bau petai???? aduh tolong la.... - Cerita Ita                                                             bau petai???? aduh tolong la.... Langkau ke kandungan utama

bau petai???? aduh tolong la....

assalamualaikum semua,

dah petang ni mood keja dah macam cuaca kat luar tu je haaa... mendung je....

nak cerita kat korang ni... kat tempat aku keja ni ada satu tandas je yang paling dekat dengan bilik aku ni haaa... dan dikongsi oleh banyak bahagian kat sini... sesiapa pun boleh masuk termasuklah pelawat yang datang sini... pasal kat pintu tandas kami memang takde tampal "FOR STAFF ONLY" ya....

pelik? apasal aku tetiba je cerita kat korang pasal tandas ni?

ok...sila baca sampai selesai ye....

seperti biasa la aku akan ke tandas setiap jam... mesti ada yang nak tau nape setiap jam kan? ala...aku saje je nak ukur tandas tu setiap jam takleh ke? kira-kira kalau ada barang aku tertinggal kat dalam tu boleh la dapat balik kan... sebab mengunjung kerap sangat...hehehe...

ok...letak tepi la nape aku ukur tandas setiap jam tu.... dah banyak minum...banyak la yang keluar kan? tak gitu?

dipendekkan cerita....tadi aku pegi la tandas macam biasa.... sebelum aku masuk tu...kira dalam perjalanan tu ada la nampak hamba Allah ni keluar.... sekali aku pun masuk la....

sekali ko..... bau petai semerbak dalam tandas tu......pengsan sekejap.... dah la aku dah tak tahan nooo tadi...

adoooooooiiiii.... dah la aku memang anti makanan berbau camni.... (kecuali durian ok)

antara sebab musabab aku tak makan jering...petai dan seangkatan dengannya adalah kerana ianya menyebabkan air kencing anda berbau dan akhirnya akan menyebabkan tandas anda pun berbau dan sekaligusnya menyebabkan juga orang yang akan membasuh tandas di rumah seperti saya menderita kerana baunya.....sekian....

jadi kepada sesiapa yang nak makan tu cuba fikirkan risiko perbuatan anda pada orang seperti saya... terima kasih... heeee...


p/s kiranya aku ni macam passive eater la kan? errr ala2 passive smoker tu haaa.... hehehe...hanya luahan perasaan di petang hari ok...

Ulasan

  1. Balasan
    1. hahaha...mujur kejap je.. kalau lama mau pitam..

      Padam
  2. hehehe tapi petai bagus untuk cuci darah dan air kencing.

    hana pun xmakan petai dan jering.. pahit kot.

    BalasPadam
  3. Benda makruh tentu ada sebabnya...kan?

    BalasPadam
  4. perghhhh semerbak 'HARUUUUMMM'... boleh hilang resdung bau benda tu.. bhahahahahah sabo jelah akk.. ena pun tak suka bau petai, lagi satu kencing org lepas makan ubat antibiotik.. eeeewwwww

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.... akak dah separuh pitam masa tu...
      lepas mkn antibiotik kencing ada bau eh? tak perasan la pulak... lepas2 ni kalau anak ada makan antibiotik akak nak tgk gak..

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat