Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 28 Februari 2013

kuih dangai

assalamualaikum semua,

internet tak ok kat opis ni...jadi hari ni bawak saluran internet sendiri dari rumah...slow tapi tak berapa steady... hihi...

malam tadi shah kena ot...tapi disebabkan teringin nak merasa kuih dangai yang macam mak buat aku paksa gak dia pusing gi kedai runcit yang ada jual kelapa parut kat kg. peramu tanjung lumpur.... siap pesan kat shah..tak nak yang ada hitam dia ye bang...

maka balik semalam terus je panaskan oven...sementara mandi bersolat semua...akhirnya kuih dangaiku siap...

ada sesiapa tau kuih dangai ni asal dari mana sebenarnya? ada orang kata asal kuih ni dari Utara... tapi buat pengetahuan korang mak aku orang Jati negeri Johor dan memang tak pernah keluar kawasan.... jauh sekali pulak berinternet untuk google resepi kuih dangai ni... tapi mak aku memang dah tau buat sejak zaman aku kecik-kecik lagi dulu... sebab zaman kami kecik... duit tak berapa senang nak cari jadi mak akan buat kuih yang senang mengunakan bahan yang mudah kami dapat dan yang pentingnya sedap...

dan resepi kuih dangai ni simple je... cuma guna kelapa parut, tepung pulut, gula dan sedikit garam je..

disebabkan semalam shah cuma beli sebiji kelapa je...maka aku cuma guna lebih kurang secawan tepung pulut je...digaul sekali dengan sesudu teh garam halus sampai rata..kalau yang suka struktur kuih yang sedikit liat dan pejal boleh lebihkan tepung pulut.. tapi aku lebih suka rasa kelapa yang lebih, jadi secawan tepung pulut dah memadai...

kalau ikut cara mak, kena bakar selapis dulu lapisan parutan kelapa dan tepung pulut ni sampai setengah masak..lebih kurang dalam 8-10 minit dengan suhu 180 darjah..pastu kena keluarkan dia dan lapiskan kat atas dia setengah cawan gula yang dah dicampurkan dengan pewarna..ikut la warna apa yang disukai...tetapi pastikan guna pewarna yang cair..mak dulu suka guna warna kuning telur... sampai aku pun dah terikut-ikut... kalau kuih dangai mesti nak lapis gula dia kaler kuning... kalau kaler lain bukan dangai namanya....hihi...

selepas gula dah diratakan, selapis lagi parutan kelapa dan tepung pulut ditabur di atas lapisan gula tu sampai menutupi keseluruhan gula tadi...kemudian masukkan dalam oven semula dan masak dengan suhu 200 darjah selama 15-20 minit.. pastikan kelapa tu berwarna kekuning-kuningan sikit.. lepas masak tu boleh makan terus...... hihi... hidang la dulu baru best... tapi aku memang suka yang baru keluar oven... kelapa tu bila dikunyah ada rasa rangup-rangup lagi.... best wooo....


kuih dangai 


dan semalam shah balik kerja dia dah penat dan tak rasa lagi kuih yang aku buat.... pagi tadi bila dah rasa... tau apa dia kata?

ni dialog suami isteri di pagi hari:

aku : patutnya kita guna dua atau tiga biji kelapa bang... baru tebal sikit... ni cukup-cukup je loyang kita tu... nipis pulak tu...

shah : laa... kenapa semalam tak cakap nak 3 biji? 

aku : ita tak sangka pulak sikit sebijik tu...

shah : takpe nanti kita beli 3 biji kelapa, sayang buat lagi ye.... seingat abg ni kali pertama abg makan kuih ni tapi sedap rasanya...(ehem...ehem...)

lama sikit dia sambung......

shah : kita beli mesin parut kelapa terus la sayang... senang nak parut kelapa... (hihi....penangan kuih dangai)

tengok.... senang je nak bagi suami puji kan? masak je... yang simple-simple pun tak pe....

p/s malam ni nak projek kek coklat kukus lapis cream cheese lagi... ada orang order... hikhik...

Cerita menarik lain

22 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wow

Faiz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nanti buat lagi tebal sikit, amik gambar tau..nak tengok belah dalam ngupa apa..

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Akak baru try makan kuih nie 2 minggu lepas. Beli di pasar malam Alor Gajah. Memang sedap.

Aku Penghibur berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wow favorite nie .. mmg sedap

izan mama mia berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya mmg dok mengidam kuih dangai nih...bahan dah ada cuma tak terbuat lagi,..bolehlaa ikut resepi ni nnt..

keyboard menaip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

npak cm sedaap,,, xprnh dgr kuih dangai seblum ni,,

IndaMarya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Orang kata dari Perlis.Sebab kueh ni memang popular di Kuala Perlis.di gerai2 Kangar pun banyak...orng Kuala Perlis buat kueh ni tiap hari.panas2 sedap.di jual merata di sini.

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

first time dengar kuih dangai ni kak.. makan mestilah tak pernah.. nampak tempting tapi ena ni kureng sikit dengan kuih2 ni... hehe

n 0 e s u h a i m i berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mak noe x pernah buat...cuma skang je ada dengar nama kuih ni...pernah rasa sekali...sedap gak..

Lina berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

a'ah sedap kuih ni tp jarang jumpa

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

eh? hihi...

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ok..ok...nanti2 la bila rajin..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kat alor gajah pun ada? sedap kan kak...

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

acik pun suka? hihi..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mengidam? harus buat segera tu...

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak pelik orang tak pernah dengar... ni kuih tradisional lama..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ye ke kak? tp yg pelik tu mak saya boleh tau.. hihi.. mungkin org perlis yang ajar kot..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memang sedap bagi yang suka kuih berasaskan kelapa aina..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedap kan?

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak cari orang jual memang payah.. nak makan kena buat sendiri la...

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kalau nk mkn kuih dangai ni bolehlah datang di Gerai Dangai Panas di Jalan Wangsa Melawati 3, Wangsa Melawati. Waktu perniagaan dr. jam 12.30 tgh hingga 6.30 ptg setiap hari. Datang...jangan tak datang.....

Putery Memory berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah baru mkn semalam dan terus search!