Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 24 Julai 2014

kalau beli 3 berapa?

assalamualaikum semua,

petang ni aku masih di pejabat... hujan pulak kuantan petang ni.. sangat gelap langit kat luar tu...
kalau ikut perancangan ni kami nak balik hantar daging untuk mak shah petang ni dah terus berbuka di sana... semoga dipermudahkan perjalanan kami pergi dan balik...

hantar daging awal-awal sebab tahun ni kami akan berhari raya di Johor...inshaaAllah...

persiapan untuk hari raya dah hampir ke hujungnya... kami belum cari lagi baju untuk anak-anak je lagi.. yang lain alhamdulillah..dah selesai..

dan semalam kami pulun sampai pukul 12 tengah malam berjalan di bazaar ramadhan di hadapan masjid negeri untuk cari barang terakhir..jubah shah... alhamdulillah akhirnya dapat warna yang sepadan dengan harga yang sangat berpatutan...abis satu masalah..

dijadikan cerita ada la pulak malam tadi yang berjual mainan kat bazaar semalam...

anak-anak apa lagi... asyik ke situ je la berpusing-pusing...

dan lepas tu abg long ternampak mainan yang berupa lastik terbang yang ada lampu-lampu tu... aku pun rajinkan la diri bertanya harga...


aku : dik.. berapa harga ni satu dik?

penjual : satu 5 ringgit je kak...nak abiskan stok je ni.. dah tak banyak dah..

tetiba ada satu suara berbunyi...

..... : kalau beli 3 berapa?

hahaha.....cuba agak siapa yang tanya tu? ;) ................................................




siapa lagi kalau bukan abg long.... mana tumpah kuah kalau tak ke nasi kan? hehehe... maknya dah selalu noo menawar sampai anak pun dah terer dah...

nak tau apa reaksi penjual tu?

penjual tu ketawa besar sambil cakap : amboi... kecik-kecik dah pandai tawar eh...

hehehe...nasib badan la bang layan budak camni...

sudahnya shah pulak datang menawar dan kami dapat beli 3 set dengan harga rm10... kira berbaloi la kan?
padahal benda yang sama gak kami beli kat Batu Pahat masa projek meracun dulu dengan harga yang sama..rm10 untuk 3 set...

anak....anak...teruskan sifat bijak wang ni ye...kalau boleh sampai bila-bila...


p/s tengah fikir macamana nak redah hujan untuk cari makanan berbuka kejap lagi ni...

Rabu, 23 Julai 2014

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan ke 8

assalamualaikum semua,

selamat hari ulang tahun perkahwinan buat diri sendiri...semalam sebenarnya...hehe...

semoga Allah perbaiki hubungan kita dari hari ke hari dan berkati hubungan ini...amin..

nak tengok gambar boleh tengok sini..

p/s kalau jap2 lagi ada satu post wordless wednesday..aci x?

Selasa, 22 Julai 2014

Tahun pertama abg long berpuasa

assalamualaikum semua,

apa khabar semua? harap dalam keadaan sihat hendaknya... beberapa minggu ni bermacam peristiwa yang berlaku menjadikan mood untuk berblog memang ke laut...

bermula dengan tragedi MH370 kemudian Gaza diserang... dan yang terakhir MH17 dipercayai ditembak sehingga terhempas... menjadikan tahun ni tahun yang sangat suram rasanya...

tambah dengan keadaan sekarang di bulan Ramadhan... pilu hati asyik tengok dan baca cerita sedih di merata-rata... suratkhabar... tv.. dan facebook...

tapi walau apa pun hidup mesti diteruskan dan segala doa dipanjatkan pada Yang Maha Esa supaya ditempatkan orang-orang Islam yang terlibat dalam tragedi ini di kalangan orang-orang yang beriman..amin...


dah masuk 24 Ramadhan kan hari ni? cepat je masa berlalu...rasa sayang masa yang terbuang..

tahun ni mood untuk bangun sahur dan berpuasa berkobar-kobar bila ada anak yang sama sibuk nak belajar puasa...

abg long la siapa lagi.. awal-awal puasa aku terpaksa bungkuskan bekal makanan sebab dia taknak puasa dan kantin tutup... lepas seminggu cuma nak bawak air.. lepas tu terus taknak bawak air pulak.. siap pesan suruh aku kejut dia sampai bangun sebab dia nak puasa... alahai anak.. bagusnya...

dan hari ni syukur dapat dia berpuasa nak masuk hari ke 6 dia berpuasa...cuma hari pertama 14 Julai haritu berjaya sampai pukul 6 je... dah tak tahan...

teringat perbualan dengan dia :


Awal puasa:

abg long : ummi..betul ke orang tak puasa tak boleh raya?

aku : aah la...memang tak boleh..

abg long : ala..ummi ....saya nak raya jugak... (sambil buat muka masam)

aku : ummi mana tau... dah memang macam tu...

abg long : kalau tak puasa memang tak boleh la saya nak raya eh ummi?

aku : ye.. bukan ummi yang cakap... Allah yang tetapkan macam tu... hari raya untuk meraikan orang yang berpuasa...jadi orang yang tak puasa tak boleh la raya... sebab tak ada apa nak diraikan...

abg long : ala ummi.....

aku : cuma senyum pandang muka shah...



Minggu lepas:

Abg long : ummi saya nak puasa 4 hari je la...

aku : eh kenapa pulak?

abg long : ye la nanti atuk wan cuma bagi saya 4 ringgit je.. tak yah bagi banyak-banyak...

aku : eh..bila pulak atuk wan janji nak bagi duit kalau abg long puasa ni?

abg long : memang la takde janji tapi boleh bagi kan ummi?

aku : hehe... abg long niat puasa kerana Allah ke kerana atuk wan ni?

abg long : ala.... (sambil sengih-sengih)


alahai anak..... (aku siap telefon mak dan memang confirm atuk wan takde janji...memandai je..)


ini dah sibuk tanya... baju raya kita dah beli.. kasut raya saya ummi dah beli dah? hmmmm....


p/s petang ni berangan nak masak nasi dengan lauk ikan bawal goreng dengan sayur asparagus goreng je kot...bersemangat nak masak nasi bila ada anak yang berpuasa dan makan banyak bila puasa... :)
korang berbuka apa hari ni?

Khamis, 10 Julai 2014

Roti John Homemade

assalamualaikum semua,

aku tadi sebenarnya terniat nak tidur waktu rehat..mata mengantuk sangat rasanya..tapi sudahnya tak jadi bila kawan aku update cerita pasal GST..huhu...jangan mengigau sebab ketakutan sudah la...

oleh sebab aku rasa meluat dan marah maka mari kita cerita pasal menu berbuka je la jom...

hari kelmarin disebabkan aku dah tahap blur tak tau nak masak apa untuk menu berbuka...dan aku ada tinjau sorang blogger masakan buat roti john guna roti potong sendiri..maka aku pun try la...

dan jadinya menu berbuka kami kelmarin adalah ala-ala western la kononnya...tapi aku buat roti john yang simple je pun...guna segala bahan yang ada kat rumah je la...senang...

resepi
roti john homemade -sila abaikan rupa yang tak seberapa tu ye..


ok jom sekodeng resepi dia...

Roti John Homemade
by Cerita Ita

Bahan-bahan

1 plastik roti hotdog (ada dalam 10 biji - aku guna 9 biji je)
1 keping daging lembu kisar jenama Ramli
1 labu bawang besar
serbuk lada hitam secukupnya
serbuk lada putih secukupnya
1 kiub stok ayam
garam secukup rasa
5 biji telur

Cara-cara

1. Pecahkan semua telur dan gaulkan dengan daging kisar.
2. Bawang dipotong dadu dan dimasukkan dalam daging dan telur tadi.
3. Masukkan semua bahan lain dan dikacau rata.
4. Panaskan kuali leper dan letakkan dalam 1 sudu butter dalam kuali. Dan kecilkan api.
5. Ambil lebih kurang 2 sudu besar adunan daging tadi di atas kuali dan ratakan. Kemudian ambil roti hotdog dipotong dua (jangan sampai putus) dan ditelangkupkan pada permukaan adunan daging tadi. Biarkan masak dalam 3-5 minit.
6. Angkat dan boleh dihidangkan dengan mayonis dan sos kegemaran anda.
7. Ulang semua sampai habis.

ini rupa belah dalam dia ok...nampak tak kepadatan daging lembu tu..huhu


senang je kan? abg long sangat suka...alhamdulillah..banyak dia makan...lainkali aku boleh try lagi..sangat mudah dan puashati dari yang beli kat kedai..hehe..

lainkali aku nak try tambah rempah kari atau serbuk lada atau rempah beriani.. tengok apa hasilnya pulak...


p/s semalam kan teringin buat puding karamel kan? tak berbaloi aku buat makannya sikit je...hmmm...

Rabu, 9 Julai 2014

ummi taknak sayang saya?

assalamualaikum semua,

aritu aku ada janji nak buat entry pasal scan 4D kan? nenanti la ye...bagi suspen.. hehe...

hari ni nak cerita pasal kisah 2 malam lepas... biasa kalau sebelum tidur memang jadi habit aku akan peluk dan cium semua anak-anak..kecuali ummi dah hanyut dulu la... dan semenjak bulan puasa ni aku selalu sangat tidur awal dari anak-anak...letih agaknya...

dan 2 malam yang lepas..aku tengah gurau-gurau dengan husna...main-main cium-cium dia... tengah dia suka-suka tu tetiba ada bunyi suara...

"ummi taknak sayang saya jugak?"

"ummi dah lama tak sayang saya..."

alahai anak...luruh hati seorang ibu ni dengar tau...rasa sebak terus dada...

nak tau siapa yang berbunyi tu?...

siapa lagi kalau bukan anak manja aku..abg long...

memang aku mengaku lama tak peluk cium dia sebelum tidur sebab semenjak dia sekolah selalu tertidur sebelum sempat aku tanya apa-apa..jadi kalau aku cium dia masa tidur pun dia dah tak sedar dah...

dan disebabkan aku terasa sebak..terus aku cium dan peluk dia jam-jam tu jugak... abg ngah pun mintak sayang jugak...alahai anak..bahagianya dengan ada kamu semua... tak dapat bayangkan hidup ummi tanpa anak-anak...


terus aku teringat hadith terpilih Nabi Muhammad S.A.W. pasal adil dengan anak-anak...laju je aku google...

dan ini yang aku dapat...

SUMBER

dan ini...

hadith
SUMBER boleh klik pada sumber untuk bacaan lanjut..



inshaaAllah ummi akan cuba adil dengan semua anak-anak ummi ye nak...sebak...


p/s hari ni berangan nak buat puding karamel la... tapi macam malas nak tenggek kukus... hmmm...beli aci tak? ;)

Jumaat, 4 Julai 2014

Scan 4D

assalamualaikum semua,

tengah tunggu shah ambik abg long balik sekolah...

nak scan 4D untuk baby di Klinik Nadiera bagi abg-abg dan kakak tengok..harap semua dipermudahkan Allah..amin..

update nanti aku cerita balik ok..

p/s hari ni nak balik kg..yeay!

Selasa, 1 Julai 2014

Apam Kukus jadi menu moreh akhirnya..

assalamualaikum semua,

aku dah selamat buat apam jugak dalam ribut-ribut sediakan ikan bakar untuk berbuka puasa semalam..ceh macam ribut sangat padahal ikan bakar je pun... hehe..

sebenarnya aku dah lama tak buat kuih apam kukus tepung gandum tradisional ni..dah lupa dah pun resepinya..siap call mak aku kat kampung mintak resepi sama macam mak buat...lembut hasilnya...

dan hasilnya macam biasa...ayat mak.."mak pakai resepi agak-agak je ngah"...
hmmm...ok sila jangan salahkan aku kalau Makcik Jemah ni sangat pandai masak dan aku akhirnya tetap kena google untuk cari resepi dan belajar sendiri ok..huhu..

mak punya stail gitu ler...aku gelarkan chef agak-agak..asal tanya je..kau agak-agak je la...aduhai..sakit jiwa orang yang dengar jawapan tu lebih-lebih lagi orang yang separuh umurnya abis bukan di bawah ketiak mak dia ni...

tapi lelama aku dah biasa dah...jadi yang penting tau bahan utama dia je..itu yang tersangat penting..lain-lain tu kau godeh je la sampai jadi..haha..sudahnya aku pun dah jadi macam mak jugak bila shah tanya kadang-kadang...agak-agak je la bang... ;)

ok..jom kongsikan resepi apam kita yang gebas gebu ni...

senang je..

Resepi Apam Kukus Tepung Gandum Tradisional
by Cerita Ita

Bahan-bahan

1/2 kilo tepung gandum
1/2 paket yis segera mauripan (1 paket 11 gram)
10 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Air secukupnya
pewarna jika suka
1/2 biji kelapa parut

Cara-cara

1. rendam yis dalam air suam sampai berbuih (selalu aku buat separuh paket tu dalam air suam setengah cawan) dalam 5-10 minit.

2. satukan tepung, gula, garam dan yis yang telah direndam dalam satu bekas mengadun.

3. masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau (aku guna handwrisk je..)..terus masukkan air sampai adunan jadi macam rupa adunan untuk buat jejemput (cengkodok bilis)..aku tepuk sikit-sikit adunan ni bagi yis tu naik sikit.

4. masa ni kalau suka ada warna cantik-cantik sikit boleh letak pewarna la..(anak-anak suka strawberi..maka aku letak pewarna merah aka sirap ros je)

5. bila tengok adunan agak naik masa tepuk tu (ada buih-buih sikit) boleh tuangkan minyak masak dan kacau lagi bagi sebati.

6. curah adunan dalam loyang yang dah disapu dengan minyak terlebih dulu. pastikan jangan melebih 1/2 dari loyang sebab apam ni akan naik lagi..

7. Biarkan adunan naik sekejap (dalam 30-40 minit)..sementara tu boleh panaskan periuk kukus..

8. Kukus antara 30-40 minit jugak ( pastikan air dalam kukus betul-betul panas dan kukus dengan api sederhana)..pastikan jugak tutup loyang dengan aluminum foil atau tutup bawah tutup kukus dengan kain (ini untuk elakkan air dari menitik ke atas apam)

9. biarkan sejuk dan bila dah sejuk baru boleh potong siap dihidangkan dengan kelapa parut (kelapa parut ni boleh dikukus bagi tahan lama dan tambah garam secukupnya sebelum dihidangkan dengan apam)

dah siap...senang je kan?

sebab tu aku suka buat dan makan...

p/s orang bangun pagi-pagi tahajud..aku taip blog.. apa cite ni?eh...