Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 23 November 2013

Jalanraya kita bagus!

assalamualaikum semua,

apa khabar korang? aku sihat cuma yang tak berapa nak sihat blog ni je..dah 5 entry yang aku try post dari handphone ni masih dalam mood "publishing"... ceh..bila nak publish ntah..bosan menunggu.. ini pun aku try je ni..kalau lepas nasib la.. mood pun ke laut nak update bila jadi macam ni..

ok aku nak cerita apa yang tersirat dalam tajuk kat atas tu..

ada 2 cerita yang berlaku semalam..

Cerita 1:

kami berjalan ke Kinta City Ipoh untuk habiskan masa petang semalam... dapatlah main bowling seround... ada cikgu yang mengajar dan aku dapat ilmu lagi untuk main bowling dengan baik.. cikgu khas dari Filipina lagi.. haha..

dalam perjalanan pulang kami menaiki free shuttle dari hotel.. kami terserempak dengan 1 kenderaan.. dan ada dialog antara kami..

peserta timor leste : this is the 1st land cruiser i ever seen in here.
(ini kereta land cruiser pertama yang saya lihat di sini)

aku : we have a lot of land cruiser user in Malaysia but maybe you only see this one.
(kami ada banyak pengguna landcruiser dalam Malaysia tapi awak mungkin hanya nampak yang ini)

peserta mongolia : your country road is very good. you dont actually need the car like land cruiser. that why we hardly see them, i think.
(jalanraya di negara awak sangat bagus. awak sebenarnya tak perlu kenderaan seperti land cruiser. sebab itu saya rasa kami susah nak jumpa kenderaan seperti itu)

end (tamat)

Cerita 2 :

semasa kami makan malam..

peserta timor leste : kamu sebenarnya tinggal di daerah mana?

aku : negeri pahang, di sebelah pantai timur semenanjung (sambil membayangkan kedudukan negeri dari atas meja)

peserta timor leste : jauh tidak dari sini?

aku : hendak ke kuala lumpur sudah 2 jam..tambah lagi 4 jam untuk ke kuantan pahang.

peserta timor leste : jauh itu..itu perjalanannya menggunakan jalanraya yang sangat bagus sudah makan begitu jauh. jika jalanrayanya seperti kami mungkin akan makan masa yang lebih lagi.

aku : senyum

tamat

maaf kalau ada penggunaan english yg salah..saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan ok.. terutama teacher anim ;)

ehem...aku letak gambar artis naik bas nak ke menara berkembar petronas hari ni ye..  ;)

p/s alhamdulillah bersyukur banyak dengan kemudahan yang ada..cuma ada jugak aku jawab..kalau di kampung2 masih ada jalanraya yang teruk jugak..cuma di kawasan bandar perhatiannya agak lebih..maaf bukan memburukkan negara tapi realiti..terutama jalan di kampungku..hukhukhuk...

Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wahhhhh bila sesekali selfie walaupun tak berkaitan dgn entri mmg terbaek dari ladanglah Ta haha....

Ada course ke Ta , macam macam manusia awak jumpa tu...