Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 6 November 2014

Roti oo roti..

assalamualaikum semua,

kejap je rasa masa cuti dah makin habis..ala tak best betul la rasa..

semalam aku sempat buat roti..
sebenarnya dah bape kali dah buat..kemaruk makan roti buatan sendiri sekarang ni..aritu buat roti biasa..pastu roti sarang lebah..pastu semalam try roti manis belang-belang..haha..

resepi dia mudah je..tak mudah aku memang tak buat..

Resepi Roti

Bahan-bahan

3 1/2 sudu teh yis serbuk (aku guna sebungkus mauripan)

1 biji telur
1/4 air suam
1 1/2 cawan susu uht

1 sudu teh garam

1/3 butter/marjerin (aku guna shortening)
1/2 cawan gula kastor (aku lebihkan sikit jadi 2/3 cawan)
5 cawan tepung


Cara-cara
1. rendam yis dalam air suam selama 5 minit sampai berbuih
2. campur semua bahan cair dulu sebatikan dan kemudian campurkan tepung
3. uli sampai doh tak melekat ke tangan sangat dalam lebih kurang 15-20 minit
4. tutup mangkuk doh bagi naik 2 kali ganda (dalam 45 minit - 1 jam)
5. tumbuk-tumbuk doh sebelum bentukkan
6. sapu minyak di tangan untuk bentukkan doh (takpe kalau melekat cuma lebihkan minyak)
7. biar doh naik sikit (dalam 15-20 minit) baru bakar atau kukus
8. sapu minyak pada loyang bakar atau kukus
9. kukus dalam masa 15 minit dalam kukus yang dah dipanaskan terlebih dahulu.
bakar dengan suhu 180-200°C . pastikan oven dipanaskan dulu. untuk 10 minit bakar api bawah sahaja. tambah lagi 10 minit untuk api atas dan bawah.

fuh...letih menulis..lama tak tulis resepi..

jom layan gambar pulak..

p/s nak gi hantar hadi gi klinik untuk cucuk 2 bln ni..harap2 berat dia naik banyak la..

Cerita menarik lain