Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 31 Julai 2013

Jawapan untuk wordless wednesday pagi tadi..

assalamualaikum semua,

nak bagi jawapan kat entry teka teka kat wordless wednesday tadi pagi...

Jawapan dia : Umang - umang yang duduk dalam kulit siput yang diwarnakan...

comel kan?


umang -umang berwarna (gambar pinjam dari sini) 



untuk soalan boleh dimakan ke tak tu... rasanya tak pernah lagi dengar orang makan umang-umang cuma ada dengar orang guna sebagai umpan untuk memancing je la...

yang ini... umang-umang dijual untuk peliharaan... setiap satunya dijual dengan harga RM5 dan dibekalkan dengan bekas kecil.. dan ada pilihan untuk 3 ekor RM15 bersekali dengan akuarium kecil... comel kan?

bagus untuk jadi punca rezeki sebab budak-budak memang suka benda ni... kami pun payah nak gerak dari situ pasal semua terpikat dan ajak beli... tapi tentu tidak la... tak tau dia makan apa pun tau... macamana nak bela...?

meh baca cerita lanjut kat sini..

UMANG-UMANG PUNCA REZEKI

p/s harap misi dapatkan kasut raya anak-anak hari ni berjaya...ke mana pulak nak hala ni ye?

Kasut raya

assalamualaikum semua,

ini cerita kisah malam tadi... lepas berbuka kami cadang nak beli baju raya untuk anak-anak.. baju melayu dan baju kurung  dah beli masa balik johor hari tu... ni nak beli baju buat berjalan pulak... walau tak berjalan ke mana pun.. untuk anak-anak mesti beli...cadangnya nak beli kasut jugak sekali...

masa kami dalam kereta nak keluar rumah...

abg long : ummi... semua kawan-kawan dah beli kasut raya.. saya nak beli jugak kasut raya...
aku : ye la... ni kita nak keluar cari baju dengan kasut raya sekali la ni...
abg long : ummi nak beli kasut raya saya ke? yeay!
aku : ye la... kasut raya semua la...
abg long : ummi, kasut raya tu macamana?
aku : (errrkk... rupanya dia tak tau...hihihi...main sebut je) kasut raya tu kasut baru yang kita pakai buat raya la...
abg long : oooo gitu...


jadi moral of the story... tak semua yang keluar dari mulut anak anda tu perkara yang dia faham.... selalunya main sebut atau ikut-ikut orang je...


tapi semalam tak sempat beli kasut lagi.. abg long dah merajuk... maknanya malam ni kena cari jugak "kasut raya"...


p/s petang ni dah ada bekalan bubur lambuk untuk berbuka puasa... cuma tambah beli ikan tilapia je la kot....buat goreng.. masak nasi dan sayur sikit...

Wordless Wednesday # 33

assalamualaikum semua,

cuba teka apa benda di bawah ni?




umang-umang berwarna

cantik kan? 



klu : terdapat di Pasar Malam Taman Tas (tempat lain aku tak pasti)




p/s ada sesiapa yang duduk di Putrajaya atau bekerja di sana? nak pesan sesuatu dari koleksi Cik Ta.. meh la order.. aku berada di Putrajaya untuk meeting esok.. boleh angkut semua sekali.. tempahan dibuka sampai 5 petang ni je ye... lepas tu nak pulun buat order lak.. karang ada yang lelap lak dalam meeting.. hehehe...

Selasa, 30 Julai 2013

hari ni last tau...

assalamualaikum semua,

malam tadi aku berjaga untuk memenuhi order dari Koleksi Cik Ta... alhamdulillah ada jugak rezeki di bulan ramadhan...syukur...

semalam dah selamat bersantai berbuka di Restoran Santai... nanti aku cerita balik ye.. mengantuk ni.. rasa kena lelap kejap..

ok sebelum pegi lelap... aku nak iklan sikit...

meh undi gambar ni kat facebook...




link dia ada kat gambar tu... klik je gambar tu ye.... ni ye....

tak pun boleh je klik sini dan terus LIKE...

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151629957020889&set=a.266194190888.140972.264017345888&type=1&theater

HARI NI HARI TERAKHIR TAU....

jadi mari mengundi supaya harapan nak dapatkan pisau seramik yang best tu tidak menjadi harapan pelesu semata-mata...

bagi yang dah mengundi terima kasih buat semua...


p/s semalam ada ternampak kemalangan di RNR Gambang... teruk keretanya.. tak sangka pulak ada kait mengait dengan kawan aku... bukan keluarga kawan tu la cuma adik ipar kawan opisnya... apa pun takziah untuk keluarga mangsa dan al fatihah buat mangsa.. ada blogger yang buat cerita pasal ni.. AMILIA

Isnin, 29 Julai 2013

Menu semalam

assalamualaikum semua,

hari ni meeting di Temerloh..mengantuknya...

semalam kami lalu bandar untuk hantar mak mertua aku balik ke rumah...alhamdulillah..jalan besar dah kembali kepada asal..lega banyak kami...langsung tak jem dah...cuma jem semalam sebab ada sekatan JPJ je di kedua-dua jalan..

sekejap je dah 20 Ramadhan kan..rasanya baru je dengar tilawah al quran kat tv...

aku nak tunjuk menu semalam ni sebenarnya...

layankan je la walau tak bape nak best ye..

p/s hari ni nak berbuka kat Restauran Santai..cuba berbuka kat luar..dah tempah sesiap tempat duduk yang boleh bersila.. doa majlis kami berjalan lancar ye..

Ahad, 28 Julai 2013

Satu selesai dua lagi menunggu

assalamualaikum semua,

satu misi dah selesai separuh..tinggal rebus meenya aje lagi...

ada 2 lagi menu menunggu...harap sempat aku siapkan...tolong doakan urusan aku dimudahkan Allah ye...

kenapa aku nak siapkan awal? petang kang shah dah ada boleh rebus mee spaghetti dan deko kek je...alhamdulillah kek tadi menjadi..

lepas asar harapnya dah boleh rilek-rilek dan duduk lipat kain...

p/s memasak dengan anak-anak kecik memerlukan kesabaran yang sangat tinggi..mujur ni tengah mood diorang baik je..

Hari yang sibuk bermula

assalamualaikum semua,

sampai dah hari yang ditunggu-tunggu...tak sabar nak mulakan operasi memasak...

alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik untuk menyumbang sedikit kepada orang yang berpuasa... kalau tak ada aral melintang akan ada 5 keluarga kecil dan besar termasuk kami yang ikut sama..meriah la rumah ni nanti..berbunga rasa hati..

yang dijemput sebenarnya bukan orang lain tapi adik-beradik shah je pun..ditambah dengan seorang sepupu shah.. dalam adik beradik shah semua adalah perempuan dan shah adalah satu-satunya anak lelaki...ini bermakna aku sorang la menantu perempuan..dan selalunya jadi menantu hantu..hehehe...

sebabnya kalau ada apa-apa majlis dibuat dia rumah mertua aku jadi tukang tengok je selalunya..tak pun balik baik tukang potong bawang..adik beradik dia semua menuras mak mertua aku yang pandai memasak...naik segan aku..pulak tu adik beradik aku ramai lelaki jadi kami macam tak biasa memasak ramai-ramai kat dapur (walaupun selalunya semua sibuk pun)... dan ditambah dengan aku yang duduk asrama dulu... apa je pasal memasak yang aku tau...tapi alhamdulillah macam akak ipar aku dia memang tak kedekut ilmu.. boleh je kalau nak tanya resepi apa pun..

jadi keluarga dia akan rasa masakan aku kalau diorang tu datang rumah kami je...hehe..memang dasar pemalas kan?

dan hari ni banyak plan nak buat..aku dah keluarkan ayam..ikan dan sayur-sayur yang nak dipotong...amboi kau ita...baru je lepas sahur dah sibuk nak memasak untuk berbuka.. al maklum la tukang masak sorang..pastu kena part time jaga anak-anak sebab shah hari ni kerja..

pulak tu misi melipat baju aku semalam berakhir dengan mimpi ditimbun kain baju..hahaha...kena la sambung hari ni...dengan cornflakes aku yang ada lagi tak abis bakar..2 hari 2 malam buat biskut macamni...hehe..

ni aku tengah layan husna menyusu sambil tunggu kek dibakar dalam oven...berangan nak buat kek buah-buahan segar...yummy..

p/s ada orang komen tak puashati dengan entry aku...mungkin aku patut padam entry tu...aku buat blog nak cerita pengalaman diri sendiri je...dah nama blog pun cerita ita..tapi kalau ada yang tak suka dan macam nak cari salah elok aku delete je kan?

Sabtu, 27 Julai 2013

Kuih Raya ke 4 dan penukaran jalan di Kuantan lagi?

assalamualaikum semua,

korang sihat hari ni? harap semua sihat sejahtera hendaknya ya...

semangat betul Cik Ta ni nak raya kan? hehe...bersemangat sebab adanya anak-anak...kalau tak...takdenya nak susah payah pun.. setengah orang cakap.. baik beli je...ya...memang kalau nak buat ni meletihkan kalau yang makannya seciput je..sangat tak berbaloi..

malam tadi kami keluar gi beli barang basah untuk majlis esok...cadangnya nak masak spaghetti bolognese mushroom yang dimelayukan..hehe... untuk nasi kami cadang nak hidang dengan lauk ikan masak masam manis..ikannya belum diputuskan.. tengah menimbang antara tilapia merah atau siakap... lauk lain pulak nak buat tomyam ayam campur sayur... hidang pulak dengan buah tembikai.. dan ada plan nak buat desert ni... kek vanilla krim berlapis buah segar... wah macam sempat kau cikta.. kalau tak sempat makan je la mana yang ada...ye tak? (sesilap aku hidang kurma dengan air je esok...hajat bukan main tinggi lagi tu...hikhikhik...)

apapun doakan semoga urusan kami nak menjamu orang berbuka puasa ni dipermudahkan Allah hendaknya..amin

haaa..cerita pasal keluar semalam...kami tinjau bandar sekali lagi..konon-konon nak try gi bandar indera mahkota dari tanjung lumpur macam selalu... tapi nak tau bape lama aku sampai?
kalau biasa kami cuma ambik masa 10-15 minit je kalau dari Tunas Manja Tanjung Lumpur tu nak ke IM tapi semalam ambik kau lebih setengah jam tau...

dan biasanya kami memang tak teragak-agak kalau nak pegi Giant walaupun cuma sekadar nak layan anak main kuda goyang free tu je...tapi sekarang ni... aduhai...mengeluh manjang... semalam je shah dah tanya masa naik Jambatan Tg Lumpur...

"cuba tengok...jem tak kat belah sana tu?"

tapi tu la nampak macam lancar tapi rupanya jem lagi kat depan Hotel Megaview.. biasa aku tak perasan pun dah terlepas kedai jual alat bakeri Barang Kita tu tau...tapi semalam siap boleh borak-borak dengan shah bila tengok orang masih ramai kat kedai tu.. (perhatian untuk setiap kali Ramadhan diorang memang buka sampai pukul 10 malam)...

yang aku pelik MPK ni...baru 5 hari beroperasi penukaran jalan baru kat Kuantan ni...tapi nampak sangat takde perancangan rapi..sebabnya hari ni jalan ni tutup atau sehala dari kiri je...tiba-tiba esoknya pulak jalan tu buka atau tetiba jadi sehala dari kanan...tak ke bengong orang dibuatnya tu...aduhai...dan tolong la MPK buat pemantauan sepanjang fasa penukaran ni di waktu malam kerana ramai benar pemandu yang kucar-kacir, buat two way, buat pusingan u ikut suka dan jugak suka-suka alihkan kon yang korang dah letak... kalau korang kata bulan puasa ni korang ada komitmen waktu malam..nak terawih..nak ngaji...letih puasa...abis tu kenapa penukaran dibuat di bulan puasa? carilah bulan lain...atau buat lepas raya ni ke? tolonglah buat penyelesaian sebaiknya untuk konflik jalan ni.. atau beri je kami jalan lama balik tu...takde la teruk mana pun jem kalau dibandingkan sekarang ni... tak gitu orang Kuantan...?

huh..letih la bebel panjang-panjang... kang tak siap kuih aku ni kang...mananya nak kena buat tart lagi ni...

apa pun nak cerita pasal kuih raya ke 4 ni...kuih senang ni je...godak-godak..letak dalam mangkuk kertas cantik dan bakar..

Resepi tak sempat nak tulis lagi...nanti kita cerita ek...

layan gambar je dulu... kuih yang belum jadi pun... hehehe.. kang aku tepek resepi sekali dengan gambar yang dah jadi ok..

p/s aci tak kalau esok pepagi aku dah masak sebab takut tak sempat siap? takpe kannnnn???

eh lupa...sesiapa yang belum mengundi meh la ke link kat bawah ni ye... terima kasih...

link kat post Tolonglah aku ye...

Jumaat, 26 Julai 2013

Hasil projek bertukar!

assalamualaikum semua,

tadi pagi aku tunjuk gambar kacang kan? cadangnya nak buat biskut cornflakes madu tapi lain pulak jadinya...hehehe...

aku sudahnya simpan semula kacang tadi...

buat biskut lain pulak..

aku buat biskut ala famous amos lagi tapi kali ni resepi lain pulak.. sumbangan seorang blogger..nanti aku dah hadap laptop boleh cerita panjang ok..ni kat telefon android murah ni susah sikit...terutama nak link-link bagai semua tu..

ok la...kita layan gambar je la dulu ye...

kuih raya ke 3 ku...

sila abaikan je nama putu kacang kat balang tu ye..

p/s kuih tart dah tinggal satu bekas je ni...waaa...macamana nak bawak balik 2 kampung ni..harap dapat buat lagi la sebelum raya..

Projek Di Hari Nuzul Quran

assalamualaikum semua,

pagi aku dah update kan? pelik? janganlah pelik...aku ada kerja nak buat sementara anak-anak tidur lagi ni...

harap sempat siap sebelum pukul 10 pagi..

semalam kami ada majlis berbuka puasa anjuran jabatan di Kompleks Dagangan Indera Mahkota...alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun aku cuma sampai waktu elok je nak azan...mujur sempat..

semalam MPK tukar laluan lagi...laluan di Jalan Gambut di hadapan Shell dan bangunan TNB Kuantan tu cuma boleh menghala ke bandar je dah...dah tak boleh nak cross ke Teluk Cempedak...parah untuk kami yang menghala ke Tanjung Lumpur dan Balok atau Beserah atau Padang Lalang yang lalu di jalan tu... sekurang-kurangnya yang nak ke laluan lain selain Tanjung Lumpur takpe la jugak..boleh ikut alternatif lain..Jalan Semambu ke..tapi kami ni..adoi... kenapa la MPK ni buat masa bulan puasa ni...

Semalam je pun nyaris ramai nak accident..terutama motor yang tak dapat langsung nak mencelah kerana kereta terlalu rapat..masing-masing nak cepat.. di Persimpangan Lampu Isyarat Tanjung Lumpur tu lagi teruk...jammed teruk di Jalan Besar menyebabkan kesesakan sampai atas Jambatan Tanjung Lumpur! pastu Polis yang jaga kat situ pun dah pening tak tau nak bagi lorong mana jalan dulu...semua main taram dan dah tak ikut turn dah...lagi orang ramai marah..kalau aku pun harus marah...jam dah dekat pukul 6 petang dan kau masih di tengah bandar di bulan puasa..sedangkan di waktu lain sebelum perubahan jalan ni diorang semua dah elok sampai rumah dah kot...pulak tu buat jalan sehala tapi ada tiang lampu yang tak dipasang lampunya di tengah jalan....wah...apa yang korang fikir ye? Perancangan yang paling rapi dan HEBAT dari Majlis Perbandaran Kuantan... Syabas! kalau la kami boleh mengundi majlis kan....camana la agaknya...

terbaca dekat www.pahangdaily.blogspot.com, MPK kata peruntukan untuk pengubahsuaian ni makan RM 4 juta....errrr tapi itu tak termasuk peruntukan perbelanjaan kami untuk minyak kami yang banyak habis di sepanjang penukaran jalan ni kan tuan?

aku rasa lelama boleh habis woo kuota minyak untuk Kuantan kalau berterusan camni..

sudah la marahkan MPK...marah pun diorang tetap dah laksanakan pun kan?

jadi meh kita cerita pasal projek hari ni....rasa-rasa aku nak buat apa agaknya berkaitan dengan gambar ni...? cer teka....

ada terselit gambar husna sekali masa jamuan semalam...gambar lain tak sempat nak ambik...

p/s semalam je aku rasa mcm nak ikut sama pulas motor dengan shah bagi laju kat jambatan tg lumpur...risau kalau jambatan tu roboh macam kat Mississipi dulu kan? bukan sebab jem je yang kat Mississipi tu? dengan segala macan kenderaan atas tu..lori gedabak pun ada.. huh..seram...Nauzubilllah...

Khamis, 25 Julai 2013

Betul punya marah orang Kuantan ni..

assalamualaikum semua,

hari ni facebook Kuantan tanya pendapat warga Kuantan setelah 4 hari laluan di Kuantan ditukar...

meh kita tengok....








hehehe... betul punya marah orang Kuantan kan?

aku pun sama tau....




tolong la Majlis Perbandaran Kuantan atau MPK dengarlah rintihan kami ni...


p/s dengarnya diubah laluan ni sebab kedai-kedai kat area yang tak tertumpu tu susah nak laku... ye ke?

Tolonglah saya...

assalamualaikum semua,

dah petang baru nak update... esok kuantan cuti sebab hari ni hari gaji... eh? ada kaitan ke?

sebenarnya tak ada kaitan ok... esok Pahang cuti bersempena sambutan Nuzul Al-Quran..
alhamdulillah dapat bercuti 3 hari bersama anak-anak... harapnya dapat meluangkan masa sebaiknya bersama amanah Allah yang comel-comel semua tu...

petang ni kita tutup dapur buat sementara... ada majlis berbuka puasa yang ditaja khas... Alhamdulillah rezeki... dan ini jugak bermakna pertama kalinya kami berbuka di luar hari ni... semoga dipermudahkan olehNya...amin..

sebenarnya aku nak mintak tolong dengan korang semua terutamanya pembaca setia blog Cerita Ita ni yang ada facebook tu haaa....

meh dengar Cik Ta nak cerita meh...

korang ada baca entry aku yang ada banyak gila gambar tu kan? ala yang kat sini la Majlis Berbuka Yang Paling Meriah...

aku buat entry tu khas untuk join Giveaway Ramadhan anjuran 1001resepi ni haaa.... dan...

dan....

entry tu dah selamat disenaraikan di SINI dan di SINI....

dan yang paling pentingnya kena mintak tolong kaum keluarga, rakan-rakan, kawan-kawan.... kawan kepada kawan kepada kawan yang ada membaca ni tolong la like kat gambar tu ye....

peluang beso nak menang hadiah yang best-best ni tau....nak tengok hadiah dia... boleh gi kat link kat bawah ni ye... teringinnya pisau seramik tu...kalau la dapat... tapi ada hadiah yang lebih menarik dari tu... free traffic datang dari blog kkida... terima kasih la bebanyak sebab sudi letak kami kat bloglist akak ye...

bukan aku yang nak bagi tapi kkida 1001resepi yang nak bagi kat orang yang join... untuk korang yang tolong undi like bebanyak tu aku bagi hadiah flying kiss je boleh..? ala boleh la ye? kata ikhlas tadi...

jadi jangan buang masa anda sila la ke link kat bawah ni dan mula klik like tu ye...

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151629957020889&set=a.266194190888.140972.264017345888&type=1&theater

klik je tau... walaupun ikhlas tapi jauhhhhhhh..... terima kasih semua...



p/s sesiap bawak bekas masa berbuka untuk tapau makanan untuk sahur nanti aci tak? hehehe....

update : link sudah tukar ok.. sila klik yang baru kat atas tu ye..tq

Rabu, 24 Julai 2013

Imbuhan Khas Penjawat Awam - Bonus Raya 2013

assalamualaikum semua,

terdengar berita gembira untuk penjawat awam tadi.. Imbuhan khas RM500 untuk semua penjawat awam dari Gred 1 hingga 54... dan RM250 untuk pesara kerajaan.... dan akan dibayar pada 31hb Julai 2013...alhamdulillah rezeki...

diharap dapat digunakan sebaiknya untuk semua penjawat awam ye...

maklumat lanjut meh tengok kat link kat bawah ni..

Najib umum bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam | Astro Awani

p/s hati teringin nak buat kek span lepas ternampak resepi senang tadi...tapi mataku...alahai...macam terbayang bantal melambai-lambai

Kehadiran ahli keluarga baru kami..

assalamualaikum semua,

nak berkongsi berita gembira buat kami....

kalau semua orang sibuk tunjuk gambar Putera sulung Kate Middleton dan Putera William...aku nak sibuk jugak...sibuk tayang gambar puteri dan puteri comel kami ni... walaupun jantinanya masih belum dapat dikenalpasti... tapi yang pasti mereka comel....

di pagi hari kejadian di tempat kejadian... pagi tadi...






siap ada teman yang setia menunggu tu....hehe...


dan hasilnya.... 4 ekor anak PETO yang comel-comel....





PETO ni sebenarnya kucing liar yang datang tumpang kat opis kami dan kami bagi dia makan... dulu ada seekor kucing yang kami panggil PET...sangat manja.. dan sekarang orang lain dah bela kat rumah mereka... sekarang ni keluarga PETO dah bertambah... jadi sesiapa yang sudi boleh la ke makmal kami ye....


p/s yang putih hitam si penunggu tu pun tengah tunggu masa je tu...

Majlis Berbuka Yang Paling Meriah

assalamualaikum semua,

hari ni dah hari Rabu.. 15 Ramadhan... sekejap je kan masa berlalu? dah separuh bulan pun umat Islam berpuasa... alhamdulillah... semoga iman kita makin kuat dengan kedatangan Ramadhan yang penuh rahmat ni...

sepanjang 15 hari berpuasa ni kami selalunya banyak habiskan masa berbuka puasa di rumah... belum pernah lagi merasa makanan berbuka di luar... bukan keinginan tu tak ada tapi bila bilangan ahli keluarga bertambah dan ditambah dengan adanya anak-anak kecil yang selalunya buat kecoh di meja makan... niat nak makan kat luar tu terbatal macam tu je... lemah semangat... hehe... takpe la bagi anak-anak kecoh dan kecah kat rumah je cukup la...

dan setakat 15 hari berpuasa ni kami dah berbuka beberapa kali dengan keluarga besar kami.... hari pertama ramadhan kami berpeluang balik ke rumah mertua di Pekan... berkejaran balik lepas kerja... alhamdulillah sempat sampai sebelum berbuka... cuma tak sempat nak bawak apa-apa pun juadah istimewa untuk keluarga... cuma sempat ke Bazaar Ramadhan Gambang untuk beli kuih yang tak seberapa je.... tapi semua juadah tu jadi sedap bila dah berkumpul makan ramai-ramai.. seronok...

lepas tu pada 5 ramadhan pulak, akak ipar ajak kami ke rumah untuk berbuka puasa... memang hari Ahad aku free tapi disebabkan akak ipar aku memang pro memasak jadi aku buat keputusan buat makanan yang ringan-ringan je la... dan disebabkan juga dia selalu masak masakan yang pedas-pedas... maka aku buat keputusan masak nasi goreng yang tak pedas untuk hidangan anak-anak...

alhamdulillah....pilihan tepat... buah epal hijau dan nasi goreng tinggal sikit bila kami berkemas...


menu berbuka 


tengoklah juadah lain yang akak ipar aku sediakan... ada ikan baung masak asam pedas tempoyak pahang, ada sup tulang, ada sayur peria goreng, ada kerabu jantung pisang (yang ni aku siap tapau bawak balik...hehehe) ada jugak laksa kuah pahang... memang terliur bila cerita masa tengah puasa ni..... kalau kami datang rumah dia memang sentiasa ada makanan la... suka yang jadi adik ipar ni... senyum lebar je...

dan pada hujung minggu lepas kami berpeluang balik ke kampung di johor untuk berbuka bersama keluarga di johor... suka bukan kepalang mak dan abah bila dapat bersama-sama anak-anak dan cucu di bulan puasa...

berpuasa kat rumah mak jangan cakap la macamana... walaupun menu biasa tapi tetap menawan hati dan perut....

hari pertama di rumah mak, kami berbuka dengan roti sardin air tangan mak... sedap sehingga menjilat jari...

hari kedua kat rumah mak, kami berbuka dengan capati dan kari daging air tangan abah.... wallah... yang ni tak yah cerita la kesedapannya....


capati abah 



abah dan capati 



hari ketiga kat rumah mak, kami berbuka dengan sup kambing dan nasi impit... dan ditambah dengan sukun goreng...asalnya daging kambing ni nak buat kari semalam tapi orang yang beli tu lambat balik jadi menu bertukar ke sup kambing hari ni...


nasi impit 




nasi impit je dapat disnap gambarnya... sup kambing hot...hilang je..
 


shah tengah sibuk letak sambal kicap.. huish...silau baju bang...
hari keempat kat rumah mak, menu simple tapi amat sedap.... buah sukun goreng (sama macam semalam... tapi tetap sedap sebab kat rumah mak) dan keropok lekor dicicah dengan sambal kicap...marveles... aku tambah pulak makan roti dengan baki sup kambing semalam...



sukun goreng 




tengok... siap ada tester... hehe...


tengok sukun kat tangan husna tu? nampak sedap je kan? 

berbuka kat rumah mak memang meriah dengan adanya 2 orang adik yang memang duduk sekali dengan mak... dan sorang lagi ADIK yang tengah menunggu dihantar ke Kelantan hujung bulan depan... dan ditambah dengan kehadiran sorang lagi adik lelaki aku yang duduk dekat dengan rumah mak... ditambah pulak dengan kami anak-beranak... memang meriah... sampai kena buat meja tambahan lagi... hehe..


meja tambahan 


dan bebudak yang tak puasa dan dah siap makan... apa tau aktiviti yang diorang buat? haaa...ini la dia... penyakit betul!


abg long...manisnya senyuman nak... 


abg ngah... dia suka buat juling camtu sekarang ni... 

tertanya-tanya mana husna kan? haaa...kat sini dia... kena duduk atas lantai pasal tak mau orang suapkan...



tengok...senyum je..janji dapat makan sendiri...alahai anak.. 


seronok sampai rasa tak mau balik dah... bila sampai masa nak balik hati jadi sayu... anak-anak pun sama... si husna lagi la... melambai sampai hilang dari pandangan... sedih....

aku berdoa semoga Allah panjangkan umur kami dan beri kesihatan yang baik untuk bertemu lagi di Ramadhan tahun depan..amin.... lepas ni kami mungkin akan balik raya di johor pada hari ke 7 syawal..insyaaAllah...

kalau berbuka di rumah kami ni cuma aku, shah dan peneman setia kami... si husna je la...

macam waktu kami berbuka semalam...

menu kami ialah roti jala dan kari ayam.... dihidang bersama air oren dan sirap cincau....


dah kurang separuh...kena makan dengan orang tak puasa... 


tengok siap je hidang...siapa yang hadap dulu pinggan ummi dia? hmmmm... sabor je la....


tengok pinggan ikan dia dilupakan...nampak lagi sedap yang ummi punya kot... 

teman sebantal... setilam... serumah... seperjuangan... sepinggan (eh... tak pernah ek bang?)... dan teman segala-galanya la.... yang tak pernah menolak apa saja yang ku masakkan untuknya... walaupun tak sedap kan bang?....terima kasih bang...



setia memujuk husna meradang... eh tapi macam muka abg je yg tengah merajuk..hehehe...

hari minggu ni kami bercadang nak ajak adik beradik shah datang berbuka di rumah... tengah plan menu apa yang best untuk dihidangkan ni....seronok berbuka beramai-ramai...


p/s petang ni pulak nak masak tomyam ayam dan sayur je la....yang senang... pastu celur meehoon... shah kena ot malam ni... kena berebut dengan anak-anak la jawabnya...

ENTRY INI DITULIS KHAS BUAT GIVEAWAY ANJURAN BLOG 1001RESEPI DI BAWAH NI :


Selasa, 23 Julai 2013

Resepi Lontong Goreng - Menu Bersahur

assalamualaikum semua,

petang semalam ada kawan-kawan di group whats-apps cerita pasal lontong goreng....

lepas tu teringat pulak pernah belajar dengan akak kat opis ni cara-cara nak buat nasi impit atau orang johor panggil lontong yang mudah...

jadi semalam nak buat percubaan la kononnya.... dan cadangannya nak buat lontong goreng sebagai menu berbuka kami petang ni...

tapi akhirnya menu berbuka tu bertukar menjadi menu bersahur disebabkan ketidaksabaran aku.. hehehe...
alhamdulillah atas rezeki kesihatan yang dikurniakan... masih lagi boleh memasak untuk keluarga...

ok meh kita cerita pasal resepi lontong goreng ni...




Lontong goreng 


Lontong Goreng Versi Cerita Ita

Bahan-bahan untuk lontong
1 pot beras
3 pot air
1-2 sudu besar minyak masak

cara-cara
1. masak semua bahan dalam periuk nasi elektrik sehingga masak.
2. bila dah masak, masukkan nasi lembik yang masih panas ke dalam plastik.
3. ratakan plastik dengan kain
4. Biar sejuk dan bila sejuk nasi dipotong dadu.



lontong yang disejukkan 


sedia untuk dipotong 


Bahan-bahan untuk lontong goreng
Nasi impit @ ketupat nasi segera (5 biji yang kecil) dipotong dadu
1 biji bawang besar (kisar)
2 biji bawang putih (kisar)
1 sudu besar tomato puri
1/2 sudu besar sos tiram
1 kiub ayam
2 sudu besar cili kering kisar
1 pokok sawi (asingkan batang dan daunnya)
1/4 lada benggala (dihiris)
garam secukup rasa

Cara-cara
1. tumis semua bawang dan cili kering sehingga naik bau
2. masukkan tomato puri, sos tiram, garam dan kiub ayam dan kacau rata
3. masukkan batang sawi dan masak sehingga layu
4. bila bahan tumis agak kering masukkan lontong dan gaul rata
5. masukkan sawi dan lada benggala dan kacau rata sehingga sawi layu (kacau sekejap2 untuk elakkan lontong hancur)
6. bila semua sebati matikan api.



lontong goreng 


senang je kan? ada orang suka letak sayur macam-macam dalam lontong goreng ni... ikut suka la nak letak apa pun... kalau suka boleh juga tambah carikan ayam rebus atau goreng atau daging kisar ataupun telur hancur...

aku suka kalau letak banyak sayur macam taugeh.. kangkung.. lagi sedap kalau guna cili padi...

selamat mencuba ye...



p/s pagi-pagi dah cerita makanan kan? maaf la ye... takut petang tak sempat... tak pun boleh bagi idea kat sesiapa yang cari menu berbuka petang ni...