Cheese Tart Blueberry dan Cheese Tart Strawberry.. sedapnya... - Cerita Ita                                                             Cheese Tart Blueberry dan Cheese Tart Strawberry.. sedapnya... Langkau ke kandungan utama

Cheese Tart Blueberry dan Cheese Tart Strawberry.. sedapnya...

assalamualaikum semua,

hari ni tetiba je rasa macam nak cerita aktiviti yang kami buat entah minggu bila....

masa tu kawan-kawan di whatsapps sibuk bercerita tentang tart...
maka disebabkan terliur aku pun cari la sesiapa yang ada buat tart shell di sekitar kuantan ni...

dan akhirnya terjumpa la sorang... memang best la bila dapat yang senang dan ready made kan?

dengan bersemangatnya kami pergi cari rumah baker ni lepas ambik abg long balik sekolah...

sampai rumah lagi bersemangat aku rasa nak buat... tapi aku tangguhkan dulu buat projek hujung minggu... haaa.. kebetulan pulak masa tu ada cuti hari pekerja... see?? punya la lama nak update cerita... cerita dah basi dah pun...

setelah dapat kulit tart yang diidamkan tu aku apa lagi...mengodeh cheese filling yang nak letak kat dalam dia tu...sekali... hahaha.... terlupa letak gula la pulak...

aku guna jugak... malas dah nak keluarkan dari piping bag tu.... kira pasrah je la rasa apapun nanti...

tapi aku godeh siikit la dengan filling strawberry dan blueberry yang dah sedia manis tu kan... jadi rasanya akhirnya ok ... stabil kat tekak...dan sekejap je dengan jayanya cheese tart aku licin...memang sedap sampai rasa tak sedar makan sebiji-sebiji lelama abis dah... haha...

kalau abg ngah dengan husna dari kulit tart tu belum ada inti pun dan licin dikerjakan... huhuhu...sabar je la anak oiii... memang tak boleh bisnes kalau macam ni...

ok cerita dah abis...jom layan gambar...

Cheese Tart Blueberry

 Cheese Tart Blueberry dan Cheese Tart Strawberry... (saya budak baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan)

gambar kat bawah ni ada tangan halus yang tolong susun dalam loyang... terima kasih abg long... :)




bagi ibu yang ramai anak..sila bersabar jika nak buat kuih yang pelik-pelik ni ye... 


haaa...yang ni pulak bukan tangan abg long yang tolong... tapi abg ngah yang sibuk sama nak makan... huhu.. lagi kena banyak bersabar... 



p/s hari ni nak buat menu apa ye untuk berbuka? hmmm... tekak ni asyik nak makan benda manis je... tapi tak boleh ikutkan sangat ...risau gula naik mencanak je nanti...

Ulasan

  1. Balasan
    1. pinjam kata2 kawan kak.. kita akan jadi rajin bila memikirkan ia satu tanggungjawab.. :)

      Padam
  2. yummy.. sedapnyer.. tart oreo pun best ita

    BalasPadam
  3. assalam..singgah dan follow sini..Ya Allah..feveret sy nih..sedapnya

    BalasPadam
  4. Yum2..sedap nmpak tu kak..hehe..akak..nk tnya kat area kuantan kat mane akak bli ready made tart tu?

    BalasPadam
  5. Wahhh..sedap nya nampak kak..hehe..akak area kuantan kat mane yg ade jual ready made tart shell tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat area tmn bukit pelindung.. akak cari iklan di mudah dik..

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat