Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 9 Mei 2014

Black Forest Cupcake vs White Forest Cupcake

assalamualaikum semua,

kelmarin aku ada tunjuk gambar cupcakes yang menawan tekak kan? hehehe...sila puji diri sendiri..
tapi memang serius sedap gila..

aku dapat resepi dari blogger kak Azlita Aziz dalam buku yang aku pernah beli sebelum ni.. buku Siri Blogger Masakan Kek..berbaloi-baloi la beli...memang menjadi kek dan sedap rasanya...

cupcake ni aku dah buat 2 kali masuk kali ni..tapi sebelum ni aku buat yang si hitam tu je..ye la dah namanya black forest cupcake kan?.. sekali anak bujang yang sorang tu tetiba je pulak kata saya tak suka yang coklat...abg ngah la sapa lagi...aku nak godeh lagi dah malas..jadi aku buat la kali ni dua versi.. jadi la black dan white forest...aci je kan derhaka resepi dan sesuka tukar nama...hahaha...kak ita jangan marah ye..
ok layan gambar dulu...



black forest dan white forest cupcakes


black forest dan white forest cupcakes 


pastu resepi pulak...

Black forest @ white forest Cupcakes


Bahan-bahan:

115 gram tepung naik sendiri
2 sudu serbuk koko
115 gram gula castor
115 gram butter
2 biji telur
1 sudu besar susu cair (aku guna uht)
1 sudu teh esen vanilla
50 gram bluberi kering (aku ganti dried mix fruit..nak letak kismis je pun boleh)
(semua adunan aku ganda 2 utk senang timbang)

Cara-cara:

1. putar butter dgn gula sampai sebati
2. masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi..
3. masukkan esen vanilla
4. masukkan tepung putar diselangi dengan susu cair..putar sampai sebati..
5. masuk serbuk koko dan putar lagi..(untuk white forest tak payah letak)
6. last sekali masukkan mix fruit..putar rata..
aku tambah coklat cip jugak nak bagi sedap lagi..
(cuma step 1 & 2 je aku guna mixer..yang lain tu guna senduk je)
7. panaskan oven 175-180°C
8. sediakan cup size 5cm lebar x 2.5 cm tinggi..masukkan dalam loyang
9. isi 2 sudu besar dalam setiap cup dan masukkan dalam oven 20-25 minit atau sampai masak..
boleh sediakan non dairy whipping cream untuk hias atas dia jugak..

aku buat 2 adunan pasal malas nak timbang 115 gram tu..2 adunan jadi aku ganda je dua dapat 230 gram..lagi senang nak timbang..

jadi semua bahan kena ganda dua..

untuk dua adunan aku dapat 30 biji cupcakes..

korang try la..senang gila ni tau..dan sedap gila jugak..








p/s hari ibu ni korang buat program apa ye?
Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Sura Mohd berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dah lama tak membako cupcakes..bila tengok cupcakes tu..buat akak semangat pulak nak membuat...:)

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

buat kak..jangan tak buat.. ;)

bobiedanbad berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Seperti nak cuba jg :)

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wow sedapnya..

ANIM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kalau dapat yg baru kuar oven macam ni...aduh, sedapnya makan bersama air kopi!

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ita, add nk try buat yg ni lak...hihi