Logo KBBA

Selasa, 27 Mei 2014

dah rupa Zombie Kampung Pisang ok...

assalamualaikum semua,

hari ni aku gi keja dah rupa zombie kampung pisang tau....

nape aku kata gitu?

malam tadi dengan bersemangatnya aku mengemas kain baju... basuh semua yang ada... sebab esok kami akan tinggalkan rumah untuk jangkamasa yang agak lama... dari hari Rabu sampai Ahad ni ke Pulau Pinang..dan Ahad hingga Selasa di Johor Bahru... inshaaAllah.. itu perjalanan yang telah dirancangkan semoga perjalanan kami selamat hendaknya....

tapi menjelang perjalanan kami esok... kami diuji dengan sedikit kesusahan...

Shah luka kena parang pagi Ahad lepas! panik tau tengok darah tak berhenti... lepas tu adik ipar dia hantar ke klinik untuk jahit luka tu...kena 7 jahitan... (dan cukup buat aku menung siapa yang nak drive ke Penang esok pagi? huwaaaaa..... )

ini pun dah tetiba tukar rutin aku lak kena drive ke sana sini...bertabahlah ita.....

ini haaa lukanya... mujur kat kaki kiri.. dan bengkaknya dah mula surut sikit...semoga abang cepat sihat ye bang...lumpuh rasa separuh badan ni haaa...


luka kat kaki shah... 


dan hari ni diduga lagi.... semalam hampir 3 jam takde elektrik... boleh pulak bil dah naik mencanak letrik boleh tetiba takde tengah-tengah malam... ayoooo... panik ooo....

dah la aku dengan berpeluh sakan bila siap mneguruskan kain baju kat dapur... tetiba baru je nak lelap... eh terasa kipas senyap... eh nape pulak ni... tengok-tengok je bilik dah bergelap sagup dah.... aduh.... tengok luar.... sah bukan rumah kami je yang kena... seluruh kawasan Bandar Putra... termasuk Kampung Sg. Derhaka kat seberang nuuu...juga lampu jalan pun semua padam.... wah.... memang kira semalam kami ni dah rupa menyahut seruan Kempen Earth Hour 2014 peringkat Zon Tanjung Lumpur dengan jayanya la....

memula aku tengok jam... pukul 1.20 pagi...kejut shah.... bang.... takde letrik ni...
shah bangun dengan terkejut ok... hah... laaa... panas la anak-anak ni kang...

pastu dia bangun dengan susah payah cari buku untuk kipas anak-anak...abg long pulak tengah ayah dia sibuk mencari kat bilik dia, dia terjaga... terus shah suruh pindah bilik kami...

jadi memula shah kipas husna dan abg ngah dan aku kipas abg long dan aku sendiri... hehe... tak lama pun... ngantuk gila wei...hati bertanya pulak bila nak ok ni kan....

terus dengan gigih aku capai henset dan dail 1-5454 talian Careline TNB... memang aku dah hafal dah...nampak noo selalu benor kejadian ketiadaan elektrik di kawasan aku ni kan? pepaham la ye...

tapi bila aku sebut je... ada gangguan bekalan di Kuantan... terus operator tu kata... puan duduk di kawasan berdekatan kampung kempadang..kempadang perdana... tanjung lumpur ke puan? aku jawab dengan lemah... ya (sah semua kawasan memang takde ni...aduhaiiii)

terus operator tu jawab dengan sopan... kami dah terima banyak aduan mengenai gangguan dari area puan dan siasatan sedang dijalankan untuk mencari punca.. diharap puan bersabar untuk sedikit masa ya...(alahai itu yang tak sanggup aku dengar tu)...

dan memula kami tahan... tapi bila jam dah menginjak ke jam 2.15 pagi... shah buka cadangan... jom angkat anak-anak tidur dalam kereta... huwaaa... letih ok...aku langsung takleh tidur dan hasilnya aku memang rupa zombie pagi ni... harap maklum...

memula memang cadangnya nak cari je memana hotel tapi mengenangkan kami akan berjalan jauh dan bakal menggunakan peruntukan kewangan lagi... maka kami pendamkan je la hasrat tu...

dan akhirnya bila elektrik ada semula dalam jam 3. 40 pagi gitu cecepat aku ajak shah masuk semula rumah... nak set semula tempat tidur anak-anak dan  kami... sudahnya dah pukul 4 lebih baru boleh terlelap... pukul 5 bangun semula.... huwaaaa....memang rasa nak cuti emergency je dah tadi ni...mujur sebab takde pegawai bertugas... maka ku gagahkan jua....

kuatkanlah semangatku menghadapi hari ini serta hari-hari mendatang Ya Allah...



p/s... hadap roti canai pun macam telan tak telan je ni... aduh... ada yg aku tersembam kat dalam pinggan ni kang....

Isnin, 26 Mei 2014

antara Piala Thomas dan Popstar...

assalamualaikum semua,

macam-macam reaksi tentang keputusan perlawanan akhir Piala Thomas malam semalam...

aku no komen sebab tak tengok perlawanan secara langsung pun... bukan taknak sokong tapi tak dapat peluang pun...

baru nak alih dah ada yang bunyi...

"ayah..." (tak payah)...

"popstar" (sambil tangan tunjuk langit ok... sabor je la...

siapa lagi kalau bukan si puteri kecik kami, husna....dan umminya terpaksa pasrah...

tapi tak lama pun... lepas tu dia buat lak kerja cabut keyboard laptop satu-satu... sudahnya ummi denda semua tak payah tengok tv... dan rumah sunyi malam tadi...

alih-alih tau pagi ni kensel cuti sebab Malaysia kalah... jom keja...haha...


p/s bila ummi marah semua menikus...kesian anak-anak....maaf ye nak...

Khamis, 22 Mei 2014

Cheese Tart Blueberry dan Cheese Tart Strawberry.. sedapnya...

assalamualaikum semua,

hari ni tetiba je rasa macam nak cerita aktiviti yang kami buat entah minggu bila....

masa tu kawan-kawan di whatsapps sibuk bercerita tentang tart...
maka disebabkan terliur aku pun cari la sesiapa yang ada buat tart shell di sekitar kuantan ni...

dan akhirnya terjumpa la sorang... memang best la bila dapat yang senang dan ready made kan?

dengan bersemangatnya kami pergi cari rumah baker ni lepas ambik abg long balik sekolah...

sampai rumah lagi bersemangat aku rasa nak buat... tapi aku tangguhkan dulu buat projek hujung minggu... haaa.. kebetulan pulak masa tu ada cuti hari pekerja... see?? punya la lama nak update cerita... cerita dah basi dah pun...

setelah dapat kulit tart yang diidamkan tu aku apa lagi...mengodeh cheese filling yang nak letak kat dalam dia tu...sekali... hahaha.... terlupa letak gula la pulak...

aku guna jugak... malas dah nak keluarkan dari piping bag tu.... kira pasrah je la rasa apapun nanti...

tapi aku godeh siikit la dengan filling strawberry dan blueberry yang dah sedia manis tu kan... jadi rasanya akhirnya ok ... stabil kat tekak...dan sekejap je dengan jayanya cheese tart aku licin...memang sedap sampai rasa tak sedar makan sebiji-sebiji lelama abis dah... haha...

kalau abg ngah dengan husna dari kulit tart tu belum ada inti pun dan licin dikerjakan... huhuhu...sabar je la anak oiii... memang tak boleh bisnes kalau macam ni...

ok cerita dah abis...jom layan gambar...

Cheese Tart Blueberry

 Cheese Tart Blueberry dan Cheese Tart Strawberry... (saya budak baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan)

gambar kat bawah ni ada tangan halus yang tolong susun dalam loyang... terima kasih abg long... :)




bagi ibu yang ramai anak..sila bersabar jika nak buat kuih yang pelik-pelik ni ye... 


haaa...yang ni pulak bukan tangan abg long yang tolong... tapi abg ngah yang sibuk sama nak makan... huhu.. lagi kena banyak bersabar... 



p/s hari ni nak buat menu apa ye untuk berbuka? hmmm... tekak ni asyik nak makan benda manis je... tapi tak boleh ikutkan sangat ...risau gula naik mencanak je nanti...

Rabu, 21 Mei 2014

Wordless Wednesday # 57

assalamualaikum semua,



tips

langkah ke arah menjadi suami dan isteri mithali 











p/s baru balik dari hadiri majlis konvo POLISAS... sukanya tengok muka ibu bapa yang datang entah dari ceruk mana tapi nampak gembira dengan kejayaan anak masing-masing... Tahniah anda telah berjaya menjadikan anak anda berjaya... langkah aku yang masih panjang...

Selasa, 20 Mei 2014

Baucer Diskaun 15% Pembelian Tudung Khas Kepada Semua Pembaca Cerita Ita

assalamualaikum semua,

lamanya tak jengah sini...
dah lebih seminggu tak ada update dari Cerita Ita...

bulan ni dan bulan depan merupakan bulan yang agak sibuk keluar kawasan sebenarnya... ini semua kerana semua orang berebut nak cari tarikh sesuai untuk kursus dan apa-apa aktiviti supaya tak bertembung dengan bulan puasa..

haaa... sebut pasal bulan puasa..kiranya tak lama lagi nak raya dah kan?

korang dah beli tudung untuk raya nanti?

kebanyakan orang sibuk dah membeli baju raya atau menempah baju raya dah sekarang ni... dan buat yang tengah cari tudung untuk raya pulak pun dah sama sibuk...

aku ada satu baucer best nak kongsikan buat semua pembaca blog Cerita Ita... ada baucer diskaun 15 % dengan setiap pembelian kat satu butik tudung online ni... 

nak tau apa butiknya....

meh kita tengok dulu koleksi yang butik ni tawarkan...

 

tudung2u.com.my 

bagi yang minat bershawl-shawl… banyak pilihannya…antaranya…


Shawl 


cantik kan corak dia..  




yang fesyen halfmoon pun ada tau….


cantik kan? ;) 


Kalau yang minat tudung bawal biasa pun banyak pilihan… terbaru pilihan bawal dari Kelantan yang comel-comel belaka….

i like yang biru tu...

bawal aidijuma pun ada... cantikkkk....

cantik murah
bawal aidijuma

haaa.... tuan blog pulak tengok dah berpinar mata ni haaa... nak pakai tudung bawal balik la...


Harga kat web ni amat berpatutan dan kalau korang beli dengan baucer diskaun dari Cerita Ita ni dapat kurang lagi tau… mesti ada yang kata 15 % je pun… eh 15% tu kalau dapat kurang boleh korang buat untuk menabung bagi duit raya kat budak-budak pulak raya nanti kan… hish.. banyak keuntungannya tu…


Bagi yang berminat apa lagi… ada banyak lagi pilihan tudung yang cantik-cantik...meh gi kat laman web dia laju-laju… 

Bila dah buat pembelian…masa nak bayar tu boleh gunakan baucer diskaun 15% khas buat pembaca blog Cerita Ita ni…

Butir-butir ada di bawah ni ye…


Baucer diskaun : 15 % pembelian di Tudung2u.com.my

Kod baucer : ARO2014

Pembelian sah sehingga : 10 Jun 2014  

Cepat sebelum terlambat….ada free postage lagi untuk pembelian RM70 ke atas ok...


p/s mood raya dah mula terasa… tapi jangan lupa pulak ganti puasa yang lepas-lepas tu dulu ye… J

Jumaat, 9 Mei 2014

Black Forest Cupcake vs White Forest Cupcake

assalamualaikum semua,

kelmarin aku ada tunjuk gambar cupcakes yang menawan tekak kan? hehehe...sila puji diri sendiri..
tapi memang serius sedap gila..

aku dapat resepi dari blogger kak Azlita Aziz dalam buku yang aku pernah beli sebelum ni.. buku Siri Blogger Masakan Kek..berbaloi-baloi la beli...memang menjadi kek dan sedap rasanya...

cupcake ni aku dah buat 2 kali masuk kali ni..tapi sebelum ni aku buat yang si hitam tu je..ye la dah namanya black forest cupcake kan?.. sekali anak bujang yang sorang tu tetiba je pulak kata saya tak suka yang coklat...abg ngah la sapa lagi...aku nak godeh lagi dah malas..jadi aku buat la kali ni dua versi.. jadi la black dan white forest...aci je kan derhaka resepi dan sesuka tukar nama...hahaha...kak ita jangan marah ye..
ok layan gambar dulu...



black forest dan white forest cupcakes


black forest dan white forest cupcakes 


pastu resepi pulak...

Black forest @ white forest Cupcakes


Bahan-bahan:

115 gram tepung naik sendiri
2 sudu serbuk koko
115 gram gula castor
115 gram butter
2 biji telur
1 sudu besar susu cair (aku guna uht)
1 sudu teh esen vanilla
50 gram bluberi kering (aku ganti dried mix fruit..nak letak kismis je pun boleh)
(semua adunan aku ganda 2 utk senang timbang)

Cara-cara:

1. putar butter dgn gula sampai sebati
2. masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi..
3. masukkan esen vanilla
4. masukkan tepung putar diselangi dengan susu cair..putar sampai sebati..
5. masuk serbuk koko dan putar lagi..(untuk white forest tak payah letak)
6. last sekali masukkan mix fruit..putar rata..
aku tambah coklat cip jugak nak bagi sedap lagi..
(cuma step 1 & 2 je aku guna mixer..yang lain tu guna senduk je)
7. panaskan oven 175-180°C
8. sediakan cup size 5cm lebar x 2.5 cm tinggi..masukkan dalam loyang
9. isi 2 sudu besar dalam setiap cup dan masukkan dalam oven 20-25 minit atau sampai masak..
boleh sediakan non dairy whipping cream untuk hias atas dia jugak..

aku buat 2 adunan pasal malas nak timbang 115 gram tu..2 adunan jadi aku ganda je dua dapat 230 gram..lagi senang nak timbang..

jadi semua bahan kena ganda dua..

untuk dua adunan aku dapat 30 biji cupcakes..

korang try la..senang gila ni tau..dan sedap gila jugak..








p/s hari ibu ni korang buat program apa ye?

Rabu, 7 Mei 2014