Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 31 Disember 2014

Isnin, 29 Disember 2014

Sesi Persekolahan 2015 Ditangguh

assalamualaikum semua,

blog ni lama dah sunyi.. sama cuba menyelami rasa sedih mangsa-mangsa banjir di seluruh negara...

2014 memang merupakan tahun yang sangat menguji bagi semua rakyat Malaysia.. tapi sentiasalah berdoa semoga kita semua tetap tabah hadapi semua dan Allah permudahkan urusan kita..amin..

pagi ni keluar je dari bilik air abg long bertanya pasal naik sekolah bila...

dah lama sebenarnya soalan yang sama keluar dari mulut abg long..rasanya sebab dia dah puas cuti agaknya..dan dah mula rindu kawan-kawan.

dan elok je aku jawab pagi tadi..."sekolah abg long mula 5hb bulan depan..sekarang ni dah 29hb dah pun...cuma tinggal dalam seminggu je lagi.."

ceria muka dia bila dengar jawapan aku tadi...

tapi bukak je Berita Harian Online hari ni...dapat berita sesi persekolahan ditangguhkan seminggu disebabkan banjir yang melanda seluruh negara sekarang...alhamdulillah..terima kasih atas keperihatinan kementerian pendidikan atas isu banjir ni.. walaupun seminggu tu sekejap je masanya untuk pulihkan keadaan tapi diharapkan dapat membantu mangsa mendapatkan bantuan yang diharapkan untuk anak-anak memulakan persekolahan nanti..

SUMBER



p/s hujan masih tak berhenti di Kuantan.. bukan tak bersyukur tapi hati gundah gulana sebab Pekan dah mula banjir.. :(

Isnin, 22 Disember 2014

Winter without snow

assalamualaikum semua,

seperti ramalan kajicuaca..musim sejuk macam tahun lepas akan bermula lagi di Malaysia ni..

kalau ikutkan dah bermula sejak pertengahan disember tahun lepas yang juga menyaksikan bencana alam terbesar yang melanda negeri kelantan dan pahang..

dan kalau di pahang ni daerah pekan masih tak banyak perubahannya..ada jalan pekan yang runtuh menyebabkan terputusnya hubungan pekan dengan kuantan melalui jalan darat.

di kuantan saat ni masih hujan renyai-renyai dan kadangkala lebat sejak semalam..langit masih gelap..
suhu sekarang ni di luar tu 24°C ....sejukkk...macam duduk dalam aircond..

alhamdulillah.. Allah bagi aircond free je..

adakah kita tengah mengalami winter di Malaysia?

di bawah ni gambar laluan pekan kuantan yang masih tak boleh dilalui pada 5/1/2015...sumber fb Warga Kuantan..
huwaaa..macamana nak balik kampung ni...

p/s semoga mangsa banjir di mana berada pun yang tak mempunyai rumah ada tempat berlindung dari hujan dan panas..

Rabu, 17 Disember 2014

Selasa, 16 Disember 2014

Aktiviti Cuti Sekolah

assalamualaikum semua,

dah nak masuk 3 minggu abg long dan abg ngah di kampung atuk dia di johor..

kami tinggal diorang pada 30hb bulan lepas dan patutnya ambik minggu depan 27hb tapi 4hb dah rasa macam nak gi ambik semula..haha..tak boleh betul la...

ini pun semalam abg ngah dah menangis taknak letak telefon..dah rindu sangat..sibuk kata saya nak ikut ummi dengan ayah dengan adik una..alahai anak..apa kan daya..johor tu bukan dekat nak oiii...

dan kami buat keputusan balik jugak minggu ni untuk ambik diorang..

sekarang ni pulak tengah musim hujan..risau jugak hati ni..hujan berterusan sejak malam kelmarin..cuma kadang-kadang lebat dan kadang-kadang gerimis..

harapnya dipermudahkan urusan kami nanti..

p/s ummi, ayah dan adik-adik pun dah rindu sgt dgn abg ngah dgn abg long..kakak sampai suka sgt pegi rumah mak long sampai taknak balik..dia rindu nak main dengan abg2.. lainkali tak payah tinggal la.. :'(

Isnin, 15 Disember 2014

33 CPUV nuffnang?

assalamualaikum semua,

alhamdulillah... syukur...rezeki tetap masuk walau jarang sangat dah jengah sini... dah bergelar ibu pada 4 orang anak..masa sangat-sangat jadi terhad...

terima kasih jugak pada yang masih sudi singgah sini..terima kasih jugak buat nuffnang keran masih bagi peluang untuk blog cerita ita..

p/s hujan berterusan di sini sejak malam tadi kami sampai dari raub.. harap peristiwa tragedi banjir di kuantan tahun lepas tak berulang...risau...

Majlis Sambutan Hari lahir Kakak yang simple

assalamualaikum semua,

hari ni kerja berlambak tapi tetap jugak nak tepek gambar sekitar majlis simple untuk kakak kat taska dia..

kalau ikutkan kesibukan ummi dia memang tak buat apa-apa la untuk hari lahir kakak...ditambah pulak dengan ketiadaan abang dia lagi dua orang tu.. ooo... aku lupa nak cerita.. abg long dan abg ngah dah kami tinggal kat kampung sejak kami balik bulan lepas... sibuk sangat masing-masing nak tinggal tapi... nanti aku cerita lagi ok..

kali ni entry khas untuk kakak husna...

macam biasa kakak dah siap mandi dan pakai baju comel-comel nak ke sekolah.. tapi untuk hari jumaat lepas istimewa sikit sebab ada kek mengiringi...

meh kita layan gambar...

memula tu la tuan punya badan yang diraikan kan?

malu-malu nak potong.. hahaha... comel kan?

lepas tu gambar dengan adik hadi..

adik tetiba jadi entiti seram.. haha..

gambar dengan kawan-kawan...

mata tetap fokus kat kek..

alahai sukanya orang nyanyikan lagu...


dan last sekali gambar kek...

kek harijadi yang simple..satu adunan untuk semua..
maaf la gambar tu gegar-gegar ye... ni pun gambar ihsan dari cikgu-cikgu taska yang baik hati.. tq cikgu emma... tq jugak cikgu da dan cikgu syafiah...

ini memang betul simple celebration sebab goodies untuk budak-budak pun takde... sempat buat kek je nak ye...


p/s ini sambutan terakhir kat taska ni sebelum husna pergi sekolah tahun depan.. ummi harap sangat boleh buat yang lebih meriah untuk anak ummi nanti..

Khamis, 11 Disember 2014

Selamat Hari Lahir ke 3 buat Puteriku

assalamualaikum semua,

pada hari yang sama 3 tahun dulu aku melahirkan seorang cahayamata yang sangat tak disangka-sangka kehadirannya...

Tanggal 11.12.11 menjadi sejarah.. ceewah...DI SINI ada ceritanya..

kemudian dari tu disusuli dengan kisah-kisah di hospital yang sangat mengerikan seperti KISAH HOSPITAL 1, KISAH HOSPITAL 2, KISAH HOSPITAL 3, KISAH HOSPITAL 4, KISAH HOSPITAL 5, DAN KISAH HOSPITAL 6.... aku berdoa semoga janganlah kejadian macam tu berulang lagi dalam keluarga kami..aku tak cukup kuat...

hari ini Nur Syafiah Husna atau yang kami pernah panggil adik nur dan adik husna dan sekarang dah bergelar Kakak Husna dah genap 3 tahun..alhamdulillah...

semoga satu-satunya puteri permata hati ummi dan ayah ni akan terus sihat dan membesar menjadi anak yang solehah...amin..




gambar kredit to cikgu taska.. tq kak da..




hasil kreativiti kakak :)

cek mek dengan gelang serabut kat tangan..



p/s ummi lupa nak buat kek kakak..malam ni ye nak..esok boleh bawak ke sekolah...

Loom Band lagi...

assalamualaikum semua,

cerita loom band lagi pagi ni..sila jangan bosan ye..

inilah penangannya bila ada anak perempuan yang suka bergaya...

dipaksanya ummi dia pakai jugak benda yang sama macam dia pakai kat tangan...alahai anak..

padahal sampai je dalam kereta ummi dia terus bukak..hahaha...

p/s naik kerja tak sampai seminggu tapi beban keja dah macam 2-3 bulan..huwaaa...mintak nyawa....

Rabu, 10 Disember 2014

Jumaat, 5 Disember 2014

Selamat Hari Lahir Buat Abah Tersayang

assalamualaikum semua,

lama nak menulis tapi tak sempat tapi hari ni cuba sempatkan jugak untuk hari yang istimewa salah sorang insan yang ku sayang..

buat abah, semoga Allah panjangkan umur abah..murahkan rezeki abah dan sihatkan tubuh badan abah..amin..

selamat hari lahir yang ke 63 abah...

p/s nanti angah balik bawak kek eh..errr tapi abah nak potong ke? ;)