Logo KBBA

Rabu, 24 April 2013

Off to Kuala Lumpur

assalamualaikum semua,

lama tak dapat update blog ni kan?

sebabnya aku sekarang ni takde di Kuantan..aku tengah kursus di tengah bandar KL ni..

tapi hati selamanya di kuantan..rindu dengan shah dan anak-anak..semoga Allah permudahkan urusan kami anak beranak..in Shaa Allah..

dan esok petang aku akan bertolak balik selepas 4 hari 3 malam kat sini..lega..

pertama kali tinggalkan adik husna lama-lama macam ni..alhamdulillah dia tak banyak ragam shah kata..itu pun bersungguh-sungguh aku kumpul susu untuk tinggalkan stok sampai hari khamis ni..dugaan betul..dah la dengan puting yang sakit..jadi nak pam pakai mesin tak boleh..kena marmet guna tangan..sampai aku dah tau nak marmet cara yang betul..

alhamdulillah Allah bagi kemudahan dan urusan yang lancar buat kami..

banyak ilmu dapat sepanjang berada kat kl ni..

dan esok pagi aku akan ke UPM untuk sesi praktikal pulak..

meh layan gambar tempat aku duduk jom..dah balik esok kita cerita panjang ye..line kat sini macam biskut walaupun dah duduk nun tinggi di atas ni...

p/s rindunya dengan abang dan anak-anak...selalunya ke mana-mana semua akan ikut sama kan?..hmmm

Khamis, 18 April 2013

Bahana lagu terima kasih

assalamualaikum semua,

malam ni aku masak simple je..pucuk manis masak lemak...goreng tempe dan sambal bilis lempoyang...tapi berselera kami semua makan...alhamdulillah ada rezeki kami hari ni lagi..

aku kalau ada lagu-lagu kat tv ni aku tak kisah sangat biasanya...cuma ada satu lagu yang dari dulu aku memang akan terkekeh gelak...

sebabnya...nak tau nape?

memula lagu tu keluar dulu...bila part budak-budak salam orang tua tu...mula la datang budak sorang kat umah aku ni nak hulur tangan dan salam dengan aku...nak tau sapa?

hehe...abg ngah!

tiap kali je bunyi lagu tu...ucap terima kasih je...salam...terima kasih lagi...salam lagi...

sampai kadang-kadang aku saje je mengusik dia dengan nyanyi lagu tu...pun dia salam jugak..hahaha...

dan bila musim pilihanraya atau PRU 13 ni lagi la pulak...lagu tu memang kerap arr keluar kan?

tau apa jadi kat rumah ni tadi...gilir-gilir adik husna pulak dengan abg ngah salam dengan aku..hehe...mau tak gelak kalau jadi camtu kan?

anak...oooo...anak...

p/s hmmm...mata ngantuk..kain baju banyak nak lipat..mana kena tunaikan dulu ni ye?

Rabu, 17 April 2013

Selasa, 16 April 2013

Allah jadikan dia..

assalamualaikum semua,

dah balik? hehe..gimik je aku kata rehat tu..blogger tegar kan? mana leh rehat..dalam henpon pun installed sesiap blogger application.. biar boleh blog di mana-mana berada...tapi kenyataannya..anak-anak yang konker telefon...sabor je la..

aku nak cerita kat korang kejadian dua hari lepas kalau tak silap..

perbualan dalam kereta..antara anak beranak..

sambil tengok vcd..
"Melawan Syaitan Dengan Doa"

abg long : ummi..Allah jadikan ummi dengan ayah kan?

aku : ye nak..Allah jadikan kita semua la..

abg long : eh tak la..Allah jadikan ummi dengan ayah..pastu ayah kawin dengan ummi..pastu ummi keluarkan saya dari perut ummi..

aku : eh bukan macam tu nak..kita semua Allah yang jadikan..abg long pun Allah yang jadikan dalam perut ummi..kalau Allah tak jadikan abg long tak boleh keluar tau..

abg long : ooo..macam tu ke? (sambil angguk-angguk)

jauh kan pemikiran anak-anak..kadang kala tak tercapai akal kita...

p/s sedang belajar mengurus masa sebaiknya..doakan berjaya ye..

Isnin, 15 April 2013

Blog Cuti Rehat

assalamualaikum semua,

mood tak berapa baik hari ni... alhamdulillah.. syukur Allah bagi aku penyakit batuk dan puting luka sekali lagi.. moga diampunkan dosaku hendaknya..amin..

dan sekarang ni mata mengantuk sebab malam tadi ada drama aku dan husna sama-sama menangis... husna nangis sebab kena susu ikut botol susu dan aku nangis sebab puting sakit lepas husna menyusu.. jadi semua tak tidur malam tadi dan stress betul bila mengantuk ni...

ada pulak sorang kat sini yang dihantar Allah untuk menguji kesabaran aku... Allahuakbar!!!

jadinya mood tak ok dan... aku ambik cuti rehat untuk blog ok...jumpa korang lagi nanti..




p/s doakan aku baik-baik je ok...

Sabtu, 13 April 2013

Capati dan kari kambing

assalamualaikum semua,

apa korang buat hari cuti ni?

aku? lepak-lepak dengan anak-anak...layan tv je la..shah cuti gak hari ni..emmm..nak gi mana ye?

ingat petang kang nak uli tepung buat main-main ABC..

abg long dah bising mintak ummi dia belikan plastersine nak buat main..dah lama dah dia merengek tapi aku buat tak tau je..risau kalau dia main kang..leka je adik husna masukkan dalam mulut..bahaya tu..

jadi untuk keselamatan aku buat doh tepung je la kang..selamat sikit kalau termakan pun..

tengahari ni kami makan lain sikit...aku buat capati lawankan dengan kari kambing..

pertama kali aku buat ni..cuma ikut panduan pada belakang plastik tepung atta tu je..dan alhamdulillah..menjadi..

tapi ada banyak version la..ramai nooo yang nak jadi pembantu..tolong penyek tepung la..tolong gelek la..dah tak jadi bulat pun capati tu sudahnya..

pasrah je la..bagus untuk perkembangan anak-anak harapnya..

ok...meh layan gambar..

p/s alarm rumah sapa la yang asyik berbunyi je ni...

Jumaat, 12 April 2013

inilah yang dibimbangkan... maut tertusuk buluh bendera parti

assalamualaikum semua,

aku akui memang ajal maut ketentuan Allah s.w.t... tapi kalau ianya berpunca dari kecuaian manusia itu sendiri... hmmm entahlah...


Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.




aku pernah tulis entry pasal perkara seperti ini... di sini..

Cabut bendera parti? Saya Sokong!


dan ini yang keluar dalam suratkhabar hari ni..sangat menyedihkan...belum pun bermula PRU 13.. dah ada berita sedih..

Maut tersusuk buluh bendera parti

ROMPIN – Belum pun sempat melelapkan mata, Nor Fatihah Abdul Khalid, 25, tergamam apabila melihat suaminya yang baru pulang berlumuran darah selepas dikatakan tertusuk buluh bendera parti politik sebaik saja tiba di rumahnya di Kampung Salang, Pulau Tioman, awal pagi, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, Sofian Iskandar Suharto, 27, dikatakan tertusuk buluh bendera di bahagian leher sewaktu menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas memeriksa botnya di Jeti Kampung Salang.

Bagaimanapun, Sofian Iskandar yang mengalami pendarahan teruk di bahagian leher terpaksa dikejarkan ke Hospital Mersing menaiki bot ambulans dan disahkan meninggal dunia di hospital itu pada jam 1.40 tengah hari.

Nor Fatihah berkata, sebaik saja suaminya itu sampai di rumah, dia terkejut apabila pakaian Sofian berlumuran darah sambil kedua-dua tangannya menutupi leher akibat kesakitan dialami.

baca cerita seterusnya di SINI...




al-fatihah buat arwah....


p/s diharap ada pihak yang akan bertanggungjawab..

terasa aku tau..

assalamualaikum semua,

siapa tengok cerita kat tv9 baru ni? drama 90 hari...lakonan sapa ntah...hehe..aku  tak kenal dan dah pernah ambik tau..

tapi drama dia bagus juga..bagi kita sedar tentang tujuan hidup..serta menghargai orang tersayang sebelum kita kehilangannya...

cuma aku terasa satu je tau... part yang perlakon utama dia tu tengah dating dengan makwe dia kat cafe..boleh makwe dia ambik gambar makanan yang diorang makan sambil si pakwe tu bercerita pasal masalah dia..tapi makwe tetap tak fokus..last-last keluar ayat dari pakwe dia tu..

"you ni boleh tak kalau tak ambik gambar semua benda yang kita nak makan?"

lebih kurang camtu la ayat dia..kalau salah aku jadi telefon rosak ok..

bila aku dengar je pakwe dia ckp gitu...aku terus...gulp...aku ler tu kan? semua nak ambik gambar...semua nak snap masuk blog...dah namanya blogger kan....sabor je la kan...hehe...

p/s hutang entry byk gila...waaa...sorry la ek...

Renungan

assalamualaikum semua,

sekadar ingatan buat diri sendiri bagi menperbaiki diri dan peribadi..

1. Orang yang menjadi ketua tidak semestinya seorang pemimpin yang bagus.

2. Orang yang mengeluarkan idea yang bernas tidak semestinya seorang pemikir yang bijak.

3. Orang yang berjaya hidupnya tidak semestinya menggunakan cara yang betul untuk berjaya.

walau apapun yang berlaku semalam, hari ini dan akan berlaku esok atau lusa...sentiasa berfikiran positif dan terbuka...

p/s air dah elok di Kuantan setelah 6 hari lepas..lega..

Rabu, 10 April 2013

Selasa, 9 April 2013

terkenang semasa dulu..

assalamualaikum semua,

alhamdulillah pagi tadi aku selesai menyertai satu majlis yang best iaitu Majlis Konvokesyen POLISAS kali ke 34..

mesti ada yang nak tau kenapa aku pergi ke majlis ni pulak kan?.. eh takde eh?

tak kira la... nak cerita jugak.. hehe..

sebenarnya tempat aku bekerja sekarang ni memang selalu ada pelajar POLISAS yang datang untuk praktikal.. jadinya mungkin disebabkan kerjasama ini kami dijemput untuk sama-sama meraikan majlis yang gemilang ini..dan kenapa aku pulak yang kena pergi.. bos minit surat pada aku tapi tak paksa pergi tapi disebabkan tempatnya dekat jadi aku dengan sukarelanya nak pergi... kenapa? untuk motivasi diri.. macamana? nanti aku ceritakan..

ada 3 hari sebenarnya majlis ni berlangsung tapi aku cuma boleh hadir hari ni je... esok ada dan lusa ada program lain pulak..

program pagi tadi berjalan lancar seperti yang direncanakan... bermula dengan perasmian oleh Dato' SUK Negeri Pahang sampai la ke acara makan.. hehe..



kenapa aku suka pegi ke majlis macam ni dan ianya memotivasikan aku? meh aku share... bila kita berada dalam majlis konvo macam ni secara tak langsung terkenang susah payah waktu kita belajar dulu dan saat aku dapat ijazah dulu... sebab kat majlis konvo ni ada wajah graduan yang ceria sebab dapat pencapaian yang membanggakan dalam hidup mereka... ada juga wajah-wajah ibu bapa yang ceria kerana anak mereka berjaya... (ini yang paling aku suka)..

dan dalam majlis konvo macam ni jugak ada pengikhtirafan buat pelajar cemerlang... macam tadi dianugerahkan kepada pelajar dari Cheneh, Terengganu... beliau dapat Anugerah Pengarah selama 6 semester berturut-turut...  rasa bersemangat bila melihat wajah pelajar cemerlang seperti ini.. sebab apa? sebab dulu aku cuma mendapat ijazah dengan keputusan yang biasa-biasa aje.. takde apa yang dapat dibanggakan..mak dengan abah pun cuma duduk di kerusi biasa tak macam pelajar ini yang dapat sama-sama bawa ibu bapanya naik ke pentas untuk terima anugerah... sayang tak boleh nak ambik gambar...

ok la kita layan dulu gambar-gambar sepanjang majlis tadi....



meja vvip masih kosong lagi.. di sebelah tu org2 kuat politeknik 

ada jugak terselit VIP comel... alahai.. 


eh..eh.. terselit keta Dato' SUK.. hehe.. takde keja.. 


nampak makcik yang berkerusi roda tu? mesti dia berbangga dapat ke sini... 


semua orang sibuk bergambar di mana-mana saja 




satu je nak pesan kat semua graduan yang nak hadiri majlis graduasi macam ni.. elakkan bawak handbag... kalau ada tinggalkan pada keluarga atau saudara mara yang hadir sama... macam aku dulu buat baju yang berkocek dan masukkan henset saja dalam tu.. yang lain tinggal dengan family... ini untuk langkah-langkah keselamatan... sebab kalau korang bawak handbag bukan boleh bawak naik stage pun.. tentu kena tinggal di kerusi... kalau hilang??? ..hehe.. fikir la sendiri...


kenangan satu ketika dulu... 10 tahun yang lampau...Majlis Konvokesyen kali ke 27 UPM


pinjam gambar dari FB sahabat.. besar benar jubah tu denganku.. huhu.. 


masa tahun 4 kalau tak silap.. 


ini mungkin dalam tahun 2... 


ini dalam tahun akhir kami.. tahun ke 5 yang penuh cabaran.. really miss you guys.. 




p/s hati masih gundah gulana...

Isnin, 8 April 2013

Hari menonton wayang!

assalamualaikum semua,

apa khabar semua?

aku harap semua sihat hendaknya... aku yang tak berapa nak sihat... sakit kaki dan tangan... ni semua sebab nak pergi ke pameran Hari Terbuka ATM la ni... yang tu nanti aku cerita kemudian ok.. kali ni kita cerita dulu pasal hari tengok wayang bagi keluarga Ahmad ni.. ahmad..lalalala...ahmad...eh?


kisah menonton 1

kami dah lama tak tengok wayang sebenarnya... last kami pergi tengok masa cerita Geng Upin dan Ipin dulu... memang lama gila la... masa tu cuma ada abg long sorang je pun... lepas-lepas tu ntah kenapa terus tak tengok wayang dah... mungkin risau sebab sebelum ni abg ngah jenis tak layan tv.. jadi risau kalau tengok wayang dia buat perangai pulak.. haru nanti...

tetiba disebabkan kami terdapat tiket free GCS seperti dalam entry ni..tiket free... bila nak guna ni?

dah lebih sebulan aku survey GSC sebab nak bawak anak-anak tengok wayang demi menebus tiket percuma ni... diulangi FREE ok.. hehe.. ada nada takbur di situ... astaghfirullallah...

ok sambung cerita wayang... ini alkisah masa awal bulan lepas la...tetiba tengah-tengah survey terpandang la ada cerita bola kampung the movie... baca sinopsis dia macam best.. tapi terfikir pulak macam bola kampung yang kat tv tu ke? kalau yang tu agak boring sikit... anak-anak pun malas nak layan... tak macam upin dan ipin..atau boboboi...

tapi bila tengok macam ok kot nak tengok.... tapi bila baca balik kat showtime tu...ala filem baru tak leh nak claim kupon... try pulak tengok cerita lain.. terpandang usin mon dengan hantu pakai toncet tu... eh betul ke tajuk dia tu ye? belasah je la.... pastu bila dah sakan aku beratur nak claim kupon... boleh pulak sampai masa aku kat kaunter tu dah siap tanya tempat duduk bagai tapi bila time nak scan... "apa? kupon takde dalam sistem?"

aiseh... masa tu pulak dah malam...dan masa cuti... hari sabtu.. jadi kami terus balik rumah.. anak-anak dah merengek tanya nape tak jadi tengok wayang? aku jawab senang je... tak boleh guna kupon la nak... nak membayar... rasanya macam tak berbaloi rasanya...

lepas tu aku sambung lagi... kita tengok lainkali ye...

hari isnin tu aku call dan dapat reply dalam 3 hari kemudian.. kupon dah boleh guna... letih tau ..itu pun kena call banyak kali.. aku rasa duit call tu serupa beli tiket je la... rasa tertipu pun ada... alahai...

lepas je dapat tau kupon boleh guna aku try ajak shah pergi lagi dengan anak-anak... kami pergi 25/3 hari tu... hari isnin... kami jalan sepanjang hari hari tu dengan anak-anak... nanti aku cerita jugak ye...sampai kat GSC EC Mall ingatnya nak guna kupon la kan.. tengok je la cerita apa pun yang boleh... sekali anak-anak ajak tengok bola kampung the movie tu la... kira-kira balik... bayar je la... show pukul 9.10 malam.. selepas berkejaran kat carrefour kuantan yang dah tukar nama jadi Aeon Big tu kami masuk ke panggung yang dah gelap dan cerita dah jalan sikit...

alhamdulillah jalan cerita dia best dan lain dari kartun bersiri dia kat tv tu... anak-anak lepas tengok cerita tu terus minat bola kampung... hehe... keluar tv pun sibuk nak tengok... lebih-lebih lagi ada bole kampung extra sekarang ni kan? sampai spender pun nak beli yang gambar bola kampung... adoiiiaaiii...


Bola Kampung the movie


cerita tu abis dalam pukul 11 lebih la...masa ni husna dah tidur pun... keluar panggung sambil kendong husna yang dah lelap...

keluar je panggung ...

abg long : seronok la ummi...nanti kita tengok cerita lain pulak ye ummi...

aku : abg long nak tengok cerita apa?

abg long : kita tengok cerita kartun lain pulak la... kartun yang macam saya dapat mainan McDonald tu ke...(croods la tu)

aku : ooo ...itu tak boleh nak... kena tengok pakai cermin mata (3D)...

abg long : nanti saya pakai cermin mata saya la....

alahai anak... itu bukan cermin mata biasalah la nak... 3D tu... 

pelik kan...nape takde pilihan untuk orang yang bawak anak-anak macam aku ni... bagi la version 2D punya sekali macam bola kampung tu..baru boleh semua orang tengok...


kisah menonton 2

haaa... yang ni baru je jadi semalam.... kali ni kami pergi sebab nak tebus kupon sebelum tarikh abis...

dan kali ni kami terus pergi lepas survey kat website dia... tengok-tengok cerita Oz the great and powerful boleh claim dengan kupon... jadi tinggal tambah untuk anak...selamat....

kami terus pergi hari sabtu... tapi bila tengok kat kaunter kensel lagi...pasal tinggal 2 baris seat bawah screen je... jadi kensel... kami terus booking untuk hari ahad punya... ok selamat masih kosong...

jadi selepas kami ke pameran Hari Terbuka ATM... terus ke EC Mall... wayang start pukul 8 lebih... jadi sempat la solat dan meronda-ronda kat EC Mall tu...

jam 8.10 malam kami masuk panggung...

sesi bergambar dulu...selepas beli pek popcorn jumbo... popcorn dia lagi sedap dari yang shah beli memula tengok wayang ari tu...





wayang belum mula popcorn tinggal separuh dah... tengok la sapa yang pegang...memula abg ngah dengan berani duduk hujung tu.. pastu tetiba ada orang duduk sebelah dia terus tukar dengan ayah..hahaha.. penakut betul! bagus jugak.. payah hilang la nak...

boleh tahan panjang cerita ni... dekat pukul 11 baru abis... kesudahan dia? hahaha... sama jugak macam sesi lepas... husna tertidur...

pada aku cerita ni ok cuma lambat noo nak sampai klimaks cerita... awal-awal cerita tu sampai abg long nak tertidur dan komplen sebab boring gila... cerita start best bila dia dah masuk dalam puting beliung tu...

husna dan abg ngah cuak... hahaha... banyak noo bunyi bukan-bukan kot.. kesian jantung anak...

keluar panggung...

abg long : lainkali saya nak bawak baju sejuk saya la ummi..sejuk sangat..

aku : eh nak tengok lagi ke?

abg long : nak la... tapi kita beli cerita lain pulak la...

aku : senyum..(dalam hati...hai la anak... ini pun nasib dapat tiket free nak oiii)




p/s confirm kena gi kursus 22-25 ni... kesiannya adik.. risau dia demam je... ke ummi yang akan demam?

Jumaat, 5 April 2013

Dia nak ummi....

assalamualaikum semua,

kejap je dah jumpa jumaat semula.. cepatnya masa berlalu...

semalam aku kena ke kuala terengganu menghadiri seminar di sana... kami bergerak dari sini jam 8.00 pagi dan sampai di Kuala Terengganu jam 11.30 pagi...alhamdulillah perjalanan pergi dan balik agak lancar..cuma dihalang dengan satu kemalangan di lebuhraya pantai timur je... tak berapa pasti apa yang berlaku tapi melibatkan satu kereta myvi yang remuk di depan dan belakang kereta...

disebabkan seminar bermula petang jadi kami sempat mencari barang kejap di Pasar Payang... beli la apa yang patut untuk anak-anak.. tentu balik nanti semuanya nak pakat serbu... hehe...

selesai majlis dalam jam 5 petang dan kami terus bertolak balik ke Kuantan...sayang tak dapat singgah beli keropok losong... terbayang kesedapannya....

sampai di Kuantan dah dekat jam 9 malam... badan dah rasa sangat letih... perjalanan balik hari ni memang akan buat badan letih selalunya....tapi apakan daya...tanggungjawab sebagai ibu mengatasi segala-galanya...

sampai je depan pintu pagar... pintu pagar dah terbukak sendiri... hehe... belum sempat aku nak cari kunci kat dalam beg lagi... nampak shah tengah kendong si kecik di celah langsir rumah...dan nampak muka husna tersenyum lebar.... nampak je ummi terus menangis-nangis dia....alahai kesian anak ummi...

abg long sibuk sambut bungkusan makanan yang aku bawak... memang selalunya macam ni la... sebab tu aku beli jugak sesuatu... kesian pada si kecik yang mengharap...

abg ngah tengah tekun makan nasi impit yang memang aku dah rebus malam sebelumnya...saje sediakan awal-awal.. risau shah kelam kabut nak cari makanan anak-anak sementara aku sampai kat rumah... senyum manis abg ngah bila aku bagi salam...

seronoknya bila tengok muka family bila tengah letih... hilang rasa letih...

adik dah mula menangis nak ikut ummi.... abg long dan abg ngah dah sibuk bukak plastik tadi... riuh rendah kejap rumah kami... aku lari capai tuala dan mandi lepas bukakkan bekas kuih sema yang memang diorang tak pernah makan ke dalam pinggan.. demand betul semua nak 2 biji... memang diorang berselera makan tapi 2 biji tu besar dan banyak... dan sudahnya ummi yang kena mengabiskan...

ada yang tak penah kenal kuih sema ni? ini kuih tradisi orang terengganu...sedap kuih ni... rasa manis gula dan lemak tepung tu sebati je dan memang kena...

ni gambarnya..aku ambik dari google

kuih sema



lepas mandi biasalah... melayan si kecik tu menyusu sampai boleh tersenyum balik... puas hati dia... macamana la ummi nak tinggal adik seminggu nanti... boleh ke tinggal dengan ayah je dik?

masa duduk-duduk tu shah cakap:

shah : tak boleh adik kena tinggal dengan ummi ni..

aku : kenapa bang?

shah : tadi dia dah menangis cari ummi..

aku : menangis macamana?

shah : dia terus pergi ke dapur dan menangis depan bilik air sambil ketuk-ketuk pintu bilik air.. dia ingat ummi mandi kot..

aku : laaa...kesiannya adik..abg tak kasi botol?

shah : dah... tapi dia bukan nak botol...dia nak ummi...

aku : speechless.... tak boleh nak kata apa-apa....

dalam hati ...kesiannya adik...


p/s minggu yang sangat menguji.... asyik meminta airmata dititiskan...duhai hati...bersabarlah....

Rabu, 3 April 2013

Hujan turun akhirnya

assalamualaikum semua,

setelah hampir 2 bulan hujan tak turun di bumi Kuantan ni... dan akhirnya... hujan yang lebat turun membasahi bumi... Alhamdulillah.... syukur Ya Allah...



hujan di Kuantan 






p/s macamana shah jemput anak agaknya... hari ni bawak motor.. Ya Allah permudahkan urusan suamiku..amin..

Isnin, 1 April 2013

Abg long

assalamualaikum semua,

Add caption

p/s ada kisah di sebalik gambar ni... nanti dah tak busy aku cerita ok..