Follow my blog with Bloglovin

Ahad, 17 November 2013

Cuti-cuti Malaysia @ Perak

assalamualaikum semua,

dah masuk 8 hari kami dalam program Third Country Training Program (TCTP) 2013 anjuran JICA, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Luar Negeri.

alhamdulillah banyak ilmu yang kami pelajari selama 8 hari ini.
perjalanan program sebenar akan aku ceritakan bila program selesai berserta gambarnya inshaaAllah..

hari ni kami ada lawatan santai ke kawasan perlancongan di sekitar Lenggong, Kuala Kangsar dan Ipoh. Semoga kami akan dapat pengalaman berharga hari ni..

dah 8 hari berlalu...sebenarnya aku rindu betul dengan shah dan anak-anak...paling lama aku pernah tinggalkan keluarga cuma 4hari 3 malam..dan masih ada 10 hari lagi sebelum tiba 26/11 untuk berjumpa semula...cuma doa dan harapan dikirimkan semoga keluarga tersayang yang ditinggalkan sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan urusan kami sekeluarga..amin..

ok semua..nak bersiap..sarapan dan bertolak jam 9 pagi ni...doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang ok..

p/s last ke ipoh pada tahun 2011 rasanya...itu pun cuma semalam..byk perubahan di sini..

Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

syokbah.com berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah best nya dpt bercuti :D