Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 18 Julai 2013

Kalender Berpuasa Dutch Lady dan Kempen Susu dan Sahur

assalamualaikum semua,

lama dah berangan nak buat entry ni tapi manjang asyik terlupa dan tak sempat...

nak cerita perkongsian yang baik ni...

terutama untuk ibu-ibu atau bapa-bapa yang ada anak baru belajar berpuasa tahun ni...

haaa... korang tau susu Dutch Lady?

mestilah tau kan?

Dutch Lady ada melancarkan kempen untuk bulan Ramadhan ni... ada artis cilik yang terlibat... Mia Sara.. comel dia ni kan? Kempen yang dianjurkan ialah kempen Susu dan Sahur. Bagus untuk melatih anak berpuasa.

aku tau pasal ni sebab anak-anak memang minum susu Dutch Lady.. dari abg long sampai ke adik husna...

dan hari tu terpandang kertas kat tepi tempat jualan susu tu.. aku tengok dan bila perhati agak menarik...aku ambik 2 untuk anak-anak...


Kempen "Susu dan Sahur" 


Kalender Berpuasa 


Kalender bulan puasa -ruangan untuk ditanda bersama nota comel  


satu tentu untuk abg long tanda nanti... satu lagi untuk abg ngah kalau dia sama sibuk nak menanda jugak (walau tak puasa pun)...

sebenarnya kempen dia macam ni... setiap hari anak berjaya bersahur dan berpuasa akan ditanda di dalam kalender yang cantik ni... lepas tu kena kira dan isikan dalam kotak yang disediakan sebelum dipos kepada Dutch Lady...

anak kita boleh membantu menderma kerana dengan setiap hari anak berjaya berpuasa tu Dutch Lady akan menyumbang satu Mug yang comel pada rumah kebajikan yang dipilih...

akan ada juga hadiah untuk pemenang terpilih... iaitu bersama-sama dalam majlis penyerahan bersama ikon cilik Dutch Lady, Mia Sara... dan semua perbelanjaan ditanggung oleh Dutch Lady tau... menarik kan?

apa lagi... jom la join... tak kena bayar pun tau... cuma ambik kertas tu dan bawa balik untuk ditanda...sangat mudah...

untuk sesiapa yang berminat nak ada mug ini untuk simpanan pun boleh tau... comel mugnya.. aku dah tengok kelmarin... kat Tunas Manja Tanjung Lumpur berharga RM47.50 bagi 2 pek 1kg... bersekali dengan mug comel tu... kami tak jadi ambik sebab stok susu banyak lagi... harap-harap sempat la beli nanti...

ini rupa mug comel tu...



Dutch Lady Milk Mug   

nak info lanjut boleh klik SINI

p/s harap abg long boleh berpuasa dengan jayanya kat rumah atuk dia ni... huhu.. Cerita menarik lain

7 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

great one

:: Mrs.Eady :: berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

anak saya minum dutch lady :)

mama_ka0ri berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

a ah..comel la mug dia..dia punya table sahur dan puasa tu pon bagus..

kalau anak2 yang tak minum susu dutch lady tapi nak join jgk takpe ke? haha..

Kenari Putih berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hihi, lama dah tak follow tv, mia sara yg comel ni yer duta dutch lady.. anak2 pon xminum susu dutch lady.. mmg sy ketinggalan benor.. tapi sy suka sgt tgk mia sara yg somel ni ;D

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ena suka sangat minum air ni... memang selalu beli... hehehhehee

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

xde syarat apa2 untuk join... yang tak minum susu ni pun boleh join..

Amy Nur Amizah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mia sgt cute... Comel..