Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 10 Julai 2014

Roti John Homemade

assalamualaikum semua,

aku tadi sebenarnya terniat nak tidur waktu rehat..mata mengantuk sangat rasanya..tapi sudahnya tak jadi bila kawan aku update cerita pasal GST..huhu...jangan mengigau sebab ketakutan sudah la...

oleh sebab aku rasa meluat dan marah maka mari kita cerita pasal menu berbuka je la jom...

hari kelmarin disebabkan aku dah tahap blur tak tau nak masak apa untuk menu berbuka...dan aku ada tinjau sorang blogger masakan buat roti john guna roti potong sendiri..maka aku pun try la...

dan jadinya menu berbuka kami kelmarin adalah ala-ala western la kononnya...tapi aku buat roti john yang simple je pun...guna segala bahan yang ada kat rumah je la...senang...

resepi
roti john homemade -sila abaikan rupa yang tak seberapa tu ye..


ok jom sekodeng resepi dia...

Roti John Homemade
by Cerita Ita

Bahan-bahan

1 plastik roti hotdog (ada dalam 10 biji - aku guna 9 biji je)
1 keping daging lembu kisar jenama Ramli
1 labu bawang besar
serbuk lada hitam secukupnya
serbuk lada putih secukupnya
1 kiub stok ayam
garam secukup rasa
5 biji telur

Cara-cara

1. Pecahkan semua telur dan gaulkan dengan daging kisar.
2. Bawang dipotong dadu dan dimasukkan dalam daging dan telur tadi.
3. Masukkan semua bahan lain dan dikacau rata.
4. Panaskan kuali leper dan letakkan dalam 1 sudu butter dalam kuali. Dan kecilkan api.
5. Ambil lebih kurang 2 sudu besar adunan daging tadi di atas kuali dan ratakan. Kemudian ambil roti hotdog dipotong dua (jangan sampai putus) dan ditelangkupkan pada permukaan adunan daging tadi. Biarkan masak dalam 3-5 minit.
6. Angkat dan boleh dihidangkan dengan mayonis dan sos kegemaran anda.
7. Ulang semua sampai habis.

ini rupa belah dalam dia ok...nampak tak kepadatan daging lembu tu..huhu


senang je kan? abg long sangat suka...alhamdulillah..banyak dia makan...lainkali aku boleh try lagi..sangat mudah dan puashati dari yang beli kat kedai..hehe..

lainkali aku nak try tambah rempah kari atau serbuk lada atau rempah beriani.. tengok apa hasilnya pulak...


p/s semalam kan teringin buat puding karamel kan? tak berbaloi aku buat makannya sikit je...hmmm... Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedapnya

ANIM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

la ni memang tak terasa nak makan nasi. nak makan macam nilah..ala2 western.
alamak, caramel puding? faveret akak tu..

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lapar plak tgk gambo ni

IndaMarya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

I suka org muda2 yg rajin masak.tk kira la apa juadah pun.janji rajin.tahniah.

ummi aqilah (LM) berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Rajinnya... Aritu hubby beli takda daging langsung. Dah la guna sos murah tu. mmg sgtlah x sedap