Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 28 Ogos 2013

Selamat Tinggal Pulau Tioman

assalamualaikum semua,

pagi ni kami dah bergerak balik ke kuantan semula...

alhamdulillah..lega dah dapat balik..cerita lain disambung kemudian ye...

baru lebih kurang 5 minit kami meninggalkan jeti Kg. Salang, doakan perjalanan pulang kami berjalan lancar dan dipermudahkan Allah ya..

p/s balik kang nak sambung mengemas..mak abah nak datang esok!

Selasa, 27 Ogos 2013

Trip Bekerja Ke Pulau Tioman

assalamualaikum semua,

jam dah nak menghampiri 5 pagi ni...sejak terjaga jam 3 pagi tadi mata dah tak boleh nak lelap... jadi akhirnya menaip di blog... walaupun line broadband celcom ni cuma suam-suam kuku di sini.. alhamdulillah masih berpeluang menjawab komen semua pengunjung blog walaupun agak slow..(gila!)

buat pengetahuan semua, aku sekarang ni dah selamat berada di Pulau Tioman.. tapi bukan untuk bercuti atau hanimuni ye... ada kerja di sini bersama group dari Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perhilitan... semoga Allah permudahkan usaha kami.. amin..

kami bertolak jam 7 pagi semalam dari rumah dan sampai di Jeti Mersing jam 10.30 pagi... boleh awal lagi sebenarnya tapi terserempak pulak dengan group Kembara Mahkota Johor di jalan menghala ke Mersing..
kena tahan di tepi jalan sementara rombongan lalu...



kembara mahkota johor 



sampai di Mersing kami singgah di Giant untuk beli makanan sikit... menyesal beli sikit ko.. makanan kat Pulau Tioman ni mahal sikit dari atas dari tu... barang-barang mahal 2 kali ganda!

group dari Perhilitan sangat bagus..siap bawak bekal barang-barang basah untuk memasak.. lainkali boleh tiru.. hehe..

kami uruskan pasal Chalet dan Feri ke Pulau Tioman di Jeti Mersing. memula perancangan nak ambik feri dari Tanjung Gemuk memandangkan jeti tu paling dekat dengan Kuantan..tapi disebabkan tak nak masa perjalanan yang jauh di atas air maka kami tambah lagi perjalanan darat...

tiket feri bagi perjalanan pergi dan balik adalah RM70.. chalet yang kami tempat di Salang Beach dari RM40 hingga RM145.. aku ambik yang standard RM110 berkongsi dengan sorang lagi staf.. buat pengetahuan korang chalet ni cuma menyediakan tempat tidur, tuala mandi, sabun dan cerek je ye... lelain takde... panik kejap sebab aku kena simpan susu.. ikhtiar ita... ikhtiar...


tiket feri dan resit 


balik esok aku nak naik yang kat atas tu.. kalau tak hujan la.. 



kami naik feri jam 11.30 pagi.. dalam jam 11.35 pagi feri dah bergerak meninggalkan Jeti Mersing... masa ni perasaan bermacam-macam rasanya... takut...risau... gembira... rindu dengan yang ditinggalkan...

ooo terlupa sesuatu... cuba la tengok barang yang kami bawa ni....


barang naik kargo ... nama pun pergi kerja kan... 


hasilnya kami kena bayar RM5 untuk troli dan RM50 untuk bayaran kargo tu... fuh... yang ni memang tak termasuk bajet ok.. jadi sila bawa duit lebih jika barang anda sangat berlebih-lebih macam kami... dinasihatkan supaya bawa satu je hiking bag atau bagpack.. senang boleh masuk terus dalam feri... dalam feri ada tempat untuk mengisi bag yang mana agak tak selamat jika  korang bawak laptop sebab akan ditindih-tindih.. jadi sila asingkan laptop dalam beg lain macam aku dan digendong bersama ke mana-mana...

satu lagi masa nak naik feri tu aku bayangkan ada la tangga macam yang biasa ada kat jeti selalu tu kan.. tapi hakikatnya tak ada masa aku nak turun tu.. aku macam.. wah.. nak kena terjun ke? gila ko... buatnya aku tergelincir terus ke bawah feri tu... tak ke bahaya? kalau terus masuk dalam air takpe la jugak kan.. tapi dibuatnya tersepit kat celah-celah antara feri dengan jeti tu haaa.. tak ke dah rupa dugong je aku masa tu.. cisss... tapi penyelesaiannya akhirnya crew feri yang 2 orang tu cekak tangan aku sebelah seorang dan angkat aku ke pintu feri... gila arr.. mujur aku pakai baju lengan panjang.. boleh diorang cekak sekali dengan baju.. sangat tak suka ok... hanya suami i yang boleh pegang i tau... tapi sakit wooo tangan aku ni... ye la berat aku kan dah saiz... xxl eh  ye ke...? hehe.. diorang kena pegang lagi kuat untuk pastikan aku tak terlepas.. bahaya woo buat camtu... patut kena ada tangga jenis boleh lipat-lipat ke kan...?

dan bila feri bergerak...semakin lama daratan makin jauh...


selamat tinggal mersing 


lepas tu je aku dah mula boring... dalam feri ada tv dan aircond... tv hidang cerita bergasak.. kungfu cina... boring...  lama je sikit aircond mula dah tak rasa... aku dah mula rasa lain macam...

ooo lupa nak tulis... tadi masa aku tanya diorang yang jual pakej ni kata boleh sampai dalam sejam atau lebih sikit je ke Pulau Tioman... dan feri penuh dipenuhi rombongan pelajar dari Singapura... bila ramai dan sesak.. mula keluar bau macam-macam.. akak staf yang join aku ni dah mula rasa mual...terus di berkampung kat tandas je la lepas tu...

aku? masih steady lagi... kejap la... pastu dah sejam perjalanan.. pulau pun aku tak nampak bayang lagi.. mula dah rasa semacam lagi.. aku bawak-bawak pejam mata dan tidur.. lega sekejap bila sorang lagi staf di sebelah kata dah nampak pulau...


lambaian pulau 



selepas perjalanan kami selama 1 jam 30 minit akhirnya kami sampai juga di Pulau Tioman... tapi... perhentian kami adalah perhentian terakhir di Pulau Tioman ni..

ada 6 Jeti feri ni akan berhenti di hentian Kg. Genting, Kg. Paya, Kg. Tekek, Kg. Air Batang, Kg, Panuba, dan Kg. Salang. dan setiap kali berhenti akan ambik masa dalam 10 ke 15 minit untuk menurunkan penumpang.

dan kami akhirnya dapat duduk di bahagian yang selesa berdekatan dengan aircond di bahagian bawah selepas rombongan pelajar tadi selamat turun di Kg. Paya... syukur...

dan akhirnya kami berjaya juga menjejakkan kaki di Jeti Kg. Salang pada jam 2.05 petang... fuh.. ambik masa sejam dari Kg. Genting ke Kg. Salang.. jadi jumlah masa perjalanan kami dari Jeti Mersing ke Jeti Kg. Salang Pulau Tioman ni mengambil masa selama 2 jam 30 minit... serik wei....

tepi lihatlah keindahan alam yang dihidangkan di mata kami bila kami sampai....


sebelah kiri jeti 


sebelah kanan jeti 



alhamdulillah..syukur Ya Allah kerana kurniaMu...

tapi kegembiraan tu kejap je...dengan perut berlapar selepas dibuat ombak dalam feri tadi..kami setia menunggu transporter kami jemput barang-barang kami... barang-barang je tau... yang kami ni kena menapak lagi lebih kurang 8 ke 10 minit ke Salang Beach Resort..

disebabkan perut dah lapar kami berhenti makan dulu di kedai makan berhampiran..


gerai nora di Pulau Tioman 


akak kedai ni hidang makanan dalam 15 minit pun kami dah rasa lama... lapar gila ko...

ini lah hidangan pertama di Tioman... nasi pataya.. RM7 untuk sepinggan ok..



licin pinggan aku tu.. sampai kucing kat bawah kaki pun aku tak endahkan... aku pun rasa macam tak cukup je ni kucing oiii...

lepas tu kami berjalan kaki ke resort... ada 2 lagi restoran kami jumpa di sepanjang perjalanan.. Salang Dream dan Salang Indah... kat sini mahal sikit dari kedai yang kami pergi tadi.. lebih seringgit..

dalam 10 minit berjalan perlahan dan meninjau-ninjau sekeliling akhirnya kami sampai ke Slang Beach Resort... alhamdulillah.. berjumpa dengan manager chalet yang peramah.. Mr Lim.. selamat dapat bilik dan berehat sekejap..

Jam 5 petang kami turun join Jabatan Perhilitan pasang perangkap untuk biawak... yang itu aku cerita lain ok.. itu takde ending lagi.. moga pagi ni kami mendapat hasilnya...

malam tadi keluar makan lagi di Salang Indah... aku order nasi goreng kampung.. RM6 alhamdulillah sedap... cuma kurang pedas walaupun aku dah mintak pedas.. dan ABC RM3...


abc dan nasi goreng kampung 


opismate ni order nasi kerabu kurang pedas... RM6 jugak tapi not recommended la... tak sedap sangat pun.. dan betul-betul dibuatnya tak pedas.. hikhik... macamana la istilah pedas kat diorang ni...

tapi ada satu cerita best ni.. disebabkan keramahan aku ni.. maka aku ada tempat nak tumpang susu untuk husna dan icepack yang aku bawak dalam peti diorang.. alhamdulillah... so ibu-ibu yang menyusukan di luar sana.. berusahalah.. dan berdoa.. Allah akan bagi jalan untuk mempermudahkan kita... dan kat sini ada jugak jual ais.. aku beli RM2 untuk kuantiti yang sama harga RM1.50 di 7 eleven.. syukur dapat jugak aku pam walaupun tak banyak mana...

ok... kita sambung cerita nanti pulak ye... dah nak subuh dah pun ni..  jom layan gambar matahari yang dah tenggelam ni...



pemandangan matahari terbenam di pulau tioman


Salam dari Pulau Tioman...



p/s barang-barang memang mahal gila.. sepaket maggi rm1.50.. roti besar saiz biasa bukan jenama terkenal rm3.80...jadi sila bawa brg anda sendiri jika nak duduk lama.. sekian...

Ahad, 25 Ogos 2013

sedapnya minum petang dengan kek marble dan laksa

assalamualaikum semua,

hari ni sedap bersantai di rumah tak pergi mana-mana..

penat semalam rasa tak hilang lagi...ditambah penat makan...

hari aku tak masak apa-apapun selain lontong goreng tadi.. ni tadi aku belek-belek telur ada 3 biji je yang tinggal..nak buat kek marble resepi mak tapi telur tak cukup..terus buat keputusan buat separuh adunan je la..godeh-godeh dan jadi...alhamdulillah sedap macam mak punya jugak..

aku nak kongsi resepi tapi nanti la dulu ye...mata macam tak larat je ni...nak lelap kejap sebelum asar ni..dapat 5-10 minit pun jadi la...

laksa penang kat bawah ni ihsan akak ipar semalam...adik ipar dia ni tinggal panaskan je... hehe..sangat mithali kan?

p/s komen-komen korang mungkin tak boleh nak balas ye...guna henpon je pun ni...

sarapan pagi ni : Lontong goreng lagi

assalamualaikum semua,

semalam petang membawak ke malam berjalan ke rumah terbuka...sampai pukul 12 malam baru sampai rumah... letih gila...aku rasa kami dah mengalahkan tuan rumah yang buat rumah terbuka tu kot...

memula kami ke rumah kawin kawan opis aku..walaupun dah terlepas dari waktu yang dibenarkan tapi tuan rumah tetap melayan kami dengan sangat baik..terima kasih En Samsudin dan isteri..terima kasih jugak untuk lauk pauk yang super sedap tu..

lepas tu kami menuju ke rumah akak shah pulak..yang ni tak boleh pegi makan je kena tolong jugak sebab adik beradik..jadiknya kami dah rupa macam tuan rumah juga la..pukul 10 lebih baru boleh balik rumah..itu pun lepas majlis habis dalam pukul 10 malam..

balik tu singgah pulak kat rumah jiran selorong kat taman ni..makan lagi...alhamdulillah rezeki melimpah ruah..

sibuk aku mengangkut nasi impit yang tak abis jugak dari rumah akak ipar aku semalam.... tu yang jadi menu sarapan kami pagi ni.. lontong goreng.. tapi boleh pulak elok je lepas aku goreng gas boleh habis...alahai...syukur..

meh layan gambar...

p/s nak uruskan kain baju menggunung ni..si husna ni dah ajak bergolek pulak dah...

Sabtu, 24 Ogos 2013

Undangan rumah terbuka

assalamualaikum semua,

wah...letihnya badan...baru kemas rumah separuh jalan tapi dah letih...mau tak letihnya ulang-ulang asyik buat benda yang sama je dari tadi..susun mainan..letih..

mesti ada yang cakap kalau siang ni biar je anak main pastu dia dah tidur kang baru susun kan? bukan tak boleh buat macam tu tapi sendiri yang tak berdaya rasa bila terpijak mainan tu..kalau yang flat je takpe la jugak paling teruk pun cuma dapat sakit...tapi kalau jenis yang ada roda tu...tak ke haru jadinya bila terpijak je terus jadi macam roller blade tu haaa....bahaya gila tau... aku pernah kena sekali masa mengandungkan abg ngah dulu..mujur dapat bertahan kat dinding kalau tak lagi awal abg ngah keluar...

eh dah melalut..terbebel pasal lain pulak dah...

hari ni banyak undangan nak dipenuhi...maaf kalau ada yang tak sempat nak dihadiri ye...dari tengahari membawak ke malam ni...tapi aku menunggu shah balik dulu..dah balik kang baru kami gerak ke rumah kenduri dulu..pastu ke rumah terbuka akak ipar aku lak...malam ada satu lagi kat taman ni...aduh..kekenyangan la jawabnya ni...

korang ke mana pulak?

p/s banyak lagi nak bereskan sebelum mak abah nak datang minggu depan ni..ntah cukup masa ntah tak..lusa nak ke pulau tioman sampai rabu..

Jumaat, 23 Ogos 2013

Drama pagi ini..

assalamualaikum semua,

selamat pagi... ceria semua hari ni? al maklum dah sampai Jumaat tentu ramai yang ceria sebab esok dah bercuti... bagi yang masih bekerja esok takpe jangan sedih ok.. teruskan ceria juga...

pagi ni walaupun ada drama menangis pepagi hari.....aku tetap rasa ceria nak pegi kerja... sebabnya pagi ni ada majlis sambutan hari raya di pejabat kami... menu simple je.. potluck.. jadi ikut la nak bawak apa pun...

aku dah cerita semalam kan...aku punya aku buat roti jala.. tapi versi segitiga gak... aku try buat yang gulung tu tapi tetap fail.. jadi... buat yang senang je la.. segitiga... disajikan dengan kari ayam....

buat suami tersayang... terima kasih bang kerana menguruskan semuanya di saat isterimu menjala... sayang abang sangat-sangat... eh terjiwang la pulak... hehe...

ok layan gambo ye...


roti jala - ada yang mintak resepi.. hold dulu ye.. nanti aku tuliskan...


kari ayam 




pepagi ni ada drama dilakonkan oleh abg ngah sebagai watak utama... dan digandingkan dengan adik husna heroinnya... aduhai...masa nak cepat tu la ada macam-macam dugaan....

drama bermula macam ni haaa...
memula pagi tadi elok je diorang main permainan bersama....


bermain di pagi hari 



tetiba dia nampak aku bungkus biskut kat bawah ni nak bawak ke jamuan pagi ni...


biskut kekacang ala famous amos - resepi aku belum sempat letak.. hutang dulu ye.. ;) 


terus dah ada bunga nak drama dah... nak makan juga biskut tu... tapi taknak dalam bekas lain.. tetap nak yang dalam balang juga...
tapi tak lama..dia lupa pulak.....

pastu tetiba je masa nak keluar rumah abg ngah kepit semua mainan yang dia main tadi nak bawak ke sekolah...
aku dah start bising....maaf la wahai anak...

pastu ayah dia handle pulak.... shah tarik semua mainan dan masukkan dia dalam kereta...bergasak la dalam kereta diselangi suara abg long membaca doa kenderaan.... gamat betul... dah rupa macam ngubat orang sakit dibuat orang dah gayanya dalam kereta kami pagi tadi...

sampai taska elok je husna masuk dalam... sambil bawak bekal biskut yang abg ngah tak nak tadi... elok je husna bersalam cium bagai... tetiba.... haaa ni sampai part tragik ni...

shah angkat abg ngah dari dalam kereta dengan masih meraung gila-gila... gaya macam budak kena dera dah aku tengok... dengan berjurai-jurai air mata lagi... aduhai...

pastu shah pass dia kat aku...aku peluk dia.... pujuk...dia nak gak salam... tapi..... tapi....

ending dia yang tak berapa best.... adik husna ikut abg ngah menangis pulak dah.... waaaaa..... ini memang buat aku syahdu wei.... beria-ia ko dia menangis.... alahai anak... sedih hati ummi ni tau... gundah gulana nak pergi kerja....

dan kemudian cikgu taska tutup sliding door aku terus tak nampak husna menangis dah... harapnya dia ok la... tapi hati si ibu ni tetap rasa bersalah tau... meninggalkan anak-anak dalam keadaan macam tu... hukhukhuk....

terkenang sesuatu yang disebarkan di whatsapps baru-baru ni...

Mahal sgt kah cuti tanpa gaji, demi anak2.... Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 isteri pun blk lewat...Anak2 redha di tempat org... Belajar, bermain... Riang... Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!!Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah... Rindu mama..Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat, xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad... Dia nak mama tgk dia... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Mama saya rindu n sayang sgt kat mama..."
TAPI.....
Apa kita buat...
Bila anak2 bising... Kita marah...
Bila anak2 main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorg anak yg rindu mama... Yg rindu abah... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan abi...
Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama...
Fikir sahabat...
Fikir teman2...
Fikir ayah ibu yg mulia..
Ingatan bersama...
TAPI.....Apa kita buat...Bila anak2 bising... Kita marah...Bila anak2 main... Kita herdik...Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!"Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang...Sedih hati seorg anak yg rindu mama... Yg rindu abah... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan abi...Apakah duit boleh ganti kasih sayang?Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama...Fikir sahabat...Fikir teman2...Fikir ayah ibu yg mulia..Ingatan bersama...


maafkan ummi wahai anak-anak...

p/s ada kawan bagitau anak kawan dia pengsan lepas balik dari taska.....berdebar tunggu cerita lanjut...

Khamis, 22 Ogos 2013

Jamuan Hari Raya

assalamualaikum semua,

tadi pagi kami dah selamat menjamu selera di Jamuan Hari Raya Puspanita Pahang... alhamdulillah.. semua makanan sedap belaka...



meh layan gambar meh....


antara menu yang dihidang 


jemputan yang hadir - semua glamer ko... 


teka pinggan sapa ni? habis diet camni selalu.. 

gambar kat bawah ni... curi dari FB kawan opis yang hujung tu... hehe.. pinjam kena bayar kan Solihah?


barisan artis glamer... hahaha baju raya tahun lepas tu...  sila abaikan pinggan bersusun tu ye... hahaha... malu makcik...


manis tak senyuman i??? 


buat penganjur.... anda dah buat majlis terbaik untuk Puspanita negeri pahang setakat ni.. teruskan kerja yang bagus ni... buat katering pun... good job.... errr... cendol tu dari mana ye? sedap betul la.... rugi makan last...

dan esok adalah jamuan hari raya kami di pejabat ni pulak... stail kami senang je.. semua bawak makanan berupa "periuk bertuah" atau "potluck" masing-masing dan akan digandingkan untuk jamuan esok...

plan aku nak buat roti jala dan kari ayam... inshaaAllah.. semoga dipermudahkan...

dan jugak.... kalau sempat berangan nak buat kek marble resepi mak...

berangan macam-macam... entah jadi ke tak agaknya....

menu jamuan hari raya harapan esok... nasi beriani, nasi dagang, laksam, lemang, rendang, roti jala dan kari ayam, nasi impit, rojak buah, bubur kacang, kek dan makanan lain lagi... fuh.... mau banyak kena bungkus ni kang.. hehehe....


p/s takziah buat semua keluarga mangsa kemalangan bas jatuh gaung di Genting...  

Rabu, 21 Ogos 2013

Pinjaman kenderaan dipendekkan ke 7 tahun sahaja? betul ke tak?

assalamualaikum semua,





sejak semalam semua orang sibuk heboh sana sini cerita pasal pinjaman kenderaan yang akan dipendekkan jangkamasa pinjamannya dari 9 tahun maksimum kepada hanya 7 tahun maksimum... heboh tau bila orang kata nak beli kereta baru kena bayar 20% downpayment dan maksimum tempoh pinjaman hanya 7 tahun... ada yang marah.. ada yang mengeluh... macam-macam reaksi la...


aku pun macam dah terpedaya dah... ntah datang mana cerita tu agaknya... tersebar meluas di facebook...

tadi aku balik rumah kejap masa tengahari... ada la peluang kejap dengar berita jam 1.30 petang tadi di RTM1...

sohih...yang sebaran tempoh pinjaman diketatkan oleh Bank Negara Malaysia sehingga 7 tahun tu hanya khabar angin sahaja....

dikhabarkan di berita tadi bahawa...


Bank Negara Malaysia  menafikan ada memberi pekeliling kepada bank tempatan mengenai tempoh pinjaman yang diketatkan kepada 7 tahun maksimum... Bank Negara Malaysia dilaporkan berkata tempoh pinjaman kenderaan masih tetap pada 9 tahun maksima dan terpulang kepada bank tempatan untuk memberi tempoh kepada peminjam sesuai dengan kelayakan mereka...

jadi jelas ye semua... tempoh pinjaman maksimum kenderaan masih sama cuma tertakluk pada bank yang memberi pinjaman untuk menentukan tempoh tersebut...

diharap berita ni akan melegakan sesiapa yang berhajat nak beli kereta baru...

p/s sesiapa yang rasa tak puas hati dengar berita malam ni ye...

Selasa, 20 Ogos 2013

Antara sebab anak nakal...

assalamualaikum semua,

sihat semua? aku dalam mood kelam kabut lepas naik cuti raya...

ditambah pulak dengan pelbagai program yang dijadualkan dibuat selepas raya ni... Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk hadapi semuanya...amin..

tadi baru je lepas menghadiri jamuan raya satu bahagian kat opis ni... yang bahagian kami punya pulak inshaAllah dijadualkan pada Jumaat ni.. semoga dipermudahkan Allah hendakNya....amin...

semalam ada terbaca tentang penawaran dari blog DenaiHati.com untuk menulis entri menarik berdasarkan entri yang ditulis beliau pada bulan Julai hingga Ogos 2013...

ada satu entri yang memang menarik perhatian aku sejak dulu lagi...

mengenai ROKOK...

dan entri yang ditulis oleh denaihati ialah

Sebab Doa tidak diterima dan zuriat nakal



apa yang menarik dalam entri ini adalah video himpunan petikan ceramah ustaz-ustaz dalam membicarakan hukum merokok dalam Islam...

aku dah terpandang video yang diupload oleh Denaihati pada 31 Julai 2013 di facebook beliau...
terkedu bila melihat video itu sampai habis... Ya Allah.. abahku seorang perokok... moga dijauhkan yang buruk-buruk dari kami sekeluarga...amin

sesungguhnya aku adalah orang yang sangat membenci Rokok... sewaktu berkenalan dengan shah dulu pun aku dah letakkan syarat supaya dia kena berhenti merokok sebelum kami diijabkabulkan... walaupun masa tu belum diputuskan rokok itu HARAM... alhamdullillah dia berjaya berhenti dengan usahanya...

ada jugak beberapa entri di dalam blog aku ni yang ditulis khas di bawah tajuk Rokok...

antaranya....

segmen oleh Blogger terkenal Ben Ashaari

Aku Benci Rokok! : Ben Ashaari



dan dua lagi entri yang memang aku tulis sendiri khas buat mereka yang bercita-cita untuk berhenti merokok... walaupun aku tak berjaya memujuk orang yang terlalu hampir dengan aku untuk berhenti...

1.  rokok ke merokok? Part 1
salam semua,

merokok? adakah korang merokok? suami korang merokok? isteri korang merokok? anak2 korang merokok?

korang tau tak budaya menghisap rokok ni dimulakan pada 5000 sebelum masihi lagi? tak tau? aku pun baru tau... sumber WIKI nak baca seterusnya... boleh tengok di bawah ni...

   http://rozita-ceritaita.blogspot.com/2011/03/rokok-ke-merokok-part-1.html

2. rokok ke merokok? Part 2
salam,

sambungan yg tadi lak ye...

yg ni cite peribadi aku lak...pengalaman aku sendiri? korang mesti nak kata aku penah merokok dulu kan? eh...cepat sgt meneka tu...

bukan..ni pengalaman aku dengan shah la...dia dulu adalah salah sorang perokok tegar gak...leh la abis satu kotak sedang2 tu sehari..
nak baca seterusnya... boleh tengok di bawah ni...

    http://rozita-ceritaita.blogspot.com/2011/03/rokok-ke-merokok-part-2.html

aku amat teringin melihat negara kita ni bebas dari asap rokok.... sedarilah wahai perokok anda sebenarnya bukan membunuh diri anda dengan rokok itu sendiri... tapi juga membunuh orang tersayang di sekeliling anda...

dan sesungguhnya aku amat menghargai orang yang membuat video ini jugak entri hebat dari denaihati.com ini... semoga ianya boleh dijadikan iktibar buat semua... juga untuk aku sebagai panduan mendidik anak...



p/s hati nak berpuasa tapi open house merata-rata... hmmmm....tepuk dada tanya iman...




Jumaat, 16 Ogos 2013

Roti Jala, Kari Ayam dan Marhaban

assalamualaikum semua,

korang semua sihat hari ni? aku sekeluarga alhamdulillah sihat...

kelmarin kami dah mulakan aktiviti beraya di johor ni..satu rumah je pun kami pegi di Kampung Rahmat di Kulai...dah nama beraya ke rumah sedara kan? tak sah kalau pegi sejam dua je..ingatkan nak singgah umah tuan Dapur Tanpa Sempadan...teringin nak rasa kek lapis yang nampaknya sangat best tu...tapi segan teramat la pulak...

semalam ingatkan nak terus ke rumah yang lain tapi disebabkan nak marhaban di rumah mak ni jadi ditangguhkan dulu rancangan beraya...

hari ni aktiviti diteruskan ke Segamat pulak...nak ke Felda Palong pulak..mak dah lama teringin nak pegi rumah mak sedara ni..tapi tak kesampaian je..jadi harapan hari ni kami dapat terjah..inshaAllah nak bergerak kejap lagi..doakan perjalanan pergi balik kami selamat ye...

meh layan menu marhaban semalam...

p/s susah betul bila line slow tapi ada rasa nak update blog...hmmmm...

Rabu, 14 Ogos 2013

Isnin, 12 Ogos 2013

Projek biskut raya lagi?

assalamualaikum semua,

aku baru je sampai rumah pagi tadi dari rumah mertua..alhamdulillah anak-anak seronok beraya di rumah mak tok dia...

pagi ni sesampai je tadi aku terus berebut masak nasi..buat nasi lemak dengan sambal tumis..rezeki syawal..

ni tengah projek menambahkan kuih raya yang dah abis...ada tinggal 2 jenis je kat rumah ni..yang lain dah licin...aku agih-agihkan ke dua-dua rumah orang tua kami...selesai..

plannya kami akan balik johor malam ni tapi mungkin akan tunda ke esok pagi atau petang...tengok keadaan lagi macamana cuti shah...aku memang dah confirm cuti mula hari ni..orang dah balik aku baru mula nak cuti..hehe...

doakan keselamatan kami sepanjang perjalanan pergi dan balik ye..

ok jom sambung keja..lepas ni nak sambung kerja mendobi pulak ni...semput...

p/s rasa macam nak buat kuih semperit la sebab aritu tak sempat...agak2 sempat tak ye?

Ahad, 11 Ogos 2013

Juadah @ Menu Popular Rumah Terbuka

assalamualaikum semua,

dah masuk 6 Syawal tapi masih lagi tak putus dengan undangan rumah terbuka kan?

rumah kami tahun 2013 ni tak dapat lagi nak adakan jamuan rumah terbuka untuk Aidilfitri..sebabnya 2 minggu pertama dah memang takde kat rumah dan 2 minggu terakhir dah sibuk bekerja semula..tapi walau kami tak buat rumah terbuka pun bagi sesiapa yang terasa nak sudi nak berkunjung..jemputlah datang ye...tetamu sentiasa diundang..cuma kalau nak datang eloklah beritahu lebih awal..boleh la disediakan dulu apa yang patut...

ok meh kita cerita pasal menu yang selalu orang pilih dan tetamu habiskan licin pada majlis rumah terbuka... antaranya...

1. Sate... haaa..yang ni memang popular...sedap ke tak sedap ke tetap habis dulu kan?

satay sambal kacang

2. Lemang ... yang ni bergantung jugak akan habis ke tidak...biasanya bergantung pada lauk yang dihidang sekali bersama lemang.. macam lauk hidangan kegemaran PM kita..rendang

rendang

juadah raya


3. Ketupat ..yang ni popular dimana-mana pun rasanya..tapi sekarang banyak dah dimudahkan dengan adanya ketupat segera..ini menu fleksibel sebab boleh dipadankan dengan lauk yang pelbagai sebagai contoh kari, rendang, kuah kacang, masak lodeh dan sup..



4. Ketupat palas... ketupat pulut ni sedap kalau dihidangkan sebagai menu rumah terbuka.. kalau dimakan macam tu saja pun dah sedap...

5. Rendang .. yang ini lauk popular yang dihidangkan tapi berbeza mengikut kawasan.. yang pentingnya walau ada setiap hati tapi menu yang tetap wajib ada bila sebut pasal raya..

rendang daging

6. Kari ..tak kira la yang dihidang tu kari ayam ataupun daging tapi menu ni merupakan menu pelengkap pada hidangan hari raya


7. Masak lodeh ....yang ni kalau kat sebelah johor memang menu wajib..dan selalu dimakan dengan lontong...ada sesetengah dihidangkan dengan sambal kacang..tapi kalau aku lagi best kalau ada sambal udang...fuhhh...

8. Kuah kacang atau sambal kacang ...biasa orang hidangkan untuk makan dengan sate dan juga ketupat... ada jugak yang suka makan dicampur dengan rendang...sedap jugak..

9. Nasi dagang ... yang ini menu popular di pantai timur..

10. Nasi minyak ...lagi sekali menu popular di pantai timur...

ada banyak lagi menu yang sesuai untuk jamuan rumah terbuka sebenarnya...tapi dah tak tertulis dah rasanya... betapa menunjukkan yang negara kita begitu mewah dengan pilihan makanan...semoga ia tak menjadikan kita lupa pada yang tiada ok... bukan bermakna tiada pada nyawa sahaja juga tiada pada harta benda dan tidak berkemampuan..semoga sumbangan dari ramadhan berterusan hingga selamanya...
p/s kami dalam perjalanan balik johor ni insyaAllah..kesian kami orang dah abis beraya baru nak balik beraya...doakan kami selamat pergi dan balik ye semua..

11 Ogos 2013 Cuti peristiwa untuk Kelantan dan Kenduri lemang

assalamualaikum semua,

korang sihat semua pagi ni? dah masuk 4 Syawal 1434H dan dah ada yang mula bekerja pun hari ni di negeri-negeri tertentu...

tapi ada yang masih tak tau hari ni diisytiharkan cuti peristiwa untuk hari raya aidilfitri di Kelantan?

aku pun baru tau tadi..selepas baca suratkhabar online..maaf ye..bersiaran dari telefon ni..nak bagi link pun payah ni...

semalam kami masih beraya sakan... akak ipar sibuk buat lemang dan aku sibuk makan..hahaha...

malamnya pulak kami ke rumah pak sedara shah sampai ke tengah malam..ada rezeki durian dan dodol durian..alhamdulillah..

korang plan apa untuk hari ni? aku? plan yang betul heavy ni....membasuh baju.....tapi ampai dah tak muat...macamana tu???

p/s tekak dah mula tak sedap..payah nak telan...perut pun dah mula memulas-mulas...wah...simptom hariraya kah ini?

Sabtu, 10 Ogos 2013

Resepi Asam Rebus Ikan

assalamualaikum semua,

bila raya dah beberapa hari ni mula la rasa jemu je tengok juadah raya tu kan? mula la tekak ni macam nak makan yang simple-simple dan yang lain dari yang penuh rempah dan berlemak bagai tu kan?

ok ni ada resepi simple dan memang paling mudah.. boleh main campak-campak je dan terus jadi...


asam rebus ikan

Resepi Asam Rebus Ikan

Bahan-bahan
ikan saiz sederhana dlm 3-4 ekor (ikut la ikan apa yg korang suka)
a.bawang besar sebiji
b.bawang putih 3 ulas
c.lada kering 5 helai (gunting2 n rendam air panas)
d.halia besar ibu jari
bendi dlm 5-6 biji
asam keping 3-4 keping
garam secukup rasa
air dlm seliter @ secukupnya..(kena agak2 dengan saiz ikan jugak)

cara-cara
1. siang dan cuci ikan dan ketepikan.
2. kisar bahan a-d
3. masukkan air dan bahan kisar dlm periuk..tunggu mendidih..(kadang-kadang nak cepat aku tak tunggu pun lebur je semua sekali...)
4. masukkan ikan, bendi..
5. masukkan garam, asam keping..
6. rebus sampai bendi dan ikan masak..
7. matikan api dan boleh hidangkan..
selamat mencuba

p/s bila cuti tapi tak dapat beraya feeling dia sama je kan macam tak cuti raya? alahai....



Jumaat, 9 Ogos 2013

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya

assalamualaikumm semua,

selamat hari raya buat semua.... masih mood raya lagi kan? kepada sesiapa yang dah bermula berpuasa..selamat berpuasa ye...
nak kongsikan sesuatu yang aku dapat dari facebook...juga untuk peringatan supaya aku sendiri tak lupa...

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya


Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak. Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci. Ceritalah.. buat macam drama pun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.


perkongsian ini adalah nota untuk diri sendiri juga yang sering lupa... maafkan ummi ye duhai anak-anak..

p/s segalanya tentang hidup memerlukan usaha, doa dan tawakkal...

Khamis, 8 Ogos 2013

Salam 1 Syawal 1434H

assalamualaikum semua,

harap semua bergembira bersama keluarga... jangan dilupa insan yang serba kekurangan walau di mana berada..

semoga aidilfitri ini merapatkan semula hubungan yang terpisah..dan kekalkan akhlak semasa di bulan ramadhan walaupun kita sudah berhari raya..

pada semua sudilah hadir ke rumah kami untuk berhari raya..insyaAllah kami akan layan anda semua seadanya..

p/s sempat semalam cari tudung ummi dan husna..cantik tak? ;)

Rabu, 7 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua

assalammualaikum semua,

Selamat menyambut hari raya buat semua keluarga, sanak saudara, sahabat, kawan-kawan dan pembaca setia Cerita Ita... juga untuk semua pelanggan Koleksi Cik Ta...

di kesempatan ni aku nak mintak maaf kalau ada salah silap pada semua terutama tersalah tulis entry yang akhirnya menimbulkan fitnah atau salah faham... harap dimaafkan ye...

dan didoakan juga semoga kedatangan Aidilfitri ni akan membawa seribu makna pada semua... dan merapatkan mana-mana yang terpisah...insyaAllah..

berhati-hati juga semasa berada di mana-mana korang berada terutamanya di jalanraya yang sibuk di musim perayaan ni.. ingat orang yang tersayang ok...

nak kongsikan juga adab-adab menyambut raya di dalam Islam...



3 dan 4 tu bukan sama ke? dan zakar fitrah paling lewat sebelum solat hari raya ok! 



p/s line kat kampung mungkin tak berapa ok lepas ni..jadi entry lepas-lepas ni akan ada yang autopublish ok...

Nak balik kampung? isi borang Balik Kampung dulu jom..

assalamualaikum semua,

dah ada yang nak gerak balik kampung ke?

ke dah ada kat kampung?

yang dah ada kat kampung tu tak payah baca ok.. ni untuk yang belum balik lagi...



apa kata sesambil korang kemaskan baju dan beg korang tu... korang printkan borang kat SINI..

pastikan keluar macam di gambar bawah ni tau...



pastu isi detail semua dan hantar ke Balai Polis yang berhampiran...

tapi tadi aku ada terbaca jugak kat Facebook Polis Pahang boleh hantar kat sms DAPAT tu... tapi aku tak pasti la yang tu betul tulus ke tak ye...

apa pun berhati-hati di jalan raya ok.. pandu cermat jiwa selamat (dah lama tak dengar ayat tu kan?)

ayat yang selalu dengar sekarang ni... pandu dengan berhati-hati... elakkan disaman... adehhhh.... mana la nak betul tu....


p/s malam kang nak pulun memasak rendang.... atau bawak balik rumah mak je ek?...hmmmm....





Wordless Wednesday # 34

assalamualaikum semua,

salam 29 ramadhan....

selamat bercuti pada yang bercuti dan selamat berkerja pada yang berkerja macam aku ni....waaa



abaikan bantal yang tak berapa sedap dipandang tu ye..budak baju oren tu la punya.. 

p/s ketupat segera dan kari ayam dah siap masak pagi tadi...balik kang tinggal masak rendang daging pulak... nak kemas kuih-kuih dan kami balik beraya rumah mak...

Selasa, 6 Ogos 2013

Resepi Kuih Tart Bunga Comel

Assalamualaikum semua,

nak buat entry pasal kuih raya dengan harapan feeling raya tu mari sama... entah kenapa aku rasa tahun ni macam tak terasa semangat nak beraya...

bukan sebab aku kena beraya di rumah mertua ye... kalau ikutkan dah bape kali pun beraya di rumah mertua... tak jadi masalah pun... mana-mana pun tetap ada kemeriahan syawal tu... walau di rumah mak sendiri ataupun di rumah mertua... sebab mak mertua aku tak pernah anggap aku ni menantu dia pun.. sama je layanan macam anak sendiri... malah kadang-kadang aku rasa macam lebih lagi dari anak sendiri...

cuma rasa sedikit terkilan mungkin sebab adik beradik shah belum tentu dapat berkumpul bersama semuanya... dan shah tentu lagi sedih... takpe la bang... kita cuba meriahkan rumah mak dengan keluarga kita dan adik beradik yang ada ok... tak mau sedih-sedih...


malam tadi aku punya projek adalah membuat kuih Tart bunga yang comel setelah stok tart yang terdahulunya aku buat tu dah licin...waaaa....

Resepi ni sebenarnya aku ambik dari buku Chef Hanieliza - Resepi kek dan biskut



Kuih tart bunga comel 


Resepi Tart Bunga Comel

Sumber - Buku resepi kek dan biskut Chef Hanieliza

Bahan-bahan
125 gram marjerin
125 gram butter/mentega
70 gram gula kastor
1 biji telur
300 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
50 gram tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
Jem nenas secukupnya (aku beli dah siap je kat kedai bahan bakery.. tinggal gentel-gentel je)

Cara-caranya
1. Pukul marjerin, butter dan gula sampai putih.
2. Masukkan telur dan pukul sebati.
3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan semua tepung dan gaul sebati sedikit demi sedikit sampai menjadi doh yang boleh dicanai. Jika masih terlalu lembik boleh tambahkan sedikit tepung gandum lagi.. tapi jangan sampai adunan terlalu keras..
5. Canaikan adunan dengan menggunakan 2 lapis plastik. canai setebal 1/2 cm (aku buat lagi nipis sikit)
6. Terap mengikut bentuk bunga dan angkat letakkan di dalam mangkuk kertas yang kecil. Tekan sedikit di tengah untuk diletakkan inti.
7. Jem nenas dibulat-bulatkan sebesar manik dan diletakkan di tengah-tengah bunga.
8. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180 darjah celcius (bergantung pada oven masing-masing)

senang je kan? sesiapa yang takde kuih raya lagi dan bercadang nak buat tu boleh la cuba... memang sedap...

tapi aku lebih suka yang aku buat dulu... walaupun cetak dia kecik sikit tapi kelopak dia lagi banyak dan comel-comel.... meh tengok gambar dulu...




dialog ibu dan anak :

abg long : ummi... saya nak makan kuih raya yang ummi buatkan untuk saya tu boleh?
aku : eh... bila pulak ummi buat kuih untuk abg long?
abg long : ala... kuih raya yang ummi buat yang ke satu tu....
aku : oooo... kuih yang ummi buat mula-mula dulu ke?
abg long : aah la... kan kuih saya tu...
aku : ...... bukan kuih untuk atuk ke tu?....
abg long : bukan la! ummi buatkan untuk saya tu....

hehehe...alahai anak.....
pagi tadi je memasing dah bawak sebekas sorang ke sekolah.... abg ngah 12 ketul... abg long 20 ketul...adoihai.... mana tak licin balang kalau camni.....

malam ni plan nak tambah kuih raya lagi.... ada berani...????

p/s ada kawan tunjuk gambar berbuka puasa di padang MPK tadi... teringat masa kami pergi dulu...

ala... kemana menghilang ni?

assalamualaikum semua,

semua orang sibuk bercerita.. keluarkan status dah sampai kampung halaman masing-masing... alhamdulillah masih berpeluang menyambut raya dengan keluarga yang tercinta...

aku masih bekerja sehingga esok... dan esok kena bawak anak-anak sekali ke pejabat ni... pasal taska dah mula bercuti....

mencabar betul bunyinya kan? tapi aku memang dah takde pilihan... shah pun kena kerja...

sebenarnya hati sedikit kecewa bila tengok semua orang sibuk update blog dengan CPUV Nuffnang yang berganda-ganda.... waaaaa... aku punya?







dah selamat di"credit"kan... sedih sebab takde BE lain yang nak menjengah... ingatkan boleh kumpul duit raya lebih sikit....




p/s nanti jap lagi aku cerita biskut raya yang terpaksa diulang buat malam tadi....abis licin dah dalam balang... belum raya lagi... macamana tu?

Isnin, 5 Ogos 2013

Hadiah GA dari 1001resepi...kalau sudah tertulis rezeki untukku..

assalamualaikum semua,

bunga mawar indah berseri,buat penghias di pagi aidilfitri,senyum manis tak putus ku beri,sebagai tanda diri terlalu menghargai.


kalau dah memang tertulis ada rezekiku disitu... alhamdulillah akhirnya ada rezeki nak gunakan pisau seramik...

yahooo... siap pantun bagai kau Cik Ta... hahaha... maunya tak...hati berbunga-bunga ni tau... dapat hadiah yang terlampau bestnya... terima kasih Kkida dari 1001resepi.... terima kasih bebanyak...

terima kasih jugak pada kawan-kawan yang sudi mengundi LIKE pada gambar aku tu... sayang la kat korang... (jadi tak de la aku mengigau pasal tak dapat nak pegang pisau seramik tu kan... hahaha.. )


meh kita tengok apa hadiah yang aku dah menang ni... (saje je nak bagi korang jeles..hihihi...)



sesampai je bungkusan besar ni... tak nyenyabor rasanya aku nak bukak tadi tau... korang patut tengok muka aku masa tu... kalau boleh lompat tentu dah masuk hospital pasal cedera parah...

jom tengok pulak apa ada dalam dia....





tengok... hadiah dah dah tentu best gila kan?



pastu ada terselit kad raya yang cantik pulak tau....





terima kasih sekali lagi kkida...


ni la yang menjadi igauan selama ni... akhirnya.. menjadi milikku....


silau kan? hahaha... saje je bagi mata korang silau dengan perhiasan dapur yang baru ni...

tengah berangan nak potong apa yang best dengan pisau ni...atau akan ku framekan.. kekeke... sayang wooo.....


untuk kkida... terima kasih memilih saya menjadi pemenang GA akak ye... kalau dulu saya dapat resepi yang akak kongsikan dan kali ni dapat rezeki lagi berlebih-lebih dari 1001shoppe yang akak usahakan...semoga rezeki akak akan bertambah-tambah hendaknya di masa akan datang..amin...


kalau korang teringin nak barang yang sama macam aku dapat tu... boleh intai-intai dan beli terus dari 1001shoppe ok...


entry yang membolehkan aku menang tu ada DI SINI...


p/s teringat contest yang aku pernah buat dulu tu... kenapa takde yang hantar alamat korang lagi ye? nak pos hadiah ni tau.... ke korang memang dah taknak hadiah tu?