku dah booking Hotel CyrstalLodge kat bandar Kota Bharu... harga pun ok... ada peti ais dan sarapan cuma RM117.. jadi aku dah confirm dengan phone call.. sekali shah confirm dapat ikut pada hari Jumaat 1/2/2013.. gila tak kelam kabut aku jadinya....

sudahnya aku survey homestay nak bagi kami anak beranak selesa dan aku boleh masakkan makanan selama diorang temankan aku nanti... kira kami plan macam kat Nilai hari tu la....

pastu aku dah confirm satu homestay yang agak dekat dengan tempat aku mesyuarat ni.... homestay ni kat lundang... aku malas la nak sebut banyak-banyak pasal homestay ni.... cuma aku nak komen satu je la... kalau nak buat homestay pastikan rumah tu betul-betul bersih untuk diinapi... kalau buruk kami tak heran la sangat ok... rumah kami pun bukan lawa sangat... mungkin korang nak kata.. nak murah memang la macam tu kualitinya... tapi maaf la cakap... aku ulang lagi ok... BURUK aku tak KISAH tapi KOTOR...? ERRR.... fikir-fikir la sendiri.... ini nak jejak kaki kat lantai pun macam tak sanggup.... macam lama benor tak bersapu.... adoiiiiaiiii...masa sampai tu dah tengah malam... jadi takde pilihan terpaksa duduk semalam jugak la... pikirkan anak-anak je.. kalau tak mau cabut malam tu gak...

tapi silap kami gak dah bayar abis masa nak masuk... jadinya aku tak boleh nak cerita hal sebenar kat tuan punya tu sebab nakkan duit kami balik... cuma aku kata meeting dah abis dan kami kena balik dan aircond tak berfungsi langsung je...owner tu pulangkan duit sebahagian je... kami rugi RM90... (boleh beli 2 toto tu)....

lepas kami check out dari homestays tu tengahari esoknya... terus masa rehat tu aku dengan shah gi pusing-pusing Kota Bharu cari hotel... dapat yang ok tapi masalah pulak... kat Kota Bharu ni banyak sangat hotel yang pakai public parking.... jadi sure kami reject... alasan? sebab kalau shah balik semula ke hotel lepas hantar aku nanti kalau ada parking ok... kalau takde? dengan anak bertiga tu lagi? mau kalut dia nanti...

last sekali kami ke sini....(padahal dah ke sini dulu memula tapi dia tak bagi tengok bilik..tu yang pergi ke lain dulu tu...)


C Chantique Villa and Hotel Apartment 


lepas tu tanya-tanya harga dia kata RM137.80 semalam sekali dengan peti ais dan sarapan...

bila dah masuk ok je.... bilik dia besar.... macam kat bawah ni....


eh..eh... ada pulak nasi kukus RM2.50 atas meja...hihi.. murah kan? sedap uuuu... 


kiranya kalau korang bentang toto kat tepi katil tu sedang elok je la... dan masih ada ruang untuk bersolat kat depan tv tu haaa.... menarik kan? alhamdulillah dipermudahkan urusan kami setelah kerugian duit tadi...

tapi malamnya rugi juga duit kami sebab kena beli toto untuk anak bujang kami tidur.... boleh tahan murah jugak la dari kat kuantan ni haa.... cuma RM47 je...  tapi roomate aku kat opis ni kata kalau kat pasar khadijah lagi murah.. RM40 leh dapat... rugi takde masa nak pegi...

ni la rupa totonya...


toto murah wakaf che yeh 


cantik kan? hahaha... tak cantik pun korang kena cakap cantik gak tau... jaga hati aku la sikit... hihi...
cantik dan best buat tidur tau...

terbukti bila abg long cakap ... "ummi, bagus la tempat tidur baru ummi belikan untuk saya ni... kaki saya yang sakit pun dah baik dah..." 

hahaha... mujarab dan ajaib kan? korang sila jangan percaya lakonan anak aku tu... dia dah penat kena usung dengan ummi ayah dia serata wakaf che yeh... tentulah penat... hahaha...

korang nak stay sini kalau bawak family pun ok gak... sebab dia ada yang jenis apartment jugak tau... aku tak ingat detail la... leh try contact kat bawah ni haa....


haaa... nampak tu? make up room once every two days? 




nampak tak ni?  

korang yang nak cari tempat ni senang je... dia betul-betul kat sebelah hospital pakar KPJ Kota Bharu dan berhadapan dengan Stadium Kota Bharu... senang nooo nak cari tempat makan... keliling stadium tu ada...

cuma satu je la yang tak best... room service dia cuma ada 2 hari sekali je... sampah kat bilik kami ni haaa.... ambik ko menimbun banyaknya....



p/s mood kerja hari ni macam sama je dengan cuaca mendung kat kuantan ni... balik kang nak buat kek la bagi segar mood balik....haha...yang rajin tinggal komen tu tima kasih ye.. tak sempat nak balas lagi..

Ahad, 10 Februari 2013

teka kek apa ni?

assalamualaikum semua,

wah semua orang cuti lama eh?

aku dengan shah cuti lama gak tapi...tak boleh balik kampung...mak sedara shah ada datang kuantan..

nak raikan hari jadi dia...minta kami adakan kek...

jadi disebabkan aku memang suka masak maka...aku buat la kek ni...

pastu sambut sambil makan ikan bakar kat Restoran Andaman tadi... jangan tanya aku apa-apa pasal makan kat situ..aku sempat jamah sikit je...segan ko...sampai makan pun tak kenyang...

baliknya hah ambik...aku masak megi pulak dah...

satu je aku hangin masa makan tadi dan seterusnya mematahkan selera aku terus...bini sepupu dia tu la... nak gelak..gelak je la tapi jangan la tampor-tampor laki aku pulak kan?

aku macam dah...."eh...apasal lak minah ni?"

shah aku tengok dah siap senget-senget badan mengelak...lagi dia nak ngendeng-ngendeng lagi...hangin tul aku tau...nak je aku menyelit kat tengah-tengah tu...

tapi mintak maaf la bebanyak ye...hati aku yang masa tu dah dipengaruhi setan agaknya terus berkata.."patut la jadi janda dulu"... lepas tu pun aku mengucap panjang...apa yang aku dah sebut ni....

layan marah memang tak guna...malas rasa nak pergi berkelah dengan diorang esok ni...tawar je rasa hati...

korang layan je la gambar kek ni... teka la apa nama kek ni...

p/s ada rupa macam kek beli tak? so aku dah boleh ambik upah kan? hihi...

Khamis, 7 Februari 2013

dah sampai..

assalamualaikum semua,

alhamdulillah kami dah selamat sampai...

perjalanan dari kelantan ke kuantan selama 6 jam yang sangat meletihkan...

ok la selamat malam semua..

p/s banyak benda berangan nak beli tapi tak muat kereta...waaaaa...

Rabu, 6 Februari 2013

Wordless Wednesday # 14

assalamualaikum semua,

hari ni meh layan gambar raja lelong di pasar wakaf che yeh semalam..

p/s jangan kata kami shopping sakan ye...beli toto pun x dapat kurang dah...nyampah...alasannya...raya cina ni takde stok barang...ceh...alasannnn...

lundang-kubang kerian-jalan bayam-wakaf che yeh-jalan bayam

assalamualaikum semua,

takde entry lagi semalam kan?

letih wooo...

kami sampai di kota bharu dalam pukul 11.50 malam..pusing-pusing cari homestay yang ditempah...dan akhirnya jumpa...dan sangat tak selesa...terus kami check out tengahari tadi cari tempat lain..

dan akhirnya setelah penjelajahan dibuat di sekitar kb...kami dapat la hotel yang menepati syarat dengan harga yang masih dalam kemampuan...

nanti senang-senang aku cerita la ye....ngantuknya mata ni...

p/s sempat ke wakaf che yeh beli toto buat alas tidur bebudak berdua tu....senyum je dapat tidur kat toto baru...siap ada ayat..."terima kasih ummi"...

Ahad, 3 Februari 2013

roti jala, kari ayam dan kek coklat

assalamualaikum semua,

sempurnakan hari cuti anda dengan makanan best! hahaha....cantik kan ayat pembuka entry malam ni? (sila baca sambil bayangkan aku tengah angkat kening)...hehe...

saja je nak bagi korang rasa terbakar sikit memalam ni...

sebenarnya tadi aku rasa malas nak masak...ada lauk singgang ikan lolong baki semalam banyak lagi dan aku cuma tanak nasi je la...tapi tetiba pulak adik aku, andak whatsapp gambar roti jala yang dia tengah buat...cair terus air liur aku...

kebetulan pulak adik husna tengah lena diulit intan...abg dia yang berdua tu pulak leka tengok cerita ahmad albab...aku apa lagi la kan....terus aktif kat dapur....terus bancuh-bancuh tepung...
blender-blender tepung...

pastu siap je terus menjala la apa lagi...

kebetulan lak pulak ada kawan nak datang rumah kan...lagi bersemangat nak menjala..banyak gak aku buat...dalam 700gram tepung rasanya..


resepi aku senang je..
Resepi Roti Jala Mak Ita

bahan-bahan
tepung gandum 700 gram
telur 2 biji
serbuk kunyit 1 sudu teh
garam 2 sudu teh
air secukupnya
minyak 2 senduk (masukkan masa nak blender)

cara-cara
1. kacau semua bahan dalam besen dulu..
2. air masukkan sikit-sikit sampai dah sebati semua tepung sampai rupa dia lebih kurang lembik sikit dari yang adunan tepung untuk buat jemput-jemput..
3. pastu korang masukkan setengah adunan dalam blender dan letak air lagi secukupnya, sampai agak-agak boleh dijala..takpe kalau terpekat sebab boleh lagi tambah air untuk cairkan bila nak dijala nanti..
4. masa nak blender tu baru letak minyak.
5. bila dah siap..ulang proses untuk baki adunan yang tertinggal..


untuk kari ayam dan coklat moist tu korang google la cari resepi dia ye..aku dah tak larat nak menulis ni...shah kena ot malam ni..maka cukuplah dah lebih 40 minit aku luangkan masa nak tulis satu entry ni je...waaa...mana kejap kang nak makan...kejap kang nak minum...kejap kang nak susu..dah tu tetiba pulak datang rajin bebudak ni nak gosok gigi pulak dah....sampai nak selimut pun nak menangis....


korang jangan bayangkan...azab wooo..hahaha...


tu sebab bila orang tanya nape aku tak ambik gambar makanan aku masak pakai kamera DSLR? cer bayangkan...sempat ke nak capai kamera tu dalam keadaan di atas tu haaa...

ok...layan gambar makanan dulu la ye...aku nak jadi pengaman bangsa-bangsa bersatu lak ni...sekali dia bergaduh pulak dah... anak oiii...baru ada 3 beradik ni... shah gi jemputan kawin semalam....anak tuan rumah tu ada 14 orang! camne la agaknya dia manage ye?


roti jala dan kari ayam


kek coklat lembap
p/s aku rasa pengaman bangsa bersatu pun resign kot kalau suruh amankan bebudak gaduh...hahaha...

Gotong royong 1 Malaysia

assalamualaikum semua,

pagi ni di mana-mana sedang heboh dengan projek gotong royong satu malaysia...atau dikenali sebagai My Beautiful Malaysia.. eh ye ke?

kat kuantan ni pun ada tapi kat nuuuu haaa kat teluk cempedak... aku memilih untuk gotong royong kat rumah sendiri je la...aci kan? masih dalam malaysia gak apa...

eh tetiba terfikir...ada program kat teluk cempedak atau orang tempatan panggil TC ni parking tetap kena bayar ke? kalau kena memang kesian la kan...harapnya tahun depan cari la tempat acara yang boleh dapat parking free ke kan... lagi mengamit ramai pengunjung rasanya...

ok la aku nak mula gotong royong ni...banyak wooo nak settle...ada kawan nak mai rumah ni...best woo...ni tengah masak kek coklat lembap ni... sluurrrpppp..hihi...

p/s sekarang tengah hujan dan mendung kat kuantan ni..ada yang tanya pasal njoi boleh berfungsi dalam hujan lebat...ok jawapan dia tak boleh ok...sama je macam semua perkhidmatan astro lain yang ada tu..

Sabtu, 2 Februari 2013

kuantan terbakar lagi!

assalamualaikum semua,

tetiba je ada entry lewat malam lak kan?

aku sebenarnya nak tidur tapi tak tak sedap hati pulak..

cerita dia gini...tadi kami keluar ke Giant beli barang sikit...pastu balik rumah dalam pukul 9 malam camtu la...sampai je kat taman kerang dekat masjid negeri tu shah lalu kejap kat parking dia tu..pastu ada la lalu sebuah motor dan sebuah lori bomba lalu terus menghala ke jalan teluk sisek...

dalam hati aku dah berkata..'mungkin ada kecemasan'

lepas tu shah pun cakap.. 'ada kes ni'

kami terus jalan balik ke rumah...sampai kat lampu isyarat jalan teluk sisek kami berhenti sebab lampu merah..

lepas je lampu hijau kami jalan terus ke rumah...shah ada tanya gak nak singgah tunas manja beli pampers anak ke tak..aku kata ikut la...dan akhirnya shah buat keputusan nak balik sebab dia ada game futsal esok..nak tidur awal katanya...

masa nak masuk simpang rumah kami aku suruh shah masuk ikut simpang kedua...sebabnya simpang pertama tu kena tempuh 2 bulatan yang berbonggol-bonggol...penat wooo aku tengok shah asyik main gear je..aku kalau bawak kereta pun aku elak lalu situ...menyampah...

nape la PASDEC buat jalan macam tu? masa diorang pantau ni ok la lagi...esok-esok masa dah tak pantau? mesti jadi macam jalan kat depan bangunan telekom tu haaa...

yang jadi mangsa siapa tau? orang ada kereta murah macam aku ni haaa...bila jalan kat situ je mesti bergegar seluruh kereta macam nak runtuh...anak-anak pun pandai buat bunyi macam ni... "grrrrrrrrrrrrr.....grrrrrrr..." saje kan? yang naik keta mahal mana rasa camtu? sabor je la...

eh...aku sambung cerita tadi..yang terbakar ni nampaknya aku dah ni...hihi...

lepas kami jalan terus sebab nak ikut simpang kedua tu terus kami nampak lori bomba keluar dari simpang yang kami nak masuk tu...pelik gak...kat mana la yang terbakar...dalam hati dah berdoa...janganlah rumah aku harapnya...

shah kata, " kita ikut lori tu la ye"

kami ikut sampai depan sikit dan dah nampak macam banyak asap...lori bomba tadi berhenti betul-betul kat lepas sikit dari tempat nak u turn..kat situ api dah marak dah...sepanjang dari belakang sikit kat kawalan tnb kat depan sekolah menengah tanjung lumpur terus ke tapak projek simpanan kereta yang dah dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang satu masa dulu.. besar jugak apinya...

kami tak berhenti dekat pun..seran tengok api tu...dengan angin yang kuat lagi tu..sapa la yang mulakan api...kesian bomba nak memadamkan..

last sekali kami balik rumah dan berdoa supaya bomba dipermudahkan Allah tugasan mereka tu...

tak lama tadi hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba...Alhamdulillah...lega la sikit hati..harapnya api tu tak terus marak dan tugasan bomba dipermudahkan...

ok layan gambar je la ye...

p/s cerita x man kat tv ni best la pulak...tapi sensored...nasib baik bebudak dah tidur...

korang perasan tak?

assalamualaikum semua,

nak tanya korang ni..korang perasan tak ye..

siang sekarang ni macam makin panjang je aku rasa..sebabnya dah dua hari ni aku perhatikan kat kuantan ni hari cerah je walaupun dah pukul 7 malam..

bila tengok kat luar macam pukul 5 petang je lagi...

memula aku ingat kat kuantan je yang macam tu...pasal kami duduk area laut kan...jadi awan payah nak nampak bila musim-musim angin kuat ni...

tapi tiba-tiba along aku whatsapp gambar kat kl...eh macam lagi cerah dari kat kuantan ni..dah macam kat oversea la pulak kan ada siang panjang-panjang ni...

kalau bulan puasa la camni...harus ramai yang kena 'gastrik'....hihi...

apa pun aku gunakan masa siang yang panjang sebaik mungkin untuk anak-anak...masa malam untuk bapak anak pulak kan? eh? hihi...

layan je la gambar kat bawah ni ye..yang dua gambar kat jalan tu kat kuantan...yang lagi satu gambar kat rumah flat polis tu kat kl..

p/s dah dapat homestay kat kota bahru..kat area kg lundang...jauh tak eh dengan bandar kb?

ada gaya tak?

assalamualaikum semua,

nak tunjuk kat korang gambar ni...

ada gaya promoter kedai runcit 1 malaysia tak? tak pun casher dia? hihi...

p/s err hari ni bukan hari rabu tapi buat entry wordless aci tak? busy bebenor makcik hari ni...

Jumaat, 1 Februari 2013

wah..karnival karangkraf la pulak!

assalamualaikum semua,

kejap je dah abis seminggu...

sedar- sedar je dah masuk bulan 2 dah pun...laju je masa bergerak kan?

hujung minggu yang dinanti dah tiba...apa plan korang hujung minggu ni?

untuk aku...esok ada program kat sekolah tadika kemas abg long...ada mesyuarat sekali dengan seminar keibubapaan...kena pergi dan bawak bekal makanan kali ni...kalau tak harus tak dapat dengar apa-apa macam masa sambutan maulidurasul hari tu...

korang yang belum ada plan boleh la pergi ke Karnival Karangkraf...


butir-butirnya ada di bawah ni...






pastu ini pulak untuk aktiviti hari ni...


aktiviti hari esok ...



aktiviti hari lusa pulak....


menarik kan?


jadi kalau sempat boleh la pegi ke sana....aku? tentunya tak boleh sebab jauh tu....tambahan pulak hari isnin dah ke kelantan pulak..



p/s shah dah dapat cuti...jadi dia boleh ikut....yahooo...eh...alhamdulillah...Allah permudahkan urusan kami lagi kali ni...syukur Allah...

BlackBerry 10 dah keluar!

assalamualaikum semua,

wah... telefon best ni dah keluar....

kalau orang yang pernah pakai atau memang pengguna blackberry tegar mesti dah leleh air liur dah... (macam kata along aku)....


tapi tak kurang jugak yang cuma pakai android phone murah macam aku ni.... mana tak nya....

dengan skrin sentuh macam android punya tu tapi masih pakai sistem blackberry.... maknanya dia tak akan tarik data BANYAK macam android sekarang ni.... 250 MB sebulan pun tak cukup kalau nak sentiasa hidupkan aplikasi email...

kalau dengan Blackberry tak ada masalah camni....

diorang pening kepala pula data tak abis-abis... (ceh ini ayat andak aku la)

dan telefon best macam blackberry 10 ni pulak dah keluar......atau dipanggil blackberry Z10

ayat aku satu je....... WAH!!!!

meh layan gambar dia dan spesifikasi yang dia ada....


blackberry 10 

ni spesifikasi dia...


spesifikasi BB Z10 



dan boleh layan video demo dia kat sini..




p/s haaaaa.... sapa yang hari tu ada kata nak sponsor tu?   eh ada ke?  ;)

tolong...dalam dilema ni...

assalamualaikum semua,

pagi ni aku bangun agak lewat sebab tak lena tidur semalam...budak bertiga tu semua kena selsema...mungkin sebab perubahan cuaca yang mendadak...masa kami balik kampung hari tu, kat kuantan ni tengah musim hujan...tapi bila balik johor pulak kena panas terik pulak...

belum lagi ditambah dengan main sakan kat luar rumah bila balik kampung...

kadang-kadang tengok anak-anak yang membesar di bandar macam anak kami ni... kalau tanya aku..aku akan kata macam takde kehidupan yang sihat langsung...

kenapa aku kata macam tu?

meh baca sama-sama rutin anak aku...

ni abg long punya...

pagi : ke sekolah sampai pukul 12 tengahari..

tengahari : shah ambik dan hantar ke pusat jagaan transit..makan tengahari..mandi dan tidur kat sini..

petang : belajar fardu ain

pukul 5.30 petang kami akan ambik dia..

yang ni pulak rutin abg ngah dan adik husna..

pagi : hantar ke taska.. makan sarapan..susu dan tidur..

tengahari : tidur sampai pukul 2-3 petang.. bergantung dengan budak..kalau tak tidur pun cikgu dia akan biar dia main-main sampai tertidur..kira memang masa untuk tidur la kan?

petang : susu...minum petang dan kadang-kadang tidur lagi...

sama macam abg long..shah akan ambik jam 5.30 petang dan terus ke tempat kerja aku ambik aku pulak...

sampai je kat tempat aku dah dekat pukul 6 petang...sampai rumah kalau tak menyinggah memana dah jam 6.30 petang...
jadi cuma ada masa setengah jam main kat luar rumah sebelum pukul 7... itu pun kalau cuaca elok..kalau hujan? diorang abiskan masa dalam rumah je...

malam : layan-layan makan...buku...mainan lebih kurang pukul 10 dah tidur...

jadi mana la ada masa nak hidup sihat macam aidit marcello dan family kan?....eh tetiba.. ;)

anak-anak korang hidup macam ni jugak ke ye?


itu satu cerita...

yang tajuk kat atas tu aku nak mintak pandangan korang ni...

aku kena gi kota bharu minggu depan selama 4 hari untuk meeting... takde masalah lain la sebab memang aku dan shah sangat faham komitmen kerja...

cuma satu je....korang tau kan adik husna masih aku susukan dengan susu ibu sepenuhnya sehingga ke hari ini dan akan datang...in Shaa Allah... moga dipermudahkan jua segala urusan oleh Allah...amin..

masalahnya sekarang ni penghasilan susu dah makin merundum...mungkin kerana stress kerana aku sorang je pegawai bertugas sejak 3 bulan yang lepas...

bila penghasilan merundum..stok makin merundum...  jadi apa yang aku pam hari ni adalah untuk esok hari...waaaaa...tambah pulak ada masalah lain lagi yang menganggu proses pengumpulan susu ni...

jadi macamana la dengan keadaan macam ni aku nak tinggalkan puteri serundut aku yang comel tu selama 4 hari! buntu ok!

buat masa sekarang ni aku dah bincang dengan shah...

dia pun dah kata..kalau susu tak cukup dia akan cuba bagi susu abg ngah dia..itu saja alternatif yang ada...sekurang-kurangnya cukup untuk 4 hari yang aku takde tu...dia juga kata kalau ada yang dalam peti dia akan guna dulu...bila terdesak baru guna susu formula..

dan aku tau shah dah redha...cukup setahun lebih rezeki yang Allah beri untuk adik husna..kalau dah takde nak buat macamana lagi..cuma aku la yang agak terkilan...

aku memang nekad nak bagi susu ibu sampai adik husna 2 tahun..sanggup aku tolak tawaran ke luar negara...sanggup jugak angkut ke hulu ke hilir family.. ke dah kira obsess ni?

salah aku jugak..selalu skip pam...sila jangan ikut camni ye...

lepas baca post ni jangan ada yang cadangkan makan itu ini untuk banyakkan susu ye...aku tak mau tu...cuma nak pendapat korang sama ada keputusan kami ni betul...

p/s dalam dok menaip post ni aku dok pam...alhamdulillah dapat lebih dari biasa...syukur...semoga Allah permudahkan lagi hendaknya..amin...