Dia nak ummi.... - Cerita Ita                                                             Dia nak ummi.... Langkau ke kandungan utama

Dia nak ummi....

assalamualaikum semua,

kejap je dah jumpa jumaat semula.. cepatnya masa berlalu...

semalam aku kena ke kuala terengganu menghadiri seminar di sana... kami bergerak dari sini jam 8.00 pagi dan sampai di Kuala Terengganu jam 11.30 pagi...alhamdulillah perjalanan pergi dan balik agak lancar..cuma dihalang dengan satu kemalangan di lebuhraya pantai timur je... tak berapa pasti apa yang berlaku tapi melibatkan satu kereta myvi yang remuk di depan dan belakang kereta...

disebabkan seminar bermula petang jadi kami sempat mencari barang kejap di Pasar Payang... beli la apa yang patut untuk anak-anak.. tentu balik nanti semuanya nak pakat serbu... hehe...

selesai majlis dalam jam 5 petang dan kami terus bertolak balik ke Kuantan...sayang tak dapat singgah beli keropok losong... terbayang kesedapannya....

sampai di Kuantan dah dekat jam 9 malam... badan dah rasa sangat letih... perjalanan balik hari ni memang akan buat badan letih selalunya....tapi apakan daya...tanggungjawab sebagai ibu mengatasi segala-galanya...

sampai je depan pintu pagar... pintu pagar dah terbukak sendiri... hehe... belum sempat aku nak cari kunci kat dalam beg lagi... nampak shah tengah kendong si kecik di celah langsir rumah...dan nampak muka husna tersenyum lebar.... nampak je ummi terus menangis-nangis dia....alahai kesian anak ummi...

abg long sibuk sambut bungkusan makanan yang aku bawak... memang selalunya macam ni la... sebab tu aku beli jugak sesuatu... kesian pada si kecik yang mengharap...

abg ngah tengah tekun makan nasi impit yang memang aku dah rebus malam sebelumnya...saje sediakan awal-awal.. risau shah kelam kabut nak cari makanan anak-anak sementara aku sampai kat rumah... senyum manis abg ngah bila aku bagi salam...

seronoknya bila tengok muka family bila tengah letih... hilang rasa letih...

adik dah mula menangis nak ikut ummi.... abg long dan abg ngah dah sibuk bukak plastik tadi... riuh rendah kejap rumah kami... aku lari capai tuala dan mandi lepas bukakkan bekas kuih sema yang memang diorang tak pernah makan ke dalam pinggan.. demand betul semua nak 2 biji... memang diorang berselera makan tapi 2 biji tu besar dan banyak... dan sudahnya ummi yang kena mengabiskan...

ada yang tak penah kenal kuih sema ni? ini kuih tradisi orang terengganu...sedap kuih ni... rasa manis gula dan lemak tepung tu sebati je dan memang kena...

ni gambarnya..aku ambik dari google

kuih sema



lepas mandi biasalah... melayan si kecik tu menyusu sampai boleh tersenyum balik... puas hati dia... macamana la ummi nak tinggal adik seminggu nanti... boleh ke tinggal dengan ayah je dik?

masa duduk-duduk tu shah cakap:

shah : tak boleh adik kena tinggal dengan ummi ni..

aku : kenapa bang?

shah : tadi dia dah menangis cari ummi..

aku : menangis macamana?

shah : dia terus pergi ke dapur dan menangis depan bilik air sambil ketuk-ketuk pintu bilik air.. dia ingat ummi mandi kot..

aku : laaa...kesiannya adik..abg tak kasi botol?

shah : dah... tapi dia bukan nak botol...dia nak ummi...

aku : speechless.... tak boleh nak kata apa-apa....

dalam hati ...kesiannya adik...


p/s minggu yang sangat menguji.... asyik meminta airmata dititiskan...duhai hati...bersabarlah....

Ulasan

  1. teringin nak makan kuih sema ni..huhu

    BalasPadam
  2. comey nyee~ msti best dpt anak yg manja :)

    BalasPadam
  3. yang ummi punya lagi best..haha...pandai adik husna

    BalasPadam
  4. huuu kesiannye adik husna.. tulah cabaran ibu bekerjaya kan
    aku x penah rasa kuih sema tu.. manis ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya adak..cabaran dan dugaan..
      kuih sema tu..manis tp x la manis sangat.. sesedap rasa je..

      Padam
  5. mcm mana rasanya kuih sema ni kak? mmg kat ganu jer ke ada?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat