Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 30 November 2013

Rutin best bermula!

assalamualaikum semua,

apa kabar semua? aku alhamdulillah..sihat walaupun masih rasa letih..

semalam aku dah start naik keja lepas lebih 2 minggu tinggalkan opis..

dan hari ni dah bercuti semula...kalau ikut hati nak sambung tidur je lepas solat tapi ada rutin yang perlu dibuat ni..ada tempahan biskut nak disiapkan sebelum aku kena gi meeting minggu depan...

nampak kan? betapa makin hujung tahun makin banyak pulak outstation..di kala orang lain tengah sibuk bercuti dengan anak-anak...aku terpaksa ke hulu ke hilir lagi meninggalkan keluarga...*pasrah*...

shah pun baru je nak senyum dah hilang semula senyuman kat muka dia...maaf ye bang...

kalau diberi pilihan tentulah ita ingin sangat jadi surirumah sepenuh masa je kat rumah bukan part time macam sekarang ni..tapi apa kan daya..kita perlu berusaha nak berikan yang terbaik untuk anak-anak kita...

sangat menganggu jiwa dan perasaan jika ada surirumah yang menulis status tentang kerja mereka di rumah...ketahuilah kalian bahawa aku teramat cemburu dengan kelebihan yang kalian ada...jadi janganlah sesekali korang rasa rendah diri atau bermegah-megah kerana itu sesungguhnya menyakitkanku...huhu...

ok korang aku nak sambung kerja melambak kat dapur dan tarah gunung baju yang menimbun tu...

p/s sesiapa yang dah tengok cerita "FROZEN" kat panggung? best tak ye?...hujan dah turun di bumi kuantan....

Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bila umur akak dah meningkat nie pun, mula lah rasa penat nak bekerja dah.