Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 19 November 2015

Bercucuk tanam sebagai hobi

assalamualaikum semua,

sihat hari ni? aku tak berapa nak ok... suara dah ala-ala ella ketika popular satu masa dulu... serak-serak tapi tak basah... tekak rasa tak best je... sebenarnya sebab baru je baik demam selsema...
ni pulak tetiba je jerawat tumbuh kat dahi...aduhai... senoneng dibuatnya.. belum lagi seksa bila nak sujud...dugaaan...alhamdulillah...kena syukur.. yang penting Allah bagi lagi peluang hidup di dunia ni...

sekarang ni dah mula musim hujan je kat sana sini kan?

kat kuantan ni pun sama... kalau tak hujan pun langit mendung je semacam...

hari ni nak kongsi dengan korang pasal hobi baru kami kat rumah ni... bukan baru sangat la jugak... dah dekat 4 bulan la kami buat...itu pun lepas aku ikut kelas edible garden yang dianjurkan jabatan sebelum tu...punyalah menarik sampai teruja nak buat edible garden sendiri tau...

ok meh kita kongsi apa yang kami dah buat kat taman kami setakat ni ye.....

memula aku semai tanaman dalam alas telur je macam ni....

guna sarang telur
semaian di atas sarang telur

yang benih memula aku tanam ni adalah kangkung, petola dan bunga matahari...nampak yang keluar besar daunnya tu? yang tu anak pokok bunga matahari... pokok petola lebih kurang jugak daunnya cuma dia agak panjang dan lambat sikit tumbuhnya... yang halus-halus sebelah kiri tu anak pokok kangkung...

lepas tu dah membesar sikit aku alih la pulak dalam polibag besar....kalau ikutkan petola tu tak payah semai-semai... boleh je terus tanam dalam polibag...tapi disebabkan cetek ilmu dan malas bertanya maka ada kesilapan sikit di situ... huhuhu....


lepas tu kangkung tu aku alih gak letak dalam bekas foambox putih yang dah bocor kat rumah ni....


Kebun Mini Kami



bunga matahari aku alih jugak duduk dalam polibag besar sama macam petola...


pokok petola tu bila dah alih kami ikat pancang kayu subsidi dari kawan buat penahan dekat dengan pagar
tapi dia memanjat jadi gini pulak....

sila abaikan sampah sarap tu ye...

alhamdulillah bunga matahari tu dah keluar hasilnya dah pun....

bunga matahari kembang setaman

yang ni tak berapa nak mekar setaman

dan sekarang dah mula layu....

tapi paling mengembirakan ialah tanaman petola la... dah semakin banyak buahnya.... dan pagi ni tengok ada 4 biji buah yang dah sedang-sedang jugak...alhamdulillah lepas ni boleh la kongsi dengan kawan-kawan pulak...




petola
pokok petola


sekarang ni kat luar rumah pun dah kami tanam pokok mangga harum manis....harap menjadi hendaknya...

ada jugak bunga raya buat penyeri mata....subur dan banyak bunganya...

dalam tayar tu pokok mangga harum manis...sebelah dia bunga raya..sebelah dia lagi pokok serai pakcik sebelah..


ada jugak pokok durian belanda... tengah fikir kat mana lagi nak tanam ni....



ada jugak pokok-pokok kecik macam cili padi...tomato....bawang...kucai... ulam raja... pandan... kunyit... lempoyang... sabung nyawa... ooo...lupa pokok cekur manis pun ada...ada yang panggil kencur...

kencur
cekur manis 

pokok lempoyang ...dalam polibag pun boleh...

pelembut daging
pokok rumput cina sebagai pelembut daging dalam masakan
dan pokok orkid kecil ni.....

pokok orkid sumbangan kawan

ada satu lagi pokok tumbuhan air...aku suka pokok ni tapi lambatnya tunggu dia membesar...

tumbuhan air...sekarang dah ada 3 kuntum...tak tau apa namanya..


semoga usaha kami ni tak sekerat jalan la harapnya... doa-doakan ye....

ada budak nak gi sekolah tapi sibuk nak cium bunga dulu...hehehe...


p/s hari ni rasa nak senyum je sebab semalam dpt msg dr pembaca setia...tq ye...sayang awak...tanpa pembaca siapalah CERITA ITA....


Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: