Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 5 Mac 2015

Dugaan Berat Buat Kami Part 2

assalamualaikum semua,

dah jam 4 pagi ni...ada yang masih belum tidur?

aku terkecuali ok..dah tidur dan bangun semula untuk tunaikan semua kewajipan..

kali ni kita sambung cerita mengenai dugaan yang menimpa keluarga kami..harap maklum ye..aku bercerita bukan untuk menagih simpati..bukan juga untuk mengeluh tentang nasib kami...cukup untuk menulis kenangan buat kami supaya kami sentiasa beringat yang perjalanan hidup ini tak selalunya indah dari mula sampai ke hujungnya..tidak juga terlalu pahit sehingga kita tidak sanggup untuk mengenangnya kembali..namun yang pasti apa yang berlaku insyaAllah dapat mengeratkan kasih sayang kami..bukan saja kasih sayang antara kami..malahan dengan keluarga terdekat..kawan-kawan..dan yang paling utama..Allah..

ok iklan dah sudah..jom sambung cerita.. ;)

abg long mula demam semula pada hari sabtu 24/1..pada hari tu badan abg long tiba-tiba je panas mendadak pada waktu pagi..dan mula kebah bila kami bagi ubat paracetamol.. hari ahad demamnya berulang dan kami terus bawak abg long dan adik-adiknya yang lain yang kebetulan demam juga ke klinik kegemaran kami..klinik Al Amin...

tiba di klinik macam biasa doktor buat pemeriksaan dan beri ubat yang perlu dimakan..abg long dapat antibiotik aurmentin (amoxicillin dan asid clavulonic) untuk tonsilitis dia pada masa tu..dan balik rumah kami beri dia ubat macam biasa..bermula juga rutin abg long bertukar..disebabkan demam dia diberi cuti sakit dan mula ikut aku ke tempat kerja..sehinggalah hari selasa malam rabu 27/1 abg long menunjukkan tanda positif demam yang mula kebah tetapi mula timbul gatal-gatal di serata badan termasuk di muka..kami jangkakan dia alami demam campak...atau orang kampung panggil campak keladi..bintik-bintik halus tumbuh di badan seperti ruam panas tapi teramat gatal..

kami bawa abg long pula ke klinik kesihatan bandar kuantan pada hari rabu 28/1 untuk pemeriksaan lanjut..termasuk ambik darah untuk mengesahkan ianya bukan demam denggi..

disebabkan aku ada mesyuarat pada hari tu maka shah terpaksa pergi seorang diri untuk hantar abg long..
doktor di klinik kesihatan mengesahkan yang abg long bukan demam denggi tetapi mengalami alahan terhadap ubat antibiotik..maka arahan dikeluarkan untuk berhenti bagi antibiotik dan datang semula pada hari jumaat 30/1.. cuti juga disambung sehingga jumaat...

bersambung..

p/s taip entry sambil pam susu..bila mesin berhenti kita kena berhenti dulu..hehe..
semalam ptg dapat berita yang sangat mengembirakan hati..alhamdulillah.. Allah gandakan nikmat kami setelah dugaan yang kami terima..
*nikmat yang mana yang hendak kami dustakan Ya Allah.....


update on 5/3/2015

Cerita menarik lain