Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Ahad, 29 September 2013

Nak balik dah..

assalamualaikum semua,

nak balik dah ke kuantan semula hari ni..

inshaaAllah lepas maghrib kami gerak dari rumah mak dan abah ni...

ni yang rasa malas bila nak balik kampung ni...malas betul bila nak balik semula..bestnya duduk kat kampung..hilang semua masalah rasanya...tenang je..

hari ni je kami tak berjalan mana pun..semalam keluar jugak kejap cari barang-barang buat biskut..

hari ni rilek je la..pukul 4.30 tadi baru siap goreng ayam berempah..saje je buat makan-makan..

ini pun tengah melayan adik husna makan buah kiwi..
asyik keja makan je anak dara ni..huhu..makan..tukar baju..makan lagi..tukar baju lagi..asyik gitu la ulang-ulang..sabor je la..

meh layan gambar ayam goreng berempah...pasni nak ajak husna golek-golek depan tv kat depan..


Ayam Goreng Berempah 



p/s esok beli strawberry la...teringin nooo nak kek strawberry cheese tu..terasa2 kat tekak..

Misi tercapai!

assalamualaikum semua,

hari jumaat hari tu aku kata misi nak meracun diri dengan mee racun hampir tak dapat kan?

akhirnya pukul 4 lebih shah ajak aku bersiap pegi...alhamdulillah..

dan akhirnya misi meracun diri dengan mee racun terkenal di Batu Pahat tercapai jua...

cerita penuh nanti aku cerita balik ye...kena ada gambar-gambar baru best...

bukan setakat cerita mee racun je yang aku nak ceritakan...ada benda best lain lagi nak cerita ni..

sekarang ni nak tidur dulu...dah 2 malam tidur tak berapa tidur ni..abg ngah tak sihat..batuk dan demam selsema...ni malam ni adik husna pulak terjangkit..aduhai..

p/s tadi dah gi memborong barang untuk projek Cikta Chipnuts Kukiss..meh la tempah untuk raya haji ni..

Jumaat, 27 September 2013

Jadi ke tak 'meracun' ni?

assalamualaikum semua,

aku tengah melepak dengan aman sambil surf internet nak tengok hari apa kedai mee racun batu pahat ni tutup.. sesiapa yang tau tolong bagitau ye...tak jumpa lagi orang yang bagitau ni..

kalau kat rumah mak aku rilek banyak betul tau...pagi tadi kami sampai pukul 2 pagi...dah tu sampai pukul 4 lebih tak boleh tidur sebab abg ngah demam panas dan muntah-muntah...letih gila kan dengar? tapi shah yang uruskan semua...kesian dia letih sangat dah...ni pun masih tidur ...kejap lagi kang aku nak kejut solat zuhur...

jadi program nak meracun diri dengan mee racun ni macam kena tangguh dulu je ni...tak sanggup pulak nak request ni...tak sampai hati..

anak-anak pulak kalau kat kampung senang hati gila tau...bebas je diorang main kat mana-mana je...seronok pulak tengok..

p/s pada yang dah sudi menyinggah dan komen..inshaaAllah bila dah balik nanti aku balas ok..

Perasan tak?

assalamualaikum semua,


korang sihat di hari Jumaat yang penuh barokah ni...?


ni ...nak tanya korang sikit... perasan tak yang header aku tu dah bertukar? hahaha.... macam ceria sikit kan warnanya?

terbukak sikit mata yang mengantuk tu kan?

tapi terfikir la... macam tak comel pulak beso gedabak macam tu.... ada cadangan tak nak kecikkan sikit ek?


apa pun terima kasih pada yang sudi beri pendapat hari tu ok... sangat-sangat dihargai....



header baru cerita ita



p/s entry ni autopublish... payah beno nak naip entry kalau kat kampung... kalau ok aku update lagi ok...

Khamis, 26 September 2013

Kluang... aku datang...

assalamualaikum semua,

petang ni macam agak suram suasana di Kuantan ni tapi tak menjejaskan perasaan gumbira dalam hatiku ini....

wah.... feeling best sangat ni... kami nak balik kampung ni....

inshaaAllah...kalau takde aral melintang macam biasa kami akan gerak balik malam ni sebab esok cuti... bestnya... dapat 3 hari di kampung....


abg long pun dah sibuk-sibuk je tanya.... hari selasa lepas...



abg long : bape hari lagi kita sekolah ummi?

aku : ada lagi 3 hari masuk hari ni...

abg long : lepas tu kita pegi mana?

aku : kita balik kampung la jumpa atuk wan..

abg long : ye ke ummi? saya suka la... saya dah rindu atuk wan...

aku : ye ke? bukan abg long rindu PSP pokde ke?

abg long : mana ada la ummi....saya rindu nak balik rumah atuk wan... adik dengan abg ngah pun dah rindu jugak...

aku : hmmm... ye la hujung minggu ni kita balik ye...

abg long : yeay....



alahai anak.... tersentuh hati ummi tau... kalau dah besar esok..ingat tak nak balik jumpa ummi agaknya ye?


tapi anak dia tak tau yang ummi dia ada misi sampingan jugak ni.... hahaha....

mau menjejak Mee Racun di Batu Pahat yang dah meracuni fikiranku sejak sebulan dua yang lalu.... harapnya dapat la nak merasa.... sluuurrrpppp...meleleh air liur dah ni...

tadi pun lepas kursus ada pulak staff orang muar (muo) sebut pasal nasi beriani sedap kat BP tu gak... adoiiii...dugaan betul la....


p/s terasa nak makan strawberry cheesecake la... tapi nak buat tak sempat dah ni... buat kat rumah mak aci tak ye?



Mana lebih elok?

assalamualaikum semua,

banyak betul kontroversi sekarang ni tau... lagi lagi melibatkan artis....

sibuk dengan cerita filem Gangster 2 kena ciplak... sedap noo ke cite tu sampai kena ciplak? aku ni Gangster 1 pun tak tengok...jadi memang blur bila orang cakap ada yang ciplak filem kedua anak Datuk Yusof Haslam ni... dengarkan je la...

dengan tetiba ada pulak artis yang dituduh tunjuk anu dia kat bini orang.... adoiiii... korang ni betul takde keja kan? sakit jiwa tau... nak membesarkan anak-anak dalam keadaan pancaroba camni...

dengan tetiba pulak KRU keluar filem baru apa nama dia tu? Vikingdom? huh... blur aku... terus blur... pulak tu tetiba je wujud Vikingdom menyebabkan kontroversi agama.... wah.. lagi terkejut kau...
takpe la aku tengok tv je la kat rumah ye....

jadi bagi mengelakkan adanya kontroversi yang berlanjutan di Cerita Ita ni... maka aku nak mintak pendapat korang la dulu... sebelum kontroversi melanda karang kan?.... walaupun aku bukan artis... hehehe...


aku nak mintak pendapat pasal header aku ni...korang rasa ok lagi ke pakai header tu memandangkan husna dah besor panjang dan dah pandai nak mintak adik (eh?)... tambahan pulak... macam dah tak up to date kan?

apa kata korang buat pilihan....

antara yang ini....

A :




header cerita ita



atau yang ini....

B :



header cerita ita 





jadi..... apa kata survey?.....



p/s aku akan ada ceramah lepas ni... pastu nak gi check aset pulak... doakan urusanku dipermudahkan ok...

Rabu, 25 September 2013

Resepi Agar-agar susu lapis milo

assalamualaikum semua,

nak bagi resepi yang dijanjikan ok... memula yang senang dulu la ye...



Agar-agar susu lapis milo



Agar-agar susu lapis milo

resepi oleh Cerita Ita

Bahan-bahan
10 gram agar-agar (aku suka guna yang panjang2)
4 cawan air
4 sudu besar gula
2 cawan susu cair
4 sudu besar milo
1/2 cawan air panas



Agar-agar susu lapis milo







Cara-caranya
1. Masak agar-agar dan air di atas api sederhana sampai agar-agar cair.
2. Masukkan gula dan kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati dan matikan api bila mula mendidih.
4. Dalam cawan air panas, masukkan milo dan kacau rata.
5. Buat dua bahagian dari agar-agar yang dimasak tadi. Satu bahagian dimasukkan milo yang telah dicairkan tadi. Elok diletakkan ke dalam periuk supaya boleh dicairkan semula apabila agar-agar mula membeku.
6. Letak bekas dalam loyang yang berisi air (untuk mempercepatkan agar-agar beku).
7. Tuang bahagian susu (putih) ke dalam bekas. Bila dah agak-agak keras di permukaan boleh dicurahkan bahagian milo pula. Cara ini diulang untuk mendapat lapisan susu dan milo.
8. Agar-agar akan sedikit lembut. Simpan dalam peti untuk hasil agar-agar beku yang lebih sempurna.

tips : ada orang yang buat cakarkan sikit atas setiap lapisan untuk membolehkan lapisan tu melekat antara satu sama lain, boleh juga tak buat tapi agar-agar akan jadi macam kuih lapis nanti. boleh ditanggal satu persatu lapisan dia.

selamat mencuba ok!




p/s tengah siapkan isi untuk sesi ceramah esok... hmmm... blur.. walaupun benda sama hadap hari-hari..

Selasa, 24 September 2013

Menu minum petang

assalamualaikum semua,

melegakan kaki setelah mesyuarat setengah hari dan berlarian ke sana sini...

meh buat kerja sambil minum petang pulak....

nak minum dengan apa? haaa..... selalu kita minum petang dengan kuih muih je kan? apa kata kali ni kita tukar pulak pada yang lebih banyak kekacang.... apa tu ye?

haaa.... tarra....


CikTa ChipNuts Kukiss



biskut buatan cik ta la... sekarang ni tak main dah minum petang dengan chipsmore bagai semua tu... masa tu dah lupus ok... ecece... berlagak pulak sejak boleh buat biskut sendiri ni...

tapi amaran tau ni... kalau korang nak makan biskut koleksi cik ta ni kena makan dia je.. baru ngam... kalau nak lawankan dengan teh ke kopi ke... kena minum sambil makan biskut ni.. jangan sesekali cicah dalam air tu tau... kalau tak karang korang kena guna sudu pulak... tak pun straw je terus pasal cair dah... huhu...


dari google

 dari google

kalau sesiapa yang berminat jangan lupa 'place your order' tau... meh cepat... hujung minggu ni cik ta nak balik kampung kat kluang sesiapa yang nak order tu bagitau ok... harga cuma RM12 je sebalang....


p/s resepi yang tertunggak tu nanti ye... azab nak menaip bila keja banyak ni...waaa...

Isnin, 23 September 2013

Agar-agar susu lapis milo

assalamualaikum semua,

dah malam baru sempat nak jengah...malam semalam sampai pagi aku siapkan biskut...mata ni dah layu je sebenarnya tapi tak boleh tidur lagi..shah keluar mengeteh dengan kawan-kawan setaman ni...

nak lelap karang dibuatnya anak-anak main bukan-bukan tak ke bahaya tu..

sambil melepak sambil mengajar abg long membaca ni...letih berebut dengan adik-adik dia lagi...memasing nak pegang buku sorang satu...dengan husna nak ngempeng lagi...wah..memang azab kalau dibayangkan keadaan aku masa ni..dengan tahan mata mengantuk lagi ni..

mana nak menaip blog lagi ni..huhuhu...

tadi sebelum maghrib aku sempat cairkan agar-agar..teringin nak makan benda sejuk-sejuk..pastu tadi dah siap dah tadi..aku dah selamat masukkan dalam peti dah pun...resepi macam biasa..tengah bergolak ni tak sempat nak tulis..layan gambar je la ye...

p/s makin azab bila abg long tengah baca buku 2 tetiba tukar jadi buku 8..eh..ni la padah anak ramai ita...

takde elektrik dan line maxis buat hal sejak kul 9.30 tadi..

Ahad, 22 September 2013

Daging masak ungkep dengan roti, Asam Pedas Ikan Pari dan Lempeng, Mandi pantai..

assalamualaikum semua,

huhu...panjangnya tajuk....
nak memadamkan dengan lama aku hilang kan...?

hari cuti kan...family time...

semalam lepas shah balik kerja berebut kami pegi tunaikan janji nak bawak anak main kat petrosmart kat yayasan pahang..

boleh pulak ekon dekat bangunan yayasan pahang tu dalam penyelengaraan..panas gila..mujur kejap je kat situ...bukan ada orang pun cuma keluarga kami je pun..hehe..rasa macam pusat sains keluarga pulak tetiba...

pastu kami jalan-jalan kejap kat luar bangunan tu..tengok-tengok kolam kat depan dia..tadi macam pusat sains kami kan? ni macam bangunan kami pulak..hehehe..

lepas tu boleh pulak masa dalam kereta nak balik rumah terfikir mandi pantai pun best jugak kan...apa lagi..balik rumah kejap...kemas apa yang patut dan terus ke pantai...

anak-anak apa lagi...suka bukan kepalangnya...berebut memasing nak turun ke laut..sibuk bertanya boleh mandi ke tak...

ye la walau pantai tak sampai pun 5 km dari rumah kami tapi perginya boleh dikira dengan jari..kalau datang pun cuma jengah je dari tepi..risau nak lepaskan anak-anak main di pantai..takut sangat kami terleka..dan semalam bagi diorang main puas-puas..pukul 6.30 petang baru kami balik rumah..senang hati semua..senyum je...sampai hari ni pun mengajak pegi lagi...tapi tak boleh sebab shah ada ot malam ni..berebut pulak nanti.. maaflah takde gambar..sibuk jaga anak-anak sampai hp semua kena tinggal dalam kereta je..

pagi ni semua bangun awal semangat agaknya dapat mandi pantai...sibuk pulak aku memasak sarapan tadi di samping siapkan tempahan biskut...sesiapa yang berminat tempahan dibuka sentiasa ok...sila la ke koleksi cikta tu ye..ceh..sempat iklan pulak...free tak berbayar ni ye...hehe..

dan menu pagi tadi simple untuk sarapan..aku cuma buat lempeng je...anak-anak makan gitu je..aku cicah dengan lauk semalam..peria goreng pedas telur..

tetiba je abg long boleh pulak tanya... "ummi..takde ke kuah merah ikan pari?" (maksud dia tu asam pedas la)..

memasak pulak asam pedas ikan pari buat anak bujang ni...siap request nak yang tak pedas...puas aku godeh bagi merah tapi tak pedas tau..dah rupa asam rebus pun ada dah aku tengok..

tapi berbaloi aku masak...licin lempeng tak berbekas sikit pun...alhamdulillah..

pastu tetiba je teringin nak buat daging masak ungkep...korek-korek resepi dengan kawan-kawan...dengan konpiden nak buat sekali jintan puteh takde...aku buat je dengan apa yang ada...alhamdulillah tak menjejaskan rasa...resepi daging ungkep ni aku cerita esok ye..payah nak tulis kat hp ni...kang salah taip pulak..

dan tadi bila ungkep siap pukul 4 lebih...aku santap pukul 5...alhamdulillah bertambah shah makan nasi...terima kasih bang... aku pun laju je makan dengan roti semalam...resepi roti pun carry forward ok..yang ni pun boleh cuba confirm jadi..walau takde breadmaker atau kalau ada pun malas nak guna macam aku..hahaha..

bebudak pun laju makan nasi dengan kuah asam pedas tak pedas..alhamdulillah...syukur..hilang penat memasak kan... ;)

p/s ada lagi adunan biskut lum abis bakar tu.. rilek dulu la..banyak dugaan bila anak-anak segar bugar ni..kejap-kejap nak susu..kejap-kejap nak air cantik(sirap).. kejap-kejap nak air milo ais...adoiii..dah gaya kedai makan dah ummi ni nak oiii.....yang kecik pun sama sibuk..nak acu...nak acu..(nak susu :) )

Sabtu, 21 September 2013

Membuat roti atau menguli roti atau meroti?

assalamualaikum semua,

letih pulak rasa pepagi ni...macamana la orang boleh gigih buat roti agaknya...aku dulu-dulu rajin la...sekarang ni bila anak-anak dah mula pandai mintak itu ini rasa macam leceh pulak...

sebab bila tangan dah pegang doh melekit tu mula la drama macam-macam...sudahnya doh dah terlampau naik...yis dah terlampau berbuih....macam-macam la lagi halangan...

keputusannya aku kena beli breadmaker...lepas ni kena survey harga...eh? hehehe...

cite roti ni aku sambung kemudian ye...tak best kat hp takleh nak edit gambo...

p/s tghari ni nak masak cendawan + fishball goreng, peria goreng telur pedas dan goreng ikan pekasam kak anim.. alhamdulillah..

Jumaat, 20 September 2013

Ada projek baik punya...

assalamualaikum semua,

korang dah tidur?

aku belum...menemankan anak bujang sulung ni haaa...yang sibuk nak tengok cite X Men kat tv3....

aku layankan je la...sambil buat perbincangan projek besar punya ni...besar la konon..hihihi...

ada la projeknya...nanti dah keluar hasil aku tunjuk ok...

selamat malam pada yang nak beradu...shah dan anak-anak lain dah selamat pun ni haaa...

p/s aku nak gi buat sesuatu untuk sambung projek meroti esok ni..tadi siap dah salin resepi dari jintanmanis.com...fuhhh...berangan punya la baik...tepung roti aku ada x ye? aiseh...

Sakit jiwa kan orang ni?

assalamualaikum semua,

kelmarin ada janji nak post satu cerita pasal gambar WW #40 kan... terpaksa memungkiri janji ok...

semalam tak boleh pulak sebab ada kursus grooming di HTAA...seronok.. nanti kita cerita panjang lagi ye...

tapi nak cerita satu perkara menarik kelmarin ni...

masa nak balik aku sempat sekodeng blogger.... pastu terpandang satu komen....




kat entry sini la

Lirik Lagu Rozita dari Kumpulan Lantana


alahai kesian kan orang ni..... sakit jiwa kot...ke takde orang buat lagu atas nama dia... hihihi.... sabo je la kan....

nak publish ke tak komen macam ni ye?

p/s semalam dapat order lagi untuk produk baru Koleksi Cik Ta...alhamdulillah rezeki...nak tau apa produk baru tu... kejap aku update kat sana ye...

Rabu, 18 September 2013

Selasa, 17 September 2013

Rezeki dari Kedah..

assalamualaikum semua,

diharap semua sihat hari ni ye.... kami sekeluarga alhamdulillah sihat semuanya... cuma adik husna ada sikit selsema tapi alhamdulillah masih tidur dengan lena...

hujung minggu baru ni berakhir dengan suasana cukup ceria untuk kami semua.... malam tadi kami sempat singgah di Fun Fair untuk hiburan anak-anak...

jadi la anak-anak merasa naik permainan yang ada di situ walaupun sekejap cuma... kami peruntukkan tak lebih RM20 untuk anak-anak...syukur anak-anak ceria...kecuali adik husna yang akhirnya mengamuk sebab tak puas main... kami abaikan je la... masuk kereta dan biar je dia menangis dan berhenti sendiri... tak mau ajar bila dia nangis kami layankan... biar dia tau masa yang betul untuk main dan berhenti... (tentunya berhenti bila kami dah abis duit peruntukkan..hehe...)

meh tengok gambar anak-anak yang seronok...


rupa macam nak tertidur pun ada princess ni... 


permainan yang ketiga diorang ni naik.. 



petang ni aku dikejutkan pulak dengan bungkusan misteri dari Kedah....


bungkusan dari kedah 


tak terkata bila tengok isi kat dalam bungkusan tu... Ya Allah... puncanya setelah baca entry dari Ikan Pekasan Sg. Komoi punya cerita la aku terkomen kat blog akak yang baik hati ni...dan akhirnya sampai satu bungkusan penuh bukan setakat ikan pekasam je pulak tu....


ikan pekasam, keropok dan kuah rojak mak bee 



terima kasih la bebanyak pada kak ANIM yang sudi menghantarkan bungkusan penuh barang berharga tu ye kak... semoga Allah permudahkan urusan perpindahan akak dan murahkan rezeki akak sekeluarga di tempat baru jugak...amin...



p/s malam ni dah terasa kat tekak nak makan nasi panas dengan ikan pekasam Sg. Komoi la.. hehe..

Isnin, 16 September 2013

Selamat Menyambut Hari Malaysia buat semua

assalamualaikum semua,

pagi ni kami menyambut hari malaysia di kampung shah...di Kg Bt 8 Lepar Banjir Pekan...

semalam petang bertolak dari rumah dan sampai dalam pukul 7 lebih...lama tak kumpul adik-beradik...jadi sesaja je la nak berkumpul...bagi anak-anak kenal dan bermain dengan sepupu diorang...

pagi ni akak ipar aku buat nasi dagang untuk sarapan...tapi ada bau nasi lemak aku semalam diorang panaskan kot...wangi je bau dari depan ni...

mesti korang pelik...bau makanan dari dapur dan aku kat depan...hehe...aku baru lepas susukan husna tadi pastu tengah kemas tempat tidur pulak ni...ternampak hp..update blog dulu la...hehe...

abg long dah bising ajak balik johor...sebab lama tak balik agaknya..bulan lepas tak balik sebab mak abah datang rumah kami sebelum sama-sama gi hantar adik ke UMK Jeli...eh aku belum cerita pasal tu kan? nanti aku ceritakan ok...

ok...jom mengemas...

layan gambar nasi lemak aku semalam je dulu ye...pepetang nanti ke aku tunjuk gambar nasi dagang tu..

p/s apa pengisian hari malaysia korang? tetiba teringin nak berpiknik dengan keluarga ramai-ramai kat pantai la...bestnya kan...

Ahad, 15 September 2013

Live dari Kuantan: Keputusan Final Pesta Bola Merdeka 2013

assalamualaikum semua,

hari ni berlangsung perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka yang ke 41 di Stadium Darul Makmur...

ramai yang datang menyaksikan kemenangan pasukan kebangsaan Malaysia yang digelar harimau muda menggondol kejuaraan buat kali yang 12... tahniah Pasukan Malaysia...

Malaysia mengalahkan Myanmar dengan 2 jaringan berbalas 0 sehingga minit terakhir perlawanan...syabas..

aku cuma mampu tengok perlawanan secara langsung dari tv je la...dan memang akhirnya melaporkan kemenangan secara langsung dari kuantan pasal aku duduk kat kuantan kan? ;) hehe...jangan marah ya...

apa pun terjadi kami tetap menyokong dari rumah...nak menonton di stadium pepaham je la...dengan cuaca yang selalunya hujan sekarang ni di kuantan dan dengan adanya anak kecik...rasanya tak bape sesuai untuk kami pegi..ditambah pulak dengan harga tiket..boleh buat makan seminggu tu..

tadi sebenarnya cadangan asal nak tengok perlawanan hoki di stadium hoki kuantan...tapi memandangkan hujan dah turun sejak petang tadi...angin pulak dah lebih dari jangkaan...dan anak-anak dah letih meronda zoo petang tadi...maka plan asal terpaksa dibatalkan..

jom layan gambar aktiviti main buih kat bawah tu...ni kat zoo teruntum tau..bayaran dari RM2 ke atas..

plan ke petrosmart pun terpaksa tunda esok je...

p/s dalam pada tu sempat lagi aku bakar projek Koleksi Cik Ta ni...ehem..ehemmm...apakah dia tu???

Sabtu, 14 September 2013

Bdaman? Argggghhh...menyampah betul la!

assalamualaikum semua,

hari ni hari cuti... yeah masa bersama keluarga akhirnya tiba.... tapi kenapa aku kat depan laptop pulak ni...?

hahaha... ini pun komitmen untuk keluarga apa...menambahkan pendapatan walaupun nuffnang seakan merajuk dengan blog Cerita Ita ni... ciput benor la iklan yang dapat sekarang ni... nak naik ke angka 20 sen pun payah... aduhai...

tapi takpe aku bernuffnang sekadar sambilan.. (ye ke....?) yang penting nak tulis cerita kat blog pasal family untuk kenang-kenangan.... mana tau satu masa nanti abg long dah pandai berblog dan nak ber"blogwalking" ke blog ummi dia ke ni kan... mana tau...

dialog budak sekolah akan datang :

budak 1 : eh mak ko ada blog eh?

budak 2 : mestilah... tak moden la kalau takde blog...

budak 1 : wah... meh la bagi link blog... mana tau mak aku follower dia ke selama ni... ;)


itu andaian aku je la kan....mana tau jadik betul-betul kang....

tapi aku bukan nak cerita pasal blog ni la....nak cerita pasal tajuk kat atas tu haaa.... melalut lagi...

biasalah....nak bagi korang stay lama kat pageview ni kan....hehe.... sebab ada orang kata untuk jadikan post tu berharga bagi orang duduk situ sekurang-kurangnya 3 saat....orang kata la....bukan aku kata.... jadi sekarang dah lebih 3 saat? ok dah lebih.... jom sambung ke tajuk sebenar...

kenapa tajuk aku tetiba je pasal Bdaman ni?

ini Ben Ashaari punya pasal la tulis tajuk ni semalam... dah aku nak kena cerita jugak... padahal aku ni banyak cerita lain nak cerita lagi.... ecece...banyak la konon....nak update satu cite sehari pun nazak ita oiiii...


memula kita kena kenal apa Bdaman ni?

memula kena tengok gambar...


B-Daman gambar aku pinjam google 





lepas tu penerangan... dalam bahasa omputih boleh la yer....itupun payah nak cari...

B-Daman


B-Daman (ビーダマン Bīdaman?) is a marble shooting toy produced in Japan by Takara.
The blaster's design is a humanoid figure at the centre, from which a specially made marble, is launched (not just any marbles can be used). Different attachments are used to change a B-Daman's accuracy, power, balance, control, and rapid fire. They are customizable and each have a special gimmick.
In the English language Battle B-Daman toys, the marbles are referred to as "B-Daballs". In all cases they are simply called "marbles" (Japaneseビー玉biidama, hence the name "B-Daman") in Japan.
(Sumber dari Wikipedia)

dengan kata lainnya benda alah ni berpunca dari kartun Bdaman yang berleluasa di TV tu haaa (sila pantau anak anda dari dijangkiti virus Bdaman ni)... lepas tu bila kartun dah popular pandai la diorang keluarkan permainan pulak...(adoiii... yang ni mak bapak memang tak leh tahan ok)... sama la dengan kartun Bakugan dan entah apa lagi yang seangkatan dengannya ni....

lepas tu layan gambar lagi....




 pistol B-Daman gambar aku pinjam google 


lepas tu gambar lagi....


ini lah benda alah yang ada dalam pek tu 

lepas tu baru cerita kenapa aku menyampah...


haaa... dah boleh cerita dah.... ceritanya begini...


Slot 1


abg long : ummi... tadi kan...saya main Bdaman kat sekolah tadika ustazah (sila pantau ye ustazah..berleluasa noo dah bebudak ni bawak mainan gi sekolah ni)

aku : siapa punya abg long?

abg long : mukhriz punya la....dia bagi saya pinjam...

aku : lainkali tak yah la main orang punya mainan tau... rosak kang susah nak ganti pulak..

abg long : ok

abis slot 1


Slot 2


abg long : ummi, saya......nak beli Bdaman boleh tak?

aku : Bdaman tu yang ada guli besar-besar dan tembak macam pistol kan?

abg long : ye la...camane ummi boleh tau?

aku : ummi tau la... (takkan nak cakap yang aku pernah main pulak kan?)

abg long : ada yang guli kecik jugak ummi... tapi pistol dia kecik sikit la... tak hebat macam yang emas tu.. boleh masuk guli besar... (eh bila pulak ummi ko suruh ulas ni nak oiii?)

aku : hmmmmm....

abg long : boleh saya beli tak ummi?

aku : ummi takde duit..

abg long : takpe la kita beli bila ummi ada duit ye?

abis slot 2


Slot 3


kat Rantau Panjang baru-baru ni

abg long : ummi saya nak Bdaman macam  ni la...

aku : abg long tau kan...peluru dia tu apa?

abg long : guli...

aku : haaaa...kalau guli...main dalam rumah...kena tv ke kena cermin ke kena pintu ke...boleh pecah kan?

abg long : ala...saya main slow-slow je la ummi..

aku : ye..ummi tau abg long boleh main slow-slow...tapi adik-adik? abg ngah tu kalau abg long nak beli dia sibuk nak beli jugak..dan masalahnya dia bukan pandai main lagi... dia kecik lagi...karang kalau dia main baling-baling guli tu...kan boleb buat pecah semua barang-barang? (haaa...panjang lebor syarahan aku)

abg long : saya main senyap-senyap je la ummi... takyah tunjuk kat abg ngah...

aku : tak boleh la abg long... 

abis slot 3 dengan muka masam dia merajuk


Slot 4


kat Giant baru-baru ni

abg long : haaaa...ummi kat sini pun ada la Bdaman.. (hish aku sakit hati betul la orang yang jual benda alah ni merata-rata....ni kat kedai buku pulak tu...apahal la kedai buku nak jual mainan pulak kan?)

aku : tak boleh abg long... (keras je nada aku sambil jalan terus...)

abis slot 4 sekali lagi dengan muka merajuk.... hmmm...


kesimpulan : elakkan diri anak anda dengan rancangan kartun yang mengarut banyak noo kat tv tu... juga elakkan dia melalui sebarang tempat yang menjual mainan... sekian...



p/s hari ni nak bawak dia ke petrosmart yang aku cerita malam tadi... haaa... yang itu lagi berbaloi dari permainan Bdaman ni... free pulak tu...

Jumaat, 13 September 2013

PetroSmart Kuantan : Aktiviti Hujung Minggu

assalamualaikum semua,

hujung minggu ni banyak betul aktiviti kat Kuantan ni tau....

macam minggu lepas jugak cuma bezanya minggu lepas kami tak keluar kemana-mana event yang ada di Kuantan ni pun sebab hujan yang lebat... tak sanggup rasanya memijak lumpur dengan anak-anak kecik semata-mata nak join mengemparkan diri di Pesta Gempak Astro dan tempat-tempat lain tu...

minggu ni pulak event banyak kat dalam tempat tertutup.... macam malam esok ada perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka 2013... Malaysia bertemu Myanmar....


Final Pesta Bola Merdeka 2013 


tapi yang sedihnya berbayar ni payah sikit la kan nak pergi... elok tengok dari tv kat rumah je la....
kalau tak salah tiket dia untuk perlawanan biasa RM20 seorang...tapi perlawanan akhir ni tak tau la pulak berapa...

ada gak lagi sukan yang tengah berlangsung sekarang ni... Perlawanan Hoki Piala Tun Abdul Razak 2013...yang ni aku tak pasti bila... tapi yang ini free... jadi boleh jugak kalau nak bawak anak-anak rasai semangat sukan sikit kan....



lagi satu lagi event ada kat Kuantan Parade...

MATTA Fair 2013 peringkat Negeri Pahang... yang ni berlangsung dari hari ni 13 September 2013 hingga 16 September 2013 di Kuantan Parade...

bagi sesiapa yang tak tau apa MATTA Fair tu... dipendekkan cerita sesiapa yang nak pergi bercuti dalam dan luar negari boleh la tengok kat sini... sebab kadang-kadang ada diskaun berbaloi-baloi untuk korang...

aku cadang nak jengah jugak ni... pasal abg long ada rombongan ke aquaria bulan depan.. kena top up tiket untuk abg ngah... kot-kot la ada tiket aquaria murah-murah kan?....(berharap...)




pastu lagi satu lagi event ni dekat je dengan rumah aku ni haaa.....

kat Bangunan Yayasan Pahang...

ada pameran sains rasanya.... ala-ala gitu la....

meh tengok gambar....


petrosmart Kuantan 



dan gambar lagi...



aturcara sepanjang 3 hari ni...korang guna la lampu picit bagi terang ye... azab nooo pakai hp ni... 



dah bercadang nak bawak anak-anak datang sini esok.... enjoy ye anak-anak....



p/s abiskan hujung minggu bersama yang tersayang boleh hilangkan stress tau....jom...

PERHATIAN : Menonton tv terlalu lama menyebabkan masalah kesuburan lelaki

assalamualaikum semua,


masa rehat tadi aku dah sempat pegi ke kedai Barang Kita tadi untuk dapatkan barang untuk projek esok ni... projek juta-juta... hahaha... takde la juta-juta pun tapi angan-angan nak ler dapat juta-juta tu kan... doa-doakan ler ye...

nanti aku cerita balik tentang projek ni ye... tapi akan ada udpate di Koleksi Cik Ta nanti la....

korang rasa dah nak terlelap je ke petang-petang ni? atau mood dah merundum pasal nak cuti 3 hari ni...?

kalau ya ini ada berita penting nak kongsikan dengan semua...pasti korang akan terbukak mata punya la... terutama lelaki yang ada tabiat tengok tv lama-lama.... tak pun si isteri yang suaminya memang takde keja lain... asyik duduk hadap tv je tu....

meh baca meh....

London: Pemuda yang menonton televisyen cuma tiga jam sehari berisiko kehilangan kualiti sperma sehingga separuh. 

Kajian menunjukkan kualiti sperma terjejas kerana kurangnya seseorang itu melakukan aktiviti fizikal. Lelaki yang suka lepak pasti kalah kepada orang sederhana aktif, menurut kajian Universiti Harvard yang diterbitkan dalam Journal of Sports Medicine di sini. 

Pakar berkata, kesannya boleh disebabkan kurang bersenam atau kepanasan melampau buah zakar disebabkan duduk lama. 

Lelaki yang mahu memiliki anak kini digalakkan tidak memakai seluar ketat untuk menjaga kualiti sperma. Pemandu dan penunggang basikal juga berisiko berdepan masalah kesuburan. 

Dalam kajian terbaru Sekolah Kesihatan Umum Harvard (HSPH), lelaki yang menonton televisyen lebih 20 jam setiap minggu memiliki kadar sperma 44 peratus lebih rendah berbanding mereka yang hampir tidak menonton televisyen langsung. 

Lelaki yang bersenam 15 jam atau lebih seminggu pada kadar sederhana dan kuat memiliki bilangan sperma 73 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang bersenam tidak sampai lima jam seminggu. Senaman ringan tidak menjejaskan kualiti sperma. 

sumber dari sini 

ada yang sangsi lagi... kalau yang sangsi tu lelaki...meh la buat ujikaji kat diri sendiri... jangan nak menyalahkan perempuan je bila tak dapat anak atau gagal hamil kan? >_^

ke jadikan itu alasan je nak tuai "madu"... hehe...



p/s kena rebut remote dari shah selalu ni... jgn bagi dia tengok tv... boleh kan bang? hehehe...  >_<


Khamis, 12 September 2013

Kereta abg long..

assalamualaikum semua,

semalam aku ada letak gambar WW kereta perpel abg long kan?

haaa...hari ni nak cerita sejarah kejadian kereta tu...

apapun nak berterima kasih dengan kak Anim yang rajin komen kata kereta baru ayah dia... sebenarnya jauhhh lagi kak kami nak pakai kereta baru tu...hajat memang la ada tapi buat masa ni tinggal hajat je la...tumpukan pada yang jauh lebih penting...

cerita dia pasal lukisan kereta abg long gini sebenarnya....

masa kejadian pertama : petang 10 September 2013

tempat kejadian : dalam kereta ketika shah jemput aku balik kerja

saksi kejadian : semua family member kami ada belaka la...


abg long : ummi nak tengok tak lukisan saya?

aku : mana?

abg long : ini lah..(sambil mengambil kertas lukisan celah tempat duduk hadapan)


lukisan abg long dipegang oleh adik husna 


aku : wah... abg long lukis kereta kaler perpel la...

abg long : ye la...(sambil senyum-senyum) cuba ummi tengok... semua perpel kan? kereta perpel... lampu isyarat pun perpel... (hahaha..ko memang leh geng dengan moksu ko la nak...)

aku : kenapa semua perpel? lampu isyarat pun kaler perpel? lampu isyarat warna apa abg long?

abg long : warna kuning, merah, biru....eh hijau... tapi saya memang nak semua warna perpel... hehehe...

aku : kenapa ada love ni?

abg long : saya kan suka dengan karina...sebab nanti saya dah besar saya nak kawin dengan karina la...

aku : eik????

abis kejadian pertama...


masa kejadian kedua : pagi 11 September 2013

tempat kejadian : dalam kereta ketika kami nak hantar dia ke sekolah

saksi kejadian : shah sorang je..

aku belek lagi lukisan abg long semalam...tetiba aku terperasan sesuatu...


lukisan abg long zoom in 

aku : abg long...apa yang abg long lukis ni...sambil tunjuk kat dalam kereta tu..

abg long : ummi tengok ni... ada saya yang dah besar (yang bawak kereta)...ada karina (yang duduk kat seat belakang pemandu)... ada burung hantu (yang hitam kat belakang sekali tu... huhu.. itu dah memang macam rupa hantu pun nak)...

aku : hehehe.... patut la ada love kat atas tu ye....?

abg long : ye la ummi... nanti karina suka dengan saya... lepas tu boleh kawin dengan saya...lepas tu boleh naik kereta dengan saya....

aku : abis burung hantu tu kenapa pulak dia ada jugak dalam kereta ni?

abg long : ye la saya kan suka dengan burung hantu...

aku : abg long tak seram ke tengok muka burung hantu tu? dengan badan dia besar lagi tu...

abg long : saya seram jugak tapi burung hantu kan warna hitam... sebab tu saya suka dia...pasal saya suka warna hitam.... (aduhai anak...apakah....)

abis kejadian kedua.....

korang sila nilai la sendiri ye.... keletah anak-anak.... beginilah suasana kami di rumah..... mana tak badan yang penat kerja seharian boleh hilang semua penatnya kan?

hari ni dia taknak sarapan dengan koko krunch sebab dia kata koko krunch tu buat dia sakit perut dan sampai cirit birit... tapi ada satu ayat dia yang buat aku tak tahan....

"ummi, karina tak malu pun tunggu saya abis beyak...sebab saya mintak dia teman...kalau tak saya takut hantu nanti camane?"

alahai anak.......


abg long.... kejapnya dah besar kan? 



p/s setiap kali ummi gi kerja...hati tergamit rindu dengan anak-anak... :)

Rabu, 11 September 2013

Selasa, 10 September 2013

Puding Roti Marble projek malam ni..

assalamualaikum semua,

disebabkan teringin setelah nampak kawan whatsapps kat group bebudak sekolah lama hari tu maka malam ni terjadi la projek baru lepas maghrib tadi...

projek puding roti marble..

meh tengok resepi dia jom...aku tak ingat aku ambik kat mana ntah...maaf ye kalau resepi ni korang punya..sila komen tau kalau resepi ni korang punya atau sesiapa yang korang tau ok..

Resepi Puding Roti Marble


Bahan-bahan
10 gram serbuk agar-agar (aku guna agar-agar panjang biasa tu)
3 1/2 cawan air (aku lebihkan 1/2 cawan pasal aku guna agar2 biasa..pernah buat ikut sukatan dulu..terkeras sikit)
4 keping roti putih (aku guna 3 keping pun dah ok)
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
170 ml susu cair (lebih kurang 2/3 cawan)
2 sudu besar butter@marjerin (yang dah dicairkan)
2 biji telur
2 sudu besar serbuk koko


Cara-cara
1. Masak agar-agar dengan 3 cawan air dan gula.
2. Blend susu cair, susu pekat manis, roti, telur dan baki 1/2 cawan air.
3. Bila agar-agar dah cair dan sebati dengan gula masukkan hasil yang dikisar dalam blender tadi.
4. Masukkan butter dan biar mendidih.
5. Bila dah mendidih, matikan api dan bahagikan 2 bahagian.
6. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan sebatikan.
7. Letakkan satu demi satu lapisan dalam loyang. Kemudian corakkan diatasnya. Ikut kreativiti la ye..
8. ok lepas tu boleh sejukkan dan dah boleh potong bila sejuk


meh layan gambar dulu jom...


pastu...selamat malam ye...kita jumpa esok pulak..nite...

p/s nak memasak lauk bekal esok tapi mata macam dah tak larat je nak bukak ni...macamana ni??



puding roti marble 

Bra Simple Wishes membantu ibu yang menyusukan

assalamualaikum semua,

hari ni belum ada update... takde idea..memula ingat nak cerita pasal anak-anak tapi teringat dalam bulan ni ada kena gi klinik untuk check up jadi cerita anak-anak tanggu lepas check up je la ye...

hari tu aku ada terbaca masalah penyusuan kat kumpulan ibu menyusukan kat facebook...

dan kebetulan ada satu cerita kat dalam blog yang dah lama aku drafkan tapi tak menyempat nak diceritakan pun...

ada yang cerita pasal masalah susah nak pam sebab masalah selalu kena kerja luar kawasan..

untuk pengetahuan korang aku pun ada masalah yang sama... memang selalu bila terpaksa pegi untuk perjalanan yang jauh aku memang terpaksa pam dalam kereta... kalau naik kereta pejabat takkan asyik nak mintak orang stop tengah-tengah jalan je kan... jadi sebagai alternatifnya kena berada di tempat duduk belakang dan mempunyai alatan yang sesuai..

alatan yang sesuai maksud aku adalah pam susu yang boleh dibawa untuk bergerak kemana-mana.. terutama yang menggunakan bateri... yang tu aku ada cerita kat sini Review pam Unimom Allegro dan korang boleh baca pam apa yang aku guna ok...

kali ni aku nak tambah gajet lain yang perlu untuk sesi pengepaman ni berjaya... kalau nak buat single pumping biasanya memang tak ada masalah tapi untuk yang bercadang nak buat double pumping yang selalunya menjimatkan masa mengepam memang perlukan alat seperti ini.. ada banyak cara nak menyokong payudara semasa proses mengepam.. antaranya memakai baju dalam khas... seperti Simple Wishes Bra...

kita tengok gambar dulu ye...


simple wishes bra 






dan tengok gambar lagi...
cara menggunakannya



pada pendapat aku yang menggunakan bra ni... ianya sangat bagus dan mudah... sambil mengepam boleh buat kerja lain.. dan amat selamat digunakan ketika memandu sebab tak risau corong pam akan tertanggal jika ada gangguan terutamanya hentakan di atas jalan..

nak tengok saiz mana yang korang patut guna... dia ada sediakan chart sesuai untuk ukur.. macam kat bawah ni...

simple wishes bra chart


nak tengok jelas tentang ni boleh pergi sini... SIMPLE WISHES BRA

pada aku harganya masih mampu milik jika korang betul-betul bersemangat nak menyusukan anak selama mana yang anak perlukan... Harga Simple Wishes di Malaysia dalam lingkungan RM120 hingga ke RM135 sahaja... sangat berbaloi jika dibandingkan dengan keperluannya...

kalau nak beli kat Malaysia boleh pergi kedai online di bawah ni...

1. http://www.onebabyworld.com/simple-wishes-hands-free-double-pumping-bra-p-2810.html
2. http://www.applebabyhouse.com/goods.php?id=4490

dan kalau yang ada saiz terlebih baja macam aku kena beli kat oversea ye... tapi jangan risau aku bagi link kat korang kat mana yang aku beli dan boleh percaya company ni...siap boleh bagi kupon voucher untuk pembelian seterusnya lagi...

http://stores.ebay.com.my/Elite-Breastfeeding-Supplies






p/s aku berani tulis ni pasal aku pun guna... kalau tak tak leh nak komen lebih-lebih.. dan aku amat menyesal tak beli masa awal-awal dulu...

Isnin, 9 September 2013

Petua dapat anak putih dan berlesung pipit dan amalan ketika mengandung

assalamualaikum semua,

mulanya nak menulis tengahari je kan... banyak tugasan nak disiapkan...
tapi... tetiba je terlintas keyword ni pepagi tadi....

keyword terlaris

keyword terhangat 



Petua dapat anak putih dan berlesung pipit

hehehe.... ada yang mengandung dan cari petua dapat anak putih dan berlesung pipit ke?

alahai sayang....






sebenarnya.... kalau nak anak yang sihat dan sempurna tu bukan kehendak kita sorang je tau... semua orang nakkan anak yang dilahirkan tu comel dan sihat sempurna... tapi kita kan hanya mampu merancang.. Allah jua la yang menentukan...

sama jugak kalau kita nak anak yang putih dan berlesung pipit... musykil jugak apa kelebihannya berbanding anak yang hitam dan tak ada lesung pipit?

ada peribahasa melayu mengatakan..(1)

Hitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning gugur bunganya; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tiada gunanya.

jadi hitam pun tetap ada manisnya kan?

Terima zuriat seadanya


walau apa pun yang berlaku kita disarankan oleh Islam untuk terima seadanya zuriat kita...

belajar terima qada' dan qadar yang telah ditentukan... ada sesuatu perkara yang akan berlaku luar dari pemikiran dan jangkauan kita...

aku suka apa yang ditulis oleh blogger ini...(2)


Jika anak itu dilahirkan cacat, dia tetap anak kita. Jika anak itu lemah dalam pelajaran, dia tetap anak kita sendiri. Darah daging kita. Terimalah seadanya anak itu dan lakukan apa sahaja supaya menjadikan dia anak yang hebat mengikut potensi dan kapasiti yang ada padanya.

boleh baca penuh di artikel beliau di bawah...

Amalan ketika mengandung 


apa yang perlu jika kita mengandung ni adalah amalan-amalan yang disarankan oleh agama Islam...seperti yang terdapat dari blog ni..


Amalan amalan wanita semasa mengandung menurut islam, apabila pasangan suami dan isteri yang telah mendirikan rumah tangga sudah pasti akan dikurniakan Cahaya Mata oleh Allah S.W.T. 

Sebagai seorang yang akan bergelar ibu mestilah sentiasa menjaga kesihatan luaran dan juga dalaman.

Antara amalan yang disarankan ialah :

1)  Banyakkan bertaubat - memohon ampun akan dosa-dosa yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yang bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa.

2)  Menutup Aurat - Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.

3)  Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran Seperti :
  • Surah Al-Fatihah dan ayat kursi
  • Surah Yaasin
  • Surah Taubat
  • Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat)
  • Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna).
  • Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat)
  • Surah An-Nahl ayat 78
  • Surah Al-’Araaf ayat 189
- See more at: http://luvislam92.blogspot.com/2013/01/amalan-wanita-semasa-mengandung-menurut.html#sthash.bq3mMKXV.dpuf

didapati dari blog ini.. (3)


semoga boleh menjadi pedoman untuk kita semua....inshaAllah...


(1) - DBP
(3) - Iluv Islam



p/s husna dah mula boleh mengikut bila diajar suku kata yang mudah2 tapi bila sebut nama "ummi" dia jadi lain...apakah?


Ahad, 8 September 2013

Selamat Hari Lahir Suamiku sayang..

assalamualaikum semua,

abang,

terima kasih kerana menyayangi diri ini seadanya selama lebih 8 tahun ini..

terima kasih kerana selalu ada bila diperlukan...

terima kasih juga kerana sudi berkongsi ketika susah dan senang...

terima kasih kerana tak pernah membangkitkan perbezaan umur yang ada antara kita...

terima kasih kerana sudi melengkapkan setiap kekurangan...

terima kasih abang...

Selamat Hari Lahir yang Ke 31 abang....

semoga Allah tetapkan iman abang juga kami semua, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk membimbing kami sebaiknya...amin..


p/s maaf silap tulis 30 atas  blueberry buttercake tu ye bang...dari isterimu yang selalu pelupa... hehe..



selamat hari lahir yang ke 31 abang... 

Dah abis raya tapi masih main lagu raya?

assalamualaikum semua,

pagi ni cuaca kuantan cerah sedikit berbanding semalam...

hari ni kalau ikutkan banyak program nak buat tapi tengok keadaan dulu la macamana...

semalam meriah dengan acara makan-makan di rumah akak ipar..anjuran lorong setaman diorang..memang tiap kali raya diorang ada buat majlis macam tu..bergotong royong buat persiapan...meriah sangat..panggil semua ahli keluarga orang selorong datang meriah sungguh la..sebab tu mereka kenal semua keluarga satu sama lain..amalan yang best dan bagus kan?

ada bermacam hidangan..macam lemang, nasi impit, rendang, mee hoon, mee sup, sup tulang dan bermacam lagi..

tapi ada satu yang tak berapa best... err.. dah abis raya tapi masih pasang lagu raya untuk memeriahkan suasana...? yang tu memang sangat tak best ok...

p/s hari ok ni...jom mendobi..

Sabtu, 7 September 2013

Baru siap 2...

assalamualaikum semua,

plan nak berjalan ke pesta gempak astro bawak anak-anak berjalan terpaksa dibatalkan..ingat saja nak bawak diorang tengok maskot upin ipin...

tapi disebabkan hari dah hujan di kuantan ni maka..program dibatalkan..

dan kek baru jadi 2... lagi dua atau satu malam kang la...lepas balik dari makan-makan kat rumah akak shah nanti..inshaAllah...

sekarang ni tunggu asar sambil tunggu kek dalam oven...

p/s macam terasa nak buat biskut chip nut macam raya aritu la...yang stok raya dah licin..

update...punya la lama tunggu publish sampai aku dah buat satu lagi blueberry cheese..dah dlm oven pun..nak tunggu maghrib je ni..

kek...ooo...kek...

assalamualaikum semua,

pagi ni aku bangun dengan penuh bersemangat...cadangnya nak buat kek 3@4 biji untuk keperluan majlis dan jemputan majlis sepanjang 2 hari ni...

aku cadang nak buat kek marble...dan satu kek special untuk birthday someone very special to me esok... hmmm...tgh berkira-kira lagi nak buat kek apa ni...rasanya macam nak belek buat indulgence tapi gelatin takde pulak...pastu terasa nak buat red velvet tapi jus lemon pulak takde untuk buat buttermilk... pastu nak buat choc creamcheese tapi macam tak rajin lak nak melapis sebab 2 orang budak kecik kat rumah ni tengah demam selsema...

malam tadi pun shah teruk berjaga pasal anak-anak bergilir muntah...aku jaga dah hujung-hujung je masa husna muntah kali kedua...

ini pun husna tengah sedap bergolek atas riba lepas aku susukan dari pukul 10.30 tadi...

jadi ke tidak ntah kek aku ni ntah.... berangan ke langit...jadinya..hmmm entahlah... tapi kejayaan kena berangan dulu baru boleh capai kan? ecece...ita pandai la kau...

ok...aku nak try letak husna kat bawah ni..kalau jaga pun sekurang-kurangnya dia dah tidur sejam dah ni...kebas dah kaki ni rasa...

p/s blueberry cheesecake pun macam ok jugak kan? ;)

Jumaat, 6 September 2013

bezanya cuma 12 sen?

assalamualaikum semua,

Intan dan berlian nampak indah di mata,Begitu juga dengan batu permata,Ini luahan rasa semata-mata,Tiada niat menyinggung sesiapa.
sila baca pantun budak baru belajar di atas..fahaminya... sebelum meneruskan pembacaan anda...


SYUKUR

sihat semua hari ni? tentu ramai yang senang bersenang hati sebab esok cuti kan? aku juga rasa macam tu tapi shah tetap kena kerja esok dan lusa...walaupun minyak baru naik 20 sen tapi memang dah rutin sebelum ni lagi pun shah cuma ada masa 2 kali sebulan hujung minggunya bersama kami... 2 kali lagi dia terpaksa bekerja mencari rezeki...

alhamdulillah kami bersyukur dengan rezeki yang kami dapat walaupun tak semewah mana... syukur kami masih ada rumah untuk berteduh dan beramal ibadah...

syukur jugak kami masih mempunyai kenderaan yang selesa untuk kami pergi kerja dan balik sekali sekala menjenguk ibu bapa...

syukur jugak kami masih dikurniakan badan yang sihat sehingga ke hari ini... alhamdulillah... syukur...


KENAIKAN MINYAK PETROL RON95

sejak dari hari Isnin, 2hb September 2013 semua orang heboh memperkatakan tentang minyak naik harga.. atau lebih tepatnya subsidi minyak ditarikbalik sebanyak 20 sen bagi petrol RON95 dan diesel.

aku taknak ulas panjang-panjang pasal hal ni... ramai pun yang dah jadi pakar ekonomi tak berelaun dua tiga hari ni...

aku cuma nak kongsikan apa yang aku rasa je... kesannya amat terasa...


JIMAT CERMAT

beratnya nak menyebut perkataan ni sebab memang kami terpaksa buat... mudahnya menyebut bagi ornag yang tak merasai susah senang orang lain...

aku memang berasal dari keluarga yang susah.. walaupun bukan lagi kategori miskin... kami cukup diajar supaya bersusah untuk hidup sejak kecil... cuba la baca kisahku di SINI.. masih belum ada kekuatan lagi nak menyambung cerita kami...

hidup dalam bandar yang tak berapa besar dan tak berapa kecik sangat menguji kami... tapi kami masih bersyukur Ya Allah.. ada punya anak-anak yang comel buat pengubat duka kami dan penguat semangat kami untuk terus mencari rezekiMu yang halal di muka bumi ini...

di Kuantan ini kos hidup lebih kurang sama dengan di bandar-bandar besar seperti di JB atau KL walaupun pada hakikatnya kos sara hidup kami terletak di kategori kelas B iaitu kurang RM50 dari kos sara hidup di kelas A.

tapi pada hakikatnya harga barang di Kuantan lebih tinggi harganya jika dibandingkan dengan bandar besar... begitu juga barang keperluan yang lain.. cuma kami masih bersyukur yang rumah masih belum tinggi harganya untuk disewa.. sekitar RM500 ke RM1200 di kawasan bandar.. juga kami kurang berhadapan dengan kesesakan seperti di bandar besar yang lain.

berjimat-cermatlah ...mudahnya mulut mengeluarkan kata-kata...


BEKAL

kami sudah mengamalkan membawa bekal di tempat kerja... sejak dari mula berkahwin... kerana kami duduk berasingan.. perlu belanja lebih dari orang lain untuk berulang alik berjumpa yang tersayang di hujung minggu...

bila kami dapat duduk bersama pun kami masih mengamalkannya... cuma kadangkala bila si isteri yang memasak bekalan ini terlalu letih dan tidak dapat lagi hendak memberi masa yang betul antara kerjaya...anak...suami dan rumahtangga terpaksa kami korbankan duit bagi membeli makanan yang terhidang di gerai... yang pastinya harga akan berlipat kali ganda....

jadi tolonglah kami tuan.... bagaimana lagi caranya untuk kami berjimat cermat?


FAST FOOD

percaya atau tidak bahawa kami hanya akan mampu untuk makan makanan segera di restoran makanan segera tidak lebih dari 2 kali sebulan... itu pun kami beli untuk dibungkus dan dimakan di rumah.. pesanan dibuat melalui kereta "drive thru" kerana nak mengelakkan anak-anak meminta lebih dari kemampuan kami...

itu pun selepas anak-anak merengek selepas ternampak iklan di tv...

dan percaya atau tidak hanya 2 restoran makanan segera yang mampu kami pergi.. iaitu Mc Donald dan KFC... itu pun di waktu -waktu tertentu sahaja yang tentunya memberi potongan harga...

jadi tolonglah kami tuan.... bagaimana lagi caranya untuk kami berjimat cermat?


BALIK KAMPUNG

aku masih punya kedua orang tua yang tidak berapa bagus kesihatannya sekarang ini... tinggal nun jauh di Kluang, Johor pada waktu ini... dan shah masih ada seorang mak yang tinggal di Pekan, Pahang....

kami menetapkan yang kami mesti sering menziarahi orang tua kami selagi ada hayat di kandung badan... dan persetujuan diambil kami akan pulang ke johor sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan... dan ke pekan bila-bila ada keperluan... dan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu...

untuk balik kampung di johor yang jauhnya kira-kira lebih 300km dengan jalan yang berliku... kami memerlukan 2 tangki penuh minyak bagi perjalanan pergi dan balik... kira-kira RM180 untuk pergi dan balik..

untuk kampung di pekan yang jaraknya lebih kurang 50 km kami perlu mengisi penuh 1 tangki minyak untuk perjalanan pergi dan balik... kosnya lebih kurang RM60 pergi dan balik...

kirakan saja perbelanjaan kami untuk menjenguk orang tua kami dan hanya untuk melihat wajah mereka kerana tiada kemudahan 3G di kampung kami untuk membuat video call...

jadi tolonglah kami tuan.... bagaimana lagi caranya untuk kami berjimat cermat?


BIL

kami hanya menggunakan talian telefon yang paling murah berada di pasaran dengan berbagai promosi untuk menjimatkan perbelanjaan kami.. untuk internet..syukur ada kemudahan bagi penjawat awam...RM50 sebulan...

kami jimatkan belanja dengan memotong talian Astro yang kami pakai sejak 3 tahun lepas pada awal tahun 2012... kami berjimat dengan menggunakan hanya ariel di dalam rumah... dan akhirnya kami terpaksa akur menggunakan perkhidmatan Njoi apabila tv kami sudah tidak dapat dilihat dengan jelas lagi...

kami juga tidak menggunakan sebarang penghawa dingin di rumah walaupun kami berdekatan dengan laut dan mengalami kepanasan yang lebih dari kawasan lain semata-mata kerana hendak menjimatkan elektrik...

jadi tolonglah kami tuan.... bagaimana lagi caranya untuk kami berjimat cermat?


KEMUDAHAN

kami masih menggunakan tv besar gedabak di rumah kami yang sudah berusia lebih 9 tahun di saat semua orang sudah bertukar kepada skrin HD..LED... dan PLASMA ...

kami masih menggunakan kereta proton wira keluaran malaysia yang hanya akan habis bayaran hutangnya inshaAllah tahun hadapan di saat semua orang berlumba membeli kereta baru dan kereta import...

kami masih menggunakan motor untuk berulang alik ke tempat kerja bagi penjimatan kami sekeluarga...
kadangkala kami angkut anak-anak bertiga naik satu motor bersama kami.. sila jangan bayangkan keadaannya.. memang sangat merbahaya... tapi apalah pilihan yang kami ada?

jadi tolonglah kami tuan.... bagaimana lagi caranya untuk kami berjimat cermat?


BARANG PROMOSI DAN PASARAYA

kami hanya membeli jika terdapat promosi di mana-mana bagi keperluan anak-anak terutamanya susu dan lampin pakai buang... jika tidak pun hanya membeli di mana tempat yang lebih murah... hampir kesemua pasaraya di Kuantan kami jelajah hanya untuk mencari barang yang lebih murah harganya...

percaya atau tidak sudah berbulan kami tidak ke pasaraya besar kecuali Giant yang parkingnya tidak perlu berbayar dan berdekatan dengan tempat kerja kami..

adakalanya kami membeli keperluan anak-anak yang sebenarnya hanya susu murah di pasaran iaitu Dutch Lady dari Kluang kerana di sana lebih murah harganya...

jadi tolonglah kami tuan.... bagaimana lagi caranya untuk kami berjimat cermat?


KERJA SAMPINGAN

kami juga membuat kerja sampingan untuk mendapatkan rezeki yang lebih termasuk menjual barang-barang... menjual kerepek... menjual kek dan makanan...

semata-mata untuk mencari pendapatan sampingan...

jadi tolonglah kami tuan.... bagaimana lagi caranya untuk kami berjimat cermat?



BEZA RON 92, RON 95 DAN RON 97


DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.
RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.
Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.
Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.
Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.
Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.
Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.
Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.
Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.
Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.
Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh. Adakah ia sekadar gimik?
Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.
RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.
Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?
Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).
Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0725&pub=Kosmo&sec=Pemotoran&pg=pe_02.htm#ixzz2e6VrPDKu 
Hakcipta terpelihara 


jadi setelah melihat perbezaan minyak ini... wajarkah perbezaannya hanya 12 sen?

kerajaan membelanjakan subsidi minyak bagi RON95 sebanyak RM0.63...
dan harga sebenar RON95 adalah RM2.73...

tetapi harga RON97 selepas dinaikkan baru-baru ini hanya RM2.85....yang mana tiada subsidi kerajaan bagi minyak ini...

adakah benar beza harga kedua-dua RON ini hanya 12 sen?

jadi tolonglah kami tuan.... bagaimana lagi caranya untuk kami berjimat cermat?



jadi bagi pemimpin yang budiman.... tolonglah selami hati kami rakyat yang cukup sudah berjimat terutamanya golongan "miskin bandar" ni .... nak kata senang tak senang... nak kata susah tak susah... cukai tetap kena bayar... bantuan tidak layak diterima... bantulah kami dengan cara yang lain.... yang tidak menekan kami...

Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi r.h (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. 


Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.


Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab:

Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. 


Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. 


Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).



cuba baca artikel penuh yang ditulis di SINI... semoga  dapat membuka hati semua berfikir secara budiman...


p/s awan berarak mendung di kuantan... umpama nak hujan... bisakah mereka mendengar rintihan hujan di hatiku kala ini....?