Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 12 April 2013

inilah yang dibimbangkan... maut tertusuk buluh bendera parti

assalamualaikum semua,

aku akui memang ajal maut ketentuan Allah s.w.t... tapi kalau ianya berpunca dari kecuaian manusia itu sendiri... hmmm entahlah...


Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.




aku pernah tulis entry pasal perkara seperti ini... di sini..

Cabut bendera parti? Saya Sokong!


dan ini yang keluar dalam suratkhabar hari ni..sangat menyedihkan...belum pun bermula PRU 13.. dah ada berita sedih..

Maut tersusuk buluh bendera parti

ROMPIN – Belum pun sempat melelapkan mata, Nor Fatihah Abdul Khalid, 25, tergamam apabila melihat suaminya yang baru pulang berlumuran darah selepas dikatakan tertusuk buluh bendera parti politik sebaik saja tiba di rumahnya di Kampung Salang, Pulau Tioman, awal pagi, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, Sofian Iskandar Suharto, 27, dikatakan tertusuk buluh bendera di bahagian leher sewaktu menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas memeriksa botnya di Jeti Kampung Salang.

Bagaimanapun, Sofian Iskandar yang mengalami pendarahan teruk di bahagian leher terpaksa dikejarkan ke Hospital Mersing menaiki bot ambulans dan disahkan meninggal dunia di hospital itu pada jam 1.40 tengah hari.

Nor Fatihah berkata, sebaik saja suaminya itu sampai di rumah, dia terkejut apabila pakaian Sofian berlumuran darah sambil kedua-dua tangannya menutupi leher akibat kesakitan dialami.

baca cerita seterusnya di SINI...




al-fatihah buat arwah....


p/s diharap ada pihak yang akan bertanggungjawab.. Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

ANIM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alfatihah untuk arwah..

p/s betullah..kat traffik light pun dipacak sampai tak nampak lampu traffik..buat kerja tak fikir 10x..

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Al-Fatihah untuk arwah