Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 8 Mac 2014

Kek Buah

assalamualaikum semua,

dalam pada tak ada mood nak buat apa-apa...tetiba teringin pulak nak makan kek buah atau orang panggil fruit flan cake ye? haha...aku tak tau la...main belasah je sebut..

dulu-dulu ingat makan kek ni masa aku belajar kat UPM dulu...yang ada jual kek ni cuma satu je kedai kek kat sri serdang dulu..apa ye nama kedainya dah lupa la pulak..haaa..the baker cottage..

masa makan dulu memang feeling gila la..dah la masa tu tak reti nak buat kek bagai...sekali dapat makan kek sedap..heaven betul rasanya..

sudahnya lepas tu aku jadi gian nak makan..sampai aku dah mula keja..tercari-cari kat kedai kek..kek yang sama...tapi satu kedai pun tak buat..letih bertanya sampai sudahnya lupa gitu je..agaknya tak jumpa kedai yang betul...belum rezeki nak dapat makan..

last-last tahun lepas aku ada beli buku kat azlita aziz dari blog masam manis..taip kat hp ni tak boleh nak link..dalam buku dia ada resepi kek yang diidamkan tu..apa lagi aku terus cuba buat..dah cubaan pertama menjadi walau memang tak cantik mana pun..pastu aku cuba cubaan kedua pulak pun jadi jugak..

pastu bila nak try kat rumah mak..sayangnya 3 kali cubaan tak jadi..yang pertama mixer tak kuat..kedua pun sama walau tak sama mixer tetap tak jadi atas sebab yang sama..dan cubaan ketiga aku dah bawak mixer dari rumah..oven pulak tak ngam..tak masak macam sepatutnya dalam masa yang ditetapkan..pastu dia rentung pulak kat belah atas...huhu..dugaan betul..

tetiba pulak hari ni macam teringin je nak buat lagi setelah sekian lama tak baking dan loyang pun dah naik bersawang dah pun..

dan hari ni cubaan menjadi lagi...alhamdulillah..resepi nanti aku share ye..susah menaip di hp ni.. meh layan gambar dulu...

p/s jangan tanya lagi kek ni ye..dah selamat dihantar ke rumah mak mertua :)

Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: