Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 25 Jun 2013

Juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke - 2 2013

assalamualaikum semua,

makin sihat petang ni?

kat kuantan ni jerebu makin kurang.... semalam dah beli eye mo regular yang warna hijau untuk letak kat mata anak-anak.. mata sendiri? hehe... tak yah la kot... tak rasa pedih dah ni... tak perasan pulak berapa harga dia... shah yang beli semalam.. aku duduk dalam kereta je dengan anak-anak.. malas la nak keluar.. bukan sebab jerebu pun cuma kalau dah keluar semua nak dibeli... huhuhu... tak memasal duit yang ada tak cukup pulak kang... hehehe....


masterchef selebriti musim ke 2 akhir 


malam ni ada Final Masterchef Musim ke 2... harus tengok ke tak harus ni?.... aku bukan pengikut tegar pun sangat... memula dulu ye la... tapi dah lelama ni sebab dah tak ramai dan semakin serius aku macam rasa tak best sangat nak tengok....

tapi memang ada perubahan la semenjak tengok masterchef ni kan.... telur dadar biasa tu dah bertukar menjadi omelet orang putih kat rumah kami yang semua orangnya majoriti coklat-coklat je kulitnya ni haaa.... hehehe... tersampuk masterchef la konon....

dan malam ni keputusan yang tentunya dinantikan oleh semua peminat mastercher selebriti musim kedua ni....

kalau tanya aku siapa yang akan menang?

hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.....

haa... nampak panjang hmmm aku tu?
maknanya aku tak tau la tu....hahaha....

pada aku semuanya tergantung pada cabaran apa yang diorang kena buat malam kang.... sebab dua peserta akhir ni samaada syura atau celina... dua-dua boleh tahan.... kalau aku memang fail la nak masak kat orang ada-ada macam diorang dah buat... ketar lutut wooo...

cuma pada aku syura mungkin ada kelebihan sebab dia jenis cool dan sangat tenang.... bak kata chef joe semalam... more humble...

kalau celina pulak... dia memang pro memasak dari orang lain yang masuk masterchef musim kedua ni... tapi sebab dia ni mungkin jenis tak tahan pressure kot... muka dia pun dah macam lain benor dari memula masuk dulu... dulu dia lebih tenang dan muka tak tegang macam sekarang ni...

apa pun yang berlaku dan siapa pun yang menang aku harap takde orang yang akan keluarkan statement yang akan mengunci periuk nasi orang lain.... terutama mereka semua pengkritik di Masterchef tu....

kekadang senyum sendiri aku baca.... hehehe... korang semua ni memang emosi gila kan? ala rancangan tv je pun... yang nak marah sangat nape? hehehe... siap ada yang pertikai kenapa orang tu boleh menang... masakan orang tu tak sedap la... korang boleh rasa ke? ajaib sungguh...

untuk yang bertanding... selamat maju jaya kat korang... buat yang terbaik ok..!

eh lupa nak tepek gambar eye mo yang aku beli semalam....


aku beli eye mo yang hijau tu.. 


p/s IPU dah semakin menurun di semua kawasan kecuali perak... update 25 Jun 2013 jam 1 petang http://www.nre.gov.my/Malay/Documents/IPU/Status%20IPU.pdf Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

ANIM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alhamdulillah, setakat ni kat Sp kak masih dapat lihat bulan terang dan biru langit..

p/s lama tak beli eye mo...

Sukma Haron berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kita tunggu sapa yg menang....huhu