Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 28 Februari 2013

Cabut bendera parti? Saya Sokong!

assalamualaikum semua,

malam tadi aku ada terbaca tajuk berita di TV9... " Majlis Perbandaran Kuantan akan menurunkan bendera parti yang menganggu keselamatan awam"

wah.... dalam banyak-banyak tajuk berita.... tajuk yang ni aku suka dan fokus....

kenapa tau? sebabnya kat kuantan ni dah macam perang bendera dah aku tengok... macam pilihanraya nak berlangsung esok je dah gayanya....

aku nak snap gambar tadi... tapi tak sempat pulak nak tayang kat korang... kalau petang karang sempat aku letak update kat sini ye.... sebelum diorang turunkan bendera tu la....hihi...

sebenarnya isu bendera ni dah ada dekat seminggu lebih kot.... aku tak pasti pulak sejak bila diorang pasang... sebenarnya bukan isu sangat pun....cuma aku yang jadikan isu je.... kalau tak takde cerita nak cerita kat blog pulak kan? hihi...

sebenarnya aku tak kisah kalau korang-korang yang nak pasang bendera tu letak tinggi-tinggi atas pokok ke atau kat atas tiang lampu tu haaa... tapi diletaknya bendera tu kat setiap tiang penghadang kat atas jambatan tanjung lumpur tu haaa... tempat lain aku tak pasti la pulak... tapi yang kat tanjung lumpur ni tempat aku lalu hari-hari pergi dan balik kerja.... semak oooo tengok hiasan bendera camni... nak tengok permandangan bot kat sungai tu pun dah susah tau.... heeee....

tapi serius masalah ni pada aku... sekarang ni tengah musim angin kuat kat kuantan ni... kena pulak ada bendera atas jambatan.... bila angin tiup berkibar bendera tu ke atas jambatan.... kira kalau orang bawak motor yang lalu puas la kena mengelak pulak ke tengah jambatan.... tak ke bahaya camtu?

itu baru berkibar tau... kalau tiang bendera tu ditakdirkan tercabut dan terkena kat orang yang bawak motor atau terkena cermin kereta yang lalu atas jambatan tu... tak ke lagi bahaya camtu? aku terus terbayang kalau orang naik motor terserkup dengan kain bendera tu... tak ke menyebabkan kemalangan ke camtu? huh... bahaya wooo....



27 Februari 2013
KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan bertindak menurunkan bendera parti politik yang dipasang di tempat yang membahayakan keselamatan orang ramai.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, berdasarkan pemantauan, kini terdapat banyak bendera parti yang dipasang di lampu isyarat, persimpangan jalan, papan tanda arah yang didapati mengganggu pengguna jalan raya.

"Setakat ini, kita juga bertindak menurunkan banyak bendera parti. Jumlah yang diturunkan itu belum dapat dipastikan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berharap parti politik memberi kerjasama ketika memasang poster atau bendera parti menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Kita tidak mahu perang poster ini boleh menimbulkan masalah kepada pengguna jalan raya," katanya.

MPK juga katanya belum mengeluarkan permit pemasangan bendera dan poster kepada parti politik buat masa ini. - Bernama



jadi kalau tak aku la.... aku sokong sesangat cabut bendera tu semua.... tapi kesian la kan kat MPK... apa kata.....suruh je  semua parti yang pasang bendera tu gotong royong cabut sesama.... errr boleh jadi gaduh ke nanti? atau semua tak nak mengaku dia parti mana? heeee.....


p/s soalan kami kat kuantan ni buat masa sekarang.... "errrr...area rumah korang gelombang warna apa?" Cerita menarik lain

8 Luahan Ikhlas:

Lina berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul tu...rasa cam esok lusa dah nak pilihan rayanya...klu lalu kat jambatan ke apa ya Allah penuh bendera, bendera biru lak tuh hehehe...baguslah klu MPK nak turunkan, kira tak pilih bululah

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

adoi la

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Akak rasa memang Kuantan meriahh sangat dengan bendera tu. Bila tanya tukang pasang bendera, dia kata tengah semangat! Haiihh.

n 0 e s u h a i m i berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau sampai dah ganggu lalu lintas mmg elok lah diturunkan...x kira la bendera bulan ke..dacing ke..roket ke.. :) .. tp yg x ganggu tu..bess je tengok..meriah.. :)

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

menyampah kan? hahaha... sampai ke hari ni masih ada lagi... nak je tepek gambar kat sini.. tapi kang dikatanya kita apa lak...

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yg membaca pun sakit kan anum..hihi..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memang kan kak... sampai rimas pun ada... kat area lain kurang kan? ita baru balik dari kelantan pun tak semeriah di kuantan la..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehe... meriah... berpinau mata dah...