Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 11 Disember 2013

Selamat Hari Lahir Sayang...

assalamualaikum semua,

hari ni semua orang sibuk dengan Che Ta nak kawin kan?

Cik Ta kat sini sibuk gak... sibuk sambut hari lahir si comel Husna dia... hehehe....

hari ni genap umur husna 2 tahun ikut kalender tahun masihi... Nur Syafiah Husna lahir pada 11. 12. 11... walaupun telah dijangka akan keluar pada 13.12.11... alhamdulillah yang penting keluar sihat walafiat....


Husna

husna


dah lama aku tak update perkembangan anak-anak kan?

husna sekarang dah boleh bercakap ayat-ayat mudah... dan perkataan biasa-biasa macam ayah.. abang... tak nak.. tak payah...makan... banyak lagi la... cuma satu je dia tak fasih lagi... sebut ummi... sabor je la...

pagi ni setelah ummi dia plan nak buat kek secara tiba-tiba maka jadilah kek setoet untuk husna, abang-abang dia dan kawan-kawan....

sebenarnya baru plan nak buat kek coklat kukus ni pagi tadi... dan baru perasan yang susu pekat manis tinggal suku tin je... aduhai.. lupa nak beli... dan hari ni aku kena gi ke putrajaya untuk kolokium esok... maka... kek husna yang besar sikit akan ummi sambung buat lepas ummi balik ye dik... in Shaa Allah...


kek coklat kukus kejadian mula-mula - selekeh betul kan?


sebab tu kek adik jadi leper... kena bahagi untuk bahagian orang lain pulak.. 


5 minit kemudian... terus rasa malu nak hantar ke taska... 


shah pun kata...kalau tak nak hantar letak je kat rumah... tapi mujur tergerak hati nak hati jugak.. berkerumun anak2.. hehe.. 


korang abaikan je la rupa kek aku yang agak buruk tu ye... aku sebenarnya nak letak krim putar kat atas dia pastu nak jirus coklat masak atas dia.. ala-ala topping la... tapi aku guna krim yang readymade dalam tin tu pasal nak cepat dan tercair pulak dah.. huhu... kira halal je la...

yang penting berebut anak-anak nak bawak gi sekolah...

untuk adik husna...semoga adik Nur Syafiah Husna bt Ahmad Shahir membesar dengan sihat sempurna dan berjaya menjadi antara srikandi Islam yang beriman...amin...

nak resepi dia? boleh tengok kat entri Kek Coklat Kukus ni ye...

p/s lama tak buat kek coklat kukus... teringin pulak nak buat untuk makan sendiri pulak...

Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas: