Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 16 Jun 2014

setengah hari di klinik..

assalamualaikum semua,

hari ni setengah hari dihabiskan di 2 klinik... pagi aku ke klinik kesihatan bandar kuantan untuk ujian ulangan air kencing...

keputusannya?

aku diberi ubat antifungal dan perlu dihabiskan dalam masa 3 hari...
cuma ayat doktor tu ada menambahkan sedikit kerisauan dalam diri... doktor kata risau jangkitan ni bahaya untuk bayi dalam kandungan... Ya Allah.. Kau sembuhkanlah penyakitku dan peliharalah zuriat kami dalam kandunganku ini..amin...

doktor suruh datang ambik keputusan lepas sebulan... dan kena ulang ujian di klinik ibu dan anak di jalan gambut pulak 30 hb ni...

hati siapa yang tak gundah gulana mendengar berita macam ni kan... lagi pulak si ibu yang sedang mengandung... tadi masa doktor bagitau pun aku macam terasa sedikit panik..apapun hati masih berdoa moga dijauhkan perkara yang tak diingini..

dan lepas habiskan masa di klinik kesihatan...aku kena pegi pulak ke klinik desa untuk rutin check up 2 kali seminggu tu...

hari ni bacaan berat masih sama seperti jumaat lepas.. 68.5kg... dan tekanan darah pun masih lebih kurang sama... 99/58... tadi di klinik kesihatan berbeza sikit... 99/62...

mungkinkah aku sebenarnya tak cukup rehat? hmmm.. entahlah.. dengan usia kandungan nak masuk 27 minggu... dengan status ibu beranak 3... rasanya istilah rehat tu sangat subjektif...

doakan kami ye semua...



p/s jangan abaikan kalau anda menghadapi keputihan ketika mengandung @ kerap kencing @ sakit ari-ari... mungkin ianya menjurus pada sesuatu yang tak baik untuk anda dan kandungan.. sila jumpa doktor dengan segera! Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sabar ya

ANIM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semoga kandungan bersama ibunya berada dalam jagaan Allah..
rehat..subjektif..
jangan kata ibu 3 anak, rehat juga subjektif bagi kerjaya sesetengah orang. kat rumah masih buat kerja nih...

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alahai ita.. aku doakan semuanya baik2 sahaja.. semoga baby n ko sihat ye.. jgn stress2.. bykkan berdoa. kami doakan ye dun worry

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Rehat la banyak2 Ita. Buat apa yang boleh jer. Kalau dah tak larat, beli jer lauk. Sapu rumah sikit2 dah ler. Minum air kosong banyak2, kalau boleh 4 liter sehari. Kalau rajin, rebus barli lama2, dalam 2-3 jam. Minum air dia... Semoga cepat sembuh yer...