Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 14 Februari 2013

kek coklat kukus lapis cream cheese

assalamualaikum semua,

hari ni cerita pasal makanan pulak ye...hehehe...ambik mood...ambik mood....

sebenarnya aku nak kongsi resepi kek coklat kukus lapis cheese yang aku buat baru ni kat SINI untuk mak sedara shah tu...

resepi dia aku ambik dari dapur cik mat gebu @ Dapur Tanpa Sempadan..terima kasih cik mat untuk resepi yang marvelas ni...mintak izin copy kat sini ye...


segala benda ada atas meja aku tu...sila abaikan.. cuma fokuskan kat kek coklat kukus lapis cream cheese tu je ye... 


Kek Coklat Kukus Lapis Cream Cheese





BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)

2 biji telur gred A

1 cawan gula kastor

1 camca teh esen vanilla 

Sedikit garam

1/2 cawan air panas mendidih

1/2 cawan susu cair/susu segar

1/2 cawan minyak jagung (aku ganti minyak masak pasal takde minyak jagung) 

1 cawan tepung gandum*

3 camca besar serbuk koko*

1 camca teh soda bicarbonate*

1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)




BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)

250 gram cream cheese

60 gram gula halus

1 biji telur grad A

1 camca besar air

1 camca besar tepung gandum


CARA MEMBUATNYA :-)


UNTUK BAHAGIAN COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat. Masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah air panas, susu cair dan minyak jagung, putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak bersama bahan bertanda (*) tadi sedikir demi sedikit hingga habis, gaul hingga rata. Kemudian bagi dua sama banyak. Ketepikan sekejap.
 
UNTUK BAHAGIAN LAPIS CHEESE :- Putar cream cheese dengan gula halus hingga sebati dan berkrim. Masukkan telur, air dan tepung gandum, putar lagi hingga semua sebati dan licin. Ketepikan sekejap. 

UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CREAM CHEESE :- Panaskan kukusan, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci (aku pakai loyang 9 inci x 9 inci x 2 inci) dengan mentega dan alas dasar tin dengan berkertas minyak. Lenser juga kertas tadi. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup permukaan tin dengan aluminium foil dan kukus dengan api sederhana kuat selama 20 minit (aku buat api kuat cuma 15 minit je). 
Bila kek masak, tuang pula bahagian lapisan cheese, ratakan dan tutup kembali permukaan tin dengan aluminium foil dan sambung kukus 15 minit lagi. Dan akhir sekali tuang baki adunan coklat. Terus mengukus hingga masak (pun ambik masa dalam 15 minit gak). 
Kalau ikut resipi Kak Yatie, kena kukus 20 minit lagi, tapi mat kukus kurang lebih 35 minit, ini anda kena check sendiri, lepas 20 minit, buka aluminium foil dan periksa bahagian tengah kek, jika belum masak, sambung kukus sampai kek masak, pastikan anda tutup dengan aluminum foil. Biar kek sejuk dan boleh keluarkan dari tin, boleh dipotong...
dan ini la hasilnya masa keluar dari kukus...


baru keluar dari oven... nipis kan? lainkali nak cari gak loyang yang betul..


dan ini lak hasil bila dah deko...


kek coklat kukus lapis cream cheese 


dari sudut lain pulak...



 kek coklat kukus lapis cream cheese


untuk pengetahuan korang...untuk deko yang putih cantik (eh cantik ke? ;)  ) kat atas kek tu aku memula ingat nak calit coklat macam kat dapur Kak Yus tapi bila pikir balik macam banyak noo coklat pulak dah...jadi aku tukar la nak letak aising sugar...sekali kooo...gula aising aku takde stok pulak dah...nak beli memang la tak sempat lagi dah....last-last aku pakai apa tau?

hahaha... aku guna coffeemate je...belasah je la kan...janji putih...nasib baik aku tak tabur susu tepung anak atas tu...lagi haru kan? hahaha...

komen tentang rasa....emmm...aku tak tau la sedap ke tak pasal segan nak rasa kek sendiri bawak kan...dengan adik sepupu sekali kerumun tak kan aku nak sama sibuk kan? malu oooo....tapi kan bila majlis abis dalam pukul 11 malam tu kek dah tinggal suku...sedap kot...lagi pun kalau tak sedap tak kan cik mat berkali-kali buat kan cik mat?


p/s aku kata nak buat kek semalam kan? sekali shah kena ot daaa...abis plan...
Cerita menarik lain

11 Luahan Ikhlas:

Aku Penghibur berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahhh cm sedap .. nyum nyum

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

boleh tahan jugak tu idea menggunakan coffee mate, kan... cantekkkk & terbaekkkk!!!

inilah resepi kek yang paling sedap sekali, lain kali buat lagi untuk diri sendiri makan puas2 ya...

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kan? hihi..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hihihi... kak... terdesak dah tu... tak sempat nak gi kedai dah...capai je la apa yg ada...
mlm kang nak buat.... mesti!!!

haney berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wuwuuwuwuwuw tergoda ai! :P

Sunah Sakura berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedapnye... >_<

Mieza Jhaa K berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sebelum ni buat kek coklat kukus je..nak cuba lapis cheese pulak

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kak..maaf nak tya kalu gna telur gred B nak gna bpa bji eh?

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

akak pakai 2 biji gak.. x jauh sangat beza dia.. tetap jadik.. :)

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kak kalau kita tkr kukus tuh pd bakar blh jugak kan? Nmpk sedappp tuh

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak pernah try...boleh kot cuma mungkin proses bakar akan jadikan kek lebih kering tak moist mcm ni la..