Logo KBBA

Selasa, 29 Disember 2015

Idea Bekal Makanan Untuk Anak oleh Yohana Sabri

assalamualaikum semua,

sempena nak masuk musim naik persekolahan bagi tahun 2016 ni aku nak kongsikan sesuatu yang berguna terutama buat ibu-ibu yang bekerjaya yang nak bagi sarapan ringkas dan mudah untuk anak-anak...

bagi aku sendiri tahun 2016 ni salah satu azam selain nak kurus aku berangan nak bawakkan bekal untuk abg long... ye la setelah 2 tahun sebelum ni abg long bersekolah sesi petang...impian nak bawakkan bekal tu cuma tinggal impian je... kadang-kadang je dapat bekalkan sesuatu.. itu pun tentunya makanan tu jadi sejuk beku bila sampai masa nak makan... lebih malang lagi disebabkan dah lama sangat bekal tu duduk dalam beg menjadikan abg long akhirnya lupa... huhuhu ... sedihnya tak terkata bila tengok bekalan tak disentuh... tapi apakan daya...

jadi tahun ni aku nak cuba sekurang-kurangnya akan ada bekal walau cuma dapat sehari dua je bawak dalam seminggu...

macam tahun sebelum ni walaupun aku tak berjaya buat bekalan tapi aku akan pastikan anak-anak tak tinggalkan sarapan pagi sebelum ke sekolah...alhamdulillah.. semoga berterusan dengan jayanya...

kali ni aku nak kongsikan idea dari kawan yang memang sangat mahir dalam kerja-kerja bekal membekal ni... aku tabik betul dengan usaha dia yang sangat gigih... anak-anak beliau tak pernah miss bawak bekal dengan jayanya tau... hebat... satu usaha yang sangat bagus... mengulangi usaha mak-mak kita zaman dulu kan...?

kawan yang aku nak ceritakan ni adalah junior sekolah aku pada satu masa dulu... Yohana Sabri... satu nama yang memang dah popular... yang memang tak payah la aku nak sebut-sebut lagi dah... (segan kita yang takde apa-apa ni nak sebut-sebut orang glamer ni...hiihihi...) .. blog yang glamer pun ada je yang bercerita pasal Yo ni... (Yo...bangganya akak ni penah kenal ko..ahaha..)

dia ada bakery sendiri... manage anak-anak sendiri.... memang aku kagum la... hasil kek dan makanan yang Yo buat memang boleh buat air liur menitik la ... aduhai... kalau korang yang ada dekat dengan kawasan Yo ni boleh je order direct dengan dia... kalau tak caya korang boleh tengok kat FB Yohana Sabri... tak pun kat Littlecupcakes... tak pun kat Surgacakes by Rita&Hana...

ok...aku nak petik sikit gambar-gambar idea bekal yang Yo dah kongsikan kan FB dia...

yohana sabri
nasi goreng dengan telur... kegemaran anak-anak ni...

ni antara idea bekal yang paling aku suka.. frozenkan pun boleh... sedap ni... aku pun nak bawak hari-hari...

yang ni sangat simple... sangat diperlukan pada hari-hari terbangun lewat... eh...

ni pun senang gak... sosej roll...

yang ni aku pun suka... menarik kan? kalau letak tomato potong-potong lagi menarik.. 


banyak lagi tau idea bekal yang best-best Yo kongsikan... korang nak tengok boleh pegi ke album lunch box dia terus... menarik gila... kalau tak pun korang boleh tengok dekat wall FB aku pun aku ada share... gigih ko pasang azam.... harap-harap abg long sudi la bawak bekal yang ummi dia buatkan nanti... dan dengan doa supaya Allah mudahkan kerja-kerja di waktu pagi dengan harapan hadi tak buat stunt sambil pegang kaki aku macam selalu... huhuhu...

Terima kasih Yo... sayang awak... hehehe....


p/s kusangkakan hujan hingga ke petang rupanya panas satu hari....hohoho.... kenapa asyik craving benda manis je ni....huwaaa.....
Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Sue Izza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ni bukan anak je suka,mak pak pun nak bawa bekal ni hehehhee...
salam kenal dari saya

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kan.... salam kenal buat sue izza jugak...

Raihanah Ahmad berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memang menarik la, tapi anak saya lelaki malas nak bawa bekal

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

anak lelaki selalu macam tu...yang kat rumah ni pun sama gak..tp kena buat jugak yang dia suka sgt2 la baru nak bawak..

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alhamdulillah...bila semakin ramai ibu yg bekalkan ank makanan dr rumah..sy dh 2 tahun konsisten buat gini...impaknyer...anak2 yg asma semakin sihat dn kurang ambil nab di klinik....