Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 28 Jun 2013

Aku menang!

assalamualaikum semua,

dua tiga hari ni asyik dengar banyak berita... ada yang sedih dan ada yang gembira...

berita sedih yang aku dengar adalah kemalangan yang melibatkan suami pada junior kami zaman sekolah dulu...

26/06/2013 4:27pm

KUALA PILAH - Seorang doktor maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 28.5 Jalan Seremban - Kuala Pilah di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mangsa Abd Aziz Sabran, 35, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang bertugas di Klinik Kesihatan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah dalam perjalanan dari rumahnya di Nilai.
Katanya, sampai dilokasi kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Versys 650 cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan namun gagal sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_09.htm#ixzz2XVBRNMWY 
Hakcipta terpelihara 


takziah buat keluarga mangsa... terutamanya isteri beliau yang sedang mengandung anak keempat... semoga Allah kuatkan dan tabahkan hatinya menghadapi dugaan...amin... tabah ye dik..

dan berita gembiranya aku dah menang peraduan Dutch Lady....



dapat no 2 tu... alhamdulillah... terima kasih Dutch Lady...

ada peluang lagi untun menang... sesiapa yang teringin nak menang boleh ke SINI...

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

ANIM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

takziah untuk isteri allahyarham. dugaan menjelang Ramadhan.

tahniah untuk cik ita kita...

trah zain berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Takziah buat keluarga arwah, nek moto bahaya, tak leh bwk laju,,huhu..
sy pn smpai hri ni tak berani bwk moto...
p/s:
tahniah akak,,hehe