Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 30 November 2013

Rutin best bermula!

assalamualaikum semua,

apa kabar semua? aku alhamdulillah..sihat walaupun masih rasa letih..

semalam aku dah start naik keja lepas lebih 2 minggu tinggalkan opis..

dan hari ni dah bercuti semula...kalau ikut hati nak sambung tidur je lepas solat tapi ada rutin yang perlu dibuat ni..ada tempahan biskut nak disiapkan sebelum aku kena gi meeting minggu depan...

nampak kan? betapa makin hujung tahun makin banyak pulak outstation..di kala orang lain tengah sibuk bercuti dengan anak-anak...aku terpaksa ke hulu ke hilir lagi meninggalkan keluarga...*pasrah*...

shah pun baru je nak senyum dah hilang semula senyuman kat muka dia...maaf ye bang...

kalau diberi pilihan tentulah ita ingin sangat jadi surirumah sepenuh masa je kat rumah bukan part time macam sekarang ni..tapi apa kan daya..kita perlu berusaha nak berikan yang terbaik untuk anak-anak kita...

sangat menganggu jiwa dan perasaan jika ada surirumah yang menulis status tentang kerja mereka di rumah...ketahuilah kalian bahawa aku teramat cemburu dengan kelebihan yang kalian ada...jadi janganlah sesekali korang rasa rendah diri atau bermegah-megah kerana itu sesungguhnya menyakitkanku...huhu...

ok korang aku nak sambung kerja melambak kat dapur dan tarah gunung baju yang menimbun tu...

p/s sesiapa yang dah tengok cerita "FROZEN" kat panggung? best tak ye?...hujan dah turun di bumi kuantan....

Isnin, 25 November 2013

hingga akhir nanti..

assalamualaikum semua,

dah malam baru boleh post entry ni...

alhamdulillah kami ada hari yang sangat mengembirakan di Menara Berkembar Petronas pada hari sabtu dan terus ke Kg. Pelegong untuk tidur 2 malam..

dan menjadikan kami sangat rapat di sini..

dan esok hari terakhir kami dalam kursus yang sangat best ni.. kemudian semuanya akan balik ke negeri masing-masing untuk teruskan kehidupan masing-masing..

banyak yang kami belajar dari kursus ni...terutamanya kesabaran...aku nak buat satu entry khas kalau sempat nanti...inshaaAllah..doakan kemudahan urusanku ye...

ok..esok dah nak balik jumpa shah dan anak-anak...rindu bukan kepalang ni...

p/s rezeki tidur semalam di hotel yang mahal macam ni...jangan tak bangun esok pagi sudah..haha..

Sabtu, 23 November 2013

aduh...dugaan lagi..

assalamualaikum semua,

aku bagitau kami tadi dah gerak pukul 8 pagi dari ipoh dalam entry tadi kan? ada yang belum baca..gi selak entry sebelum ni kat bawah ye ;)

tentu korang ingat aku ni bersiaran dari klcc kan?... hahaha...teeettttt...jawapan korang salah...aku masih lagi sangkut di RnR Ulu Bernam sejak pukul 9.45 pagi tadi lagi...

aduh...dugaan lagi kan?

sebabnya...bateri bas kong atau lebih elok adalah habis bateri...

dan pasukan penyelamat baru sampai dan kami akan bergerak dalam 10 minit lagi...

lepas tu kami akan pusing-pusing sekitar klcc sebab plan asal nak naik petronas twin tower bridge tu pukul 1 tadi dah ditangguhkan ke pukul 7 malam ni...

p/s berangan nak makan tghari dengan spagetti di klcc tapi dapatnya bakso ulu bernam..hehehe

Jalanraya kita bagus!

assalamualaikum semua,

apa khabar korang? aku sihat cuma yang tak berapa nak sihat blog ni je..dah 5 entry yang aku try post dari handphone ni masih dalam mood "publishing"... ceh..bila nak publish ntah..bosan menunggu.. ini pun aku try je ni..kalau lepas nasib la.. mood pun ke laut nak update bila jadi macam ni..

ok aku nak cerita apa yang tersirat dalam tajuk kat atas tu..

ada 2 cerita yang berlaku semalam..

Cerita 1:

kami berjalan ke Kinta City Ipoh untuk habiskan masa petang semalam... dapatlah main bowling seround... ada cikgu yang mengajar dan aku dapat ilmu lagi untuk main bowling dengan baik.. cikgu khas dari Filipina lagi.. haha..

dalam perjalanan pulang kami menaiki free shuttle dari hotel.. kami terserempak dengan 1 kenderaan.. dan ada dialog antara kami..

peserta timor leste : this is the 1st land cruiser i ever seen in here.
(ini kereta land cruiser pertama yang saya lihat di sini)

aku : we have a lot of land cruiser user in Malaysia but maybe you only see this one.
(kami ada banyak pengguna landcruiser dalam Malaysia tapi awak mungkin hanya nampak yang ini)

peserta mongolia : your country road is very good. you dont actually need the car like land cruiser. that why we hardly see them, i think.
(jalanraya di negara awak sangat bagus. awak sebenarnya tak perlu kenderaan seperti land cruiser. sebab itu saya rasa kami susah nak jumpa kenderaan seperti itu)

end (tamat)

Cerita 2 :

semasa kami makan malam..

peserta timor leste : kamu sebenarnya tinggal di daerah mana?

aku : negeri pahang, di sebelah pantai timur semenanjung (sambil membayangkan kedudukan negeri dari atas meja)

peserta timor leste : jauh tidak dari sini?

aku : hendak ke kuala lumpur sudah 2 jam..tambah lagi 4 jam untuk ke kuantan pahang.

peserta timor leste : jauh itu..itu perjalanannya menggunakan jalanraya yang sangat bagus sudah makan begitu jauh. jika jalanrayanya seperti kami mungkin akan makan masa yang lebih lagi.

aku : senyum

tamat

maaf kalau ada penggunaan english yg salah..saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan ok.. terutama teacher anim ;)

ehem...aku letak gambar artis naik bas nak ke menara berkembar petronas hari ni ye..  ;)

p/s alhamdulillah bersyukur banyak dengan kemudahan yang ada..cuma ada jugak aku jawab..kalau di kampung2 masih ada jalanraya yang teruk jugak..cuma di kawasan bandar perhatiannya agak lebih..maaf bukan memburukkan negara tapi realiti..terutama jalan di kampungku..hukhukhuk...

Rabu, 20 November 2013

Selasa, 19 November 2013

R.I.N.D.U

assalamualaikum semua,

dah 10 hari aku tinggalkan rumah dan keluarga...

dah mula rasa stress dengan jadual yang dah ditetapkan.. terutama makan pada waktu tertentu..

yang lebih stress sebab terpaksa makan apa saja yang dihidangkan...dan serius aku jemu makan chinese seafood dah ni..

rasa nak balik rumah..rindu memasak...rindu baking..rindu dengan yang selalu mengacau bila baking dan masak... rindu tengok muka-muka yang tersenyum puas bila makan.. rindu semuanya..

ada seminggu lagi ni sebelum selasa depan...menghitung hari je ni.. macam orang berpantang je dah ni ;p

p/s maaf la sesiapa yang rasa boring dengan cerita ita sbb sejak akhir2 cuma entry rindu je..

Isnin, 18 November 2013

Untuk tersayang yang merajuk...

assalamualaikum semua,

salam pagi isnin...

semoga semuanya dalam lindungan Allah..

pagi ni aku terjaga agak awal... agak terganggu jugak dengan kisah kawan sama-sama hadiri kursus ni yang "diganggu" semasa tidur kelmarin...

sudahnya kawan tu tak ikut trip kami ke lenggong...

ok kita lupakan je la kisah tu sebab aku masih ada lagi 5 hari di sini sehingga Jumaat sebelum berpindah ke destinasi baru...

aku cuma nak tunjuk dengan korang semua... apa yang aku beli untuk si adik husna yang merajuk dengan ummi dia ni... husna dan taknak cakap dengan aku dan jugak taknak tengok muka aku bila aku buat videocall.... ummi sedih nak... hukhukhuk....


anak patung

ummi dah terbayang adik husna kepit ke hulu ke hilir ;D
semoga dapat mengubat si kecik yang merajuk ni... jangan cebik-cebik lagi ye nak...

adik husna


untuk abg long dan abg ngah...nanti ummi belikan yang lain ye nak.. takkan nak beli anak patung jugak... hehe...


p/s kelas bersambung di VRI lagi hari ni..makan besar..huhu...

Ahad, 17 November 2013

Cuti-cuti Malaysia @ Perak

assalamualaikum semua,

dah masuk 8 hari kami dalam program Third Country Training Program (TCTP) 2013 anjuran JICA, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Luar Negeri.

alhamdulillah banyak ilmu yang kami pelajari selama 8 hari ini.
perjalanan program sebenar akan aku ceritakan bila program selesai berserta gambarnya inshaaAllah..

hari ni kami ada lawatan santai ke kawasan perlancongan di sekitar Lenggong, Kuala Kangsar dan Ipoh. Semoga kami akan dapat pengalaman berharga hari ni..

dah 8 hari berlalu...sebenarnya aku rindu betul dengan shah dan anak-anak...paling lama aku pernah tinggalkan keluarga cuma 4hari 3 malam..dan masih ada 10 hari lagi sebelum tiba 26/11 untuk berjumpa semula...cuma doa dan harapan dikirimkan semoga keluarga tersayang yang ditinggalkan sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan urusan kami sekeluarga..amin..

ok semua..nak bersiap..sarapan dan bertolak jam 9 pagi ni...doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang ok..

p/s last ke ipoh pada tahun 2011 rasanya...itu pun cuma semalam..byk perubahan di sini..

Sabtu, 16 November 2013

Rezeki Nuffnang

assalamualaikum semua,





Rezeki Nuffnang









alhamdulillah...walau pun masa tak cukup untuk berblog tapi rezeki masih ada...syukur...

p/s mata baru boleh lelap lepas shah confirm dan selamat sampai rumah dengan anak-anak..alhamdulillah...

Isnin, 11 November 2013

Masih di sini

assalamualaikum semua,

aku sekarang ni ada kat Radius International Hotel di Jalan Bukit Bintang..kursus dari 10/11 hingga 26/11...

dan sekarang masih berada di dalam bilik seminar ni..tapi serius aku dah ngantuk gila dah ni..

sebabnya semalam tak lena tidur sebab hotel ni berada di lingkungan fub dan club..*pengsan*

ok la..sambung dengar kuliah ni..wish me luck ok!

p/s peserta dari negara lain ni tanya kat area dekat2 kami ni mana senang nak cari patung upin ipin dan t shirt dan keychain malaysia ye? betul punya blur bila org tanya ni..

Jumaat, 8 November 2013

Special Kek untuk hari-hari terakhir persekolahan abg long...

assalamualaikum semua,

dah petang baru sempat nak jengah sini... hmmmm.... masa sangat-sangat berharga sekarang ni... tolong hambaMu Ya Allah... cukupkan masaMu yang ada untuk memberi yang terbaik untuk semua orang di sekelilingku..amin...

ok...mari kita cerita apa yang menarik minggu ni.. banyak yang menarik berlaku akhir-akhir ni.. tapi itu aku akan tulis di malam hari bila aku free masa pergi berkursus minggu depan ni.. inshaaAllah.. untuk kali ni kita cerita yang penting je dulu...

aku memang dah lama berangan nak buatkan kek special untuk hari terakhir abg long di Tabika Kemas Sg. Derhaka... tapi memang dah disuratkan Allah yang hari terakhir abg long sekolah tu aku pulak takde di Kuantan... hari terakhir tu 15 November 2013..masa tu aku tengah kursus di VRI Ipoh kalau takde aral melintang..

jadi disebabkan halangan yang tak dapat nak dielakkan...maka aku pulun jugak buat kek tu minggu ni... dalam kekalutan...alhamdulillah dipermudahkan Allah jua...

satu kek Snowy Cheese yang special untuk abg long menjadik!



kek snowy cheese 

Tanpa flash 


takde apa yang dapat digambarkan oleh seorang ibu bila melihat senyuman pada wajah yang tersayang... terutamanya dari seorang anak...alhamdulillah syukur Ya Allah.... (walaupun senyum tu tak berapa nak terukir..hehehe..)


abg long dengan snowy cheese.. (psstt yg pakai tudung tu la Karina) 

ada yang terlepas cerita pasal Karina ni ke? meh baca Kereta Abg Long...
dan komen dari cikgu selepas abis waktu sekolah... "adik-adik dia pun hantar la sini..boleh kami makan kek sedap lagi.." ........ hehehe... alhamdulillah...

meh layan gambar lagi jom...


abg long tengah makan laksa yang dia menyampah.. huhu 


tengok... dia tak makan pun kan? 


budak-budak lagi pandai bergambar kan? 


ntah cukup ntah tak kek banyak tu untuk semua ni.. kesian anak-anak ni.. 

untuk abg ngah pun ada jugak... bekas kecik je..jadik la ye nak... nanti kang ummi buat yang besar pulak...


snowy cheese untuk abg ngah 



p/s malam ni nak berkejaran ke tapak pameran lagi.. semoga dipermudahkan Allah urusan kami untuk majlis perasmian esok..amin....

Khamis, 7 November 2013

Ikan kembong masak pindang

assalamualaikum semua,

pagi-pagi lagi dah update..

satu hari ni mungkin akan sibuk untuk uruskan persiapan untuk hari peladang, penternak dan nelayan peringkat kebangsaan 2013 (hppnk 2013).. bagi semua yang nak datang marilah sama-sama ke padang mpk2 di kuantan ni..dekat je dengan stadium darul makmur.. acara ni berlangsung dari 8 hingga 15 November 2013.. akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 9 November ni inshaaAllah..

ok stop cerita pasal hppnk tu..aku nak cerita lauk kami malam tadi..disebabkan tergoda dengan bahan yang cikmat gebu dari dapurtanpasempadan.com tu maka aku buat kuah ikan kembong masak pindang semalam bagi mengabiskan sisa ikan segar yang kami beli di pengkalan bot pantai kempadang ahad lepas..

meh layan gambar je ye...opppss lupa daun yang tepi sekali tu ulam pucuk pokok sambung nyawa ye...sedap pucuknya..lemak-lemak manis..lagi sedap dari ulam raja..

p/s dah 3 entry post dari hp ni hilang begitu saja...kenapa la dgn aplikasi blogger ni..nak publish x leh..nak save pun x leh..


menu makan malam 

Rabu, 6 November 2013

Isnin, 4 November 2013

Final Piala Malaysia 2013.. Pahang menang wei!

assalamualaikum semua,

selesai sudah perlawanan akhir bagi Piala Malaysia 2013 yang berlangsung dalam hujan lebat malam tadi..

alhamdulillah..berbaloi pahang dapat cuti sebab menang..aku tumpang gembira sebab tinggal serumah dengan 4 orang pahang yang icnya 06.. cuma aku je yang 01.. huhu..

tahniah pada yang berjaya menjadi juara dan yang kalah harap terima kekalahan dengan hati terbuka..dan berhati-hati bagi yang memandu balik ke rumah..jangan sebab terlalu suka atau marah terjadi kejadian yang tak diingini..

apa pun semua plan kek tak jadi hari ni sebab husna demam dan pagi tadi ada majlis konvo abg long...akan kucuba usahakan besok jugak..inshaaAllah..berusaha ita!

p/s hadiah kemenangan besar bagi pasukan pahang dari husna bila dia muntah berlambak lepas abis game tadi..sekian..

Jumaat, 1 November 2013

Sejarah Piala Malaysia dan Final Piala Malaysia 2013

assalamualaikum semua,

aku tak pandai pasal bola... juga tak berapa minat bola...

tapi dek kerana di sekeliling ni dah macam bergegar pasal bola ni maka aku akan ceritakan juga apa itu Piala Malaysia...

meh baca reramai...

Piala Malaysia mula diperkenalkan oleh tentera British pada tahun 1921. Sumber daripada SINI.
Setelah beberapa kali bertukar namanya akhirnya nama Piala Malaysia dikekalkan hingga sekarang ini.

Founded1921
RegionAsia (AFC)
Number of teams16 (group stage)
Current championsKelantan Kelantan FA (2nd title)
Most successful club(s)Selangor Selangor FA (32nd title)
Television broadcastersAstro Arena
RTM
WebsiteOfficial website
 2013 Malaysia Cup
dari SUMBER

Ini adalah senarai Juara Piala Malaysia dari tahun 1921 hingga 2012:

YearChampionsRunners-upScore
2013
2012Kelantan Kelantan FAMalaysian Armed Forces ATM FA3-2
2011Negeri Sembilan Negeri Sembilan FATerengganu Terengganu FA2-1
2010Kelantan Kelantan FANegeri Sembilan Negeri Sembilan FA2-1
2009Negeri Sembilan Negeri Sembilan FAKelantan Kelantan FA3-1
2008Kedah Kedah FASelangor Selangor FA3-2
2007Kedah Kedah FAPerak Perak FA3-0
2006Perlis Perlis FANegeri Sembilan Negeri Sembilan FA2-1
2005Selangor Selangor FAPerlis Perlis FA3-0
2004Perlis Perlis FAKedah Kedah FA1-0
2003Selangor MPPJ FCSabah Sabah FA3-0
2002Selangor Selangor FASabah Sabah FA1-0
2001Terengganu Terengganu FAPerak Perak FA2-1
2000Perak Perak FANegeri Sembilan Negeri Sembilan FA2-0
1999Brunei Brunei FASarawak Sarawak FA2-1
1998Perak Perak FATerengganu Terengganu FA1-1 (5-3 penalties)
1997Selangor Selangor FAPahang Pahang FA1-0
1996Selangor Selangor FASabah Sabah FA1-1 (5-4 penalties)
1995Selangor Selangor FAPahang Pahang FA1-0
1994Singapore Singapore FAPahang Pahang FA4-0
1993Kedah Kedah FASingapore Singapore FA2-0
1992Pahang Pahang FAKedah Kedah FA1-0
1991Johor Johor UnitedSelangor Selangor FA3-1
1990Kedah Kedah FASingapore Singapore FA3-1
1989Kuala Lumpur Kuala Lumpur FAKedah Kedah FA2-1
1988Kuala Lumpur Kuala Lumpur FAKedah Kedah FA3-0
1987Kuala Lumpur Kuala Lumpur FAKedah Kedah FA1-0
1986Selangor Selangor FAJohor Johor United6-1
1985Johor Johor UnitedKuala Lumpur Kuala Lumpur FA2-0
1984Selangor Selangor FAPahang Pahang FA3-1
1983Pahang Pahang FASelangor Selangor FA3-2
1982Selangor Selangor FATerengganu Terengganu FA1-0
1981Selangor Selangor FASingapore Singapore FA4-0
1980Singapore Singapore FASelangor Selangor FA2-1
1979Selangor Selangor FASingapore Singapore FA2-0
1978Selangor Selangor FASingapore Singapore FA4-2
1977Singapore Singapore FAPenang Penang FA3-2
1976Selangor Selangor FASingapore Singapore FA3-0
1975Selangor Selangor FASingapore Singapore FA1-0
1974Penang Penang FAPerak Perak FA2-1
1973Selangor Selangor FATerengganu Terengganu FA2-1
1972Selangor Selangor FAPerak Perak FA3-0
1971Selangor Selangor FAPerak Perak FA3-1
1970Perak Perak FAKelantan Kelantan FA2-0
1969Selangor Selangor FAPenang Penang FA1-0
1968Selangor Selangor FAPenang Penang FA8-1
1967Perak Perak FASingapore Singapore FA2-1
1966Selangor Selangor FAKuala Lumpur Armed Forces1-0
1965Singapore Singapore FASelangor Selangor FA3-1
1964Singapore Singapore FAPerak Perak FA3-2
1963Selangor Selangor FAPenang Penang FA6-2
1962Selangor Selangor FAPenang Penang FA1-0
1961Selangor Selangor FAPerak Perak FA4-2
1960Singapore Singapore FAPerak Perak FA2-0
1959Selangor Selangor FAPerak Perak FA4-0
1958Penang Penang FASingapore Singapore FA3-3, 3-1
1957Perak Perak FASelangor Selangor FA3-2
1956Selangor Selangor FASingapore Singapore FA2-1
1955Singapore Singapore FAKelantan Kelantan FA3-1
1954Penang Penang FASingapore Singapore FA3-0
1953Penang Penang FASingapore Singapore FA3-2
1952Singapore Singapore FAPenang Penang FA3-2
1951Singapore Singapore FAPerak Perak FA6-0
1950Singapore Singapore FAPenang Penang FA2-0
1949Selangor Selangor FAKuala Lumpur Armed Forces3-2
1948Negeri Sembilan Negeri Sembilan FASelangor Selangor FA2-2, 2-1
1946-47Not Played
1942-45World War II
1941Straits Settlements Singapore FAPenang Penang FA2-1
1940Straits Settlements Singapore FAKedah Kedah FA2-0
1939Straits Settlements Singapore FASelangor Selangor FA3-1
1938Selangor Selangor FAStraits Settlements Singapore FA1-0
1937Straits Settlements Singapore FASelangor Selangor FA2-1
1936Selangor Selangor FAStraits Settlements Singapore FA1-0
1935Selangor Selangor FAStraits SettlementsSingapore FA3-2
1934Straits Settlements Singapore FAPenang Penang FA2-1
1933Straits Settlements Singapore FASelangor Selangor FA8-2
1932Straits Settlements Singapore FASelangor Selangor FA5-3
1931Perak Perak FAStraits Settlements Singapore FA3-1
1930Straits Settlements Singapore FASelangor Selangor FA3-0
1929Selangor Selangor FA & Straits Settlements Singapore FA (trophy shared)2-2
1928Selangor Selangor FA & Straits Settlements Singapore FA (trophy shared)2-2
1927Selangor Selangor FAStraits Settlements Singapore FA8-1
1926Perak Perak FAStraits Settlements Singapore FA1-0
1925Straits Settlements Singapore FASelangor Selangor FA2-1
1924Straits Settlements Singapore FASelangor Selangor FA1-0
1923Straits Settlements Singapore FAPerak Perak FA2-1
1922Selangor Selangor FAStraits Settlements Singapore FA3-2
1921Straits Settlements Singapore FASelangor Selangor FA2-1
dari SUMBER

dan menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 dimana Pahang akan bertemu dengan Juara Piala Malaysia 2012 esok ni sangat meriah rasanya di mana-mana bagi yang berada di Pahang ni sendiri...

di facebook orang sibuk memasang wall mereka dengan warna kuning menandakan sokongan pada pasukan Pahang... di sana-sini pun sibuk orang merancang konvoi untuk menyaksikan perlawanan secara langsung dari Stadium Shah Alam... tak juga ketinggalan dengan yang menunaikan solat hajat bagi mendoakan kemenangan berpihak pada pasukan Pahang kesayangan mereka... serius aku sangat suka dengan semangat yang ditunjukkan oleh penyokong... walaupun aku cuma suka kalau Pahang menang dan diumumkan cuti umum untuk hari Isnin sama macam Kelantan buat.. hehehe...

dan alhamdulillah sekejap tadi dah ada beritanya....


Pahang Cuti - SUMBER 


rasanya akan ada tayangan layar besar di Indera Mahkota untuk peminat yang tak dapat menyaksikan perlawanan secara langsung ni di Stadium Shah Alam..


Final Piala Malaysia 2013 - sumber 


diharapkan sesiapa pun yang menang... terima je la kekalahan dengan hati terbuka ye.. jangan ada kejadian yang tidak diingini terjadi ok...


p/s semua orang sibuk tanya aku nak sokong mana? jawapan: aku selalu sokong pasukan yang agak nak kalah...kesian kan? kena la bagi semangat.. hehehe...