Sambutan hari lahir dan Gold Coast Morib - Cerita Ita                                                             Sambutan hari lahir dan Gold Coast Morib Langkau ke kandungan utama

Sambutan hari lahir dan Gold Coast Morib

assalamualaikum semua,

pagi ni ada rasa sikit stress... jadi mari kita tulis satu entri dulu..

sebenarnya aku nak cerita pasal sambutan hari lahir aku yang 35 pada 3 Januari 2014 lepas... dan lama kan baru nak cerita?... jangan risau sebab ada cerita yang lagi lama pun aku akan tulis jugak sebab tak sempat nak update...

dijadikan cerita kisah sambutan ni dibuat kat Gold Coast Morib.. sebabnya aku la yang berhajat... dari tahun lepas berangan... nak tempah waktu hari lahir aku tak kena pulak hujung minggu... nak tempah masa hari jadi shah pulak ada pulak program lain... ada je halangan dia... tapi setiap sesuatu tu ada hikmahnya.. mungkin halangan tu jadi sebab taknak kami terlibat dengan benda yang bahaya ke kan? nauzubillahiminzalik...

jadi setelah dirancangkan sebulan sebelum tu aku dah sesiap booking dah... nak tempah senang je... korang boleh gi kat website dia... Gold Coast Morib



pastu aku bukak la kat web tu check tarikh yang aku nak book tu...

pastu korang klik kat yang check availability tu... kotak kaler merah kat bawah tu...



pastu dia keluar gini... haaa....



ada nampak tak offer Birthday Promotion tu... harga dia dah termasuk tax dalam RM268.08 termasuk services tax...

apa yang ada dalam pakej ni? 

ada sarapan pagi untuk 2 orang, makan malam untuk 2 orang, dan tiket waterpark dia untuk 2 orang jugak... dan kami tambah lagi bayaran sarapan dan makan malam untuk abg long pulak...

pastu ada tambahan kek hari jadi yang comel dan hadiah yang jugak comel... bilik pun ok sangat-sangat ok...

ok sambung cerita... memula kami rancang nak gerak je dari kuantan pagi sabtu tu... tetiba je bila fikir-fikir baik stay rumah along aku kat sentul semalam.. jadi tak letih sangat... sekali bila dah plan nak stay... along aku pun nak join.. dia kata suruh book bilik untuk dia sekali... alhamdulillah urusan kami dipermudahkan... senang je confirm...

dan malam sabtu kami bergerak dari kuantan ke sentul... sampai kat sentul jam 2 pagi.. dah rupa orang lari dari rumah dah dengan barang berbondong-bondong naik ke rumah along... huhu...

pastu gitu gini sebab tidur lewat dan kami pun bergerak lewat gak dari rumah along.. dalam jam 11 lebih gitu le... singgah pulak ada satu port dulu... dah settle kami teruskan perjalanan ke Pantai Morib... ikut GPS je..along aku pun tak pernah pergi dan tak tau kat mana tempat tu...

tapi boleh tahan jugak la...  jauuuhhh tu... dan nasihat aku korang sila la berenti kat mana-mana ATM yang korang jumpa kalau nak sediakan duit ok.. sebabnya pekan dia sangat jauh dari resort ni dan kat resort pun belum nampak lagi diorang sediakan perkhidmatan mesin ATM ni...

masa check in.. ramai pelajar praktikal yang menolong..


nak check in agak cepat jugak la..dan bila dah dibagi bilik... aduh... satu lagi masalah... jauh gila dari lif... dan yang tak bestnya cuma dapat satu je bilik yang menghadap taman air dia... dan kunci tu along aku yang punya....waaa.... kami dapat bilik yang ngadap hutan dan parking...tapi dapat la tengok laut kalau ko jengah macam nak tercabut leher dari balkoni tu ;)


ni je la permandangan terbaik dari bilik kami..huhu...
ni pulak dari bilik along aku duduk....






tengok abg long sampai menari tengok orang mandi kat bawah tu tau...


korang mesti kata...wow kan?... hukhuk...

rupa bilik korang google la sendiri..aku tak sempat snap... sesampai je bebudak ajak mandi... apa lagi... laju je memasing... opsss.. lupa tiket taman air dia tu boleh pakai selagi korang duduk kat situ tau... jadi boleh mandi 2 hari la... seronok gila budak-budak dengar...

tapi disebabkan kami dah sampai agak petang... mandi kejap-kejap je la...memasing perut dah lapor... nak tunggukan makan malam.... alhamdulillah rezeki kami lagi..makanan sedap dan berbaloi...

dapat pulak hadiah kek dan patung comel ni...

Birthday girl dengan hadiahnya... eh girl lagi ke? ;)

kek harijadi Gold Coast Morib

3 yang bawah semua anak aku.. 3 yang atas semua anak along aku...

selamat potong kek yang abis malam tu jugak... hahaha... comel gila kek tu tapi sedap...

lepas tu kami godeh pulak patung harijadi yang comel tu.... haaa... sekali boleh joget-joget ko.... hahaha.. excited bukan anak je... dengan mak anak sekali excited...








pastu sesi sarapan pagi.... aduhai... punya la azab... disebabkan kami datang hujung minggu maka kami dah jangkakan ketepuan tempat-tempat macam ni... cuma apa yang aku sangat pelik... diorang ada 6 blok resort tapi semua ambik sarapan kat satu tempat je??

aku macam tercengang ko bila tengok nak masuk pun kena beratur macam nak masuk kedai handbag coach kat Johor Premium Outlet tu... pastu bila nasib baik dapat masuk... waaa... satu lagi azab.. nak cari tempat duduk... bayangkan dengan anak kecik-kecik ni lagi... ayoooo... pening wooo...

sudahnya kami dapat meja kerusi 4 untuk menempatkan makanan dan vip kami yang kecik-kecik tu di kalangan kami 10 orang... memang azab je kan...? makan berdiri ko... tak pun selit je kat mana-mana kerusi tepi-tepi yang ada...

lagi satu yang aku pelik... masa ambik makanan... dah la tempat cater tu satu je... pastu semua orang pakat beratur macam nak ambik makanan dalam dewan makan asrama... adoiii nape tu?
patutnya sistem buffet kat hotel ni....ambik pinggan dan ambik makanan yang awak nak je pastu jalan la kan?
nape nak kena beratur sedangkan aku cuma nak ambik nugget tapi tak makan nasi...tapi tetap kena beratur kat belakang orang yang ambik nasi sebab nugget tu letaknya depan nasi.....sangat pelik ok... dan slow gila...

last-last aku dengan along aku buat muka bodoh je gi terus masuk ambik nugget tu... kejap lagi aku datang cuma ambik mee je..

pastu along aku cakap bila kami buat macam tu ramai yang ikut...baru lah line tak panjang macam tadi...hehehe...

maaf je la ye... bukan kami tak hormat orang yang dulu.. tapi cuma cara tu tak betul.. kalau tak mau pukul 10 tak dapat makan lagi tau...

akhirnya kami dapat sarapan dengan keadaan yang kelam kabut tu... lega bila dapat keluar dari situ.. hahaha..

lepas tu acara yang sama macam semalam... kami dah sesiap semua barang masuk dalam kereta... pastu check out dan masuk taman air lagi... kami tukar baju kat tandas lepas tu dan terus balik... maaf la takde gambar kat waterpark... sebab semua orang sibuk mandi dan loker jauh untuk simpan kamera dan lain-lain... yang penting anak-anak suka sangat... dan berharap nak datang lagi...

selamat tinggal gold coast morib...


lepas ni nak plan pulak gi Bukit Gambang Resort ramai-ramai... mesti lagi seronok kan? kami ada cerita basi ke safari gambang... nanti-nanti ye...


p/s pada yang sudi singgah baca dan komen tu terima kasih ye... tak sempat lagi nak membalas...



Ulasan

  1. nasib baik masa kami pegi org tak ramai..

    BalasPadam
  2. seronoknye ta... dapat hadiah lagi u.. bolehlah jadikan destinasi percutian nanti

    BalasPadam
  3. mcm mnarik je pakej tu.. huhu.. kna try usha la lpas ni.. nice info.. :D

    p/s : hi... sy dtg blogwalking dan sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..
    banyak info menarik yang saya kongsikan di www.1001petua.com .. InsyaAllah, awk pasti tak kan menyesal.. :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat