Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 5 Ogos 2013

DUMEX product recall notice in Malaysia / Notis pemulangan produk DUMEX di Malaysia

assalamualaikum semua,

selamat pagi... semoga semua ceria dan sihat di samping keluarga hari ni...

ada yang dah mula bercuti dan bersama-sama keluarga membuat persiapan untuk menyambut hari raya ke? tentu seronok kan?

kami berpeluang balik ke kampung lagi pada hujung minggu lepas... dan awal pagi tadi selamat sampai ke rumah dah dekat jam 2 pagi... alhamdulillah...

malam tadi ada aku terbaca di group whatsapps ada kawan maklumkan pasal notis pemulangan produk susu Dumex di berita di tv... aku memang tak sempat nak dengar berita tu... alhamdulillah ada kawan yang dengar dan boleh berkongsi maklumat... terima kasih idah..

dan aku klik link yang diberi idah...

hanya produk tertentu dari DUMEX sahaja yang terlibat dalam pemulangan ni... antaranya Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac 2...






dan nombor batch yang terlibat adalah seperti gambar di bawah ni..




aku tak pasti pulak apa sebab pemulangan sebenar tapi dinyatakan dalam website Dumex tu cuma yang pasti berlanjutan dengan isu pencemaran produk tenusu dari sumber tenusu mereka iaitu FONTERRA..

dari laman web Fonterra pulak ada menyebut tentang isu kesihatan awam dan pencemaran beberapa produk mereka yang diuji mengandungi atau dicemari oleh bakteria merbahaya iaitu Clostridium pada bulan Mac tahun ini..

tetapi Fonterra telah mengeluarkan kenyataan yang produk makanan untuk manusia yang dihasilkan oleh syarikatnya adalah bebas dari pencemaran tersebut.





Produk Fonterra yang diuji bebas dari pencemaran adalah seperti berikut:



jika anak korang dah minum susu keluaran ni semua.. elok check batch yang terdapat pada paket susu tu dan pulang cepat ye.. dan kalau dah terbuang bungkusan tu tapi anak korang tunjuk tanda-tanda sakit elok bawa ke klinik anak korang tu dan tukarkan susu anak tu dengan susu baru ok..

ada bermacam tanda jangkitan Clostridium.. bergantung pada jenis spesis Clostridium tu sendiri.. dalam kes ni dia takde sebut Clostridium spesis apa pun cuma aku boleh kongsikan antara tanda-tanda jangkitan Clostridium yang umum dari keracunan makaanan hingga ke ketegangan otot.. ini tanda umum tau.. bergantung pada spesis yang terlibat.




sumber 1 : DUMEX
sumber 2 : FONTERRA
sumber 3 : Clostridium



p/s mood nak raya makin tebal ke makin susut? opis dah mula lenggang.. hmmm...

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Ishak Ismail berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

anak saya minum Dugro. sib baik tak der dlm list recall

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bagus ek