Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 28 Februari 2014

Post yang buat orang marah...KAJIAN TERBARU : KANAK-KANAK YANG DIBERI SUSU IBU LEBIH CENDERUNG DAPAT PENYAKIT LELAH

assalamualaikum semua,

semalam petang terbaca post dari blogger terkenal di Malaysia... tapi aku tak ikut blog ni.. kawan tag dari facebook...

apa yang menarik.. entri beliau menimbulkan kemarahan bagi semua ibu-ibu yang menyusukan dan yang gigih memperjuangkan susu ibu adalah yang terbaik bagi anak-anak di bawah usia 2 tahun...

rasanya sebab tajuk tu yang menimbulkan kontroversi...hehe..


KAJIAN TERBARU : KANAK-KANAK YANG DIBERI SUSU IBU LEBIH CENDERUNG DAPAT PENYAKIT LELAH


apa yang disampaikan eloklah korang baca sendiri dari blog INI...

aku dah tinggalkan komen pun dalam entri tu.. itu pendapat aku yang ada pengalaman dan pengetahuan yang tak seberapa ni...

dan ini yang aku komen di facebook post kawan aku tu...

 khasiat susu ibu bergantung pd pemakanan si ibu...so bg aku utk kajian mcm ni kena tau semua background ibu2 yg terlibat dlm kajian..termasuk aktiviti sosial diorg..ini pendapat aku la..n bg aku sendiri..yes bayi yg menyusu susu ibu lg lama lg bagus antibodi berbanding yg x..

mungkin juga apa yg doktor ni nak sampaikan mesej yang berbeza tp disalaherti oleh org lain.. sbb ada quote doc tu sebut dia tak kata susu ibu xde manfaat cuma dia buat kajian supaya orang yg x dpt susukan anak2 dengan sempurna tak rasa terlalu down dengan tidakkemampuan mereka.. dlm Islam pun tak paksa.. jika mampu buat.. jika tak tak perlu seksakan diri untuk capai matlamat yg mungkin tak dpt dicapai.. sesungguhnya perancangan Allah lebih baik.. "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan." Al -Baqarah -ayat 233

apapun pada aku yang tak berapa pandai ni... buat la apa yang terbaik untuk anak masing-masing... ikhlaskan hati.. inshaaAllah semuanya dipermudahkan...


p/s mata mengantuk...husna meragam sepanjang malam... malam ni nak gerak balik kampung pulak.. aci tak kalau ita tidur je sepanjang jalan ye bang?  ;P

Rabu, 26 Februari 2014

Teruskan mohon PRIMA.. tiada tarikh akhir..cara-cara memohon?

assalamualaikum semua,

baru-baru ni kecoh di sana sini orang hantar sms dan whatsapp berantai yang kononnya permohonan skim Rumah Perumahan Rakyat 1 Malaysia akan ditutup pada 28 Februari 2014...

disebabkan tu laman web PRIMA jammed sampai tak boleh nak dibuka... hehe..panik semua orang... nampak sangat orang malaysia memang suka buat benda di saat-saat akhir....

tadi bila aku try masuk...nampaknya ada pemberitahuan di laman web PRIMA...

PRIMA


jadi tak perlu kecoh... bolehlah kalau nak daftar sekarang atau bila-bila pun ok...dan penyebaran sms adalah tipu ok...sila jangan sebar lagi...

nak daftar? belum daftar lagi boleh semak kelayakan yang diperlukan macam kat bawah ni...

PRIMA


dah cukup semua kelayakan kena ikut proses ni pulak...

cara memohon PRIMA



dah dapat email baru boleh teruskan permohonan anda ok...

eh lupa... nak memohon boleh ke laman web PRIMA ok..
boleh jugak tengok dimana rancangan pembangunan perumahan ni dalam laman web tu jugak...

semoga berjaya...

p/s tadi teringin nak makan capati kari kambing.. gi kedai yang biasa tutup pulak.. gi kedai mamak cuma ada rendang kambing dan takde kari kambing..kecewanya rasa...

Isnin, 24 Februari 2014

syukur...

assalamualaikum semua,

diberi dugaan dan ujian bermakna Allah sayang... atau ingatan untuk aku semakin jauh dariNya? hmmm...

alhamdulillah shah dah keluar hospital hari sabtu lepas... syukur sangat-sangat...

husna pun dah berenti muntah-muntah... tapi jadi cirit pulak dia... kesan ubat kot kan? aku pun silap terbagi dia susu hari tu.. ingat dia dah ok tak muntah so boleh bagi susu... sudahnya jam 1 pagi aku mengelap tilam yang berlambak dengan najis cair husna ala kadar dan tutup dengan kain batik je bagi area untuk husna tidur semula... alhamdulillah tilam getah.. mujur senang jugak nak cuci.....pagi-pagi sabtu tu aku gigih mengangkat tilam ke luar dengan keadaan diriku saat ini... apa nak buat... shah dah pesan tak payah buat..tunggu dia balik... tapi aku lagi kesian kalau dia balik pun belum tentu dia sihat untuk angkat barang-barang berat....

alhamdulillah takde apa yang dikuatiri terjadi pun... syukur lagi... Allah memeliharamu nak...

aku terbaca report MRI shah... sedih rasa hati... degeneration disc pada C2/3, C3/4, C4/5 dan C5/6.... huhuhu... sedihnya tak terkata ita bang... dan ada sambungan lagi.... dot..dot...dot... semoga Allah memelihara kesihatan abg untuk berjuang untuk kami semua yang memerlukanmu bang...

hari ni husna kena ikut ummi pegi keja setelah seminggu bercuti... sebab masih berpuasa susu... malam kang nak try bagi susu.. kalau ok takde cirit lagi maknanya adik husna boleh gi taska esok... banyaknya kerja ummi tertunggak ni nak...cepatlah sihat....




terima kasih atas semua doa kawan-kawan, keluarga dan sahabat... semoga segala kebaikan kalian akan dibayar oleh Allah jua hendaknya...amin...

p/s hati tak keharuan... nak masak tak lalu... nak makan laju la pulak... hehehe...
jom layan gambo kek malam tadi...


Jumaat, 21 Februari 2014

ujian lagi..

assalamualaikum semua,

hari ni dah masuk 5 hari aku bercuti...

dan masuk 6 hari shah ditahan di KMC...

dan aku diuji lagi kelmarin, husna muntah tak berhenti...

ni dah masuk 3 hari...hari ni nampak dah ok...cuma aku masih tak bagi susu lagi...risau takut dia muntah lagi bila bagi susu...semalam pun bila abg long minum air milo dia sibuk nak mintak sikit..sudahnya menyembur ke lantai semuanya...letihnya badan...jangan cakap la...

ini pun husna tengah baring atas perut...betul-betul nak perhatian ummi dia..lembik je dia dua tiga hari ni...ikut ummi gi hantar abg long dan abg ngah pun dia boleh tertidur kat sebelah...kesian adik...

aku tengah berusaha nak bagi dia makan ni...buat bubur nasi semalam sekejap je selera pastu malam dah tak nak...mujur dia nak makan madu dan gula-gula..ada sikit tenaga..tapi air masak memang dia nak..syukur...

dan semalam aku tak jenguk shah satu hari...sebab tak larat dah layan orang sakit kat rumah ni pulak..

semoga abg dan adik husna cepat sihat ye...

p/s tengah fikir lauk apa yang boleh buat dia selera nak makan ye ..?

Selasa, 18 Februari 2014

cepatlah doktor...

assalamualaikum semua,

masih tunggu result MRI semalam...

cepat la doktor....susah hati sebelum dapat result ni...harapnya takde la yang serius...

buat pengetahuan yang bertanya..shah kena tahan wad kat Pusat Perubatan Kuantan sebab sakit belakang...

masih menunggu keputusan doktor hari ni..tapi nampak macam dah kurang sikit selepas buat physiotherapy... alhamdulillah...

cepat la doktor...

p/s mata mengantuk...tapi ada yang datang melawat pulak...

Isnin, 17 Februari 2014

bila si dia sakit...

assalamualaikum semua,

hari ni terpaksa ambik cuti kecemasan selama 3 hari untuk uruskan keluarga...sebabnya...

yang tersayangku sakit dan terpaksa ditahan di wad bermula malam semalam...

maka bermulalah rutin pagi ni aku menghantar abg long, abg ngah dan adik husna ke sekolah dan taska masing-masing...

selesai hantar anak..uruskan kain baju di rumah...ke tempat kerja uruskan cuti..dan terus ke Kuantan Medical Center untuk teman shah..

esok akan bermula rutin yang sama...jadi selamat malam semua....

semoga abg cepat sihat ye bang...sesamalah kita berdoa...

p/s mengharapkan hari yang untuk esok...

Jumaat, 14 Februari 2014

saya suka komen kamu...

assalamualaikum semua,

boleh menulis semula selepas audit ISO selama 2 hari oleh Jabatan Standard Malaysia selesai akhirnya.... lega... satu beban dah kurang sikit... dan harapnya semua pembetulan dapat diselesaikan lancar....
inshaa Allah...

sejak entri tentang kisah cikgu dan baju sukan abg long aku tulis dua hari lepas... pelbagai komen yang masuk... alhamdulillah... terima kasih kalian yang sudi singgah di blog yang tak seberapa ini dan sudi membaca luahan rasa seorang ibu...si ibu yang tiada pengalaman dalam menghadapi anak sekolah buat pertama kalinya dalam hidup...

mungkin tak ramai yang rasa seperti aku rasa... aku adalah si ibu yang sebenarnya cukup malu untuk masuk ke kawasan sekolah sewenang-wenangnya seperti ada sesetengah ibu yang lain buat...sedangkan minggu-minggu pertama abg long bersekolah pun aku rasa malu untuk menjengah di kelas semasa proses belajar walaupun dibenarkan.... aku juga malu nak tunggu di belakang perhimpunan tidak seperti sesetengah ibu yang akhirnya duduk di depan perhimpunan mengalahkan cikgu...

kenapa aku rasa malu?

ini konflik dalam diri aku sebenarnya... sebabnya... aku risau dengan apa jua yang aku buat di sekolah itu nanti akan menganggu proses pembelajaran bukan saja abg long...malah kawan-kawannya jugak...walau mungkin bukan secara langsung kesannya...

aku jugak kalau boleh taknak menimbulkan rasa tak selesa pada guru... aku ada menyimpan nombor telefon cikgu kelas abg long... tapi hanya 2 kali aku menelefonnya....

pertama ketika aku ingin menyampaikan pesan yang borang maklumat siap diisi ada di dalam beg (ketika ini aku risau abg long terlupa bagi pada guru kelasnya)...itu pun setelah borang tu masih berada dalam beg setelah dua hari berlalu...

kedua..ketika aku bertanyakan mengenai baju sukan abg long...

untuk pengetahuan semua... sebelum mengangkat telefon aku menarik nafas berat sampai 10 kali.. berselawat.. dan menulis apa yang perlu ditanya hanya kerana aku rasa begitu takut menganggu cikgu dengan perbualan yang mungkin bukan masanya atau bimbang akan menganggu guru kalau perbualan tidak dirancang dan mengambil masa yang lama....

mungkin ada yang akan kata... kenapa perlu rasa takut jika rasa perbuatan kita betul?

ya... memang betul...aku cuma telefon sebab betul-betul ada keperluan... tapi ini yang aku katakan konflik dalam diri....

persoalan yang ada untuk anda semua jawab....

apa yang anda rasa apabila orang yang ditelefon menjawab seperti mahu cepat-cepat letak telefon?

aku tak salahkan sesiapa...mungkin masa tu dia dalam kesulitan... atau mungkin baru nak makan.. baru nak ke tandas... aku faham....

dan aku jugak antara ibu bapa yang tak suka hantar sms pada guru kerana takut membebankan guru dengan kredit sms hanya kerana anak aku seorang...

tapi ye la... macam aku kata... konflik dalam diri aku sendiri.... tak semua ibu yang rasa macam ni... dan aku rasa tak ramai pun ibu yang rasa.... tapi percayalah ianya wujud.... dan aku percaya aku pun perlu jumpa kaunselor kerana ini...

tapi percayalah ada ibu bapa yang trauma dengan reaksi atau respon yang ditunjukkan oleh sesetengah guru-guru...bukan hanya murid... ini pandangan dari persepsi ibu bapa....kami juga sangat faham dengan tekanan kerja yang dihadapi guru-guru di kala ini... itu lebih lagi menambahkan trauma kami lagi... kerana bimbang kami akan menambahkan tekanan pada guru-guru...

cerita pasal tekanan.... ada gambar yang diterima dari rakan di whatsapps baru-baru ni...

gambar ini....

cabaran guru

aku setuju... apa yang berlaku pada gambar ini adalah sangat tak patut....memang guru tak patut dibeban tugas sebegini... ini tanggungjawab ibu bapa....

aku memang marah sebab satu masa dulu... kejadian di tahun 2011... anak-anak dijangkiti kutu yang entah dari mana... bila dan dibotakkan kepala... masih ada kutu jugak yang menghinggap... disebabkan semuanya ikhtiar tak jalan maka kami belikan ubat kutu (syampu) untuk cikgu di taska gunakan atas rambut seorang budak perempuan yang memang dikenalpasti sebagai pembawa kutu... setelah usaha cikgu taska mengadu pada ibunya tidak membawa hasil apa-apa...

ketika kejadian.. ibu budak perempuan ini adalah seorang guru...

kejadian kedua berlaku pada tahun 2012... abg ngah dan adik dijangkiti chicken pox dari taska... adik kena sekejap tapi abg ngah paling teruk sampai aku dan shah terpaksa ambik cuti bergilir untuk jaga anak dan aku jugak terpaksa angkut husna yang baru 5 bulan masa tu ke mesyuarat kat kuala lipis...

punca kejadian adalah seorang budak yang dikesan ada jangkitan chicken pox tapi tak dikuarantin di rumah walau sudah diberitahu oleh taska... dan si ibu adalah seorang guru...

nampak tak apa yang aku nak sampaikan? aku rasa ada sesuatu yang berlaku dalam sistem pendidikan kita yang akhirnya menyebabkan guru-guru ini terbeban dengan tugas dan kerjaya hinggakan menyebabkan tekanan...tekanan kerana terpaksa mementingkan kerjaya dari keluarga... tekanan dari bermacam sudut...
sesuatu perlu dilakukan agar tekanan ini tidak terus berlaku...

ya...benar setiap kerjaya ada susah senangnya.... apa yang penting apa yang kita mahu untuk hidup ini... apa yang kita tanamkan niat ketika mula bekerja... apa yang kita niatkan sehari-hari... adakah kita cukup redha dengan semuanya?

berkaitan dengan tajuk di atas.... aku suka sangat dengan semua komen yang ada...walaupun ada yang ditulis dengan penuh emosi... tak mengapa... aku faham jika ada yang marah... memang kalian cukup terbeban...ada juga yang meninggalkan komen dengan tidak membaca abis entri aku mungkin...

ada antaranya tak dapat mesej yang nak disampaikan....

aku cuma mau tahu harga baju sukan sekolah abg long... itu mesejnya... 

tapi alhamdulillah...Cikgu Penyelia Petang tersebut bukan hanya menjawab persoalan aku malah menawarkan diri untuk menolong.... hanya Allah yang dapat membalas jasa guru-guru seperti ini... jika anda memudahkan orang... Allah akan memudahkan anda dalam apa jua caraNya... inshaaAllah...

dan komen yang paling aku suka dan sangat-sangat positif adalah ini....





akak memang suka komen ko dik... akak faham dan... inshaaAllah di hari Mesyuarat Agong PIBG tu nanti hanya saranan yang baik tanpa memburukkan mana-mana pihak yang terlibat akan dikeluarkan... semuanya hanya untuk membantu anak-anak kita bukan hanya anak akak... terutama bagi memperbaiki sistem pendidikan supaya Sekolah itu lebih cemerlang di masa depan... bukankah itu semua matlamat guru dan ibu bapa?

kami sangat-sangat sayang dan hormatkan guru... kalau tidak masakan ada sahaja ibu bapa yang tidak pernah berkira dalam membeli atau menyediakan hadiah apa sahaja pada guru anak-anak mereka di Hari Guru... mungkin itu salah satu cara mereka berterima kasih pada guru yang amat-amat membantu...

sila baca apa yang aku tulis tanpa melibatkan emosi ok... dan yes.. kali ini setiap komen akan ku tapis...
maaf jika aku masih terlanjur berbicara....




p/s alhamdulillah abg long dah boleh membaca... aku masih terus berjuang memastikan permata hatiku ini tidak ketinggalan... ummi terharu bila tengok abg long tekun mengeja berulang-ulang walau seribu kali salah nak...





Rabu, 12 Februari 2014

kisah cikgu dan baju sukan abg long..

assalamualaikum semua,

dah lama tak menulis di blog... mood memang ke laut waktu ni... berperang dengan emosi hormon...

semoga semuanya sihat belaka hendaknya... cuaca di Kuantan ni tiba-tiba bertukar dari sejuk mencengkam tulang...(sampai ada khabar angin yang tersebar katanya ada sajli di pahang...aku jawab balik..memang ada tapi di taman tema genting highland ;) )
tiba-tiba cuaca jadi panas dan kering... hari-hari sibuk minum air banyak-banyak untuk elak kekeringan... anak-anak pun dah mula tunjuk tanda batuk dan selsema...

tajuk kat atas tu bukan baru je berlaku sebenarnya.... tapi kisah lama yang masih tak dapat nak ditulis dalam blog ni....

baru-baru ni di kumpulan whatsapps kawan-kawan lama di sekolah dulu ada bangkitkan permasalahan guru dan ibu bapa...

teringat kes bapa yang buat laporan polis sebab anak trauma nak ke sekolah... ramai dari kita yang menyalahkan bapa tu terlalu memanjakan anak... walaupun sebenarnya kita tak tau apa sebenarnya yang berlaku sehingga menjadikan bapa tu bertindak demikian...

dalam kisah kami ni... ada kawan yang anaknya baru tahun 1 dan tahun 3 di sekolah rendah... kawan ni mengadu yang anaknya (tahun 3) dipukul di tapak kaki kerana masih tak hantar borang maklumat murid... anak (tahun 1) fobia ke sekolah kerana anaknya dikatakan malas dan selalu tak menyiapkan kerja sekolah...

kes kawan ni dia seorang ibu yang jaga 4 anak dari umur 9-1 tahun seorang diri (ayah sambung belajar)... tekanan emosi yang si ibu alami tak dapat nak dibayangkan... hanya kerana adanya segelintir guru yang tidak sensitif...

maaf pada yang tak setuju pada pendapat aku ni... juga pada rakan-rakan guru yang membaca entri ni...aku tak menghukum semua guru...tapi memang wujudnya guru yang hanya melepaskan batuk di tangga yang akhirnya merosakkan kerjaya perguruan yang satu masa dulu sangat dipuja orang... maaf juga bagi yang terasa...

memang ramai guru yang baik...tak dinafikan...tapi imej yang baik ini tercalar dengan adanya yang tidak baik... sudah jadi lumrah alam...yang buruk selalu dicanang-canang melebihi dari perkara yang  baik..

ok kita tinggalkan kisah kawan aku tadi... aku tak suka nak jadi pengadil yang tak berkelayakan...


mari kita cerita kisah baju sukan abg long.... nak dijadikan cerita...masa aku bayar untuk pembelian buku abg long hari tu cigu yang uruskan pembelian tu kata diorang tak boleh terima untuk pembayaran baju sukan sebab bajunya dah abis stok...cuma tinggal stok baju yang bersaiz besar je masa tu.. kami pun terima je la..maknanya cikgu kata akan kena beli bila dah naik sekolah...

aku pun ada telefon cikgu kelas hari tu bertanyakan baju sukan tu... cikgu kelas abg long kata baju akan mula jual dalam pertengahan bulan Februari... aku pun stop la bertanya lagi... malu jugak kalau selalu sangat telefon cikgu... macam kita aje yang ada anak sekolah kat situ...

sudahnya dalam minggu-minggu terakhir Januari hari tu abg long dah bising kata kat kedai koperasi sekolah dia dah ada dah jual baju sukan...kawan-kawan ramai yang dah pakai baju sukan hijau.. dah takde yang pakai baju putih dah ummi... kata dia la...

dia siap sambung lagi... saya nak beli jugak tapi duit saya cuma dua ringgit je mana cukup nak bayar...

alahai sedih pulak dengarnya.... aku pun call la cikgu kelas dia tanya lagi... cikgu tu memang mengesahkan baju sukan tu dah dijual... dan boleh dibeli di koperasi sekolah... tiada info lanjut lagi selepas tu...

lepas tu pada hari penyerahan duit bantuan sekolah RM100 hari tu kami ke sekolah abg long dalam jam 4.30 petang untuk ambil duit RM100 tu dan terus ambik dia dari sekolah...

berikut perbualan antara aku dan guru kelasnya... yang mana korang boleh nilaikan la sendiri ok...


aku : cikgu, maaf bertanya lagi... pasal baju sukan murid ni.. memang dah dijual di koperasi ye cikgu?

cikgu : ye dah ada..

aku : boleh tak kalau cikgu uruskan pembelian baju bagi murid-murid yang belum ada lagi ni?

cikgu : baju tu boleh beli sendiri di koperasi... koperasi bukak waktu murid rehat dan boleh jugak beli waktu hantar anak..kadang-kadang cikgu yang jaga bukak waktu tu..
(aku agak terkilan waktu ni sebab aku dah tulis dalam buku maklumat yang abg long ke sekolah dengan van transit)

aku : errr...maknanya cikgu tak boleh uruskan untuk murid-murid ni la ye? kami ni bekerja cikgu tak boleh ke kalau mintak tolong cikgu yang uruskan? dia ke sekolah pun transit yang hantarkan..

cikgu : (senyum sambil mengeleng)... boleh bagi pada budak duit baju tu... suruh dia beli sendiri...

aku : cikgu tau berapa harga baju sukan tu? atau cikgu tau nombor telefon cikgu yang jaga koperasi tu? 

cikgu : ( senyum lagi sambil mengeleng...sangat menjengkelkan ok)... 

aku : habis tu berapa saya nak bagi kat anak saya ni cikgu... takkan saya nak bagi rm50 untuk dia bawak pegi beli baju sukan tu?...sedangkan sekarang ni saya bagi duit belanja rm3 pun habis dibelinya pemadam je... ada yang nanti rm50 tu habis beli pemadam je kang...(masa ni nada suaraku agak meninggi...maaf cikgu)

cikgu : (masih senyum...sambil tengok rakan di sebelah yang juga senyum..)

aku : anak saya ni baru tahun 1 cikgu... (dengan nada terkilan dan terus berlalu)


ok... dah abis baca kan? kalau korang yang jadi aku apa yang korang rasa?

nak lapor polis?

hilang hormat pada guru?

sabar dulu... jangan terus melulu....

aku bersyukur di masa kejadian abg long tak berada di situ... dia tengah sibuk bermain dengan kawan di luar kelas....

ok.... meh cerita apa yang aku rasa pulak ye....

aku tak marah cuma rasa sedih... ada juga cikgu yang masih tak sensitif dengan keadaan sekeliling.... kelas tahun 1 di sekolah abg long ni cuma ada 4 je... dan cuma ada 4 kelas tahun 1 yang masih perlu bimbingan guru dan ibu bapa untuk memastikan anak-anak dapat pendidikan yang sempurna... tapi masih ada terselit satu guru kelas yang agak kurang sensitif... yang mana mungkin beliau tak sedar yang beliau sebenarnya menjadi guru kelas bagi murid tahun 1....

walau apa pun terjadi di antara ibu bapa dan guru... tak bermakna aku menyokong tindakan sesetengah ibu bapa yang terus melaporkan pada polis apa saja kesilapan yang berlaku... pada aku.. tolak ansur itu perlu... segala sesuatu dimulakan dengan rundingan dulu... bila tak berjaya barulah boleh digunakan alternatif yang lain... jangan kerana tindakan kita yang melulu akan merosakkan anak dan juga masa depannya nanti....


masalah aku akhirnya selesai apabila aku berjumpa dengan Guru Penyelia Petang yang sangat-sangat membantu...duit kuserahkan padanya untuk urusan lanjut dan akhirnya abg long dapat baju sukannya... senyum anak bujang tu bila ada baju sukan hijau....
dan ada sesuatu perlu ku highlightkan.... dulu kami bersekolah di kampung sampai sekolah menengah...urusan baju sukan ditangani guru kelas... mak dan abah pun tak tau apa-apa.... sediakan duit yang cukup untuk dibayar..sudah... kemudian untuk ukuran dan selanjutnya akan diuruskan cikgu...hmmm... di mana silapnya?

ada sesuatu perlu diubah dan kutunggu hari Mesyuarat Agong PIBG kami yang pertama nanti....


p/s aku lebih suka gelaran Cikgu pada zaman dulu yang kemudiannya diganti dengan Puan dan Tuan... cikgu lebih mesra dan dikenang walaupun dah berpencen...


Jumaat, 7 Februari 2014

Buatku tersenyum

assalamualaikum semua,

rasanya macam entri tanpa suara je ada kat blog ni sejak akhir-akhir ni...sebabnya tuan tanah sibuk benor prepare diri untuk audit iso minggu depan dan terlalu sibuk menguruskan hal-hal keluarga..
maaf ye pada pembaca setia..eceh..ada ke pembaca setia...? ;p

hari ni ada satu kejutan yang bisa membuatku tersenyum...
alhamdulillah rezeki lagi..teruskan berblog ye kawan-kawan...




p/s boleh belanja anak2 makan eskrim dengan mak anak sekali ;) hehe...lepas semua baik batuk ye...

Rabu, 5 Februari 2014