Follow my blog with Bloglovin

Ahad, 2 Jun 2013

Salahkan aku wahai suami...

assalamualaikum,

Salahkah aku wahai suami..
hanya kerana merajuk masa bersamamu nan seketika dicuri dengan percuma?

Salahkah aku wahai suami...
hanya kerana hatiku terluka?

Salahkah aku wahai suami..
seorang isteri yang hanya mendambakan haknya?

Salahkah aku wahai suami..
seorang isteri yang hanya memendam rasa?

Salahkah aku wahai suami..
jika kerjayaku sering menyebabkan kuterpaksa meninggalkan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu pada anak-anak kita?

Salahkah aku wahai suami...
kerana mencintaimu seadanya?

Salahkah aku wahai suami...
kerana mempercayaimu sepenuhnya?

Salahkah aku wahai suami...
mengabdikan diri pada keluargaku yang tercinta?

Salahkah aku wahai suami...
menyekat pergaulanmu dengan insan-insan yang hanya akan melalaikanmu saja?

Salahkah aku wahai suami...
kerana mengingatkan pada tanggungjawab yang hampir kau lupa?

Kurenung di penghujung malam...Dan akhirnya ku sedar..sesungguhnya memang aku bersalah selama ini wahai suami..kerana melebihkan cinta dunia lebih pada Cinta kepada Yang Esa...

Dipanjatkan doa semoga Allah ampunkan dosa-dosaku yang telah lalu dan diberiNya peluang untuk sebenar-benarnya "BERCINTA" hanya keranaNya dan kepadaNya...amin ya Rabbal alamin...

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Faiz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

amiin..

rindu plak ngan ko, lama tak baca celoteh kat group whatsapp sejak aku exit dr group hari tuh.

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tidak salah... heheh ena pula yang mnjawabnya.. apapun, semoga berbahagia ye kak... =D