Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 22 Julai 2013

Pagi yang kelam kabut di Kuantan - Jalan Bertukar!

assalamualaikum semua,

kelam kabut bandar Kuantan pagi ni...tak dapat aku bayangkan bila petang nanti... Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami pergi dan pulang dari kerja sehari-hari...amin..

sebabnya.... inilah dia... cadangan penukaran jalan yang telah dilaksanakan mulai hari ni 22 Julai 2013 hingga ke 21 Oktober 2013...

aku tak kisah pun penukaran jalan yang nak dibuat oleh Majlis Perbandaran Kuantan sebab alasannya dibuat untuk mengurangkan kesesakan teruk di waktu puncak di kawasan bandar Kuantan selama ni...

cuma yang aku kisah dan susah hati adalah kerana jalan yang terbabit adalah jalan kami untuk pergi dan balik kerja hari-hari... dan penukaran dibuat di kala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan... bayangkan keadaan kami yang selama ni memang kena menempuh kesesakan di Jalan Mahkota yang dipenuhi dengan Bazaar Ramadhan... ada 2 Bazaar Ramadhan di sepanjang jalan tu... satu di parking berhadapan dengan padang MPK 1 (yang popular sebagai tempat berbuka puasa terbuka di hadapan Masjid Negeri) dan satu lagi berdekatan dengan Bangunan Umno dan Pejabat Pos Besar Kuantan..




Peta Penukaran Jalan di Bandar Kuantan 


Bagi meminimumkan masalah kesesakan lalulintas di Pusat Bandar, perubahan jalan dua hala kepada sehala akan dilaksanakan secara 'PERCUBAAN' bermula pada 22 Julai 2013 sehingga 21 Oktober 2013. Laluan yang terlibat hanya sebahagian jalan sahaja iaitu :-(1) Jalan Penjara(2) Jalan Tun Ismail(3) Jalan Beserah(4) Jalan Teluk Sisek(5) Jalan Besar(6) Jalan Gambut(7) Jalan Merdeka(8) Jalan Wong Ah Jang
Sebarang cadangan dan pertanyaan, sila telefon Bahagian Jalan MPK di talian 09-5123323 / 324 ..Segala kesulitan amatlah dikesali.


INFO dari FACEBOOK KUANTAN


laluan biasa kami ke tempat kerja ialah... Jalan Tanjung Lumpur - Jalan Teluk Sisek - Jalan Besar - Jalan Tanah Putih - Jalan Sri Kemunting..
laluan biasa kami pulang ialah... Jalan Sri Kemunting - Jalan Tanah Putih - Jalan Mahkota - Jalan Teluk Sisek - Jalan Tanjung Lumpur...
dan sekarang ni kami kena tukar laluan biasa untuk pulang ke rumah melalui Jalan Tanah Putih - Jalan Tun Ismail - Jalan Tanjung Lumpur ... tak terbayang lagi kesesakan macamana yang akan kami hadapi nanti...

mesti ada yang kata memula memang la jem sebab semua orang tak biasa... tapi bila dah biasa tak jadi hal pun... YA... sangat betul tu... tapi.... ada tapinya...

1. apabila jalan yang dibuka pada laluan awam ini berkuatkuasa... bermakna jalan dibuka menjadi 4 laluan jalan sehala.... yang akhirnya bertembung ke laluan yang sedia ada yang biasanya hanya menampung 2 hingga 3 laluan sahaja... bukankah akan menyebabkan laluan tersebut lebih sesak dari sebelumnya... sebagai contoh.. laluan dari Beserah, Tanjung Lumpur dan Teluk Cempedak dibuka menjadi satu hala menjadikan 4 laluan yang akhirnya bertembung di Jalan Besar yang hanya boleh memuatkan kenderaan dari 2 laluan... seperti pagi tadi ianya sesak hingga ke Jambatan Tanjung Lumpur...

2. masalah terjadi kesesakan di Kuantan bukanlah berpunca dari jalan utama sebenarnya... terdapat lorong-long di antara bangunan yang sepatutnya ditutup bag mengelakkan kesesakan... sebagai contoh jalan dari Bank Rakyat dan Tabung Haji Lama di Jalan Mahkota yang boleh menghubungkan jalan ke Jalan Besar berhadapan dengan Hotel Mega View.. Jalan ini sebenarnya lebih menyebabkan kesesakan di Jalan Besar... jadi untuk melaksanakan penukaran jalan yang dibuat MPK ini lebih berjaya rasanya MPK kena tutup lorong-lorong "shortcut" ini..

3. terdapat satu tabiat pemandu di bulan ramadhan ni sebenarnya... "HILANG SABAR"... jadi berhati-hatilah di mana-mana anda berada.. dan pandulah berhati-hati ok...



p/s tengahari ni nak gi tinjau jalan keluar dari bandar nak balik ke rumah... rasanya perjalanan kami kena tambah dalam 5 km lagi untuk balik ke rumah... macam dekat je kan? tapi makan masa lebih 2 jam tu rasanya..alhamdulillah.. Cerita menarik lain

13 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

selamat pagi

nadia arrumaisha berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya blum bkesempatan kak nk tgk tp confirm saya akan sesat kak dgn jln baru neh

Sheqynne Hotloverzs berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haah .. memang problem ..

ANIM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sejak duduk SP, rasa tenang sikit setelah berbelas2 thn merasa jammed di ibukota (nasib baik balik kampung musim raya bertentang arus...)

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aduhai... Minggu nie baru nak balik Kuantan. Tak berani la akak nak drive agaknya.

✿AINAA ROSEBERRY✿ berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semoga Allah permudahkan perjalan hidup akk.. bulan 9 ni saya mai kuantan, jadi orang kuantan lah ena selama 4 tahun...

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pagi anum..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dah ok sikit hari ni..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

smlm je kot... hari ni ramai naik motor.. hehe..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best kan kak duduk di bandar yg tak sibuk...

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dah ok sikit kot kak hari ni... banyak traffic light dialihkan dan jalan lancar sikit dah petang semalam..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ena dpt U kat area sini ke?

Hani Fadhlina Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semoga dipermudahkan segala urusan ...