Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 14 November 2014

Perjuangan baru bermula!

assalamualaikum semua,

untuk tahun bermacam perancangan kami buat..

ianya perlu untuk keluarga kami...untuk pembangunan sahsiah anak-anak dan jugak untuk perancangan kewangan yang lebih sempurna...inshaaAllah..

semoga Allah permudahkan usaha kami..amin..

p/s kena hantar cepat..dengarnya cuma tinggal 15 je kekosongan..

Selasa, 11 November 2014

17 CPUV Nuffnang?

assalamualaikum semua,

walau lama tak bersiaran dan jarang-jarang bersiaran...tapi alhamdulillah..rezeki masih ada..tq nuffnang..

takde gambar nak disertakan ok..karang korang kata aku riak pulak.. ;p

harap maaf bagi yang tinggal komen tapi tak berjawab..line sangat tak membantu..ditambah pulak dengan guna hp je ni...super lembab ok..

p/s eh...apa ke hal yg aku update blog pepagi buta ni...tido la ita wei...

#saya ada anak kecik..harap maklum ok..

Khamis, 6 November 2014

Roti oo roti..

assalamualaikum semua,

kejap je rasa masa cuti dah makin habis..ala tak best betul la rasa..

semalam aku sempat buat roti..
sebenarnya dah bape kali dah buat..kemaruk makan roti buatan sendiri sekarang ni..aritu buat roti biasa..pastu roti sarang lebah..pastu semalam try roti manis belang-belang..haha..

resepi dia mudah je..tak mudah aku memang tak buat..

Resepi Roti

Bahan-bahan

3 1/2 sudu teh yis serbuk (aku guna sebungkus mauripan)

1 biji telur
1/4 air suam
1 1/2 cawan susu uht

1 sudu teh garam

1/3 butter/marjerin (aku guna shortening)
1/2 cawan gula kastor (aku lebihkan sikit jadi 2/3 cawan)
5 cawan tepung


Cara-cara
1. rendam yis dalam air suam selama 5 minit sampai berbuih
2. campur semua bahan cair dulu sebatikan dan kemudian campurkan tepung
3. uli sampai doh tak melekat ke tangan sangat dalam lebih kurang 15-20 minit
4. tutup mangkuk doh bagi naik 2 kali ganda (dalam 45 minit - 1 jam)
5. tumbuk-tumbuk doh sebelum bentukkan
6. sapu minyak di tangan untuk bentukkan doh (takpe kalau melekat cuma lebihkan minyak)
7. biar doh naik sikit (dalam 15-20 minit) baru bakar atau kukus
8. sapu minyak pada loyang bakar atau kukus
9. kukus dalam masa 15 minit dalam kukus yang dah dipanaskan terlebih dahulu.
bakar dengan suhu 180-200°C . pastikan oven dipanaskan dulu. untuk 10 minit bakar api bawah sahaja. tambah lagi 10 minit untuk api atas dan bawah.

fuh...letih menulis..lama tak tulis resepi..

jom layan gambar pulak..

p/s nak gi hantar hadi gi klinik untuk cucuk 2 bln ni..harap2 berat dia naik banyak la..

Selasa, 4 November 2014

Exam bermula!

assalamualaikum semua,

hari ni abg long hadapi exam hari pertama...keliru dia baca jadual exam untuk hari selasa tapi aku suruh dia baca untuk hari isnin..alahai anak...bape kali nak kena ulang..kan cuti semalam?

semalam aku tanya dia..

aku : abg long..rasanya boleh tak jawab soalan esok ni?

abg long : entahlah ummi..saya tak tau..

aku : kalau soalan susah macamana?

abg long : entahlah ummi..saya tak tau la...

aku : ....(manjang tak taunya)

pastu pagi tadi ada lagi..

abg long : ummi..hari ni ada bahasa inggeris la..

aku : ye la petang..

abg long : saya tak pandai la bahasa inggeris

aku : abis tu rasanya boleh jawab tak ni?

abg long : entahlah saya tak tau...saya cuba je la..

aku : cuba je la..

patut aku sambung ayat tu..tapi aku tak sambung sebab sibuk bercakap dengan abg ngah pulak tadi..alahai anak..harapnya jangan la lunturkan semangat dia hari ni...

ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ummi..semoga semuanya dalam lindungan Allah di mana jua kalian berada..dan diterangkan hati untuk menerima ilmu pelajaran yang berguna untuk hidup hari ini dan akan datang juga untuk akhirat..amin..

p/s good luck jugak untuk semua yang menghadapi SPM dan STPM ok..moga kejayaan milik kalian.. imbas kenangan 19 tahun dulu..huhu..tuanya aku rasa...

Ahad, 2 November 2014

Piala Malaysia : Pahang vs JDT : Pahang Juara

semalam kecoh sana sini pasal bola..
dan aku tengok gak masa masa tambahan dan penalti tu.. pahang menang dengan penalti 5-3..tahniah pahang..

dan paling best pahang dapat cuti peristiwa untuk isnin ni..tapi aku pening sebab abg long ada peperiksaan esok..jadi ke tangguh la kan? anggap gitu je la...

sibuk-sibuk orang cerita bola..ada kisah lain lagi...che ta atau rozita che wan selamat lahirkan anak yang sangat-sangat comel ok..tak pernah jumpa budak baru lahir comel gitu..kalau aku ngandung kompom nak tengok hari-hari gambo anak dia bg kenan..hahaha...

tapi tengok si hadi comel ni pun dah cukup tenang dan bersyukur rasa hati..alhamdulillah..

p/s saya org johor tp secara jujurnya saya menyokong phg mlm ni..bukan kerana semangat kenegerian saya telah hilang..saya masih tetap dengan sambal kicap dan mee siput saya..cuma tak bape gemor dgn keegoan setengah org yg makin tinggi.. Majulah sukan untuk negara..