Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 31 Oktober 2013

Gaya Si Comel Berhari Raya 2013

assalamualaikum semua,

mencuba diri di saat terakhir...


Tempoh

12  September 2013 - 31 Oktober 2013

Syarat Penyertaan
  • Letak banner contest di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Link BabyIbu  dalam bloglist anda
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
    • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda bergaya dengan berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) 
    • Jika anda mempunyai beberapa orang anak, satu entri untuk  setiap anak
    • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya - Pertandingan terhad kepada si comel berumur 1 hari hingga  6 tahun.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke penganjur BabyIbu  dan juga semua penaja - rujuk di bawah (no link back will be disqualified)
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
  • Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik. Semua keputusan adalah muktamad.


gambar pertaruhan ialah....

Gambar Abg long....masa raya Aidilfitri tahun ni...

Nama : Ahmad Haziq Hakimi bin Ahmad Shahir
Umur : 6 tahun 6 bulan


gaya big boy tapi tetap small di hati ummi.. 

berminat? hari ni last... meh rujuk sini.. BabyIbu

hadiah best tajaan penaja :
Penaja

p/s dah abis dah...jom balik.. harap2 ada la rezeki anak bertiga ni menang...amin...

Gaya Si Comel Berhari Raya 2013

assalamualaikum semua,

mencuba diri di saat terakhir...


Tempoh

12  September 2013 - 31 Oktober 2013

Syarat Penyertaan
  • Letak banner contest di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Link BabyIbu  dalam bloglist anda
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
    • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda bergaya dengan berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) 
    • Jika anda mempunyai beberapa orang anak, satu entri untuk  setiap anak
    • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya - Pertandingan terhad kepada si comel berumur 1 hari hingga  6 tahun.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke penganjur BabyIbu  dan juga semua penaja - rujuk di bawah (no link back will be disqualified)
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
  • Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik. Semua keputusan adalah muktamad.


gambar pertaruhan ialah....

Gambar Abg Ngah....masa raya Aidilfitri tahun ni...


Nama : Ahmad Najmi Afiq bin Ahmad Shahir
Umur : 3 tahun 5 bulan


payah nak cari gambar dia sorang... ketap bibir la pulak.. eh mana songkok nak?? 



berminat? hari ni last... meh rujuk sini.. BabyIbu

hadiah best tajaan penaja :
Penaja

p/s lepas ni abg long punya pulak...adeh.. lenguh dah tangan ni...

Gaya Si Comel Berhari Raya 2013

assalamualaikum semua,

mencuba diri di saat terakhir...


Tempoh

12  September 2013 - 31 Oktober 2013

Syarat Penyertaan
  • Letak banner contest di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Link BabyIbu  dalam bloglist anda
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
    • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda bergaya dengan berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu) 
    • Jika anda mempunyai beberapa orang anak, satu entri untuk  setiap anak
    • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya - Pertandingan terhad kepada si comel berumur 1 hari hingga  6 tahun.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke penganjur BabyIbu  dan juga semua penaja - rujuk di bawah (no link back will be disqualified)
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
  • Pemenang akan dipilih oleh juri yang dilantik. Semua keputusan adalah muktamad.


gambar pertaruhan ialah....

Gambar Adik Husna....masa raya Aidilfitri tahun ni..


Nama : Nur Syafiah Husna binti Ahmad Shahir
Umur : 1 tahun 10 bulan


senyum adik senyum...ecece.. 


berminat? hari ni last... meh rujuk sini.. BabyIbu

hadiah best tajaan penaja :
Penaja

p/s ada 2 entry lagi menyusul... harap ada la peluang menang... amin...


Rabu, 30 Oktober 2013

aduh..saje je kan?

assalamualaikum semua,

hari ni macam nak tergugat je iman tengok...

tadi terpandang email news dari LAZADA ... ingatkan sale macam biasa je.. sekali terpandang lagi... waaaa... sampai 50% tu....aku tak pernah beli dengan lazada ni.. so tak tau kisah... kalau dengan ZALORA.com.my tu pernah la jugak...

malas nak cerita... korang layan la gambar ye....





sale at lazada 





ini yang agak mengugat tu....

nombor satu :



sale at lazada
nombor dua:



sale di lazada 
nombor tiga:



sale di lazada 


aaaaaaadoiii... penimbang digital murah tuuuuu..... duit..duit...di mana kau duit....? duit..duit..hutang ku berbukit....duit...duit...


p/s malam ni sambung projek biskut dan cheesy merry..sesiapa nak sekali order.. meh la...kat Koleksi CikTa

Selasa, 29 Oktober 2013

Hukum Berurut dalam Islam dan Ungkep ubi kayu

assalamualaikum semua,

apa kabar korang hari ni? harap semuanya sihat-sihat je la ye... tengok tajuk kat atas tu macam takde kaitan je kan... tapi sebab aku nak cerita dua benda satu masa... kira ok je la ye...

aku terasa macam sakit belakang pulak dua tiga hari ni... banyak duduk masa buat biskut kot...
terasa nak cari tukang urut la... dapat urut satu badan ok gak kan? eh sesiapa yang tau hukum berurut dalam Islam ni ye? meh la kongsikan...

ini yang aku dapatkan dari pembacaan..


Apakah pandangan Islam terhadap rumah urut dan khidmat urut yang dijalankan? Perkara pertama adalah hukum asal kepada menyediakan khidmat urut.

Secara asasnya, hukum asal mengurut dan menjalankan khidmat urut adalah harus kerana membantu orang yang memerlukan. Tetapi dengan adanya penawaran-penawaran lain yang bercanggah dengan nilai Islam maka ia menjadi haram.

Apabila wanita mengurut lelaki atau sebaliknya, ia melibatkan hukum aurat dan pergaulan lain jantina dalam Islam. Sebagai seorang Islam, kita beramal dengan apa yang diajarkan dalam al-Quran bahawa lelaki dan wanita mempunyai batas pergaulan yang perlu kita patuhi. Kecuali dalam keadaan darurat, seperti tujuan berubat, orang patah atau sakit dan ketika itu hanya ada tukang urut lain jantina, maka Islam memberikan kelonggaran kerana adanya keperluan mendesak.

Inilah yang dimaksudkan dengan kaedah fikah, ‘Darurat mengharuskan yang haram’. Namun begitu persentuhan dan urutan itu pula sekadar tempat yang perlu sahaja.



© Utusan Melayu (M) Bhd 

maknanya dibolehkan tetapi kenalah jaga batas dalam proses mengurut tu sendiri..

ok...habis cerita berurut...

nak sambung kisah ungkep ubi pulak...

Ungkep ni nama sejenis masakan dalam sebutan jawa... walaupun aku ni anak jawa tapi aku tetap tak faham apa maksud ungkep tu... dan terpaksa la aku google cari jawapan dia...

Ungkep bermaksud tutup dalam jawa (sumber). sebab proses nak masak tu kita kena tutup sampai dia masak..
ada bermacam jenis ungkep yang selalu orang jawa masak... kalau mak aku sendiri selalu masak ungkep ayam, ungkep ayam kampung, ungkep hati lembu, ungkep daging...dan biasanya bahan utama adalah daging la... dan yang paling sedap ialah ungkep hati lembu... wallaaa... tak terkata bila makan... dan selalu menjadi hidangan wajib bila hari raya...

selalu dah aku buat ungkep daging atau ayam...tapi kali ni aku cuba buat sesuatu yang lain pulak.. ungkep ubi kayu..menarik kan?


Ungkep Ubi Kayu 


meh kita tengok resepi dia...

Ungkep Ubi Kayu
disediakan oleh Cerita Ita

Bahan-bahan:
2 kg ubi kayu (dibuang kulit dan dibersihkan, dipotong sepanjang 1 jari dan dibelah 4)
3 sudu besar Minyak masak
garam secukup rasa
gula secukup rasa (org jawa jarang letak)
air secukupnya

Rempah:
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit
1 batang serai
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh letak lebih)
Segenggam ikan bilis/udang kering (ini hanya untuk ungkep ubi sahaja)

Cara-cara:
1. Kisarkan kesemua rempah.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah sehingga naik bau.
3. Masukkan garam dan gula..gaul rata.. kemudian masukkan ubi yang siap dipotong dan gaul rata.
4. Tutupkan kuali dan buka sekejap-sekejap untuk kacau supaya dia masak rata.
5. Tutup api apabila ubi sudah empuk.
6. Boleh dihidangkan ketika masih panas.
satu yang kena tau pasal ungkep... masakan ni ala-ala rendang ye.. dia kering sikit.. dan bila nak buat ungkep daging atau ayam kena tambah 1 cawan air asam jawa ok..

Cadangan hidangan:
1. Boleh dimakan begitu saja.
2. Boleh dimakan dengan nasi atau roti.

Selamat mencuba!


korang tengok je la ye...aku tolong makankan.. hehehe.. 


p/s sesiapa yang terasa nak order dari Koleksi Cik Ta elok buat cepat ye... Cikta rasanya nak bercuti panjang bulan depan... bukan nak kawin lagi ye... hehe.. tapi kena pegi kursus 3 minggu inshaaAllah...



Isnin, 28 Oktober 2013

Nasi Lemak Seringgit..

assalamualaikum semua,

alhamdulillah hari ni dapat lagi menghirup udara segar....

bersarapan dengan nasi lemak seringgit hari ni... harga masih kekal... (ucap sambil senyum manis...senyum je manis... gula kurangkan ye...)


Nasi Lemak  



p/s sesiapa nak selit order untuk cheesy merry dan biskut untuk hari jumaat ni meh la sms/calling2...

Sabtu, 26 Oktober 2013

Florenta Cookies @Almond Cookies @ Biskut Almond Florenta



assalamualaikum semua,

lamanya tak sempat nak update blog...rindu betul dengan blog..

ok..jom cite aktiviti kami minggu ni..hari ahad ada rombongan sekolah abg long ke petrosains dan aquaria..pastu kami singgah menumpang tido kat rumah along aku kat Sentul..

hari isnin kami dah ambik cuti sesiap..jadi free bawak la anak jalan-jalan naik lrt..nanti aku cerita semula ye sekali dengan gambar baru menarik kan?

pastu hari rabu kami ke salak tinggi pulak sebab aku meeting dari khamis sampai jumaat..dan kami selamat sampai rumah jam 2 pagi tadi..

mood nak ke mana-mana terus merundum dan cuma rasa nak buat projek sendiri je kat rumah..belek-belek resepi ternampak pulak resepi yang aku salin dari blog Masam Manis..teringin nak cuba dari raya hari tu lagi tapi tak sempat..famous biskut ni..

mari kita tengok resepi dia..

Almond Cookies
(ihsan dari blog kak Azlita Aziz)
susah nak masuk link..update dari hp..akan letak kemudian..

Bahan-bahan
200gm tepung florenta
200gm badam hiris
100gm kuaci hitam
20gm bijan hitam

Cara-cara
1. panggang badam dan kuaci pada suhu 160°C selama 5 minit.
2. Gaulkan semua bahan termasuk yang dipanggang tadi.
3. Sediakan loyang 14x14" (oven aku kecik jadi buat 2 loyang 14x6"). Alaskan dengan kertas baking yang warna putih.
4. Panaskan oven 160°C.
5. Letak adunan tadi atas loyang yang dialas tadi. Leperkan dan ratakan.
6. Bakar selama 10 minit (aku buat 170°C selama 15 minit sebab tak panaskan oven dulu).
7. Keluarkan bila dah masak. Potong dengan gunakan pemotong piza semasa panas.(sejuk sikit je dia terus keras jadi kena buat cepat)
8. Dah sejuk boleh simpan dalam balang.
komen aku..biskut ni ala-ala kuih bipang orangputih la..kalau kita bipang kacang..ini stail orang putih guna badam..

resepi ni memang tak guna gula sebab tepung tu dah ada kandungan gula atau karamel rasanya..bila panas dia cair dan jadi berkilat macam gula cair..cantik..
baru aku tau kenapa orang jual kuih ni mahal sebab bahan-bahan dia mahal gila..badam tu je memang dah terkenal dengan harga barang yang mahal untuk alat bakeri.. tepung florenta tu sendiri harganya rm23.90 untuk setengah kilo kat sini..mahal kan? jadi berapa nak jual..hehe..


p/s..berangan nak masak nasi beriani dengan ayam masak tomato..boleh jadi ntah tak esok ni..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Rabu, 23 Oktober 2013

Jumaat, 18 Oktober 2013

Cabutan bertuah dari Firefly?

assalamualaikum semua,

minggu yang tersangat sibuk... ada sesiapa yang rindu? hikhikhik.. perasan je kan?

ok... tadi pagi kami dah selamat melapah 3 ekor lembu dalam kejadian gotong royong perdana kat opis ni...


Gotong royong Korban 


alhamdulillah selesai sebahagian dimasak gulai kawah yang sangat sedap... wah... terasa lagi kesedapannya tau.... sehingga menjilat gusi la kiranya...sorry gambar tak ada ye... lapor bebenor... tak sempat nak ambik gambar sudahnya...

sebenarnya pagi tadi dalam kami tengah sibuk bergotong royong tu sampai la satu kes... dan sudahnya sebelum Jumaat tadi kami melapah seekor anjing pulak... syukur.. semua selesai on time dan staf boleh balik solat Jumaat...

petangnya datang pulak lagi 2 ekor ayam dijangka keracuanan... alahai kesian... ayam pun nak diracun....

mujur ada staf yang baik hati tolong tapaukan makanan dari kenduri untuk kami makan tengahari tadi... syukur.. semoga Allah bagi segala kebaikan kepadamu..amin...

dan petang ni baru ada peluang nak selesaikan prestasi di HRMIS pulak...

dan tengah-tengah aku check email yang masuk tadi tetiba je ada satu email ni haaa...

email firefly


menarik kan? cabutan bertuah tu... best gila kalau dapat duit banyak tu...

tapi agak-agaklah kan kalau nak menipu... kan dah nyata tu guna google translator ke? ayat macam tak sesuai je kan? pastu 110 000 tu seratus dan seribu eh? baru ku tahu... hehehe.... aduhai....bertuahnya badan....

ok nak sambung kerja....

p/s 20hb ni ada rombongan abg long ke KL, 23-25 ni meeting di Salak Tinggi... ada yang teringin nak rasa produk Koleksi CikTa? meh la wassap...

Selasa, 15 Oktober 2013

Salam Aidiladha buat semua

assalamualaikum semua,

dah lama tak update kan?

banyak hal yang menghalang...anak-anak tak sihat..kereta rosak..dan yang paling utama line tak bape nak molek..

hari ni kugagahkan jua menaip untuk ucapan hari raya untuk semua terutama pada sesiapa yang kot-kot la merindui...cewaaaah...hehehe...

aku akan cerita nanti pasal adik husna tak sihat ni...dan cerita kereta kami yang rosak tu..tapi simpan dulu la..
untuk hari ni sempena hari raya ni...aku nak bagi korang terutama yang tak balik raya layan gambar ketupat dan lepat dulu la ye..ada yang marah ke? ala rilek la..kalau rasa-rasa marah korang kecutkan dulu blog ni..pastu bila agak-agak dah sejuk marah tu sambung baca ok.. hehe..






p/s nama je cuti nak beraya kat kampung tapi tetap takde feel nak raya sebab diserabutkan dengan hal keja sejak hari Sabtu..leceh betul kan? susah-susah berenti je la ita...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sabtu, 12 Oktober 2013

dalam perjalanan

assalamualaikum semua,

kami gerak lambat dari rumah tadi..dah dekat pukul 12 baru nak gerak..itupun lepas selesai bagi biskut lagi 9 balang pada jiran kami dila..terima kasih dila..ini order kedua dila lepas order malam semalam 18 balang..alhamdulillah rezeki kami yang diberi olehNya... ada jugak rezeki untuk orang kampung ni..

sekarang ni kami baru je melepasi bandar mersing..jangkaan lagi 1 jam akan sampai rumah mak abah..inshaaAllah..

doakan perjalanan kami selamat ye..

p/s ada lagi yang melepak kat karaoke kat warung dalam jam ni? hmmm..tepuk dada tanya iman..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Jumaat, 11 Oktober 2013

Sambal Hitam dan Adik Husna

assalamualaikum semua,

semalam aku pegi ke PWTC, Kuala Lumpur... ada program Lab Asia 2013... alhamdulillah banyak perkara bermanfaat yang dapat dari sana... dan dapat juga berkenalan dengan pembekal yang boleh beri keperluan yang kami perlukan selama ini...

alhamdulillah... urusan kami dipermudahkan.. hari yang sama aku bangun seawal jam 4 pagi menyiapkan tempahan biskut dari jiran....dan dari Kuantan kami gerak jam 7 pagi berhenti sarapan nasi ulam di gambang dan masa makan tu terpandang la sambal hitam pahang.. terus sambar satu yang besar sekali... masa beli tu memang teringat kat shah je la dia suka makan... tapi rasanya agak pedas dan kering... ikan bilis pun tak ditumbuk.. bercerai-cerai dan berketul-ketul... sayang pedas dan masam dah ok..cuma rupa tu agak kurang menarik...

dan akhirnya kami tiba di PWTC jam 10.30 pagi... pusing-pusing cari parking je dah hampir setengah jam akhirnya kami dapat juga menapak ke dewan yang cantik tu...

kami abiskan masa 3 jam lebih berpusing di sekitar tapak pameran... fuh... macam pegi window shopping je dah rasanya... teruk sorang lagi staf tu aku heret ke semua booth yang ada kaitan dengan tugas kami.. dan akhirnya tugas kami mencapai sasaran dengan berjumpa dengan semua keperluan yang kami cari...

kami nak gerak balik jam 3 petang tapi masa dalam perjalanan nak cari surau untuk solat jamak takdim ternampak pulak butik Ariani... wah... terkesima staf yang ikut... ajak aku sama masuk.. memula taknak beli apa-apa la kononnya.. tapi tetiba terpandang promosi  Butik Ariani yang tengah berlangsung sekarang ni.. tudung plain Ariani cuma RM15 je satu dari harga asal dia RM60... haha.. harus la sambar satu kan?

lepas tu kami terus solat di surau Ar Rahman di PWTC... cantik suraunya..tapi sayang semua cukup kelengkapannya kecuali telekung...

selepas tu kami terus pulang ke Kuantan.. masa kami naik kereta dah jam 4 petang dan hujan dah mula membasahi Kuala Lumpur... mujur kami cepat sikit sebab kawan yang nak balik ke rumah sangkut dalam kesesakan yang agak teruk... hmmm KL kan... kalau tak jem bukan kl namanya...

kami berhenti makan di RNR Genting Sepah...alhamdulillah ada rezeki yang sedap kat sini...bergerak semula ke Kuantan dan akhirnya sempat bermaghrib di rumah... lega.... lesu satu badan...

sampai rumah aku tengok stok telur dah abis... mintak shah tolong belikan... sedang tunggu shah balik kedai boleh pulak perut rasa memulas... tak boleh tahan dah rasanya.. terus ke tandas... mintak abg long tengok-tengok kan adik-adik dia.. kalau apa-apa panggil ummi tau...

tengah menunaikan hajat..abg ngah ketuk pintu...

abg ngah : ummi..enok adik ni (tengok adik ni)
aku : ada apa?
abg ngah : ummi..meh jap aaa...
aku : (tak sedap hati terus keluar)

tengok-tengok kat luar..... Allahuakhbar!

gigil rasa badan.... husna tengah hadap sambal hitam yang aku beli pagi tadi sambil separuh dah berterabur dan penuh kat tangan dia... aku tengok muka dia dah comot dan mulut mengunyah sambil air mata menitik... alahai anak...

masa yang sama shah muncul... dia angkat husna..aku uruskan sambal yang dah hancur berkecai tu...pedas gila tau sambal ni.. memang la si husna ni selalu tahan pedas.. kalau ada sos cili dia memang suka cicah tapi masih sama la dengan air mata menitik jugak tapi tak bagi orang alihkan...tapi kes yang ni memang pedas gila sebab cili padi...

tapi lepas je shah basuhkan badan dia.. lap kering semua.. elok je dia memain balik...jadi memang tak ada kesan cili padi dengan husna... alahai anak...


badan ni memang rasa lesu tapi pagi ni bangun awal lagi siapkan tempahan biskut sebelum kami balik kampung malam ni...

jadi Cerita Ita mungkin akan berhenti rehat yang panjang di Johor ye...sampai hari Rabu inshaaAllah... bestnya nak balik kampung...

tadi pun abg long dah tanya masa balik kemas baju tengahari tadi...

abg long : kita nak pegi mana ni ummi?
aku : kita nak balik kampung...
abg long : balik rumah atuk ke?
aku : aah..
abg long : atuk wan ke mak tok ummi?
aku : atuk wan..
abg long : atuk wan?
aku : aah
abg long : senyummmm manis yang panjangggg... (suka la tu..cucu tok wan dia ni)

selamat bercuti untuk semua yang bercuti ye... Selamat Hari Raya Aidiladha.. semoga pengorbanan kita walau apa yang kita korbankan akan mendapat rahmat dariNya..amin

doakan perjalanan kami pergi dan balik selamat ye kawan-kawan...


p/s resepi kek strawberry tu aku letak kemudian ye... aduh dah tak tertanggung kerja yang super duper banyak sekarang ni...


Rabu, 9 Oktober 2013

Wordless Wednesday # 43

assalamualaikum semua,

aci tak nak letak entri WW lagi hari ni... haha...layan je la.. cerita nanti ok...




Chilled Strawberry Cheesecake 




p/s rasa macam kena buat blog satu khas untuk gambar je kan... WM, WT, WW, WTH, WF, WS, WSU... hahaha...ada pulak kang terselit makna macam tak best je...

Isnin, 7 Oktober 2013

Kursus lagi..

assalamualaikum semua,

hari ni aku sibuk dengan kursus internal audit ISO.. esok pun ada lagi..

mesti korang nak kata kerja dengan kerajaan ni asyik kursus je kan..

nak buat macamana..kursus ni kitorg dah rancang sejak tahun lepas lagi..dan akhirnya alhamdulillah terlaksana jugak..

tapi bila dah kursus bermakna masa nak berblog terhad...dan aku dah semakin tak sihat..dah mula batuk-batuk sejak Sabtu..ini makin teruk dan suara pun dah hilang...kesian anak-anak tak dapat dengar suara ummi dia..

tadi pun adik husna siap bawak pamplet ada gambar tunjuk kat aku suruh bacakan..alahai anak.. badan pun dah rasa sengal-sengal je ni..macam nak demam pun ada..

dah amalkan minum air kayu manis dengan madu..alhamdulillah bagus untuk batuk tapi suara pulak yang makin tak ada..

nak tau petua legakan batuk dengan air kayu manis?

senang je..ada blogger ajar dulu..

caranya rendam kayu manis dalam segelas air panas..biar dia suam-suam baru letak sesudu teh madu..kacau dan minum..buat je bila terasa nak minum..inshaaAllah lega batuk tu..

ok..nak tidur dah ni..semoga hari esok lebih baik dari hari ini dari segi amalan dan kebaikan yang kita buat sepanjang hari..selamat malam..

p/s ada orang yang order untuk CikTa ChipNuts Kukiss untuk raya ni...ada yang nak tumpang order?.. order boleh ambik khamis ye..jumaat inshaaAllah cikta dah balik kampung..

Ahad, 6 Oktober 2013

Ketupat segera dan sup kambing dan Ekspo Buku Islam 2013 Kuantan Pahang

assalamualaikum semua,

lama cerita ita tak berupdate minggu ni kan?

maaflah..betul-betul sibuk minggu ni..dari isnin ada mesyuarat..rabu dan khamis ada kursus...dan hari jumaat pun ada kursus di Salak Tinggi...sesiapa yang membaca entri sebelum ni pasti tau kan?

semalam pulak sibuk seharian dengan order biskut dan anak-anak...tapi sempat aku sediakan juadah ringkas untuk sarapan pagi, makan tengahari dan terus sampai ke makan malam...pelik ke? hahaha...tak pelik la untuk kami ni...juadahnya ialah ketupat segera dan sup kambing.. mudah kan? anak-anak lagi suka benda yang simple macam ni..jadi lebih baik penuhi selera anak-anak dari buat yang grand-grand tapi anak-anak tak makan pun...

semalam kami sempat gi tinjau Ekspo Buku Islam Pahang di Kuantan Parade..sebenarnya ekspo tu dah mula lama dah dari 27 September 2013 lagi dah mula dan akan habis esok 6 Oktober 2013..

aku cuma sempat berkunjung semalam je dengan shah dan anak-anak...alhamdulillah ekspo tahun ni lebih besar dari tahun lepas dan lebih bermanfaat..tahun lepas banyak booth cuma bagi diskaun paling tinggi pun 20 peratus je..tapi tahun ni lebih dari tu..ada yang beri 50 peratus dan ada jugak sehingga 70 peratus.. pilihan booth pun lebih banyak dari tahun lepas..

alhamdulillah..terima kasih pada penganjur..dapat la jugak satu dua buku yang bermanfaat untuk kami beli semalam dengan harga jauh lebih murah..sebagai contoh buku Hidup Bersyariat tulisan Ustaz Ismail Kamus cuma berharga RM44 je dari harga asal RM55.. kami beli poster dakwah dengan harga RM10 untuk 5 poster..

terlupa pulak nak cari buku tulisan Ustaz Pahrol...hari ni shah dah kerja malam tentu tak sempat nak pergi lagi..takpe la mungkin tahun hadapan pulak..inshaaAllah..

p/s Koleksi CikTa nak bukak booth menjual produk koleksi CikTa ni...berita lanjut kat KOLEKSI CIKTA

Khamis, 3 Oktober 2013

Khas Untuk Semua di Salak Tinggi

assalamualaikum semua,

tak sempat nak cerita panjang ni... kami nak bergerak ke Salak Tinggi ni...

cuma nak maklumkan pada semua yang berada di Salak Tinggi... ada jualan istimewa Koleksi CikTa di Salak Tinggi... aku akan berada di Hotel Youniq dari malam ini sampai esok pagi... dan berada di Makmal Kesihatan Veterinar Salak Tinggi untuk seminar pada hari esok sepanjang hari...

jadi kalau ada sesiapa yang nak dapatkan cheesy merry boleh dapatkan esok ye...

ada promosi ni... beli 3 saiz S cuma RM10 sahaja... meh dapatkan sebelum terlambat... stok terhad ye... dinasihatkan booking awal untuk pastikan stok untuk anda ada....

ok...layan gambar dulu....


Berwajah baru...dengan sudu comel... 


siap untuk dibawa jalan jauh... 


sorry ye...cuma ada satu je edisi khas... 





p/s doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik ye... terkejut dengar ada sahabat yang kemalangan pagi tadi... takziah ye niza... semoga semuanya dipermudahkan...

Selasa, 1 Oktober 2013

Tak sempat lagi..

assalamualaikum semua,

dah malam baru dapat jengah..

hari yang agak sibuk..pepagi lagi dah kena meeting tapi disebabkan aku yang jadi pengerusi maka meeting abis awal...hahaha...

bukan apa tau...sejak dua menjak ni asyik meeting je manjang...naik letih dah otak ni...

dah tu kat facebook sibuk pulak tu tayang-tayang artikel yang bertajuk "mesyuarat melembapkan otak"...

huhu...baca tajuk pun dah seram kan? lagi la untuk orang yang selalu kena meeting ni..kalau boleh habis dalam sejam dua je takpe la kan...ini berjela-jela..sampai terlebih waktu makan..waktu rehat semua la...

kalau macam tu bukan melembapkan otak je tau...tapi makin basah terus dah...aku yang dengar ni memang cuak la...lagi la otak aku ni dah rasa macam basah-basah sikit kan...kalau meeting teruuuusss je...mau lebih dari lembap agaknya...jadi tak produktif langsung la jawabnya...

tapi mujur aku ada terapi yang berkesan sekarang ni..

KOLEKSI CIKTA

dan malam ni aku dah siapkan order jiran terdekat kat rumah ni..moga-moga dia rasa sedap dan rasa kasih sayang di sebalik produk Koleksi CikTa tu harapnya...

ok..dah tengah malam ni...jom tidur...korang layan gambar je la ye...memana yang dekat boleh order ye...

p/s aku akan ada plan ke Salak Tinggi @ Nilai ni...sesiapa yang berhajat tunggu update ye..