Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 17 November 2015

Kenangan Mengusik Jiwa.. UPSR 1991

assalamualaikum semua,

hari ni dari pagi terasa sedikit berdebar sebenarnya...sebabnya hari ni adalah hari untuk mengambil buku laporan prestasi di sekolah abg long...

bila sebut nak ke sekolah anak..walaupun bukan untuk urusan formal, hati ada sedikit gusar... memang aku jenis orang yang begini... nak menelefon sekolah ke nak bermesej dengan cikgu abg long pun dah gigil badan macam nak jumpa orang untuk temuduga... lagi la bila nak ke sekolah... aduhai.. bermacam perasaan la rasanya...

aku pernah cerita dulu di SINI..

aku harap sangat aku tak gemuruh bila berhadapan dengan cikgu nanti...

oh ya.. hari ni heboh di sana sini tentang keputusan UPSR... alhamdulillah dan tahniah kepada yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang atau sekurang-kurangnya mencapai target yang anda semua atau ibubapa anda letakkan..

pada yang kurang berjaya... ingatlah masa depan tak berakhir di sini ok.. teruskan kehidupan untuk menjadi yang lebih baik.. sekurang-kurangnya pada diri sendiri dan orang di sekeliling anda...

bercerita pasal UPSR ni teringat zaman aku ambik UPSR...tahun 1991 dah 24 tahun berlalu rupanya... sangat lama dah rasa dah semakin tua...huhuhu...

zaman aku ambik keputusan tu adalah antara memori yang aku masih boleh recall...berbanding dengan memori yang lain... aku boleh lagi recall... lepas dapat result bersalaman dengan semua cikgu yang ada pada masa tu...eh ke masa aku salam tu masa lain eh?...hehehe...

tapi yang pentingnya masa tu aku dapat keputusan yang amat memeranjatkan semua orang... hanya ada 3 orang murid yang dapat 4A di SK LKTP Kahang Timur pada tahun itu dan aku adalah salah seorang daripadanya... dan sebenarnya aku bukanlah antara senarai budak harapan sekolah yang akan mendapat keputusan cemerlang seperti itu...

terdengar jugak desas desus guru-guru yang bunyinya agak sinis....

"Awak ke yang dapat 4A?" dengan muka yang sangat tak percaya ok... sebab itu la memori ni aku paling ingat...hukhukhuk....

yelah.. aku dikenali sebagai seorang budak nakal... degil... yang selalu tak mengabiskan kerja rumah... yang selalu melawan cikgu bila dimarah.. yang meniru buku kawan betul-betul di hadapan cikgu... dan walaupun aku berada di kelas pertama ketika di darjah 6 tapi aku datang dari kumpulan B...bukan kumpulan A yang didambakan kecemerlangannya oleh sekolah pada masa tu...

alhamdulillah Allah beri aku peluang...peluang untuk mengecapi kejayaan walaupun cuma kejayaan kecil.. memberi aku peluang untuk membuktikan yang perasaan pilih kasih antara murid oleh guru tu boleh mengubah murid itu jadi luar biasa... peluang juga untuk bagi abah peluang menaiki pentas bagi mewakili anaknya dalam hari anugerah cemerlang... hati menangis gembira bila abah menyebut-yebut... alhamdulillah...cuma ruginya zaman tu boleh dikira orang yang memiliki kamera...tiada satu pun gambar kenangan...

tapi bukan itu yang aku nak kongsikan... aku cuma nak kongsi bagaimana sifat kita sendiri boleh mengubah penghasilan kita... pada awal persekolahan aku budak yang sangat berdisiplin... tanya la mak.. tentu kerja rumah dah siap sebelum mak bertanya...

tapi aku jadi murung dan berubah bila ada insan bergelar guru yang mula pilih kasih dan banding membanding antara murid-muridnya... hati aku terguris setiap kali ke sekolah... ye la..kami bukan pelajar terpilih... bila salah akan dirotan sekuat hari... tapi bila pelajar terpilih buat salah hanya akan didenda berdiri... setiap perkara aku telan dan jadikan aku berhati batu... aku bertekad nak tunjuk pada cikgu tu bahawa budak yang bukan sapa-sapa pun boleh berjaya...tapi dalam diam aku makin melawan...kerja sekolah tidak kusiapkan..akan menghentakkan kaki bila cikgu marah di dalam kelas... meniru kerja kawan-kawan... aku pun pelik bila difikirkan ...kenapa la aku jadi macam tu...

mungkin ketika zaman sekolah rendah aku seorang yang sangat pendiam...betul la orang kata orang pendiam ni suka berdendam...

tapi tanpa aku sedar perkara tu menjadi duri dalam daging... aku bersifat pendendam...tapi segalanya berubah bila aku mula memasuki asrama...

alhamdulillah... banyak pengalaman hidup yang mematangkan... terima kasih pada semua yang menyumbang dari mak (cikgu pertama angah kenal ABC), cikgu tadika...cikgu sekolah dari sekolah rendah hingga menengah...dan semua tenaga pengajar di mana-mana sahaja aku singgah... ceh...macam ucapan hari guru la pulak....hahaha...



p/s melangkah kaki ke sekolah dengan gigil2 ni... huhuhu...


Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Lea Ismail berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lea tahun 1993. Dapat 3A 1B. Cikgu memang target pun dapat 3a. Cuma pakcik2 makcik2 yg x percaya dpat 3A 1B. Hihihi.

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

so jarak kita 2 tahun... ok tak tua sangatlah..hahaha...