Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 13 September 2014

kami dah boleh keluar..

assalamualaikum semua,

alhamdulillah hari ni genap 6 hari kami di hospital ni...dan sekarang ni syukur dah boleh keluar..leganya rasa..

dah selamat tanggal semua yang melekat kat badan adik..dan dah siap ujian telinga bagai..barang pun dah siap kemas ni..

tinggal tunggu panggil nama untuk settle bil je..harapnya boleh dapat cepat..

baju kat bawah ni dah sedia untuk tuan dia pakai..lama benor duduk hospital..baju pun ada yang tak sempat rasmi lagi ni..

p/s petang ni kalau takde aral kami terus balik ke johor dan duduk sana sampai abis cuti sekolah..dan adik akan ada susulan pada 23/9/2014 selasa akan datang..

Jumaat, 12 September 2014

Masih di sini..

assalamualaikum semua,

hari ni dah masuk hari ke 5 adik kena masuk hospital semula..

adik kena jaundice dan demam pada hari ahad aritu..jadi adik dah kena puasa dan disebabkan takde katil kosong hari ahad maka aku kena balik malam tu dan tinggalkan adik di wad kanak-kanak SCN..

dan malam tu aku mula tak boleh nak tido..walaupun tau adik memang tak boleh menyusu tapi hati seorang ibu..tentu terasa bila anak yang dikandung 9 bulan takde di sisi..

dan esoknya hari isnin aku dah awal-awal datang ke wad untuk booking katil dan tengok perkembangan adik..alhamdulillah dapat katil jam 6 petang tu akhirnya setelah menunggu hampir satu hari..

adik datang dengan masalah demam 38°C dan jaundice setinggi 409 mmol/L..cukup tinggi dan menakutkan bila tengok badan adik yang kuning sampai ke peha..

tapi alhamdulillah bacaan makin kurang pada malamnya jadi 350 mmol/L dan terus berkurang menjadi 335 mmol/L pada pagi esoknya ..dan terus berkurang pada pagi selasa kepada 282 mmol/L dan semalam pada 216 mmol/L..tapi bacaan pagi ni naik pulak jadi 250 mmol/L..tapi doktor dah berhentikan rawatan uv dan akan ambil bacaan esok pagi sekali lagi..

dan berita lain yang diketahui adalah adik ada jangkitan salur kencing dan kena tukar antibiotik dan disambung lagi 2 hari..

semoga adik sembuh cepat hendaknya..abg-abg dengan kakak dah risau bila adik nak balik rumah..

p/s nama adik dah ada.. semoga Ahmad Hadi Haris bakal jadi salah seorang pejuang agama..amin..

Selasa, 9 September 2014

Selamat Hari Lahir buat suami tersayang..

assalamualaikum semua,

ucapan hari lahir ni patut dibuat semalam sebenarnya tapi dalam kekalutan kami di hospital dan telefon yang kehabisan bateri maka entry ucapan ni terpaksa dibuat pada hari ni..

selamat ulang tahun ke 32 buat yang berbahagia abang..semoga abang dipanjangkan umur, ditetapkan iman, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik dari Allah..amin..

p/s ita dah bg hadiah baby aci kan bang? ;)

Khamis, 4 September 2014

Kelahiran yang dinanti...

assalamualaikum semua,

bersiaran dari HTAA hari ni...syukur ditemani line digi yang terbaik...oh lupa nak cite aku dah tukar line telefon lepas bosan dengan servis maxis dan celcom yang makin hari makin teruk..pasal yang tu aku cerita kemudian ok..

kali ni nak bercerita pasal kelahiran seorang lagi permata hati kami pada 3 September 2014 tepat jam 1.28 petang...

apa yang berlaku memang kuasa Allah..kita manusia memang hanya merancang je kan..

anak lelaki kami ini selamat dilahirkan pada usia 38 minggu dan dilahirkan secara normal dengan berat 2.44kg...

cerita lanjut nanti akan aku ceritakan lagi..memang menakjubkan..pada aku la...

terima kasih pada semua yang sudi mendoakan..

p/s sekarang ni adik masih lagi perlu dipantau keadaan gula dalam darah untuk lagi sehari lagi..semoga semuanya ok..

Rabu, 3 September 2014

Selasa, 2 September 2014

Antara bersalin normal dan pembedahan...

assalamualaikum semua,

ada tugasan lebih berat menanti aku esok...doakan ye...

yang aku nak ceritakan adalah peristiwa yang berlaku minggu lepas...baru je...

disebabkan keputusan OGTT aku sangkut pada bacaan 5.8 yang melebihi normal iaitu 5.6 maka aku dikategorikan sebagai ibu mengandung yang menghidap diabetes atau lebih dikenali sebagai gestational diabetes mellitus (GDM).

maka disebabkan itu jugak aku kena menjalani ujian BSP untuk tau kadar glukos dalam darah sebanyak 4 kali ujian sehari... dan aku dapat arahan untuk buat ujian tu hari Isnin lepas 26 Ogos 2014.. 27 Ogos ujian dijalankan... dan alhamdulillah.. keempat-empat ujian tak melebihi tahap yang dibenarkan iaitu 5.6..
tapi aku tetap dirujuk kepada doktor untuk sesi kaunseling lanjut pada 27 Ogos 2014.. yang mana doktor menjalankan ujian scan wajib pada umur kandungan 37 minggu...

sesuatu yang tak terjangka terjadi pada hari tu...doktor ambik masa jugak untuk scan dan mendapati anak dalam kandungan ni duduk dalam keadaan yang agak pelik..satu soalan doktor yang betul-betul buat aku panik...

"anak awak ni memang senget ke?"

huwaaa...masa tu memang dah rasa ketar dah... senget macamana lak pulak ni...? hati dah jadi gundah gulana dah....doktor terus menerangkan yang bayi dalam perut ni duduk dalam kedudukan yang senget dan tak masuk betul kepalanya di tulang pelvik atau lebih dikenali dengan posisi oblique lie...

kedudukan bayi yang dibayangkan oleh doktor melalui scan


aku tau posisi tu dan hati aku lagi jadi tak tenteram... dalam vet pun kami gunakan istilah yang sama...

kedudukan lain bayi dalam perut.. yang gambar pertama tu normal



dan akhirnya doktor ambik keputusan untuk rujuk kes aku ke HTAA untuk rujukan lanjut dan pemerhatian...
sempat jugak doktor check apa puncanya... dan didapati adalah disebabkan kadar air ketuban yang agak banyak disekeliling bayi menyebabkan bayi lebih mudah bergerak dan tak stabil.. doktor cakap juga mungkin disebabkan oleh GDM tadi... air ketuban yang sepatutnya ada dalam perut aku adalah 15 dan masa doktor scan tu boleh ada 20 pulak... aku tak pasti pulak apa ukuran yang digunakan...

jadi keputusannya adalah merujuk aku ke HTAA dan dinasihatkan supaya bersalin secara pembedahan yang mana tarikhnya adalah lebih cepat dari jangkaan yang sepatutnya...2 minggu awal dari tarikh lahir sebenar...
jujur aku kata... hati aku terus berdebar sejak hari tu... macam-macam yang aku fikirkan...rasa macam dah jadi pengalaman bersalin kali pertama pulak dah...cuak tak terkata...

minggu lepas aku balik kampung untuk cari kekuatan dari orang-orang yang aku sayang...walaupun mungkin ada yang kata tak ada apa la dengan pembedahan.... tapi aku betul rasa cuak ok...dan hari ni aku kena sudahkan semua kerja sebelum melangkah untuk menyerah diri esok....

masih membayangkan macamana perasaan bersalin tanpa rasa sakit bersalin tu datang...tarik nafas panjang bila teringat doktor kata... "awak boleh nak bersalin normal tapi mungkin akan ada komplikasi..."...
Allahuakhbar.....


p/s masa berpantang yang mungkin akan sangat berbeza nanti dari 3 yang sebelum ni....