Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 29 Disember 2014

Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh

assalamualaikum semua,

blog ni lama dah sunyi.. sama cuba menyelami rasa sedih mangsa-mangsa banjir di seluruh negara...

2014 memang merupakan tahun yang sangat menguji bagi semua rakyat Malaysia.. tapi sentiasalah berdoa semoga kita semua tetap tabah hadapi semua dan Allah permudahkan urusan kita..amin..

pagi ni keluar je dari bilik air abg long bertanya pasal naik sekolah bila...

dah lama sebenarnya soalan yang sama keluar dari mulut abg long..rasanya sebab dia dah puas cuti agaknya..dan dah mula rindu kawan-kawan.

dan elok je aku jawab pagi tadi..."sekolah abg long mula 5hb bulan depan..sekarang ni dah 29hb dah pun...cuma tinggal dalam seminggu je lagi.."

ceria muka dia bila dengar jawapan aku tadi...

tapi bukak je Berita Harian Online hari ni...dapat berita sesi persekolahan ditangguhkan seminggu disebabkan banjir yang melanda seluruh negara sekarang...alhamdulillah..terima kasih atas keperihatinan kementerian pendidikan atas isu banjir ni.. walaupun seminggu tu sekejap je masanya untuk pulihkan keadaan tapi diharapkan dapat membantu mangsa mendapatkan bantuan yang diharapkan untuk anak-anak memulakan persekolahan nanti..

SUMBER



p/s hujan masih tak berhenti di Kuantan.. bukan tak bersyukur tapi hati gundah gulana sebab Pekan dah mula banjir.. :( Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alhamdullilah

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Pekan memang sokmo banjir, Ita. Tapi area kita tu macam ok2 lagi.

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kg anak air belakang taman kami dah naik air aritu kak.. pastu kat projek rumah 3 tingkat blkg yang tengah buat tu dah naik paras pinggang..