Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 26 Oktober 2013

Florenta Cookies @Almond Cookies @ Biskut Almond Florenta



assalamualaikum semua,

lamanya tak sempat nak update blog...rindu betul dengan blog..

ok..jom cite aktiviti kami minggu ni..hari ahad ada rombongan sekolah abg long ke petrosains dan aquaria..pastu kami singgah menumpang tido kat rumah along aku kat Sentul..

hari isnin kami dah ambik cuti sesiap..jadi free bawak la anak jalan-jalan naik lrt..nanti aku cerita semula ye sekali dengan gambar baru menarik kan?

pastu hari rabu kami ke salak tinggi pulak sebab aku meeting dari khamis sampai jumaat..dan kami selamat sampai rumah jam 2 pagi tadi..

mood nak ke mana-mana terus merundum dan cuma rasa nak buat projek sendiri je kat rumah..belek-belek resepi ternampak pulak resepi yang aku salin dari blog Masam Manis..teringin nak cuba dari raya hari tu lagi tapi tak sempat..famous biskut ni..

mari kita tengok resepi dia..

Almond Cookies
(ihsan dari blog kak Azlita Aziz)
susah nak masuk link..update dari hp..akan letak kemudian..

Bahan-bahan
200gm tepung florenta
200gm badam hiris
100gm kuaci hitam
20gm bijan hitam

Cara-cara
1. panggang badam dan kuaci pada suhu 160°C selama 5 minit.
2. Gaulkan semua bahan termasuk yang dipanggang tadi.
3. Sediakan loyang 14x14" (oven aku kecik jadi buat 2 loyang 14x6"). Alaskan dengan kertas baking yang warna putih.
4. Panaskan oven 160°C.
5. Letak adunan tadi atas loyang yang dialas tadi. Leperkan dan ratakan.
6. Bakar selama 10 minit (aku buat 170°C selama 15 minit sebab tak panaskan oven dulu).
7. Keluarkan bila dah masak. Potong dengan gunakan pemotong piza semasa panas.(sejuk sikit je dia terus keras jadi kena buat cepat)
8. Dah sejuk boleh simpan dalam balang.
komen aku..biskut ni ala-ala kuih bipang orangputih la..kalau kita bipang kacang..ini stail orang putih guna badam..

resepi ni memang tak guna gula sebab tepung tu dah ada kandungan gula atau karamel rasanya..bila panas dia cair dan jadi berkilat macam gula cair..cantik..
baru aku tau kenapa orang jual kuih ni mahal sebab bahan-bahan dia mahal gila..badam tu je memang dah terkenal dengan harga barang yang mahal untuk alat bakeri.. tepung florenta tu sendiri harganya rm23.90 untuk setengah kilo kat sini..mahal kan? jadi berapa nak jual..hehe..


p/s..berangan nak masak nasi beriani dengan ayam masak tomato..boleh jadi ntah tak esok ni..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: