Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 27 Mei 2014

dah rupa Zombie Kampung Pisang ok...

assalamualaikum semua,

hari ni aku gi keja dah rupa zombie kampung pisang tau....

nape aku kata gitu?

malam tadi dengan bersemangatnya aku mengemas kain baju... basuh semua yang ada... sebab esok kami akan tinggalkan rumah untuk jangkamasa yang agak lama... dari hari Rabu sampai Ahad ni ke Pulau Pinang..dan Ahad hingga Selasa di Johor Bahru... inshaaAllah.. itu perjalanan yang telah dirancangkan semoga perjalanan kami selamat hendaknya....

tapi menjelang perjalanan kami esok... kami diuji dengan sedikit kesusahan...

Shah luka kena parang pagi Ahad lepas! panik tau tengok darah tak berhenti... lepas tu adik ipar dia hantar ke klinik untuk jahit luka tu...kena 7 jahitan... (dan cukup buat aku menung siapa yang nak drive ke Penang esok pagi? huwaaaaa..... )

ini pun dah tetiba tukar rutin aku lak kena drive ke sana sini...bertabahlah ita.....

ini haaa lukanya... mujur kat kaki kiri.. dan bengkaknya dah mula surut sikit...semoga abang cepat sihat ye bang...lumpuh rasa separuh badan ni haaa...


luka kat kaki shah... 


dan hari ni diduga lagi.... semalam hampir 3 jam takde elektrik... boleh pulak bil dah naik mencanak letrik boleh tetiba takde tengah-tengah malam... ayoooo... panik ooo....

dah la aku dengan berpeluh sakan bila siap mneguruskan kain baju kat dapur... tetiba baru je nak lelap... eh terasa kipas senyap... eh nape pulak ni... tengok-tengok je bilik dah bergelap sagup dah.... aduh.... tengok luar.... sah bukan rumah kami je yang kena... seluruh kawasan Bandar Putra... termasuk Kampung Sg. Derhaka kat seberang nuuu...juga lampu jalan pun semua padam.... wah.... memang kira semalam kami ni dah rupa menyahut seruan Kempen Earth Hour 2014 peringkat Zon Tanjung Lumpur dengan jayanya la....

memula aku tengok jam... pukul 1.20 pagi...kejut shah.... bang.... takde letrik ni...
shah bangun dengan terkejut ok... hah... laaa... panas la anak-anak ni kang...

pastu dia bangun dengan susah payah cari buku untuk kipas anak-anak...abg long pulak tengah ayah dia sibuk mencari kat bilik dia, dia terjaga... terus shah suruh pindah bilik kami...

jadi memula shah kipas husna dan abg ngah dan aku kipas abg long dan aku sendiri... hehe... tak lama pun... ngantuk gila wei...hati bertanya pulak bila nak ok ni kan....

terus dengan gigih aku capai henset dan dail 1-5454 talian Careline TNB... memang aku dah hafal dah...nampak noo selalu benor kejadian ketiadaan elektrik di kawasan aku ni kan? pepaham la ye...

tapi bila aku sebut je... ada gangguan bekalan di Kuantan... terus operator tu kata... puan duduk di kawasan berdekatan kampung kempadang..kempadang perdana... tanjung lumpur ke puan? aku jawab dengan lemah... ya (sah semua kawasan memang takde ni...aduhaiiii)

terus operator tu jawab dengan sopan... kami dah terima banyak aduan mengenai gangguan dari area puan dan siasatan sedang dijalankan untuk mencari punca.. diharap puan bersabar untuk sedikit masa ya...(alahai itu yang tak sanggup aku dengar tu)...

dan memula kami tahan... tapi bila jam dah menginjak ke jam 2.15 pagi... shah buka cadangan... jom angkat anak-anak tidur dalam kereta... huwaaa... letih ok...aku langsung takleh tidur dan hasilnya aku memang rupa zombie pagi ni... harap maklum...

memula memang cadangnya nak cari je memana hotel tapi mengenangkan kami akan berjalan jauh dan bakal menggunakan peruntukan kewangan lagi... maka kami pendamkan je la hasrat tu...

dan akhirnya bila elektrik ada semula dalam jam 3. 40 pagi gitu cecepat aku ajak shah masuk semula rumah... nak set semula tempat tidur anak-anak dan  kami... sudahnya dah pukul 4 lebih baru boleh terlelap... pukul 5 bangun semula.... huwaaaa....memang rasa nak cuti emergency je dah tadi ni...mujur sebab takde pegawai bertugas... maka ku gagahkan jua....

kuatkanlah semangatku menghadapi hari ini serta hari-hari mendatang Ya Allah...



p/s... hadap roti canai pun macam telan tak telan je ni... aduh... ada yg aku tersembam kat dalam pinggan ni kang.... Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hubby akak takder plak komplin, Ita. Sama ada dia dah tertidur dalam kereta dalam porch tu, atau dia tidur mati, langsung tak sedar apa2. Hahahahha. Takper Ita...boleh..boleh.... Akak semalam balik kerja dari KL, terus ke PD. Pukul 11 mlm, gerak ke Melaka. Tidur pukul 1.00 pagi uruskan beberapa perkara. Pukul 5 pagi dah bangun, gerak ke PD semula. Lepak 10 minit, terus ke KL semula. Boleh punya...kuatkan semangat, ok. Oh, Ita boleh drive....tak apalah...pelan.2 Bila penat, berhenti. Nanti kang stress pulak baby tu.

idzwa kamaruddin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

allah...dugaan nie...

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sabar byk2 ita.. semoga shah cepat sihat n life back to normal

ANIM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kak anim pun kadang2 ngantuk kalau drive. lagi2 driver sorang tu belum cukup umur. takpe ita..stidak2nya ada shah disebelah jadi peneman. kalau penting, kalau mengantuk tidur. sebagai hambaNya, kita sering diuji..cuma ujian kita berbeza. sabar dan redha..

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

jauhnya pjalanan tu Ita.. dari pantai timur ke utara pas tu turun ke selatan.. takpe.. tengok Ziela.. jadikan dia contoh.. semoga baik2 shaja ya Ita

kausar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

allahuakbar...moga tabah ye. nyilu tgk jahitan tu erkk